BAB 13

Romance Completed 21965

“SELAMAT pagi, mak su!” Yana menyapa Puan Rania sebaik keluar dari bilik tidur. Dia jenis orang tak tidur selepas subuh. Bercadang hendak membaca buku, tetapi Adam awal-awal sudah memintanya mematikan lampu, hendak sambung tidur semula. Yana geram, Adam asyik sambung tidur semula apabila memberikan dirinya cuti, satu perkara yang disedarinya selama hidup di bawah bumbung yang sama dengan Adam. Sayup-sayup, dia mendengar pinggan mangkuk berlaga dari arah dapur. Lalu dia mengambil keputusan untuk keluar menjenguk. Bercadang belajar resepi luar negara pula.

“Pagi! Tidur lena ke? Puan Rania mengangkat muka memandang Yana. Memang sopan dan berbudi bahasa betul mak su Adam ni, Yana berbisik dalam hati.

“Sangat lena, mak su. Ditambah dengan cuaca yang sejuk, memang nak tarik selimut je sampai tengahari”

“Jadi kenapa tak sambung tidur lagi?”

“Mata ni memang tak nak tidur dah, mak su” Yana menjawab sebelum mengajukan pertanyaan lagi.

“Mak su buat apa?” Yana menyoal mak su Adam yang dilihatnya sedang memukul putih telur di dalam mixer. Matanya dijengukkan ke dalam mixer. Putih telur itu sudah kembang, kelihatan putih seperti krim.

“Macarons for the breakfast” Puan Rania menambah pula sesudu teh makan perasa vanilla ke dalam putih telur itu.

“Sesiapa pun boleh buat ke benda ni? Macam susah je Yana tengok”

“Of course, darla! Senang je kalau dah berkali-kali buat, selepas beberapa kali training and mistakes. Nak belajar ke?”

“Love to!” Yana melonjak riang Puan. Rania seperti tahu-tahu sahaja niatnya hendak belajar membuat macarons. Dia belum pernah membuat pencuci mulut Perancis itu. Hanya tahu makan, membuatnya belum lagi.

“Okey, tambah pewarna ni” Puan Rania memberikan botol kecil yang mengandung cecair berwarna merah di dalamnya kepada Yana. Yana mengambilnya dan meletakkan setitis demi setitis sehingga Puan. Rania menghentikannya.

“That’s enough. Now, we fold the batter ingredients together until everything is combined and looks like pudding. We don’t want it runny cause it’ll ruin the consistency of the batter” Puan Rania menerangkan. Yana mengangguk-angguk, masih kurang faham dengan penerangan yang diberikan.

“What if the batter is runny?” Puan Rania senyum. Dia tahu soalan itu bakal diajukan. Rakan-rakannya juga selalu bertanyakan soalan yang sama apabila membuat macarons. Dia bukanlah hebat sangat tetapi, dia diantara yang terbaik dalam kalangan rakan-rakannya. Dengan alasan itulah, dia bersusah payah membuat macarons awal pagi kepada tetamu-tetamunya yang menetap di rumahnya beberapa hari.

“That, is frequently asked questions you got there, Yana. If the mixture is too runny, you will get flat macarons. Nobody wants flat macarons, it’s weird. And if your macarons look lumpy, that because your mixture is under mixed. You just mix it in and keep folding until it looks more like this” Puan Rania menunjukkan kepada Yana adunan macarons yang betul. Akhirnya, mereka bersama-sama mengisi beg pastri dengan adunan tersebut dan paipkan adunan tersebut di atas baking sheets. Yana seronok melakukan perkara tersebut. Mereka bergelak ketawa dengan cerita-cerita kisah lalu oleh Puan. Rania.

“Ehem!” Yana dan Puan Rania mengangkat kepala serentak.

“Hurm, pagi, Adam!” sapa Puan Rania. Yana kembali menundukkan kepala dan meneruskan kerjanya. Perasaan malu muncul tiba-tiba teringatkan kisah semalam.

“Pagi, mak su. Yang lain belum bangun ke?”Adam melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Yana.

“Kau yang paling akhir sekali. Orang lain kat luar, bercerita dengan pak su kau” Puan Rania memasukkan macarons itu ke dalam oven selepas menghentakkannya pada meja beberapa kali.

“She’s a great cook, isn’t she?” Adam menyoal Puan Rania. Yana menjegilkan mata memandang Adam. Adakah patut dia tanya soalan macam tu? Dahlah mak su lebih pandai masak dari aku! Gerutu Yana dalam hati. Entah mengapa, mengingatkan hal semalam ketika mereka menaiki Observation Wheel Leeds, lidahnya jadi kelu untuk berkata-kata. Fikirannya kembali kepada momen dimana Adam perlahan-lahan memeluk pinggangnya sambil mereka menikmati keindahan malam tadi. Nak bagi kehangatan sebab kau tu dah menggigil aku tengok, kata-kata Adam yang masih terngiang-ngiang dalam fikirannya. Urgh! Adam pandai berubah sekelip mata. Dari romantik tahap mencairkan hatinya kepada jahat tahap membencikan. Yana tak faham apa niat sebenar Adam berbuat demikian. Whatever!

.Adam buat-buat tidak nampak.

“Who is?” soal Puan Rania pula, tidak pasti siapa yang diperkatakan oleh Adam walaupun hanya mereka bertiga sahaja yang berada di dalam dapur tersebut. Berpaling menghadap Adam.

“My wife, Yana”

“She is! She’s a fast learner too, you know that? Lucky you! You should be grateful and thank Allah for sending her into your life” Puan Rania membersihkan kaunter meja, membasuh tangan dan mengelapnya menggunakan tuala kecil. Yana malu dipuji oleh mak su Adam. Rasa diri tidak layak mendapat pujian tersebut.

“Aku memang selalu bertuah, mak su” kata-kata mak sunya sangat dalam. Menusuk tepat ke dalam hatinya yang paling dalam.

“Mak su nak join dioran kat luar dulu. Yana tolong tengokkan macarons tu, ya? It’ll be baked for fifteen minutes, or maybe a little longer” Yana mengangguk dan Puan Rania terus mengikuti ahli keluarga yang lain bertukar cerita tentang politik, cuaca, hobi dan rancangan pelancongan Fez pada hari itu. Tidak ada satu topik yang tetap, mereka asyik melompat dari satu topik ke satu topik. Hanya Adam dan Yana sahaja yang berada di dalam dapur.

“Buatkan aku air” Adam mengalih pandangan ke arah Yana.

“Nak air apa?” Yana menurut sahaja. Entah sihir jenis apa yang Adam telah gunakan kepada dirinya, dia bagaikan dipukau dengan sihir Adam sejak mereka menaiki Observation Wheel Leeds malam tadi.

“Apa-apa yang menyihatkan”

“Aku buatkan jus nak?”

“Better” Adam menggangguk. Yana mengambil beberapa biji buah epal yang terletak baik dalam bakul, mencucinya dan mengupas perlahan-lahan. Adam melihat tubuh Yana yang membelakanginya. Comel sahaja Yana mengupas kulit epal tersebut dengan apron berwarna merah jambu yang diikat ke belakang. Tidak berniat untuk berganjak dari kerusi itu. Pandangannya melekat pada tubuh Yana yang membelakanginya.

Yana kemudiannya memotong epal itu menjadi kepingan-kepingan kecil. Memasukkannya ke dalam blender dan blender tersebut terus melakukan kerjanya. Setelah itu, Yana meletakkan epal yang sudah hancur ke dalam penapis kopi untuk mendapatkan jus epal tersebut. Setelah mendapat jus epal tersebut, dia meletakkannya ke dalam gelas dan menambah sedikit gula. Adam melihat sahaja Yana melakukan kerjanya. Isterinya memang seorang dilahirkan dengan bakat memasak. Kalau orang lain, mesti dah gunakan instant. Yana pula gunakan epal yang masih segar! Memang hebat! Adam kagum sendiri.

“Nah, cubalah rasa. Jarang buatkan jus jadi aku tak tahu samada sedap atau tak” Yana meletakkan gelas berisi jus epal itu di hadapan Adam. Adam terus sahaja mencuba jus tersebut.

“Sedaplah! Macam mana kau buat?” Yana bersorak riang dalam hati. Sekurang-kurangnya Adam sukakan jus epal yang dibuat khas untuknya.

“Aku buat ikut intuition je. Buat dan masukkan apa yang aku fikir perlu”

“Intuition? Kalau buat ikut rasa intuition pun dah sedap apa lagi kalaukau masuk kelas, kan? Nak ke aku hantar kau belajar masak kat Itali? Boleh tulis buku macam Martha Stewart. Kot-kot jadi chef Malaysia terkenal macam Chef Wan. Paling kurang pun, masuk pertandingan Master Chef”

“Takdelah sampai macam tu sekali. Banyak lagi orang kat luar sana yang lebih hebat dari aku”

“Bagi aku, kau dah cukup hebat. Kalahkan orang kat luar sana” Adam memuji Yana melambung tinggi. Dia tidak sedar bahawa pujiannya itu membuatkan Yana semakin jatuh hati kepadanya.

“Hmmm....” Adam menghabiskan jus itu sekaligus.

“Apa kata kita jalan sendiri hari ni? Aku nak bawa kau ke Roundhay Park sebab Fez nak bawa diorang shopping” Adam mencadangkan seraya meletakkan gelas yang sudah kosong itu di atasa meja.

“Seronok ke kat Roundhay Park tu? Aku nak shopping juga”

“Kita ke Roundhay Park dulu baru shopping. Rugi kalau datang Leeds tapi tak jalan-jalan kat taman tu. It’s a number one attraction kat Leeds”

“Kenapa tak ajak semua sekali?”

“Aku dah bagitahu Fez tapi dia kata, boleh pergi kat taman tu bila-bila masa. Sudah tu, malas nak kacau plan dia. Biarkan jelah dia bawa diorang shopping dulu. Dia tak nak kacau travelling plan dia kot” Yana mengangguk-anggukkan kepala. Seronok berjalan berduaan dengan Chace Crawford aku! Riang Yana dalam hati.

“Aku ikut je” Yana tidak tahu apa perasaannya saat ini. Dia dan Adam bagaikan pasangan kekasih yang baru bercinta. Mereka akan berjalan berduaan. Berjalan berduaan maknanya dating, kan? Itu adalah perkara yang sangat dinantikannya sejak mereka mendarat di Leeds dua hari yang lalu. Yana perasan sendiri. Cepat-cepat dia membelakangi Adam agar Adam tidak mampu melihat senyuman yang sudah meleret hingga ke telinga. Tak pasal-pasal, diejek lagi! Diperintah lagi untuk tidak jatuh cinta dengan dirinya! Oh, bibit-bibit cinta! Yana berpura-pura meninjau macarons.

Apa yang sedang berlaku dalam diri aku ni? Aku rasa, aku dah jatuh hati kat dia...

“CANTIK tempat ni, kan?” Yana mengangguk. Dia akui bahawa pemandangan Roundhay Park yang terbentang di hadapan matanya itu sangat memukau. Hijau, seluas mata memandang. Memang baik untuk memulihkan mata bagi orang-orang yang rabun. Sepanjang menyusuri Waterloo Lake, Adam asyik bercerita tentang sejarah tasik tersebut kepada Yana. Dia suka bercerita tentang tempat itu, salah satu tempatnya menghabiskan masa sewaktu belasan tahun.

“Selalu datang sini ke?”

“Dulu. Aku ni suka memberontak dan aku suka ugut mak dan ayah dengan penyakit aku. Biasalah, budak-budak baru nak kenal dunia. Doktor cakap aku takkan survive hingga umur dua puluh tahun jadi aku nak tengok setiap pelosok dunia. Aku buat keputusan, aku nak rasa semua benda dan tengok semua tempat sebelum mata aku tertutup. Takut aku tak sempat buat semua benda ni. Mungkin tiba-tiba jantung aku berhenti, siapa tahu?” Adam berhenti sebelum menyambung.

“Jadi, aku guna kuasa yang aku ada untuk ugut diorang. Sebaik mak su pindah ke sini, aku beli tiket dan terbang ke sini, spent duit mak ayah, stay rumah mak su. Waktu petang, aku jalan seorang diri kat taman ni. Kadang-kadang tu, aku datang dengan Fez tapi aku lebih suka bersiar seorang diri. Aku boleh tengok semua yang aku nak tengok. Dan tiba-tiba, aku masih bernafas hingga saat ni, thanks to Adien. Oleh sebab tu, aku nak kau tengok apa yang aku tengok masa aku masih remaja” Yana mendengar dengan teliti. Dia hendak mengetahui setiap kisah hidup suaminya ini.

“Mesti susah nak jaga kau kan. Mesti mak dan ayah hidup dalam ketakutan, penyakit tu boleh pisahkan kau dari diorang bila-bila masa tapi kau pula, macam tak ambil kisah dengan semua tu” Yana dapat merasakan perasaan ibu dan ayah mentuanya. Dia sendiri mempunyai perasaan seperti itu sekarang. Menggunakan nama mak dan ayah sebagai ganti dirinya. Tidak mahu mengaku bahawa dia juga mempunyai perasaan takut yang sama. Adam mungkin pengsan dan tiba-tiba diumumkan meninggalkannya buat selama-lamanya, sendirian. Dia takut membayangkan perkara tersebut.

“Aku memang ambil kisah tapi apa yang aku boleh buat? Nangis? Salahkan takdir? Tangisi kehidupan bila takde penderma? Baik aku buat tak kisah dan buat apa yang aku nak daripada tangisi semua takdir yang Allah dah caturkan dalam hidup aku ni. Lagipun, Allah dah cipta aku dengan wajah yang kacak. Aku kira, dua benda tu fair and squarelah” Adam senyum nipis dengan fikiran belasan tahunnya itu. Dia tidak menyesal memilih jalan yang telah dipilihnya sewaktu masih remaja. Tidak ada yang perlu dikesali.

“Sebab tu ke kau selalu mengaku diri kacak tak bertempat?” Yana mengekek ketawa. Hanya Adam Reza sahaja yang dapat memikirkan benda tersebut kat dalam dunia ini, Yana ketawa lagi. Adakah patut?

“Gelakkan aku ye?” Adam menarik pinggang Yana mendekatinya. Tubuh Yana melantun mengikut tarikan Adam yang tiba-tiba.

“Ya Allah!” Adam memandang Yana tepat ke dalam anak matanya. Yana terkesima. Argh, dia buat lagi! Degupan jantung Yana semakin laju. Tubuhnya mula sejuk.

“Aku tak kacak ke?” soal Adam perlahan dengan suara yang dalam.

“Kacak...” Yana membalas pandangan Adam. Pandangan Adam menusuk qalbunya. Sungguh, dia hendak pengsan saat ini!

“Jangan jatuh cinta kat aku!” Adam melepaskan pinggang Yana. Yana jatuh terjelepok seperti nangka busuk atas tanah. Jatuh betul-betul atas punggungnya. Dia mengaduh kesakitan.

Sakit, tau tak?! Bentaknya dalam hati.

“Kurang asam!” Yana mengurut punggungnya. Adam pula mengekek ketawa. Suaminya benar-benar kurang asam dan kurang segala-galanya ketika ini. Baru sahaja mesra kini bergaduh kembali. Adam selalu buat begitu. Apabila Yana merasakan ada chemistry antara mereka, Adam akan melakukan sesuatu yang menyakitkan hatinya. Selalu! Dan, dia sangat hebat dalam bidang tu.

“Bencinya awak!” Yana bangun berdiri sendiri. Adam langsung tidak membantunya berdiri. Adam masih tidak berhenti ketawa.

Sampainya hati! Sanggup Adam menjatuhkan dirinya. Benci! Benci! Benci!

“Sakit, tau tak? Nasib baik jatuh atas rumput. Kalau jatuh atas lantai simen tu?!” Yana masih marah. Huh! Menyakitkan hati!

“Yelah, maaf” Adam membantu Yana membersihkan rumput pada punggungnya.

“Tapi tadi memang lucu sangat! Bunyi jatuh macam berat awak lapan puluh kilo!” Ketawanya semakin galak. Yana mencebir. Kesabarannya semakin menipis. Dia menghentikan perbuatannya seraya memandang Adam tajam tidak berkelip. Lapan puluh kilo dia cakap?!

“Aku cakap, aku minta maaf, kan?”

“Huh! Benci!” dia menepis tangan lelaki yang sengaja menjatuhkannya. Adam tetap juga degil. Masih membantu Yana membuang rumput kecil yang melekat pada bajunya.

“Dah! Sana! Aku boleh buat sendiri! Benci, tau tak?” Yana sekali lagi menepis. Bibirnya dijuihkan.

“Yelah, maaf. Sakit lagi ke?” Adam beranjak tepi. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia jatuhkan Yana. Saat memandang mata Yana, ada perasaan halus mengalir dalam dirinya. Seperti kejutan elektrik, tahu-tahu sahaja tangannya sudah melepaskan Yana. Dia tidak sengaja, tak berniat langsung. Untuk menutup rasa yang semakin menjalar dalam hatinya, dia ketawa dan mengejek Yana. Dia tidak mahu mengaku itu adalah perasaannya. Ia adalah perasaan Adien kerana dia sedang menggunakan hati Adien saat ini. Entahlah, dia sendiri tidak pasti mana satu perasaannya dan mana satu perasaan Adien. Yana mencebik, pantas membelakangi Adam. Laju kakinya melangkah meninggalkan Adam.

“Yana, nak ke mana tu?” Adam mengejar. Yana tidak menoleh. Sakitnya hati! Adam menarik lengan Yana membuatkan Yana berpaling menghadapnya.

“Where you think you’re going?” Yana mencerlung memandang Adam.

Suka hati akulah! Bentaknya dalam hati.

“Nak balik!”

“No! You are not going anywhere without me!” Adam menggenggam kemas pergelangan Yana.

“Kau menyakitkan hati betul! Tau tak?”

“Tak tau” Adam menjawab selamba. Huh! Yana mencebik. Dia dah balik semula ke diri dia yang buat-buat selamba. Buat aku makin geram!

“Janganlah marah lagi. Kau asyik marah je dari semalam. Nanti kau pula yang dapat sakit hati” suara Adam semakin kendur.

“Kaulah yang suka buat aku marah! Kalau kahwin dengan kau lebih lama lagi, aku mungkin mati sebab dapat sakit macam kau, tau tak?”

“Tak tau. Dahlah! Jom jalan” Adam geram semula.

Baru nak memujuk, Yana naik baran semula. Aku takkan kalah! Takkan aku yang nak mengalah dengan perempuan ni. Boleh-boleh dia marah aku sedangkan aku dah minta maaf. Minta maaf tiga kali, okey! Lagipun, bukannya aku sengaja jatuhkan dia. Huh!

“Aku nak balik!” tegas Yana sekali lagi. Dia tidak berganjak dari tempatnya berdiri meskipun tangannya ditarik oleh Adam.

“Kita ke Monet and Alhambra Garden dulu. Lepas tu, kita balik” Adam mengajak Yana ke tempat tersebut sambil menyelusuri Canal Garden. Taman yang disusun atur mengikut susun atur taman era 30-an. Susun atur tersebut masih utuh sejak kewujudannya lebih seratus lapan puluh tahun yang lalu. Terdapat pusat terusan yang dilengkapi dengan jambatan batu desa pada kedua-dua hujung terusan tersebut. Sekitarnya pula dikelilingi oleh bunga-bunga herba yang cantik.

“Tak nak. Takde mood”

“Nak jalan pun kena pakai mood jugak ke?” Adam menjungkit kening.

“Ye!” Adam mendengus. Memang menguji kesabaran betul perempuan seorang ni!

“Hmph! Lebih baik kau jalan. Kalau tak, aku sendiri yang angkat! Bukan angkat je tapi aku jatuhkan sekali atas lantai simen tu. Nak?” Adam sudah mengeluarkan kuasa vetonya. Rimas dengan Yana yang sikit-sikit merajuk.

Jatuh sikit je pun, bukannya pengsan. Bukannya mati. Perempuan! Asyik nak kena manja je. Pui! Geram Adam dalam hati.

Yana menarik nafas panjang. Menahan sabar yang sudah senipis kulit bawang. Dia yang jatuhkan aku, dia yang marah. Memang aku layak marah, kan? Dihembus nafasnya kuat dan melangkah laju mengikut telunjuk Adam.

Jahatnya Adam! Ada niat nak jatuhkan aku sekali lagi. Dia dipagut sedih. Sampainya hati...

“Lebih baik aku ikut travel plan Fez kalau tau macam ni. At least, aku tak dimarah dan aku tak marah. Dan, aku tak dijatuhkan! Boleh shopping ikut suka hati aku!” Yana melepaskan geramnya dengan langkah kaki yang semakin laju. Dalam fikirannya, berduaan dengan Adam akan menjadi memori yang romantis dan seronok. Kalau tahu ia akan berakhir dengan keadaan begini, sumpah! Dia takkan ikut Adam lagi. Yana mengomel dalam hati.

“Apa kau cakap? Lebih seronok ikut Fez? Pergilah! Pergi ikut dia dan diorang semua tu” Adam mendengus geram.

“Ye! Aku akan ikut diorang mulai dari saat ini. Jangan cuba-cuba nak halang aku!” Kedua-duanya geram antara satu sama lain. Adam melangkah laju sambil menarik tangan Yana. Tidak kisah sedikit pun dengan Yana yang berusaha terkedek-kedek mengejarnya dengan tangan yang ditarik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience