BAB 21

Romance Completed 21965

SMARTPHONE Yana berdering tanpa henti. Dia mengambil smartphone tersebut dan melihat nombor yang tertera pada skrin, nombor yang tidak dikenali. Entah siapalah yang rajin sangat menghubunginya siang malam, pagi petang? Mustahil Adam tukar nombor baru!

“Hello?” sapa Yana. Dia menyambut jugak panggilan tersebut dengan hati yang curiga.

“Hello. Hurm, Iman Iryana, kan?” Yana pelik. Suara lelaki yang tidak mampu dikecam. Agen insuran ke atau bank? Biasanya pihak-pihak begini sahaja yang bertanyakan nama pada awal sapaan. Malasnya nak berurusan dengan benda-benda macam ni, gumam Yana. Penyesalan timbul kerana menyambut panggilan itu. Haih.

“Err, ye. Ni siapa?” Yana sudah berkira-kira sekiranya individu tersebut menyatakan dia wakil dari mana-mana pihak yang terlintas dalam kotak fikirannya, dia tidak akan teragak-agak untuk mematikan perbualan sepantas kilat.

“Mungkin awak tak ingat saya lagi kot. Saya, Ezzad Fukhairy Mislan. Kita berjumpa waktu Adam’s open house hari tu. Ingat saya lagi tak?” Yana mengerutkan dahi. Mengingat kembali orang-orang yang ditemuinya semasa rumah terbuka Adam. Err, musuh Adam? Ya, dia yakin Ezzad adalah musuh Adam selepas menerima warning Adam yang dia tidak dibenarkan berkawan dengan lelaki itu. Adam memarahinya berkawan dengan Ezzad kerana Ezzad adalah musuh terhebatnya dalam industri hartanah. Musuh Adam, bukan musuhnya. Tak salah berkawan, kan?

“Oh, Ezzad. Ingatlah. Siapa boleh lupa lelaki rambut pacak dengan pakaian yang sangat fashionista? Ada apa call saya ni? Kalau nak cari Adam, Adam takde kat rumah. Dia masih kat office. Tapi kalau nak tinggalkan mesej kat dia, saya boleh tolong sampaikan nanti” Yana gelak perlahan terbayang kembali warna pakaian Ezzad. Lelaki ini memang fahionista, mengalahkan dirinya!

“Tak sangka awak masih ingat kat saya. Sampai rambut saya pun awak ingat lagi” Ezzad bersyukur. Sekurang-kurangnya, Yana masih mengingatinya meskipun dia tidak berharap Yana mengingatinya dalam aspek itu. Ezzad terpesona seketika mendengar gelak kecil Yana dan dia dapat membayangkan senyuman Yana yang manis.

“Jadi, nak sampaikan mesej kat Adam ke? Nanti, saya tolong sampaikan”

“Taklah, saya saja je call awak ni. Kalau awak sudi, saya nak ajak awak makan” Ezzad akhirnya berterus terang tentang tujuannya menghubungi Yana. Yana terpempan dengan ajakan Ezzad. Lelaki ni tak tahu ke aku dah kahwin? Suka hati dia je nak ajak isteri orang makan? Mustahil dia tak tahu aku dah kahwin sedangkan dah terang lagi bersuluh Adam memperkenalkan aku sebagai isterinya waktu rumah terbuka tersebut. Hish, peliklah lelaki ni!

“Eh, takpelah. Saya sebenarnya dah kahwin. Awak tak tahu ke saya dah kahwin? Saya tak boleh keluar dengan siapa-siapa tanpa kebenaran Adam” Yana terus sahaja menolak ajakan Ezzad. Nak call aku untuk ajak aku makan? Suka hati dia je.

She’s a keeper! Ezzad berbisik apabila mendengar jawapan daripada Yana. Jawapan Yana membuatkan hatinya makin tekad untuk keluar makan dengan Yana. Sekurang-kurangnya, dapat keluar makan sekali pun tak mengapa. Bagaimanalah Adam boleh menjadi begitu bertuah memiliki perempuan sebaik Yana? Hatinya tidak puas apabila terfikirkan Adam yang selalu sahaja maju setapak dari dirinya. Tak guna!

“Mintalah kebenaran dari dia. Kita bukannya buat apa pun, makan je. Takkan dia tak bagi, kan?” Ezzad mengumpan. Yana mengeluh. Bukannya Adam tak bagi. Sebab Adam benarkanlah dia tak mahu keluar dengan sesiapa pun selain Adam. Adam pula tidak pernah mengajaknya keluar. Klise apakah ini?

“Aku tanya dia nanti. Tapi aku tak nak makan berdua je dengan kau. Aku ajak kawan aku sekali” cadang Yana. Dalam hatinya, ingin mengajak Hazwani. Dapat juga dia memperkenalkan Hazwani dengan seseorang. Mungkin diorang berdua akan jatuh cinta. Siapa tahu, kan? Yana senyum sendiri.

“Baiklah. Jangan nak back off saat akhir pula. Aku tak terima”

“Kalau Adam tak benarkan, tak jadilah makan-makan tu ye” Yana menyengih. Ingin sekali melihat muka cemberut Ezzad sekiranya dia memberitahu jawapan yang mengecewakan.

“Okeylah. See you when I see you”

“Assalamualaikum” Yana mematikan talian. Dalam hati berkira-kira samada dia patut memberitahu Adam atau tidak. Tetapi, Adam sudah terang-terang membuat peraturan bahawa dia tidak perlu memberitahu apa-apa pun kepada Adam. Siap dengan pakej, dibenarkan mencari calon pengganti lain. Gila suaminya tu! Lama Yana berfikir. Bagitahu atau tak? Hurm, tak payah kot. Nanti, aku pula yang kena sound ganggu masa kerja dia. Akhirnya, Yana tekad. Dia mengambil smartphone dan mencari nombor seseorang.

“YA, aku dah ada kat sini dengan kontrak dan dokumen perjanjian. Encik hanya perlu datang dan tandatangan dokumen ni” dia diam. Mendengar dan memberi perhatian kepada suara di hujung talian.

“Okey, aku tunggu”

“Ya, jumpa kat sini” talian dimatikan. Adam sudah berada di restoran tersebut untuk bertemu dengan salah seorang klien yang mampu membeli unit kondo Diamond Heights itu. Banyak senarai pembeli dah lari apabila Fauzi meningkatkan harga yang pada pandangannya, tidak masuk akal. Tetapi fikiran manusia memang kadangkala tidak masuk akal, terdapat segolongan manusia yang tidak kisah membelanjakan wang mereka hingga ke tahap yang tidak masuk akal. Berbekalkan kepercayaan itu, mereka hanya menjual unit tersebut kepada golongan yang terlebih mampu dalam mendapatkan hartanah tersebut.

Oleh sebab itu, dia perlu mendekati kliennya dengan cara yang berbeza, bukan hanya menunggu mereka untuk datang kepadanya. Selepas bersusah payah tanpa mengira siang atau malam, akhirnya Adam hanya memerlukan beberapa tandatangan untuk empat unit yang belum terjual; seunit A dan B dan 2 buah unit C. Dia sudah berjaya mendapatkan tandatangan setiap klien yang sudah membuat keputusan untuk membeli hartanah tersebut. Klien yang bakal ditemuinya ini juga akan menandatangani perjanjian bagi sebuah unit C. Maknanya jika dia berjaya mendapatkan tandatangan klien yang bakal ditemuinya itu pada hari itu, hanya tiga buah unit sahaja lagi yang perlu dijual. Dia semakin hampir dengan kejayaannya! Dia bakal memecahkan rekod jualannya pada tahun itu. Juga, dia dapat buktikan kepada Fauzi bahawa dia sangat berkebolehan dalam industri tersebut! Adam sengih. Dia meneguk teh O yang sudah siap dipesannya awal.

Dari jauh, matanya menangkap gaya berjalan, gaya bercakap, gaya pemakaian dan juga ketinggian seorang perempuan yang dikenalinya. Mungkin tidak hingga ke tahap kenal paling ekstrem, tapi dia pasti, dia kenal perempuan tersebut. Dia meneguk seraya membesarkan matanya untuk melihat wanita itu dengan lebih jelas. Dia boleh tersilap pandang. Lelaki itu tidak mungkin musuhnya! Adam pantas berdiri dan mendekati.

Tak, ini tak mungkin terjadi! Damn it!

Dia pantas menarik tangan perempuan itu dan menariknya kasar mendekatinya. Kekasaran sentakan Adam menyebabkan tubuh gadis itu berpindah tempat. Dia mengaduh. Adam tidak pernah menyangka untuk bertemu dengan isterinya bersama Ezzad di restoran tersebut atau mana-mana tempat pun. Dia datang untuk berjumpa dengan klien. Alih-alih, jumpa pula dengan Yana yang asyik senyum dengan Ezzad. Tak guna! Senyum dengan musuh ketat aku pula tu!

“Buat apa kat sini?” Adam memandang Yana sekilas sebelum mencerlung memandang Ezzad. Ezzad senyum nipis, tidak ikhlas! Benci Adam melihat senyuman itu. Dia dapat menghidu kepura-puraan disebalik senyuman tidak ikhlas itu. Nak juga dia bagi flying kick sekali dua. Tak! Dia nak bagi berkali-kali!

“Adam?” Yana berpaling, terkejut.

“Ya, aku. Kenapa? Terkejut?” Adam mengejek, sarkastik.

“Buat apa kat sini?” soal Yana.

“Aku rasa aku yang sepatutnya tanyakan soalan tu kat kau” Adam mencebik. Yana melampau! Dia merasakan hendak menumbuk seseorang tepat pada muka. Digenggam lengan Yana kuat-kuat tidak mahu melepaskannya pergi. Geram sangat dengan dua insan yang ditemuinya pada hari itu.

“Dia isteri aku. Apa kau fikir bawa isteri orang lain keluar, huh?”

“Dia tak bagitahu ke yang dia keluar dengan aku? Nampak sangat kau ni tak reti jaga isteri. Nampaknya, kau pun manusia biasa jugak, ada kekurangan. Well, you should working on that part” Ezzad senyum sinis. Adam mencebik! Yana hanya memandang dua manusia dihadapannya itu tidak berkelip. Tahu bahawa dia sudah membuat kesilapan terbesar dalam hidup. Argh, tersepit! Bagitahu Adam tapi dia dah letakkan peraturan. Tak bagitahu, tapi sekarang dia dah tahu. Urgh!

“Kau tak payah nak ajar aku macam mana nak jaga isteri. Bisnes antara kita takkan terjadi. Jangan mimpi aku nak jualkan satu unit pun dekat kau” Adam menarik tangan Yana. Sakit hatinya melihat isteri sendiri berjalan seiringan dengan musuhnya yang paling tidak disukai di dunia ini. Adam rasa dikhianati, ditipu. Tidak mampu untuk mempercayai bahawa Yana sanggup melakukan benda yang sudah dilarang dibelakangnya. Sakit hati! Sangat sakit! Entah kenapa, sakit itu datang lagi. Adam benci!

“Hey, come on! Be professionallah, Adam! Takkan benda kecik macam ni pun kau nak ambil hati?!” terdengar teriakan Ezzad apabila mereka meninggalkannya. Puas hati Ezzad dapat mengenakan Adam yang dikatakan hebat itu. Juga, puas hatinya melihat muka Adam merah apabila mendekatinya tadi. Satu kejayaan besar buat dirinya meskipun dia tidak sempat untuk duduk dan makan dengan Yana.

“KAU tak boleh buat begini!” Yana menyentak tangannya kuat. Genggaman Adam terlepas.

“Apa yang aku tak boleh buat?!” Adam berhenti melangkah seraya memandangnya dengan pandangan tidak percaya.

“Nak aku bagitahu yang kau tu isteri aku ke? Kau tak bagitahu langsung yang kau keluar dengan Ezzad. Kau sengaja nak malukan aku depan dia, kan? Dalam banyak-banyak orang, kau sengaja keluar dengan dia. Sengaja jatuhkan maruah aku depan dia. Aku baik dengan kau selama ni dan ni balasan kau kat aku?” senada sahaja suara Adam. Tidak percaya betul dengan apa yang terjadi hari ini. Isterinya keluar bersama musuh terhebatnya. Kusut!

“Isteri kau? Sejak bila kau dah angkat aku jadi isteri kau pulak? Selama ni, siapa yang letakkan peraturan dan syarat aku boleh keluar dengan siapa je untuk cari pengganti Adien? Tak perlu bagitahu kemana, dengan siapa dan bila sebab kau tak nak tahu dan kita hanya orang asing yang tinggal di bawah satu bumbung yang sama” apa yang hendak Adam marahkan? Dia buat semua seperti yang diatur dan disyaratkan oleh Adam. Kenapa pulak nak marah? Tak faham betul!

“You’re missing one point here, Yana. Aku bagitahu kau boleh keluar dengan sesiapa aje kecuali dia. Aku bagitahu benda tu kat kau. Jangan kata kau tak ingat”

“Tak, kau cuma kata aku tak boleh keluar dengan ahli keluarga kau”

“Nope! It includes my rival too” Yana mengeluh.

“Bagitahu aku dengan siapa aku boleh keluar. Senaraikan nama lelaki yang aku boleh date. Semua orang macam dah jadi ahli keluarga dan rival kau” Adam jongket bahu. Yana geram melihat respon Adam. Dirasakan Adam hanya bermain dengannya. Fikirannya teringat Hazwani yang masuk ke dalam bilik air tadi. Mesti Wani terkejut bila tahu aku balik begitu je. Kasihan, Wani...

“See? Kau suka manipulasikan ayat kau. Hmph!”

“I’m not manipulating. Aku adjust sikit sebab kau tu degil sangat” Yana kerutkan hidungnya.

“Whatever! Aku masuk dalam dulu. Wani ada kat dalam. Kau kacau daun. Aku nak kenalkan diorang berdua sebenarnya”

“Mana Wani? Aku tak nampak pun dia kat sana tadi. Kau jangan nak tipu aku, Yana” “Aku tak tipu, Wani ke restroom tadi. Dia mesti sedang cari aku”

“Tak perlu. Masuk dalam kereta!” perintah Adam. Yana enggan.

“Tapi Wani...”

“Masuk!” perintah Adam lagi seraya membukakan pintu keretanya untuk Yana. Yana berpura-pura berjalan mendekati kereta Adam dan tiba-tiba, dia berlari sekuat hati balik semula ke dalam restoran. Adam terpempan. Baiklah, nak main lari-lari pulak, kan? Adam berlari selaju mungkin, lebih laju daripada Yana. Satu perkara yang Yana tidak tahu, dia memang suka bersukan meski keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan sejak dari kecil. Tetapi sekarang, Yana memaksanya berlari yang mana selalu menjadi impiannya.

“Cotcha!” Adam peluk pinggang Yana kuat.

“Nak main kejar-kejar pulak ke? Nak aku keluarkan romantic side of me, huh?” Yana mengeluh. Dia salah membuat perkiraan, dia sepatutnya berlari selaju Usain Bolt tadi. Dia hendak lari dari keadaan itu. Sebetulnya dia hendak lari daripada Adam. Dia tahu sekiranya dia masuk ke dalam perut kereta, makin besar pertelingkahan yang akan berlaku antara mereka. Dia lebih rela melarikan diri sekarang. Berbincang semula apabila kemarahan masing-masing reda. Adam bukan seperti yang dikatakannya, a man of his words. Sangat jauh. Dia hanya lelaki yang suka manipulasikan perkataan dan menambah peraturannya sesuka hati. Huh!

“Lepaskan aku!” dengan sekuat hati, Yana memijak kasut hitam berkilat Adam. Mengejutkan Adam, kakinya sakit! Yana benar-benar melampau. Dia mengaduh tetapi berjaya menguatkan genggamannya pada lengan Yana. Dia tidak akan sekali-kali melepaskan genggaman itu meski mendapat tamparan daripada Yana. Yana kuat sangat! Satu bahagian Yana yang baru diketahuinya. Dia menarik lengan Yana.

“Masuk!” arahnya lagi. Yana tidak berkutik.

“Jangan buat aku semakin biadab!” Adam menolak Yana masuk dan menutup pintu kereta itu kuat. Berdesing telinga Yana mendengar bunyi tersebut. Adam duduk di kerusi pemandu, menghidupkan kereta dan penghawa dingin untuk mendinginkan suhu dan juga hatinya yang panas saat ini. Berharap agar penghawa dingin itu mampu menyejukkan hatinya yang membara. Dia mengeluh seraya memandang Yana yang masih berdiam diri.

“Kau khianati aku. Aku paling benci pengkhianat kat muka bumi ni!”

“Aku tak khianati sesiapa. Benda tu ada dalam peraturan kau”

“Aku dah bagi amaran awal-awal jangan layan dia, kan? Tak ingat ke?!”

“Ni cuma makan tengahari”

“Walaupun!” Adam menumbuk stereng kereta itu. Yana terpempan. Pertama kali dia melihat Adam marah hingga macam tu.

“You broke the rules! How could you?” Adam mengeluh sebelum menyambung.

“Sesiapa je, kecuali dia. Just, not him...” Adam mengepal buku limanya hingga kelihatan urat-urat hijau. Dia menutup matanya lama dan menyandarkan kepalanya pada kerusi. Dia masih tidak dapat menerima kenyataan Yana mengkhianatinya. Yana hilang kata-kata. Dia benar-benar takut melihat keadaan Adam. Adam sangat menakutkan bila marah. Dia seperti bertukar menjadi orang lain.

“Untuk apa peraturan dan syarat yang tak berguna kau ni sebenarnya? Akhirnya aku tetap tak boleh keluar dengan sesiapa jugak” Yana berusaha untuk tenang. Seorang daripada mereka harus bersikap tenang. Dia tidak dapat melihat kebaikan pada peraturan dan syarat tersebut. Ditambah lagi apabila Adam asyik manipulasi peraturan tersebut.

“Kau takde hak nak tentukan samada ia berguna atau tak. Kau hanya perlu setuju dan buat macam yang aku cakap” Yana geram.

“Aku ni apa sebenarnya, Adam? Aku rasa aku ni tak lain tak bukan hanyalah puppet kau dengan semua peraturan dan syarat pointless kau tu. Setuju dan ikut? Dalam mimpi kau bolehlah. Dan untuk pengetahuan kau, aku tak nak keluar dengan sesiapa kecuali dia. Sebab kenapa? Dia seorang je yang berani ajak aku keluar” even kau pun tak nak ajak aku keluar! Teriaknya dalam hati. Sakit hatinya dengan Adam.

Adam membuka matanya cepat. Yana geram. Geram dengan sikap Adam yang membenarkannya keluar dengan lelaki lain. Aku milik kau. Aku isteri kau. Kenapa benarkan aku keluar dengan lelaki lain? Kenapa tak nak keluar dengan aku? Kenapa?! Aku ni memalukan sangat ke? Teriak Yana. Namun teriakan itu hanya kedengaran dalam hatinya. Sakit hatinya apabila Adam membuatnya begitu. Membenarkannya keluar dengan lelaki lain sedangkan dia adalah milik Adam. Milik Adam yang sah!

Meski diberi peluang untuk keluar dengan mana-mana lelaki pun, dia takkan mahu. Dia hanya mahu keluar dan dating dengan Adam. Tetapi, Adam tidak pernah mengajaknya. Adam tidak pernah ambil tahu tentang dirinya. Dia sahaja yang beria-ia selalu bertanyakan jadual Adam agar dapat makan semeja dengan suami sendiri. Tetapi, lain yang diinginkan, lain yang mengajak. Dia mendapat pelawaan keluar makan dari Ezzad dan dia mengiyakan. Bukannya dengan niat tidak baik. Dia hanya mahu memperkenalkan Hazwani dengan Ezzad. Tak salah, kan? Apatah lagi apabila Adam sudah menetapkan bahawa dia boleh keluar dengan sesiapa sahaja tanpa perlukan kebenaran darinya. Jauh di sudut hati, dia mahu melihat Adam cemburu tetapi suaminya itu langsung tidak punya hati dan perasaan. Dia hanya pentingkan egonya terhadap Ezzad dan langsung tidak punya perasaan cemburu! Buang masa sahaja! Mahu menitis air matanya tetapi cepat diseka. Tidak mahu Adam tahu airmatanya jatuh kerana dia.

“Tak, aku tak benarkan! Tak boleh! Kau mungkiri peraturan kita, dan aku pun akan buat perkara yang sama”

“Peraturan dan syarat kita tentang kau tak bagitahu ke mana pun kau pergi, terbatal! Mulai saat ini, kau kena bagitahu aku ke mana kau pergi, dengan siapa, pukul berapa nak keluar dan bila masa kau nak balik. Kalau tak, tahulah aku apa nak buat dengan kau kat rumah. Aku tak nak orang katakan aku tak reti jaga isteri. Kau ingat benda ni baik-baik, selamanya. Selagi kita sah suami isteri. Aku dah bagitahu, kau kena jaga reputasi aku” Adam memberitahu tegas.

Yana terpempan mendengar kata putus dari Adam. Satu peraturan dah terbatal! Jadi, berapa peraturan lagi? Yana mengira-ngira sendiri. Dia senyum dalam hati. Jikalau ini yang diperlukan untuk membatalkan peraturan tersebut, dia akan berusaha untuk membatalkan peraturan yang lain. Ia seperti impian menjadi kenyataan. Terasa seperti pertama kali Adam mengatakan sesuatu yang masuk akal. Akhirnya Adam sedar bahawa dia sudah mempunyai isteri dan Adam mengakui dia sebagai isterinya. Yana gembira tetapi ditahan wajahnya daripada menunjukkan apa-apa perasaan. Dia membuat andaian sendiri bahawa Adam cemburu. Entahlah, dia tidak tahu samada dia betul atau tidak. Dia cuma terlalu gembira dan bahagia. Dia akan buatkan Adam membatalkan semua peraturan yang dibuatnya dahulu.

“Kau cemburu dengan Ezzad ke?” Yana menyoal perlahan.

“Aku tak pernah cemburu dengan sesiapa selama aku hidup. Jangan nak perasan ye, Yana. Benda tu takkan berlaku, sekarang atau pun di masa hadapan. Faham, tak?” Yana mencebir. Dirasakan bahawa Adam tidak jujur kepada perasaannya sendiri. Kenapa tak nak cakap je yang kau cemburu? Huh!

“Dengar ke apa yang aku cakap tadi? Asyik-asyik mengelamun”

“Hurm...” Yana membalas dalam senyuman yang ditahan.

“Kau selalu mengelamun, Yana. Kau kena ubah sikap kau tu”

“Aku berfikir bukan mengelamun”

“Kau selalu nampak lost bila aku cakap sesuatu” senyap. “Jadi, apa kau kena buat mulai dari sekarang?”

“Ye, tahu. Satu peraturan dah terbatal. Aku ingat selama-lamanya selagi aku masih sah isteri kau. Aku kena jaga reputasi kau yang kau dah usahakan selama bertahun”

“Good!” Adam meletakkan tangan pada stereng, bercadang hendak reverse dan keluar dari parkir tersebut.

“Nak ke mana-mana tak?” soal Adam meletakkan tangan kirinya pada penyandar kerusi Yana, memandang belakang dan mengundurkan kereta. Yana memandang sekilas ke wajah Adam. Jarak muka mereka hanya beberapa inci sahaja. Ya Allah, kacaknya suami aku! Cair lagi. Cepat Yana memandang hadapan. Getaran jantungnya sangat laju. Dia tahu getaran selaju itu hanya dirasakan apabila dia bersama Adam.

Ya Allah, tolong bukakan pintu hati Adam untuk aku...

“Nak ke mana?” soal Yana gugup.

“Yelah, dah makan ke belum? Bukan ke tadi aku kacau lunch date kau dengan orang yang paling annoying dalam dunia ni?” Adam mengejek, Yana mencebir. Dia tidak suka apabila Adam menyatakan makan tengahari dengan Ezzad adalah date. Itu bukan date, okey? Dia rasakan bahawa Adam belum melepaskan perkara tersebut. Tetapi Yana sendiri tidak mahu bercakap tentang perkara itu lagi. Perkara dah berlaku, nak buat macam mana? Lagi pula, itu bukanlah kesalahannya seratus peratus.

“Aku ikut je” hatinya melonjak riang. Adakah Adam ingin mengajaknya keluar makan dan dating? Ya Allah, gembiranya! Yana memandang ke jalan raya semula. Takut Adam akan perasan bahawa dia sedang mencuri pandang kekacakan suami sendiri.

“Kalau begitu, aku hantar kau balik rumah terus jelah. Aku kena jumpa klien. Masakan kau mengalahkan Master Chef, kan? Kau masak sendiri untuk makan seorang. Malam nanti mungkin aku balik lambat jadi, tak payah masak untuk aku. Aku nak selesaikan beberapa perkara kat ofis” Yana mengeluh. Asyik-asyik balik lambat. Tak pernah balik awal untuk tengok isteri dia ni, gumam Yana dalam hati. Perasan jelah kau ni Yana kalau dia nak ajak kau dating. Kegembiraannya hilang dalam sekelip mata.

Dah tu, buat apa nak tanya? Akhirnya, aku makan sendirian jugak. Makan masakan sendiri jugak. Bukannya nak bawa makan kat restoran ke, kat warung ke, tengok-tengok pejabat dia ke. Dia betul-betul tak nak tunjuk aku kat orang lain. Dia hanya nak sembunyikan aku sebab dia nak usha perempuan kat luar sana yang lebih hebat, lebih cantik. Baiklah, baiklah. Aku akan jadi isteri yang paling memahami kat dunia ni sebab aku bukan siapa-siapa bagi kau. Aku cuma seseorang yang kau balas budi sedangkan kau tak berhutang apa-apa pun dengan aku. Baiklah, aku faham. Yana dipagut sedih, kecewa, mengalah seraya mengangguk. Akhirnya, dia memujuk dirinya sendiri.

“Yelah, ikut suka kaulah” aku ni bukan sesiapa untuk kau luangkan masa berharga kau tu. Lantas, Yana membuang pandangan ke luar tingkap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience