BAB 29

Romance Completed 21965

“APA kata bulan depan kita ke Dubai? Nak tak?” Adam memeluk erat isterinya. Berdua menghabiskan masa di hujung minggu sangat membahagiakannya. Dia tidak pernah menyangka bahawa dengan hanya duduk berduaan menonton televisyen tanpa melakukan apa-apa dengan yang tersayang boleh membuatkannya bahagia. Selama ini, dia hanya menghabiskan masa di pejabat kerana menyiapkan kerja membuatkannya gembira dan ternyata dia salah. Yana mengubahnya. Hanya Iman Iryana yang mampu memberikan rasa berbeza dalam hidupnya.

“Nak ke sana untuk apa?” Yana mengalih pandangan dari skrin televisyen ke muka Adam yang jaraknya hanya seinci dari mukanya.

“Berbulan madu. Jalan-jalan dengan isteri kesayangan abang sebelum bertambah bilangan ahli keluarga”

“Bulan madu? Kita dah bulan madu lepas kahwin hari tu, kan?”

“Tu lain. Tu dengan keluarga abang dan Yana. Abang nak berbulan madu dengan Yana seorang je kat Dubai” Yana menyengih. Tidak sangka Adam sangat romantik! Selama ini Adam sangat cold dengan respon-respon coldnya.

“Yana setuju. Yana suka travelling, tau?”

“Good then. Sebab abang pun suka travelling”

"Tapi sebenarnya, we can bring the date forwards” bisik Adam di telinga Yana menggunakan suara yang paling dalam. Adam, kalau sudah beromantik, mau jatuh jantung Yana menerima semua sisi romantiknya itu. Tetapi dia tidak mahu perkara itu berubah.

“Jadi, bila abang nak jalan?”

“Bukan abang je yang nak jalan, Yana pun ikut sekali” Yana mengekek ketawa. Silap.

“Yelah, bila kita nak jalan?”

“Hurm, Jumaat ni”

“Jumaat ni? Sempat ke nak siapkan semua barang? Dua hari je tinggal”

“Takde yang mustahil dalam dunia ni, sayang. Abang dah beli tiket, hotel pun abang dah tempah. Kita dah ada passport dari honeymoon dulu. Tinggal Yana je yang perlu packing barang” Yana muncungkan bibir pandang Adam. Tidak puas hati.

“Abang tak adil. Yana kena ada vote dalam perkara macam ni. Kenapa tak bagitahu Yana perkara ni lebih awal? Suka buat Yana terkejar-kejar”

“Packing barang ambil masa beberapa jam je, sayang. Yang penting, segala dokumen yang kita nak bawa abang dah siapkan. Lagipun, kalau abang bagitahu benda ni sebulan yang lalu pun, tetap juga Yana akan packing dalam sehari dua je, kan?” Adam mencuit hidung Yana. Isterinya itu sangat cantik apabila marah begitu. Dia geram sendiri melihat muka Yana yang suka muncungkan bibir. Kiss karang baru tahu!

Yana tak suka apabila Adam tidak menjadikan dirinya sebahagian daripada

“Tak suka tau...”

“Tak suka apa?”

“Tak suka bila abang tak jadikan Yana sebahagian daripada planner. I want to be part of it and not just agree to everything you’ve done”

“Okey, baiklah. Maaf tak jadikan Yana sebahagian daripada planner, tak sengaja. Abang teringatkan Yana waktu kat ofis. Tak sedar abang dah beli tiket pergi balik dan tempah bilik hotel. Lain kali tak payah kita luang masa bersama atau travel ke luar negara cause obviously you don’t like any of it. Won’t happen again” Adam melepaskan tangannya daripada terus merangkul pinggang Yana lantas berpeluk tubuh. Pandangan matanya pula terus dihalakan ke skrin televisyen. Merajuk! Satu perkara yang tidak pernah ditunjukkan kepada Yana sebelum ini. Yana gelak perlahan. Suka melihat Adam merajuk. Comel!

“Yana ni pengikut setia abang, tau tak? Yana akan ikut ke mana aje abang bawa Yana ke serata dunia ni. Tapi please next time, bagitahu Yana jugak. Yana nak mainkan peranan Yana jugak. Boleh, kan?” Yana mencium pipi Adam menyebabkan Adam terus senyum sampai telinga. Tak mampu rajuk lama-lama bila bersama Yana.

“Abang...” Yana meleraikan pelukan perlahan-lahan. Matanya merenung ke dalam anak mata suaminya. Ada suatu perkara yang sudah lama disimpan dalam hatinya.

“Hmmm?”

“Abang tau tak?”

“Tau apa?”

“Abang comel sangat bila merajuk” meledak ketawa Adam.

“Pujian ke kritikan ni?” soal Adam pula.

“Pujianlah. Orang lelaki comel bila merajuk”

“Hurm, tau takpe”

“Abang nak tahu lagi tak?”

“Kalau nak puji abang hensem, abang setuju!” giliran Yana pula gelak sakan.

“Tau-tau aje”

“Abang nak tau lagi tak?”

“Banyaknya! Kalau tak nak tau, boleh tak?”

“Tak boleh!”

“Tak nak tau” jawab Adam seraya senyum nakal.

“Waktu mula-mula kahwin dulu, Yana gelarkan abang Chace Crawford sebab Yana tengok wajah abang ada iras-iras dia” Yana tetap memberi penjelasan meskipun tidak diminta.

“Ye ke? Kehenseman abang sampai macam tu sekali ke? Abang dah boleh jadi pelakon Hollywood dah ni. Boleh dapat aktres Hollywood lagi” Adam berseloroh, menguji tahap kecemburuan Yana.

“Abang jangan nak cuba-cuba” ugut Yana sambil muncungkan bibir. Adam mencuit hidung Yana. Adam hanya membalas dengan gelak ketawa.

“Abang nak tau lagi tak?”

“Tak habis lagi rupanya topik ‘Abang Nak Tau’ ni?”

“Abang kena tahu jugak”

“Hurm, yelah. Terpaksa. Apa dia?”

“Yana dah berjanji dengan diri sendiri untuk cintai abang sepenuh hati walaupun selepas abang letakkan peraturan dan syarat tu semua. Dan semakin mengenali abang, perasaan cinta Yana makin hari makin dalam apatahlagi bila abang tolong keluarga Yana hari tu. Terima kasih sebab cari dan hadir dalam hidup Yana” Yana terus memeluk kuat lengan Adam. Dia berasa terhutang budi dengan Adam, sangat-sangat. Mungkin inilah perasaan Adam yang berasa terhutang budi dengan Adien, ye tak?

Adam terkesima. Dia hilang kata-kata.

“Sekarang ni, abang masih balas budi Adien ke?” Yana menyoal. Persoalan itu sudah bersarang dalam kotak fikirannya lama. Sekiranya Adam masih membalas budi maknanya, Adam tak mencintainya sepenuh hati. Dia hanya membalas budi. Tidak lebih tidak kurang.

“Kenapa soal macam ni tiba-tiba ni?”

“Hanya nakkan kepastian”

“Abang dah kata abang cintakan Yana, kan? Tak memadai ke?”

“Yana tak pasti mana satu yang betul”

“Abang boleh buat kedua-duanya sekali” Yana pantas memandang Adam. Mengandaikan bahawa Adam tidak mencintainya seperti dia mencintai Adam. Kebarangkalian Adam untuk salahtafsir dengan cinta dan balas budi sangat tinggi, fikir Yana. Adam bawa Yana dekat ke dadanya.

“Abang tak nafikan kenyataan yang abang balas budi Adien. Tapi abang fikir, Yana kena tahu yang abang sebenarnya dah lama jatuh hati dekat Yana, sejak hari pertama kita jumpa. Yana ingat tak hari tu? Abang datang ke kedai buku Yana dan beli buku Robert Kiyosaki? Abang ada semua siri buku tu, abang tak perlu tambah koleksi buku abang. Abang sengaja beli untuk berikan impresi pertama yang sangat baik kat sayang. Bagitahu diri sendiri betapa untungnya Adien sedang hakikatnya abanglah lelaki yang paling beruntung sekali tu. Abang tak sedar perkara tu. Adien hanyalah masa lalu sayang tapi dia adalah titik penghubung kita”

“Jadi kenapa abang selalu tunjukkan dan berlagak macam abang tak suka Yana langsung? Abang buat Yana rasa tak penting dalam hidup abang. Lebih-lebih lagi bila abang letakkan peraturan dan syarat tu semua. Tak logik”

“Cinta memang tak logik, tak masuk akal. Abang tak yakin dengan perasaan abang. Abang takut perasaan ni sebenarnya adalah perasaan Adien. Takut semua perasaan ni lahir dari hati Adien dan bukan abang. Abang kena kenalpasti perasaan abang yang sebenar. Well, his heart is inside me after all” Adam tunjuk dadanya menggunakan jari indeksnya sebelum mengetuknya beberapa kali.

“Perluke?”

“Sangat perlu!”

“Yana tak perlu pun. Tahu-tahu je Yana dah sukakan abang”

“Sebab Yana tu perempuan. Lelaki ada tujuh peringkat jatuh cinta, kata kajian yang dijalankan oleh pengkaji hubungan manusia” Adam senyum nipis mendengar dirinya berkata demikian. Yana pula kelihatan tertarik dengan topik yang diutarakan Adam.

“Yana tak tahu abang sebenarnya baca benda-benda macam ni” puji Yana tetapi Adam tahu, Yana memerlinya dalam diam. Yana senyum tipis.

“Hurm, the headline was enticing”

“Bagitahulah Yana apa stages tu semua” Adam terus memberitahu segala yang dia tahu dan Yana mendengarnya dengan penuh minta. Yana geram seorang diri mendengarkan setiap penerangan tahap-tahap tersebut yang mana tahap-tahap tersebut ialah appreaciation, infatuation atau pun dikenali sebagai wooing stage, attraction, impression, wondering, reaffirmation dan tahap terakhir ialah tahap yang dinamakan he-is-ready-to-love.Yana tidak menyukai tahap kelima yang dijelaskan oleh Adam. Menurut Adam yang berkali-kali hanya mengingatkan bahawa itu hanyalah kajian semata-mata, tahap kelima ialah tahap dimana lelaki mula tertanya-tanya samada dia sebenarnya sukakan seseorang perempuan itu atau sebaliknya kerana sasaran dan fokus mereka hingga saat tahap itu hanyalah mahukan perempuan itu sukakan mereka.

Dia bahagia mengetahui perempuan itu benar-benar sukakan dirinya tetapi lelaki itu belum pernah bertanya kepada dirinya sendiri samada dia sukakan perempuan itu atau sebaliknya. Dia akan bertanya kepada dirinya sendiri soalan seperti; adakah dia benar-benar sukakan perempuan itu? Adakah dia bahagia? Adakah perempuan itu yang dimahukannya sepanjang hidupnya? Adakah dia akan habiskan seluruh hidupnya dengan perempuan itu? Akhirnya, mereka masuk peringkat terakhir apabila dia sudah mendapat jawapan dan lelaki tersebut akan bersama dengan perempuan tersebut apabila dia pasti yang dia benar-benar sukakan perempuan tersebut. Sekiranya dia mempunyai perasaan yang berbeza, dia akan mula melarikan diri.

“Lelaki akan mula menjadi jerk dan berubah kepada seseorang yang perempuan tak kenal. Itu je. Thank you. Huge applause for me, please” Adam tunduk mengakhiri ceritanya.

“Menggeramkan”

“Jangan salahkan lelaki, salahkan kajian tu. Ada ke patut diorang buat kajian macam ni dan bagitahu orang ramai macam mana lelaki jatuh cinta. Bukan semua lelaki macam tu. Lelaki pun terus je jatuh cinta, macam cinta pandang pertama? Yups, perkara tu tak mustahil berlaku” Yana memandang tajam suaminya yang sedang berfikir panjang. Yana mengerutkan hidung, meragui Adam.

“Tapi a play-hard-to-get woman is awesome!” tiba-tiba Adam bersuara kuat.

“Macam Yana ke?’

“Eh?” Adam kerutkan kening.

“Yana yang jatuh cinta dulu kat abang dan usha abang gila-gila, kan?” Adam gelak kuat, tidak berniat untuk berhenti.

“Maknanya abang tak cintakan Yana ke?” Adam cepat-cepat membawa Yana mendengar degupan jantungnya.

“Abang cintakan Yanalah cause you’re the missing puzzle of me. Thank you for completing my life. Just promise me to walk through this journey no matter how hard it gets, will you?”

“I promise you, I will” Yana angguk. Dia semat janji itu dalam hatinya yang paling dalam.

“Tapi, Yana nak tau sesuatu tak?”

“Hurm, apa dia?” Yana angkat muka.

“Sebab kekacakan dan kejayaan abang, banyak perempuan nak melekat dengan abang” Yana terus melepaskan pelukan. Cemberut sahaja mukanya. Apa yang baru dikatakan oleh Adam adalah perkara terkakhir yang hendak didengar dan diketahuinya di muka bumi ini. Itu adalah ketakutan mutlaknya. Setiap wanita bergelar isteri pun takuti perkara yang sama, bukan begitu?

“Pergilah kat diorang tapi abang kena lepaskan Yana dulu” Yana berpeluk tubuh, protes. Adam gelak.

“Kalau abang nak kat diorang, dah lama abang kahwin dengan diorang ataupun abang cukupkan kuota. Tapi, abang tak nak. Abang nak Yana je. Abang tak perlukan perempuan macam artis Hollywood, abang hanya perlukan perempuan macam Yana. Nope! Sebetulnya, abang hanya perlukan Yana. Abang tak perlukan perempuan cantik melampau-lampau sebab Yana dah cantik, gorgoues, sexy, irresistible, stunning, business minded, pandai masak, pandai layan abang, jaga aurat untuk abang, terima abang seadanya, cintai abang seadanya, etc etc etc. Puas hati?” Adam menyengih melihat Yana yang sudah hilang rajuknya.

“Ada ke patut cakap begitu. Apa etc tu?” merah muka Yana menahan malu.

“Etc lah” Adam terus gelak. Adam terus memeluk erat isterinya, tidak ingin dilepaskan pergi. Betapa dia merasakan bahawa dialah lelaki paling untung dan bahagia di dunia. Oh, bahagianya. Terima kasih, ya Allah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience