BAB 26

Romance Completed 21965

“WANI...” Yana sudah mengalirkan air mata. Hidup dengan Adam membuatkan airmatanya mudah sahaja mengalir tanpa keizinannya. Tambahan lagi dengan penolakan Adam semalam. Ia membuatkannya kecewa dan malu. Malu dengan diri sendiri, juga malu untuk berjumpa dengan Adam. Akhirnya, Yana mengambil keputusan untuk tinggal beberapa hari di rumah Hazwani. Selepas subuh, dia terus sahaja memandu kereta Fair Lady milik Adam. Berdiri di hadapan rumah Hazwani, sedang mengetuk pintu rumahnya. Hazwani yang baru bangun terkejut melihat Yana yang terpacak di pintu rumahnya.

“Ya Allah, Yana! Apesal kau terpacak kat rumah aku ni? Kau gaduh dengan Adam lagi ke?” Hazwani cepat-cepat membuka pintu, mengajak Yana masuk ke dalam rumahnya.

“Bukan gaduh” jatuh sebutir permata ke pipi Yana. Dia pantas memeluk Wani. Tidak kisah dengan keadaan Wani yang baru bangun itu. Dia perlukan seseorang untuk meluah.

“Habis tu?” Hazwani mengusap perlahan belakang Yana. Kasihan melihat sahabatnya yang dimakan dengan prinsip sendiri.

“Adam, dia... Dia, Urgh!” Yana tidak tahu bagaimana hendak menghabiskan ayatnya.

“Kenapa dengan Adam? Cuba bertenang. Bagitahu aku satu persatu” Hazwani membuat demonstrasi agar Yana mengikutinya. Yana perlahan-lahan ikut sama.

“Okey sekarang bagitahu aku. Kenapa dengan Adam?”

“Aku sukakan dia”

“Okey, benda tu dah lama aku tahu”

“Adam tolak aku sekali lagi, sampai aku dah tak tahu berapa kali dia tolak aku. Adam tak suka aku. Aku seorang je yang sukakan dia” Hazwani diam, itu perkara terbaik yang dapat difikirnya sekarang. Biar betul Adam ni? Perempuan sebaik Yana ditolaknya mentah-mentah. Atau...? Hazwni menepuk dahi sendiri dan menggeleng. Fikiran negatif merasuk fikirannya. Gila, Wani! Wani membuang fikiran negatif itu jauh-jauh. Minta dijauhkan benda seperti itu. Kasihan Yana kalau perkara yang sedang berada dalam fikirannya itu adalah suatu realiti. Gila! Wani menggeleng sekali lagi.

“Cuba cerita kat aku apa yang terjadi. Kalau kau asyik nangis macam ni, aku tak dapat nak tolong kau” Yana mengesat airmata dan membalas pandangan Hazwani. Dia mengeluh. Bagaimana hendak mulakan?

“Aku tak sedar yang aku dah meluah kat Adam. Aku bagitahu dia yang aku cintakan dia. Tapi dia kata, aku tak boleh! Ia salah sebab dia dah tetapkan peraturan yang aku tak boleh suka atau cintakan dia. Aku malu nak jumpa dia lagi. Dah nampak terhegeh sangat aku nakkan dia”

“Dia tu dah gila kot. Lelaki mana yang tak sukakan kau? Si Ezzad tu pun sukakan kau. Dia je yang pelik! Mungkin... dia suka kaum sendiri tak?” Hazwani menghamburkan apa yang terbuku di dalam hatinya sejak tadi. Tidak keruan rasanya tidak memberitahu perkara tersebut kepada Yana. Semua staf dalam Iman’s Bookstore sudah dimaklumkan untuk tidak membenarkan kehadiran psiko menakutkan bernama Ezzad ke dalam kedai tersebut. Jalan penyelesaian yang diusulkan oleh brainstormer, Isaac.

“Gila Wani! Orang yang kau cakap tu suami aku, tau tak? Aku kenal dia. Dia bukan jenis macam tu. Dia cuma workaholic!” Yana mempertahankan Adam. Dia tahu Adam bukan jenis macam tu. Gila kawannya ini! Sanggup mengatakan suaminya suka kaum sendiri. Kalaulah perkara itu benar, mati hidup kembali pun dia takkan dapat bersaing dengan pesaingnya itu. Simpang malaikat empat puluh empat! Aku betul-betul tak nak perkara itu berlaku. Tolonglah!

Dia mencubit Hazwani di pergelangan tangan. Hazwani mengaduh.

“Yelah, yelah. Aku cuma pelik je” Hazwani menyengih. Yana kembali berdiam diri. Dia mahukan ketenangan tetapi lain pula yang dikatakan oleh sahabat baiknya itu.

“By the way...” Hazwani berhenti sejenak.

“Betul ke dia tak sukakan kau? Kau pasti?”

“Dah terang lagi bersuluh dia kata kat aku yang aku tak boleh cintakan dia. Dah habis idea aku nak pikat dia, semuanya tak jalan. Bila aku cuba nak tunjuk caring atau risaukan dia, dia kata jangan jadi macam ibu bapa dia, dia rimas! Bila aku nak tolong dia, dia kata, dia dah besar panjang nak uruskan hal ehwal diri sendiri. Dia tu hati batu betul! Aku dah try segala-galanya tapi dia takde kesan langsung. Aku tak boleh buat tak tahu kat seseorang yang aku sayang sangat”

“Try seduce dia gunakan cara yang berbeza. Kau tahu, kita ni perempuan. Dan perempuan dah dianugerahkan dengan The Power of Woman!” Yana memandang Hazwani dengan pandangan tak faham.

“Maksudnya?”

“Yelah, seduce dia. Pakai seksi-seksi”

“Mustahil!”

“Kenapa pulak? Dah terbukti dia suka kaum sendiri ke?”

“Hish, ke situ pulak!” Yana memberinya cubitan pada lengan lagi. Hazwani mengaduh lagi.

“Macam mana aku nak seduce dia kalau dia balik tengah malam? Balik je terus masuk bilik. Aku memang dah lama tidur kat dalam bilik aku”

“Itulah sebabnya kau sangat perlu gunakan method ni. Seduce dia dengan mini dress yang cute dan menampakkan setiap susuk tubuh kau” Hazwani menggawang-gawangkan jemarinya di udara.

“Tak nak aku!” Yana menggeleng. Itu adalah perkara terakhir yang akan dilakukannya. Malu, tau tak?!

“Dia tu suami kau, Yana. Bukan kau yang selalu cakap ke, isteri kena berwangi-wangian, berpakaian cantik dan seksi hanya untuk suami?” Hazwani cuba memasukkan jarumnya dalam fikiran Yana. Yana, kalau orang lain dia boleh je beri nasihat. Kalau diri sendiri? Entah ke mana hilangnya semua nasihat yang diberikan kepada orang lain itu.

“Yelah. Tapi aku tak naklah lepas gunakan The Power of Woman aku tu katakan, kitorang tidur bersama. And then, lepas tu apa? Dia tinggalkan aku macam tu je? Aku tak nak. Aku nak dia jatuh cinta kat aku dulu baru semua perkara tu boleh berlaku” Yana memandang mata sahabatnya itu dalam-dalam sebelum menyambung.

“Kalau benda tu berlaku sebelum dia jatuh cinta kat aku, aku takkan dapat berdepan dengan dia lagi sampai bila-bila. Sebab aku akan rasa sangat cheap, nakkan diri dia, cinta dia dan kasih sayang dia” Hazwani berasa sangat simpati mendengarkan penjelasan Yana. Yana betul-betul dimakan oleh prinsipnya sendiri. Hazwani mengambil tangan Yana dan menggenggamnya erat.

“Dia tu suami kau, Yana. Kau berhak dapat segalanya dari dia. Cinta, kasih sayang, attention, everything. Just everything. Aku bangga dengan kau sebab kau kuat tapi, kau kena buat apa yang aku cakap. Kau kena gunakan kuasa kau sebagai perempuan. Tengok kalau dia waver. Kalau tak, aku rasa kau dah takde hidden cards lagi dah”

“Tapi itu bertentangan prinsip aku”

“Well, principle is meant to be broken, isn’t it?”

“Tak...” Hazwani mencebir. Yana asyik sahaja menentang pendapatnya.

“Okey. Kalau tak pun, kau kena adjust sikit prinsip kau tu”

“Tapi...”

“Takde tapi-tapi, Yana. Kau nak ke tak nak, tu masalahnya. Kalau tak nak guna nasihat aku takpe. Lain kali, jangan datang menangis awal pagi kat depan pintu rumah aku lagi ye” Hazwani berdiri meninggalkan Yana. Dia tahu hati Yana sebenarnya sudah berbolak balik melihatkan riak wajahnya. Biar diam mengubah fikirannya itu, bisik Wani.

“Aku nak buka kedai kau ni. Kalau kau tak kerja hari ni, kau kena bagi aku bonus bulanan. Dah banyak hari aku gantikan tempat kau, kan?” Hazwani berlalu masuk ke dalam biliknya untuk bersiap. Yana mendengus. Dalam diam, dia merasakan nasihat Wani sangat ada betulnya. Tak jadi hendak tidur di rumah Wani. Dia kena lakukan sesuatu.

ADAM berkejar ke unit A Diamond Heights di mana Harris Zachary sedang menantinya. Selepas menerima panggilan daripada lelaki tersebut untuk berbincang mengenai unit terakhir Diamond Heights. Unit yang telah dia simpankan untuk klien Ezzad. Unit-unit yang lain telah berjaya dijual pada harga yang ditetapkan oleh Fauzi. Dia juga terkejut dengan hasil yang hebat itu. Fauzi berkali-kali memujinya dimana dia hanya membalas dengan ‘hehe, aku cuma jalankan kerja aku je. Lain kali, jangan cari orang lain selain aku okey?’ Adam terus sahaja memecut Porschenya laju untuk mendapatkan lelaki itu.

Jauh di dalam hatinya, dia tahu dia hanya berusaha menyibukkan dan melarikan diri selepas pengakuan cinta dari Yana. Dia mahu melupakan apa yang berlaku antara dirinya dan Yana. Luahan perasaan Yana sedikit sebanyak mengganggu emosi dan fikirannya. Tidak pernah dalam hidupnya, dia merasa terganggu dengan luahan hati daripada seorang perempuan. Dia menemui banyak perempuan sepanjang karier hidupnya. Banyak diantara mereka sangat menarik dan berani meluahkan perasaan mereka kepadanya tetapi, dia boleh menolak mereka tanpa ada apa-apa perasaan bersalah sekalipun. Luahan perasaan dari seorang perempuan adalah sebahagian daripada kehidupannya, tetapi Yana? Argh, dia sendiri tidak tahu. Dia konfius, bingung. Yana membuatkan dirinya gila dan dia tidak dapat lari daripada tidak memikirkan perkara tersebut. Sudah lama dia menekan butang off untuk menghentikan fikirannya daripada memikirkan perkara itu sekiranya butang itu ada. Adam menutup matanya rapat, menarik dan menghembus nafas panjang sebelum memusing tombol pintu. Berharap agar wajah yang asyik berada dalam fikirannya akan hilang.

“Maaf buat kau tunggu lama” ujar Adam sejurus menyalami lelaki yang pada perkiraannya, sebaya dengannya.

“You should be!” balas lelaki itu dengan senyuman yang tersungging di bibirnya. Adam tidak ambil hati. Tahu bahawa lelaki itu hanya bergurau semata-mata.

“So, mind to tell me the whole story?” Adam mempersilakan lelaki itu duduk. Semua unit yang dijual kepada klien telah dilengkapi dengan perabot yang bermutu. Itu janji Fauzi kepada Adam yang nyata dikotakan. Berikutan menurut Adam, klien lebih berminat kepada hartanah yang dilengkapi dengan perabot.

“Long story short, I have a client from Hong Kong who is interested in this property. He’ ll bid higher than your current client for this unit” beritahu Harris terus kepada titik utamanya tanpa berselindung.

“Masalahnya, unit ni aku dah bookkan untuk orang yang dah booked lebih awal”

“Dia akan sentiasa naikkan harga untuk unit ni. Sebagai broker hartanah, aku tahu permainan ni. You’ll get higher commission for higher price” Harris senyum nipis, senyuman yang penuh makna. Adam dapat menangkap maksud di sebalik senyuman itu. Adam ketap gigi dan mengusap perlahan dahinya.

“Kita hidup dalam rat-race world, those who are slow, will of course, be left behind. It hasn’t has a name, why don’t you try give it a second thought?” Harris mengetuk-ngetuk jemarinya pada armchair.

“How much bids are we talking about?” soal Adam ragu-ragu. Tajam dan serius pandangan matanya memandang Harris.

“Dua puluh lima ribu untuk setiap kali harga yang ditetapkan oleh klien kau sekarang” Adam sengih, ia kedengaran menarik di telinganya. Perkara itu menggembirakan hatinya. Higher bidder always wins, bisik hatinya. Harga itu masih berada dalam julat harga yang ditetapkan oleh Fauzi. Apatahlagi apabila ditekan oleh Fauzi untuk menaikkan harga unit kondominium terakhir itu. Letakkan harga tinggi untuk unit terakhir sebab aku tahu banyak pembeli yang nak dan aku tahu kau mampu jual dalam range yang aku dah tetapkan, terngiang-ngiang arahan daripada Fauzi tempoh hari apabila dia berbincang mengenai perkara itu dengan pemaju tersebut.

“Kenapa dia nak sangat unit ni?”

“Well, he’s just one rotten millionaire heir who wants to spend money. There always someone like him in this world”

“Aku akan pastikan dia dengar kenyataan ni dari kau”

“Tolong jangan. Dia klien terpenting aku” pecah ketawa kedua-dua lelaki itu.

“Seriously?”

“Banyak lagi benda penting aku nak buat kat dunia ni selain datang sini dan crack up lawak bodoh depan kau” Adam menggeleng kelucuan.

“What if it gets to two milions?”

“He’ll get the money ready. All you have to do is getting the documents ready” balas lelaki itu penuh yakin dan relaks. Adam pula yang diulit rasa bersalah.

“I need to make a call”

“Silakan” dengan pantas, Adam mengeluarkan Iphone dari dalam poket blazernya. Selepas talian disambungkan, dia menguatkan volume speaker tersebut agar perbualan antara dia dan lelaki di hujung talian boleh didengar sama oleh Harris.

“Yups! Apa hal?” soal suara di hujung talian. Adam duduk menyilang kaki, posisi duduk yang selesa bagi dirinya apabila berbincang mengenai suatu perkara yang mustahak. Dengan duduk itu, dia dapat relakskan diri dan juga fikirannya.

“Ezzad!” paggil Adam.

“Yups, I heard you. Why?” Ezzad tidak selesa dihubungi oleh tetapi dia tahu Adam tidak akan sesekali menghubunginya melainkan atas urusan penting. Sebab itu, dia sanggup mengangkat panggilan tersebut.

“Aku ada seorang klien yang berminat nak beli unit terakhir yang aku dah bookedkan untuk klien kau. Perkara paling seronok ialah klien dia tawarkan kenaikan hargadua puluh lima ribu untuk setiap kali harga yang klien kau tawarkan” Adam terus ke poin utama tanpa mukaddimah. Perkara penting tidak perlukan mukadimah panjang seperti dalam mesyuarat yang membosankan. Straight to the point, kan bagus? Jimat masa, jimat tenaga dan juga kredit!

“Kau tak boleh buat macam ni. You’ve booked the property for me, you can’t give it to another person”

“Booked means nothing in this industry, you know that. Do I have to make you recall our last’s conversation? I asked you to come to sign the contract yet you are slacking off. I do remember saying I’ll take it to whoever comes first. You should’ve known, wait brings no meaning in this industry, people favour those who are quick and I told you many times that I don’t like waiting. Anyway, he’ll always bid twenty five thousand higher than your client would. That sounds enticing” Adam mengeluarkan hujah-hujahnya. Dia memang sudah lama menunggu Ezzad menjejakkan kaki ke syarikatnya namun bayang lelaki itu tidak juga muncul hingga ke saat dia menerima panggilan dari lelaki bernama Harris yang sedang duduk berhadapan dengannya ini. Entah apa yang disibukkan sangat oleh Ezzad hingga tidak mampu untuk datang ke syarikatnya. Orang kata, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dia tak nampak kesungguhan Ezzad dalam mendapatkan hartanah itu. Jadi, lebih baik berikan kepada orang yang sungguh-sungguh mendapatkannya.

“Aku dah kata aku akan datang bila klien aku balik dari luar negara. Aku akan datang dengan dia. Takkan tu pun sanggup tunggu kot!” Adam mendengar suara Ezzad yang menahan geram. Mesti dia dah ketap gigi dan mengepal buku limanya. Ezzad berdiri. Berjalan dalam bulatan dalam ofisnya. Dia sudah tidak betah duduk.

“Kau dah tak ada option lain sekarang ni. Samada kau nak naikkan tawaran atau back off” kurang ajar! Aku akan hilang klien terpenting aku kalau macam ni. Desis Ezzad dalam hati.

“Hold on. I make a call to my client” terus sahaja Ezzad menamatkan panggilan. Adam senyum. Tahu dia akan tetap menang berada pada mana-mana pihak sekalipun. Tidak ada istilah ¬win-win situation dalam hal ini kerana dia akan sentiasa menang tetapi salah seorang dari dua lelaki tersebut akan kalah. Seronok dia membayangkan wajah Ezzad yang kusut. Nak sangat main-main dengan aku, kan?!

“Oh, Lupa! Kau memang baik tahap dewa sampai belum sentuh dia pun, kan? Aku tahu kau belum sentuh dia. Semua lelaki pun tahu bezakan. Memang baik sangatlah kau ni. Kenapa tak sentuh dia lagi? Dia tak benarkan ke? Kalau aku, memang dah lama aku taste dia tu. Sebab tu aku sanggup tunggu dia janda”

Damn it! Argh! Adam meraup muka. Kurang ajar! Dia mengetap bibir. Dikepal buku limanya. Kurang ajar! Kurang ajar! Kurang ajar! Setiap bait kata-kata Ezzad tempoh hari membuatkan darahnya mendidih. Ditahan hatinya sebaik mungkin untuk bersikap profesional tetapi fikirannya tetap juga terganggu. Dia tak tahan seseorang berkata begitu terhadap isterinya. Apatahlagi Ezzad! Argh!

“KLIEN aku setuju nak naikkan harga ke sejuta dua puluh lima ribu ringgit. Harga tu dah naik dua perpuluhan lima peratus dari harga asal. Harga tu juga dah naik ikut harga yang klien dia tawarkan. Ni lebih daripada cukup” Ezzad terus sahaja datang ke unit tersebut untuk berbincang dengan Adam dan Harris. Bengang dengan situasi itu, laju sahaja dia meninggalkan syarikatnya untuk berbincang tentang hal tersebut secara bersemuka. Perkara penting sebegitu perlukan komunikasi bersemuka bukan melalui telefon. Nak sahaja ditumbuk muka Adam sekali dua. Muka lelaki bernama Harris itu juga. Barulah hilang rasa bengang dalam dirinya.

“Aku fikir, you’re missing one important thing here, Ezzad” dia duduk menghadap Ezzad, kelihatan sangat yakin.

“Kau baru je naikkan harga unit ni ke sejuta lima puluh ribu ribu ringgit. Why? Sebab klien dia akan sentiasa naikkan harga sebanyak dua puluh lima ribu pada setiap harga yang klien kau tawarkan” selamba sahaja Adam menjawab. Harris yang duduk berhadapan dengan Ezzad hanya berdiam diri. Dia tidak perlu berkata apa-apa kerana Adam mewakili dirinya.

“This is bullshit!” teriak Ezzad lantas menendang kaki meja yang telah disediakan dalam ruang tamu tersebut.

“This is business. I know you have experienced this before”

“No, no. This is bullshit! You cannot do this. This unit is ours. Aku naikkan lagi dua perpuluhan lima peratus” Ezzad membuat keputusan sendiri tanpa pengetahuan kliennya. Apa yang ada di dalam fikirannya sekarang adalah mendapatkan unit tersebut untuk Afghan tidak kira berapa harganya. Mahal atau murah sudah jatuh di tangga kedua.

“Kau tak boleh buat keputusan sendiri. Kau kena hubungi klien kau dulu”

“Bullshit! Aku rasa macam nak tumbuk je muka kau sekarang. So, you better shut up!” Adam buat lagak zip bibir. Pedas menusuk hati tetapi dia tahu, hakikatnya, Ezzad bengang. Dia cuma kasihan melihat Ezzad yang sudah tidak tentu hala.

“I need you to back off! Unit ni dah dibookedkan untuk klien aku” Ezzad berusaha sebaik mungkin untuk mengawal nada suaranya apabila bercakap dengan Harris tetapi lava dalam hatinya sudah hendak meletus. Entah dari mana orang ni datang! Sengaja nak buat aku hilang klien terpenting dalam syarikat. Kurang ajar! Bisik hatinya.

“Tak boleh. Kita sama-sama cari makan dengan jual property. Aku kena dapatkan unit ni dengan apa cara sekalipun. Kau naikkan lagi dua perpuluhan lima peratus, aku naikkan lagi dua puluh lima ribu” tegas Harris. Merintik peluh di dahi Ezzad. Macam nak belasah sahaja dua lelaki di hadapannya itu. Mana klien dia dapat duit begitu banyak? Kurang ajar! Dikepal buku limanya seerat-eratnya.

“Aku telefon klien aku dulu” Ezzad minta diri dan terus ke balkoni tingkat atas rumah tersebut.

“DIA naikkan harga sebanyak dua puluh lima ribu lagi. Means that, the price is now two one million and one hundred thousands ringgit” beritahu Ezzad ragu-ragu. Tangan kanannya meramas-ramas rambutnya yang telah dikenakan Shu Uemura gel awal pagi tadi.

“Yang kau senang-senang naikkan harga tanpa bagitahu aku kenapa?” soal Afghan.

“Sebab aku dah janji akan dapatkan unit tu untuk kau”

“Kenapa tak stick to the current price?”

“He’ll always bid higher to any given price. It just ridiculous” senyap. Afghan tidak bersuara. Begitu juga dengan Ezzad. Atmosfera terasa sangat kekok meskipun mereka berada di dua tempat yang berbeza.

“Siapa klien tu? Aku kenal dia ke?”

“Millionaire dari Hong Kong. Diorang panggil, Mr Chiang” Afghan mengeluh. Dia kenal millionaire pewaris harta kekayaan dari ayahnya yang jutawan itu. Dia takkan dapat bersaing dengan millionaire tersebut. Orang kata, level kekayaan yang tak sama.

“I shouldn’t trust you at the first place. I don’t have that money. You dissapointed me and so you know, I won’t be making any business with you anymore!” talian diputuskan. Ezzad menarik nafas dalam-dalam. Dipejam matanya rapat-rapat. Digenggam gadgetnya erat-erat. Akhirnya, dia melepaskan satu keluhan yang sangat berat. Tahu dia sudah kehilangan klien terpentingnya. Dengan terburu-buru, dia masuk ke dalam mendapatkan Adam dan Harris.

“YOU made me lose a valuable client! I’ll make it for you to lose a very valuable person in your life!” jerkah Ezzad. Leher baju Adam dicekak. Harris terpempan menyebabkan tanpa sedar, kakinya pantas berdiri. Adam pula berlagak selamba. Sejujurnya, dia sudah menjangka perkara itu akan berlaku.

“I’m sorry, Ezzad. Tapi kau kena ingat, bukan aku yang bersalah dalam hal ini. Aku dah minta kau datang ke ofis aku untuk tandatangan perjanjian tapi kau tak pernah tunjukkan batang hidung. Bila perkara ni terjadi, baru kau munculkan diri. Sebagai agen hartanah, kau mesti dah tahu istilah siapa cepat dia dapat. Tapi apparently, dalam hal ni kita sedang bermain dengan istilah who bids higher, wins. Lagipun aku tak nampak kesungguhan kau dalam mendapatkan unit ni bila aku dah bookedkan untuk kau. Kau macam endah tak endah. Bila Harris hubungi aku, baru kau terhegeh-hegeh nakkan semula. Aku minta maaf sekali lagi sebab tengok dari gaya kau sekarang, aku fikir klien kau dah back off. Sorry. Unit ni bukan rezeki klien kau” Adam mencengkam lengan Ezzad yang sedang mencengkam leher kemejanya. Sinis sungguh segala yang diperkatakannya tetapi apa yang dikatakannya memang benar.

Ezzad mencebik. Benci dia mendengar setiap bait perkataan yang keluar dari mulut Adam. Dia berasa tertipu. Satu perkara yang paling menyakitkan hatinya, dia kehilangan klien terpentingnya. Terngiang-ngiang perkataan ‘dissappointed” di telinganya. Cis!

“Kau tipu aku!” pantas Ezzad memberi satu tumbukan tepat pada pipi kiri Adam. Adam terjelepok jatuh. Memegang bibir kirinya. Terasa ada darah yang mengalir. Perit! Dia memandang Ezzad. Pada saat ini, dia benar-benar hendak membalas umbukan lelaki itu tetapi disabarkan hatinya. Membiarkan sahaja Ezzad melepaskan geramnya. Dia berusaha berdiri. Belum sempat Adam berdiri satu tumbukan mengenai tempat yang sama.

Kurang ajar! Ni dah lebih ni!

Lantas Adam berdiri dan memberikan penumbuknya kepada Ezzad, dua kali! Namun, tumbukan itu tidak dapat menghilangkan bait ayat yang diperkatakan oleh Ezzad melalui telefon tempoh hari. Lantas, dia memberikan sebiji tumbukan tepat ke rahang Ezzad. Baru puas hatinya. Ezzad berdiri perlahan-lahan dengan senyuman sinis.

“Kau akan menyesal! Aku akan pastikan kau hilang sesuatu yang berharga!” teriak Ezzad seraya berjalan ke muka pintu. Beberapa saat kemudian, terdengar bunyi dentuman pintu yang sangat kuat. Tahulah mereka Ezzad telah keluar dari unit kondo itu.

“Okey ke?” soal Harris yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati.

“Okey” balas Adam selamba meskipun pipinya dirasakan sangat perit saat ini.

“Tak sangka pula hal ni jadi sampai macam ni sekali” luah Harris yang masih bingung dengan apa yang terjadi. Buat pertama kali dalam hidupnya dia berurusan sehingga berlakunya pertumpahan darah hanya untuk mendapatkan satu unit kondo.Er, menakutkan!

Darah merah yang mengalir jatuh menodai baju kemeja berwarna putih Adam. Dia mengeluh perlahan. Kalau nampak dek Yana mesti dibebel siang dan malam. Eh, Yana! Buat apa aku fikirkan dia saat ni. Hurm, dia tak hantar selfie untuk aku langsung hari ini. Err, malu ke? Dia bermonolog sendiri.

“Eh, senyum pula?” Harris bertanya pelik.

“Takde apa-apa. Aku ingat kat isteri aku je” balas Adam. Tiba-tiba sahaja mengaku yang dia sudah beristeri. Lebih mengharukan, dia mengaku yang dia sedang mengingati isterinya.

“Dah ada orang rumah rupanya. Untunglah isteri kau tu. Kau boleh ingat dia masa-masa kerja macam ni” eh, untung ke Yana? Atau, aku yang untung? Adam bersoal jawab sendiri.

“Aku ingat kat dia sebab mesti dia risaukan aku nampak darah kat baju aku ni. Ketara sangat ke bekas tumbukan ni?” Dia menunjukkan sisi pipinya yang sudah mula bengkak.

“Agak ketara juga. Bibir kau pun dah luka dah” Adam senyum nipis.

“Takpelah. Let’s proceed. Jadi, harga unit ni sekarang dah sejuta seratus dua puluh lima ribu ringgit. Itu harga terakhir lepas Ezzad naikkan harga sekali lagi. Kau boleh call klien kau sekarang untuk bagitahu harga unit ni”

“Okey, one sec!” seperti Ezzad tadi, Harris ke balkoni untuk mengambil ruang berhubung dengan kliennya yang berada di Hong Kong. Adam mengusap-usap pipinya yang masih dirasakan perit. Yana mesti risau, bisik hatinya. Ah, lagi-lagi Yana. Tak pernah sebelum ini aku fikirkan orang lain sewaktu kerja.

Dia mengambil smartphonenya dan melihat gambar perkahwinan mereka. Tanpa pengetahuan Yana, dia forwardkan gambar-gambar perkahwinan mereka dari telefon isterinya. Dulu ego sangat tidak mahu menyimpan gambar perkahwinan mereka. Setelah melihat betapa cantiknya gambar perkahwinan mereka yang telah digantung oleh Yana di ruang tamu, dia curi-curi forwardkan gambar tersebut ke gadgetnya. Tetapi, masih ego untuk meminta Yana menggantungkan frame itu di dinding semula.

Adam berasa bahagia melihat betapa ikhlas dan gembiranya Yana senyum dan tertawa. Dia turut melihat gambar-gambar yang diambil curi-curi semasa isterinya memasak, mengemas rumah dan menonton televisyen. Suka mengambil gambar isterinya curi-curi. Dia akui Yana cantik dalam gambar candid! Dia bersyukur dalam hati mengakui dialah lelaki paling bertuah dapat menikmati keindahan itu seorang diri.

“Ehem!” Adam mendongak.

“Well, business is business! Jangan campur adukkan bisnes dengan hal peribadi” ujar Harris sekembalinya dari balkoni. Adam hanya menyengih. Memang bukan prinsipnya mencampur aduk dua perkara tersebut. Tetapi dia sendiri tidak tahu sejak bila prinsipnya berubah. Dia meletakkan smartphonenya di atas meja.

“So?” kening kirinya diangkat.

“Get the documents ready!” kedua-dua lelaki itu kuntum senyum.

“Done!” Jawab Adam.

“Mr. Chiang will be here next week. Think we’ll be meeting on Thursday morning. I hope the documents are ready by that time”

“Of course! It’s a pleasure working with you” puji Adam ikhlas seraya bersalaman dengan Harris.

“Nice working with you too. See you next week!” Adam mengangguk. Mereka bersama-sama keluar dari unit itu menuju ke destinasi masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience