BAB 14

Romance Completed 21965

YANA perlahan-lahan mendekati Fez dan duduk bersebelahan dengannya. Dia punya niat besar untuk meminta pertolongan Fez. Hanya Fez tempat dia bergantung harap pada ketika ini.

“Fez, kau ada rancangan nak pergi shopping lagi ke dalam masa terdekat ni?” Yana menyoal Fez perlahan yang sedang asyik dengan Iphonenya. Berbaring atas sofa di luar rumah sambil melayari laman Fac, sedang updating benda yang dia lakukan beberapa hari ini. Adam yang duduk di ruang tamu cepat-cepat mengaktifkan telinga gajahnya.

“Pardon me, apa dia? Tak dengar tadi”

“Boleh ke kau masukkan shopping sekali lagi dalam travelling plan tu? Aku tak sempat shopping semalam”

Huh, nak shopping sangat ye? Pandai kau minta tolong Fez, kan? Adam menjuihkan bibir. Takkan berjaya Yana, aku lebih cepat tujuh jam dari kau. Maaflah, tapi aku lebih cepat, lebih pantas dari kau. Adam ketawa sendiri dalam hati.

“Shopping?” Fez mengerutkan dahi. Yana gusar menanti jawapan. Janganlah kata tidak. Aku nak shopping sangat-sangat ni, bisiknya dalam hati.

“Let me see the schedule. Hmmm...” Fez berpura-pura mengingat kembali jadualnya sebagai pemandu pelancong. Yana berdebar-debar.

“So?”

“Truth is, there’s no schedule for today since mom’s going to take them to the museum. I’m allergic to museum!” mendengarkan jawapan Fez, Yana melonjak gembira. Yeah! Bolehlah aku membeli-belah.

“Sorry, Yana. Can’t take you there. Adam has warned me last night!”

“What?!” membulat mata Yana. Kedengaran Adam ketawa terbahak-bahak di ruang tamu. Tak habis-habis Adam menyakitkan hatinya. Urgh! Yana memandang Adam dengan sinis. Giginya diketap kuat.

“Nak shopping sangat ke?” Adam memerli. Yana pantas masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke dalam bilik. Adam betul-betul kejam! Hendak mengalir airmatanya diperlakukan begitu oleh Adam.

“Are you two fighting?” soal Fez.

“No...”

“Pity her. She really wants to go shopping. If you won’t take her, I will!” Adam terkejut dengan kesanggupan tawaran tiba-tiba Fez. No way!

“Dah kau kenapa pulak tiba-tiba nak volunteer ni?”

“Kesianlah tengok dia. Nak shopping sangat. Bukannya selalu datang sini” kasihan dia melihat Yana yang bersungguh-sungguh tadi. Kalau dia tahu Yana akan mengajaknya keluar membeli belah pagi itu, dia takkan setuju dengan cadangan Adam semalam. Dia juga tidak mempunyai apa-apa agenda hari ini. Boleh juga menjadi pemandu pelancong membeli belah sekali lagi.

“I’ll go with her. I’m her husband!” Fez jungkit bahu. Adam pantas berdiri dan melangkah masuk ke dalam bilik.

“YANG kau pergi ajak Fez tu kenapa?” Adam menyoal sebaik sahaja masuk ke dalam bilik. Yana tidak berkutik, membelakangkan Adam. Benci dengan Adam yang asyik menyakitkan hatinya. Semalam dia dah benarkan untuk join Fez dan ahli keluarganya yang lain. Tetapi hari ini, lain yang dikatakan, lain yang dibuat. Laju sahaja dia memberi amaran kepada Fez supaya tidak membawanya keluar, kan? Huh!

Sekarang, apa yang dia dapat lakukan? Duduk terperuk di dalam rumah sementara ahli keluarganya yang lain sedang bersuka ria di luar sana? Masa bukannya semakin panjang untuk menikmati momen di luar negara. Argh, benci! Nak juga beli beberapa barang, cendera kenangan dan baju untuk dibawa pulang ke tanah air. Argh, bencinya Adam!

“Hey! I’m talking to you. Don’t make me invisible!” Adam mencuit bahu Yana. Yana tetap begitu, tidak berkutik. Pagi-pagi lagi Adam sudah menyakitkan hatinya. Yana memandang Adam, membuat kerutan pada hidung dan memuncungkan bibir. Adam yang melihat keseronokan. Merajuk lagilah tu.

“Kau! Tak adil! Semalam cakap aku boleh ikut diorang tapi kau dah warning Fez awal-awal tak boleh benarkan aku keluar. Urgh!” pantas Yana membuang pandangan ke tempat lain. Adam mengekek ketawa. Puas hatinya dapat mengenakan Yana. Lain kali aku buat lagi, suka tengok kau buat muka kerut-kerut macam tu, bisiknya pula dalam hati.

“Memanglah aku tak benarkan sebab bukan Fez yang ajak. Aku benarkan kau ikut je, bukan ajak” Adam menyengih. Memang itu yang dikatakannya semalam, kan? Aku benarkan ikut, bukan ajak.

“Benda samalah tu!”

“Tak! Tak sama langsung. Anyway, tak malu ke ajak lelaki keluar? Kau tu perempuan, sopan sikit...” Adam mengejek. Yana semakin geram. Bukannya dia ajak buat apa pun. Dia cuma ajak keluar membeli belah. Kalau dia tahu kawasan ini, dia akan keluar seorang diri. Tak perlu teman pun tak apa.

“Jadi nak ajak siapa lagi? Kau? Pehlis!”

“Tak nak? Takpe...” Adam berkira-kira hendak berdiri. Rancangan asalnya, dia hendak mengajak Yana keluar membeli belah. Tunaikan hasrat Yana yang meroyan nak shopping. Alih-alih, jawapan yang menyakitkan hati yang diterimanya. Okey, baiklah. Tak jadi aku nak berbaik dan tunaikan hasrat kau tu. Berkurunglah kau dalam bilik ni.

Yana cepat-cepat memandang Adam yang hendak keluar dari bilik. Argh! Tak suka! Aku kena keluar dengan dia juga ke? Aku tak nak kejadian macam semalam berlaku lagi.

“Adam!” Panggil Yana. Adam menguntum senyum. Yes! Berjaya!

“Hmmm” Adam berpura-pura menjawab malas. Badannya dipalingkan menghadap Yana.

“Benarkanlah aku keluar dengan Fez. Dia je yang aku ada sekarang ni. Please. Lagipun, kau dah tetapkan syarat aku boleh keluar dengan siapa je untuk cari calon pengganti Adien, kan? Mungkin aku boleh berkenalan dengan Fez. Mungkin, he is the one” hilang senyuman Adam serta-merta. Beraninya gunakan syarat aku saat ni! Dia je yang kau ada sekarang ni?! Habis aku ni apa?! Tunggul?! Teriak Adam dalam hati. Tidak percaya.

“No way! Peraturan dan syarat tu tak valid kalau kau gunakan antara ahli keluarga aku” dia tak faham bahasa lagi ke? Bukan aku dah bagi hint yang aku akan temankan dia keluar ke? Tak guna!

“Kau tak boleh ubah peraturan dan syarat tu dalam sekelip mata!”

“Aku tak ubah. Cuma, aku tak bagitahu tambahan ni lebih awal”

“Pleaselah, Adam. Aku nak shopping sangat-sangat” suara Yana sudah mula kendur. Dia tidak betah lagi bertikam lidah dengan Adam tentang perkara itu. Tolonglah, benarkanlah aku keluar.

“Please” rayu Yana lagi. Hati Adam kacau. Suka sangat gunakan perkataan please!

“Adam, please...”

“In your dream!” Adam cepat-cepat keluar. Tidak mahu termakan dengan pujukan Yana. Dia kemudiannya duduk bersebelahan Fez yang masih duduk pada tempat yang sama dia meninggalkannya tadi. Fez ketawa seorang diri menonton rancangan Oprah di televisyen. Entah, apa yang diketawakannya, Adam tidak tahu. Bukankah rancangan tersebut tak lucu? Whatevs! Fikiran Adam kembali kepada Yana yang berada di dalam bilik. Aih! Apa aku nak buat ni?!

ADAM membuka pintu. Tidak betah duduk di ruang tamu sedangkan fikirannya asyik kepada Yana. Menyusahkan betul, bersalah pun ada juga, gumamnya. Adam melihat Yana berbaring di atas tilam sambil membelakangkan pintu.

“Yana” panggil Adam perlahan. Adam mendekati Yana.

Dia boleh tidur sedangkan aku dalam rasa bersalah!

Matanya terpandang tahi lalat pada dagu sebelah kanan Yana. Dagunya yang runcing diserikan lagi dengan tahi lalat tersebut. Cantiknya dia, hatinya berbisik. Lama dia melihat Yana yang mungkin sudah dibuai mimpi. Matanya tertangkap bantal Yana yang basah. Nangis ke? Aku tak benarkan dia keluar shopping pun nangis ke? Haih! Susahlah perempuan macam dia ni, gerutu Adam dalam hati. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Melihatkan Yana begitu, makin bertambah-tambah rasa bersalah dalam hatinya. Yana bergerak dan membuka mata. Adam cepat-cepat berdiri.

“Yana!” Panggilnya kuat. Yana menggosok mata.

“Apa?” Jawabnya perlahan.

“Jomlah keluar. Aku keluar dengan kau. Aku temankan kau shopping” Adam bersuara ragu-ragu. Sebolehnya, dia berusaha agar Yana tidak mendengar apa yang dikatakannya sebentar tadi. Pantas sahaja dia berpaling, mengelakkan Yana daripada melihat mukanya. Nak juga aku cakap terus terang. Aih...

“Betulke kau nak temankan aku ni?” takpelah, keluar dengan dia sekali lagi pun jadilah asalkan hajat di hati nak shopping tertunai. Penat sungguh berbalah pasal keluar membeli belah sahaja.Beginikah keadaan ku sehingga Adam melepaskan aku? Oh, tidak! Please, aku nak habiskan seumur hidupku dengan dia seorang sahaja. Biarlah berbalah tiap hari. Aku tak nak dia lepaskan aku.

“Yelah, cepatlah bersiap. Setengah jam lagi kita keluar” Yana bangun. Lengan Adam dipeluk. Adam kaget dengan pelukan lengan tersebut yang tiba-tiba.

“Terima kasih, Adam. Aku siap cepat” Yana memberikan senyuman paling ikhlasnya kepada Adam dan terus mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air. Adam semakin kaget tetapi, hatinya tetap menguntum senyum. Dia gembira melihat Yana gembira.

“KITA ke kedai tu dulu” Yana menunjuk sebuah kedai vintage menggunakan jari telunjuknya. Adam mengeluh. Pada saat ini, dia berasa sangat menyesal kerana mempunyai perasaan bersalah dan menawarkan diri untuk menemani Yana membeli belah. Hendak sahaja dibahagi-bahagikan dirinya itu kepada beberapa orang. Dia hendak balik dan tidur. Bagai hendak tercabut kedua-dua skru lututnya.

Dari satu kedai ke satu kedai. Entah sudah berapa lama mereka menghabiskan masa hanya dengan memeriksa satu rel pakaian ke satu rel yang lain. Tetapi Yana nampaknya masih tidak puas dengan semua barang dan pakaian yang dibelinya meskipun selepas keluar masuk beberapa buah kedai berjenama seperti Mulberry, Louis Vuitton, Vivienne Westwood, karen Millen, L. K Binnett, Jigsaw dan All Saints di The Victoria Quarter. Ya Allah!

“Dahlah, jomlah balik. Tak cukup lagi ke?”

“Kejaplah. Aku nak belikan untuk Wani dulu. Nak belikan kau baju juga”

“Belum cukup lagi ke dengan barang ni semua? Bagi jelah mana-mana kat dalam beg ni kat Wani. Tak payah belikan apa-apa untuk aku. Aku beli sendiri kat Malaysia nanti”

“Wani tak muat dengan baju yang aku belikan tu. Dia besar sikit. Semua tu saiz aku”

“Ni semua untuk kau ke?” Adam menyoal dalam ketidakpercayaan, membulat matanya bertanyakan soalan itu kepada Yana. Dia tak mungkin berkahwin dengan shopaholic! Yana menyengih sahaja. Adam mengeluh berat, menggelengkan kepalanya.

“Bagi jelah. Cakap je kat dia yang kau tak pasti dengan saiz dia” Adam menarik tangan Yana keluar dari kedai tersebut. Sudah berkali-kali dia menarik tangan Yana untuk keluar dari kedai-kedai sebelumnya tetapi natijahnya tetap sama apabila masuk ke kedai yang lain pula. Teringat satu quote yang pernah dibacanya melalui Fac, hold your wife hands while shopping, it seems romantic but actually economic. Dan dia merasakan benda tu sangat betul!

Dibuka pintu kereta dan disuruhnya Yana masuk ke dalam. Nasib baik Fez baik hati hendak pinjamkan kereta. Kalau tak, tak ke naya aku nak mengangkat semua barang-barangnya tu? Adam menggeleng. Lagi parah bila terbang nanti, banyak gila barang!

“Kejap. Kau tunggu kat sini. Aku carikan sepasang baju untuk Wani. Kejap je!” Yana sudah membuka pintu kereta. Belum sempat dia menapakkan kaki, Adam menggenggam lengannya.

“Tak. Jangan nak mimpi! Kita balik sekarang”

“Kejap je, please...” tak habis-habis dengan perkataan tu. Aih, Yana...

“Sekali lagi kau gunakan perkataan please, aku tinggalkan kau kat sini” Adam memasang tali pinggang keledar. Yana tidak jadi keluar. Kecewa. Maaflah, Wani. Aku tak sempat nak belikan baju untuk kau dari luar negara.

Akhirnya, kedua-dua insan itu berdiam diri.

“Adam” panggil Yana. Adam tidak menyahut. Malas nak layan.

“Adam” panggil Yana lagi apabila Adam tidak memberikan sebarang respon. Adam hanya fokuskan pemanduannya meski berasa pelik apabila memandu di sebelah kiri.

“Cakap jelah. Nak juga aku respon”

“Kita belum makan lagi”

“So?”

“Jomlah makan. Aku lapar ni” ajak Yana. Adam terdiam. Dia cuma nak balik dan berehat. Ada-ada sahaja permintaan daripada isterinya itu. Daripada cerita ibu mentuanya, dia maklum bahawa Yana seorang yang pelahap. Kuat makan. Badan je yang tak pandai naik-naik.

“Masak kat rumah jelah”

“Aku teringin juga nak makan kat luar. Lagipun, esok kita dah nak balik”

“Ada jelah permintaan kau ni. Boleh tak satu hari kau tak bagitahu permintaan kau tu. Lepas tu jangan buat muka macam kucing Siam nak minta makan dengan please, please, please. Ingat aku ni takde kerja lain ke? Asyik nak layan permintaan kau je”

“Takpelah. Nanti aku masak kat rumah mak su je. Tapi, kalau dah balik kat Malaysia nanti, mesti tak dapat nak minta tolong kau lagi sebab kau dah mula busy” Yana menjawab perlahan. Argh! Adam bagai nak gila mendengar jawapan dari Yana. Jawapan Yana lebih membuatkan dia rasa bersalah. Perasaan bersalah timbul lagi dalam dirinya. Kasihan melihat Yana yang lapar. Lagi-lagi bila dia tahu Yana memang jenis pelahap. Nak jadi gila dibuatnya.

“Nak makan kat mana?” soal Adam, mengendurkan suaranya. Aih, beralah lagi! Yana memandang Adam dengan mata yang bersinar. Oh, Adam. Terima kasih sangat-sangat!

“Aku lapar jugak” belum sempat Yana menjawab, Adam menerangkan mengapa dia bersetuju.

“Terima kasih, Adam. Aku okey je kat mana-mana” matanya langsung tidak berkelip memandang Adam yang sedang memandu dengan gaya macho. Selain tergoda dengan gaya pemanduan Adam, Yana turut tergoda dengan sikap Adam yang sanggup menuruti satu lagi kemahuannya.

“Janganlah pandang aku macam tu. Accident karang siapa susah?”

“Oops, sorry! Aku cuma tak sangkakau sudi tunaikan permintaan aku. Maaflah sebab banyak susahkan kau. Terima kasih banyak-banyak ye, Adam” Yana membuang pandangannya semula ke luar tingkap. Terbayang makanan sedap di hadapan matanya. Kecur liur! Adam hanya senyum nipis, mengerling sekilas ke arah Yana. Yana benar-benar berlainan dari mana-mana gadis yang pernah didampinginya. Makanan pun boleh membuatkannya gembira tahap gaban.

Yana, Yana... Adam berbisik.

“Kita ke Saffie restaurant, nak?”

“Halal ke?”

“Halallah, it’s a Persian and Iranian restaurant. Ingat aku ni jahat sangat ke nak bawa kau makan benda tak halal? Restoran ni aku biasa pergi bila datang kat sini dulu”

“Aku ikut je” Adam terus memecut laju keretanya ke restoran yang banyak menggamit kenangan itu.

“ADAM! How are you? You look so... Healthy!” Adam berjabat tangan dengan Malik, pengurus restoran tersebut sejak beberapa tahun yang lalu.

“Well, look who’s feeding me” Adam ketawa.

“Your wife?” mereka melepaskan tangan masing-masing. Yana bingung. Tiba-tiba sahaja lelaki itu datang dan bersalaman dengan Adam, dah seperti Jejak Kasih pun ada.

“My first wife, Yana” Adam membetulkan, lantas kedua-dua lelaki itu mengekek ketawa. Yana terasa. Hmph! Ada hati nak tambah lagi? Erk, memanglah! Dia memang dah tekankan untuk aku cari calon lain dan dia pun boleh cari lain! Adam menarik Yana dekat dengannya.

“Yana, meet the man I am very indebted to, Malik” Yana berdiri dengan senyuman di sisi Adam. Adam memperkenalkan Yana kepada Malik dan sebaliknya sebagai tanda hormat.

“Nice to meet you”

“Nice meeting you too” balas Malik.

“How long has it been? It’s been so long that we didn’t meet”

“Yeah, it’s been so long. But, here I am with a wife” Adam berseloroh. Sekali lagi mereka ketawa gembira.

“Come and sit. Your wife looks so hungry. I’ll take your order. You are my special customers for today”

“Don’t mind her, she’s always hungry!” kurang asam! Baru pertama kali berjumpa dia dah katakan yang tak baik pasal aku. Turunlah saham aku. Tak memberikan impresi pertama yang baiklah Adam ni. Tak membantu langsung. Yana menggumam. Adam dan Yana duduk di salah sebuah meja berhampiran tingkap.

“Still in love with this scenic spot?” Malik menyoal. Lokasi tempat duduk Adam masih tidak berubah sejak dulu.

“Hell yeah! Who doesn’t like it here?” Adam duduk sambil mendepakan tangannya. Kenangan lalu menggamitnya. Tidak sangka dia akan datang ke tempat itu lagi.

“Order, sir?” Adam menyengih mendengar cara Malik mengambil pesanan darinya. Dia tahu pekerja-pekerja di situ telah dilatih untuk memberikan servis terbaik meskipun dengan rakan sendiri.

“Can I lol to that?”

“Don’t be like that. As I said, you are my special customers for today. I won’t dissapoint you. So, place your order please” Yana sudah memeriksa menu, lama. Tidak tahu apa yang hendak dimakan. Rasa nak makan semua.

“Is it the same menu like few years back?”

“Uhuh”

“Rice for two, large mixed grill of the fillet of lamb and chicken, a Taboule, two Baklavas, Monster energy for me and Appletiser for her, please” Adam memesan menu yang masih segar di ingatannya. Yana hanya memandang. Akhirnya, dia meletakkan menu tersebut di atas meja. Tidak ada gunanya dia melihat senarai menu itu lagi. Adam dah pesan semuanya.

“Okay, fifteen minutes!” Adam mengangguk dan Malik meninggalkan mereka dengan pesanan pada tangannya.

“Apa hubungan kau dengan dia?”

“Kenapa? Macam cemburu je tanya pasal hubungan-hubungan ni”

“Nak cemburu buat apa? Dia tu lelaki”

“Tapi dia lebih rapat dengan aku banding kau” Yana terdiam. Satu kenyataan yang betul dan tidak dapat disangkalnya. Ada sahaja hujah Adam yang mematikan mulutnya daripada terus bersuara.

“Yelah, kalau tak nak bagitahu takpe. Aku tanya je sebab korang macam dalam rancangan Jejak Kasih je tadi” Adam terus membuang pandang ke luar tingkap.

“Dia tu pengurus kat sini” bagitahu Adam perlahan.

“Restoran ni milik keluarga sebelah mak dia. Aku pernah kerja kat sini dulu. Dia yang bagi kerja kat aku. Melanggar peraturan sebab budak bawah lapan belas tahun tak dibenarkan kerja”

“Kerja kat sini untuk apa?” perasaan ingin tahu Yana melonjak naik. Banyak sangat kisah hidup Adam yang tidak diketahuinya. Ada sahaja kenangan di sebalik tempat-tempat yang mereka pergi. Adam memang sangat misteri.

“Saja je. Nak rasa dapat duit sendiri sebelum mata tertutup. Kalau nak kerja kat Malaysia, memang mak dan ayah tak bagi. Diorang akan bagi apa je kat aku dan aku tak nak macam tu. Kalau datang kat sini, mak su, pak su dan Fez akan rahsiakan. Diorang sokong aku buat kerja macam ni walaupun ada beberapa kali aku kena admitted ke hospital. Aku tak nak diorang bagitahu mak dan ayah dan diorang memang kotakan janji” Adam menyengih sebelum menyambung.

“Fez dulu pun pernah kerja kat Starbucks dan jual barang dari rumah ke rumah. Tengok betapa hebat cara dia mempromosi tempat terbaik kat korang. Dia memang boleh jadi saleperson yang berjaya hasil dari latihan dulu” sempat Adam memuji sepupunya itu.

“Apa sebenarnya kerja Fez tu? Rileks je aku tengok”

“Hebat dia tu”

“Apa?” Yana semakin ingin tahu.

“Dia ada kedai baju sendiri. Dah ada lima cawangan kat sini. Tak lama lagi, dia akan keluarkan jenama baju dia sendiri, Fez Faulkin. Tengah usahakanlah tu”

“Biar betul?”

“Ye! Rileks macam nobody je kau tengok dia, kan?”

“Ha’ah” Yana menongkat dagu. Betapa dia tidak menyangka Fez mempunyai kerja yang hebat. Hasil usaha daripada titik peluh sendiri.

“Berapa banyak sebenarnya kerja yang korang pernah lakukan bersama?”

“Taklah banyak sangat tapi paling lama aku pernah kerja kat restoran ni. Mula timbul niat tu waktu Fez sekeluarga pindah kat sini. Dah takde kawan main kat arcade game sebab Ab masuk sekolah berasrama penuh, pandai pulak budak tu. Jadi, bila diorang pindah sini, aku pun berulang-alik ke sini. Berulang alik kat sini buatkan aku sedar dan banyak berfikir, hidup aku bukan setakat berduka sebab aku ada penyakit ni. Aku mula ubah cara aku tengok kehidupan dan bila aku masuk universiti, kawan ajak ikut seminar hartanah. Tahu-tahu, aku sangat sukakan benda tu dan bersyukur sangat sebab aku sukakan kerja aku sekarang ni. Tak sangka pula aku masih hidup sampai sekarang, having a lunch together with you” Adam menguntum senyum sambil mengacau minuman yang sudah diletakkan di atas meja sewaktu mereka bercerita tadi. Yana terpukau melihat senyuman Adam. Senyuman kepuasan atas kejayaan diri. Adam memang hebat. Bisiknya seraya mengikut gelagat Adam yang mengacau minuman. Ketika itu, banyak sangat tentang sejarah dan kisah hidup suaminya yang dia tidak tahu. Ingin sahaja dikorek semuanya saat ini. Tetapi, Adam sudi ke berkongsi cerita dengan aku?

“Kau matang dalam umur yang sangat muda. Budak lelaki lain tak mungkin macam kau” Yana memuji.

“Thanks to them, I have nothing to regret”

“Korang memang mewarisi genetik ambitious kot kan”

“Who knows? Tapi kau pun apa kurangnya. Kau resign dari guru prasekolah untuk kejar impian buka kedai buku. It shows you are somewhat ambitious apa”

“Aku cuma tak tahan kerja bawah orang lain. Rasa anxiety je sepanjang masa. Aku tak suka, jadi aku fikir lebih baik aku pursue cita-cita aku. Lagipun, aku sukakan buku”

“We are on the same side, then” Yana mengangguk. Kini dia tahu, meskipun mereka selalu berbalah, mereka turut mempunyai persamaan. Tetapi baginya, kisah hidupnya tidaklah seekstrem Adam yang ponteng sekolah untuk bermain game. Keluar negara pula untuk bekerja. Dia menjalani kehidupannya seperti orang lain. Ke sekolah dan graduate. Eh, Adam grad ke?

“Adam” panggil Yana.

“Hmmm”

“Kau grad U juga ke? Atau kau ni jenis genius macam Mark Zuckerberg yang drop-out college untuk kejar cita-cita?” Adam ketawa mendengar soalan Yana. Ke situ pula isterinya ini. Ada sahaja soalan Yana yang menggelikan hatinya.

“Aku grad U la walaupun pointer tak dapat nak dibanggakan. Kau fikir aku ni genius ke?”

“Hah? Taklah” nak masuk bakul angkat sendirilah tu, Yana berbisik. Tahu benar dengan sikap Adam. Pantang dipuji!

“Tak nak ngakulah tu” tanpa disedari, Malik berdiri di sisi Adam.

“Is everything here?” Malik bertanyakan soalan kepada Adam dan Yana. Memastikan semua pesanan mereka sudah berada di atas meja.

“Think so. Thanks, Malik!” Adam mengelap sudu, pisau dan garfunya menggunakan tisu.

“You are very welcome! Enjoy your meal, Adam and Yana. Just call me if you need anything”

“Okay, no worries!” Malik kembali meninggalkan mereka. Yana dan Adam pula membaca doa dan mengisi perut yang sudah berkeroncong.

“Makan bagi licin, Yana. Tadi kata lapar”

“Jangan risau. Aku bagi licin semuanya. Daging kambing ni sedap sangat!” Adam berhenti menyuap. Matanya difokuskan kepada Yana yang asyik menyuap lamb fillet ke dalam mulut. Alahai, kesiannya. Lapar sangat dia ni.

Sedar tidak sedar, Malik sudah kembali ke meja mereka.

“Everything to your satisfaction, Adam?” soalnya ramah.

“An excellent meal, thank you, Malik” beritahu Adam sebelum kembali menyambung.

“All I need now is the check”

“Certainly, Adam, and may I say what an honour it has been to have you in the restaurant”

“Thank you” ucap Adam buat ke sekian kalinya di samping cuba menyembunyikan perasaan malunya apabila melihat Yana memandang dengan perasaan syak. Dia bagi tip kat Malik ke?

“Berapa kau upah dia untuk cakap macam tu?” Soal Yana apabila Malik sudah melangkah pergi dari meja mereka.

“Ten euro?” Adam jungkit bahu, buat-buat tak tahu.

“Perlu ke buat semua tu?”

“Well, he’s an old friend of mine. Dan, tak salah kan nak berlagak sikit depan kau” Adam kemudiannya ketawa kecil. Yana hanya senyum nipis.

“Maksudnya?” Yana menyoal menagih kepastian.

“Maksudnya apa?” Adam mengembalikan soalan yang sama.

“Apa yang kau cuba nak buktikan?”

“Takde nak buktikan apa-apa pun. Cuma nak naikkan saham depan isteri sendiri. Salah ke?” Yana muncungkan bibir. Fikirannya ligat berputar.

“Pelik” katanya perlahan.

“Apa yang pelik?”

“Sebab kau nak naikkan saham depan aku maknanya kau nak buktikan sesuatu kat aku, kan? Cuma kau je tak nak mengaku” Yana menduga.

“Oops!” Adam pura-pura tepuk dahi dan sengih macam kerang busuk. Kepalanya dialihkan cepat menghadap Yana.

“Jangan nak perasan dan jangan nak jatuh cinta kat aku pula” terus sahaja dia masuk ke dalam kereta meninggalkan Yana yang masih terkulat-kulat. Kurang asam!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience