BAB 28

Romance Completed 21965

YANA membuka mata. Dia tahu lingkaran tangan Adam masih berada di pinggangnya, begitu juga dengan lengannya. Dia mengangkat muka memandang Adam, tidak menyangka Adam turut sama memandangnya. Adam mengenyitkan mata dengan senyuman nakal. Dia jadi malu! Mukanya merah serta-merta. Adam mengusap pipinya perlahan.

“What was that?” soal Yana.

“I love you!” balas Adam.

“Quit playing games with my heart. Don’t play with my feelings”

“I love you! I want you! I miss you! I need you!” beritahu Adam kuat seraya membawa kepala Yana ke dadanya.

“Sayang dapat dengar tak bunyi tu? Sayang dapat rasakan tak degupan jantung abang?” soal Adam penuh semangat. Yana mengangguk.

“Abang tahu hati ni milik Adien, tapi perasaan ni milik abang. Abang cintakan Yana, sungguh-sungguh” Adam mengucup ubun-ubun Yana. Fikiran serabutnya hilang bersama Yana. Dunianya berwarna-warni apabila bersama Yana dan dia berasa sempurna juga bahagia apabila Yana berada di sampingnya.

“Betulke?” Yana meminta kepastian.

“Jeongmal!” pecah ketawa Yana mendengar jawapan Korea dari suaminya. Tidak sangka bahawa suaminya yang selama ini anti K-pop menjawab dengan Hangul. Suaminya memang pelik. Anti K-pop tetapi tonton Running Man. Yana mengangkat muka memandang Adam. Mereka tidak boleh terus berpelukan begini kerana azan Maghrib sudah berkumandang.

“Kita kena mandi tapi Yana perlu kepastian. Betulke kau memang cintakan...” bibirnya pantas ditutup dengan jari telunjuk Adam. Dia tahu dia sudah tersasul.

“Mulai saat ini, abang nak Yana panggil abang dengan panggilan abang. A, B, A, N, G, abang! Itu peraturan baru” Adam siap mengeja kata nama itu lagi, hendak pecah perut Yana menahan ketawa. Yana mengangguk. Oh, bahagianya apabila cintaku berbalas! Adam hendak bangun tetapi Yana cepat memeluknya kembali memaksa Adam membalas kembali pelukan tersebut.

“Thanks sebab balas cinta Yana. Dah lama Yana nak panggil abang dengan panggilan abang api Yana malu. Takut abang ejek”

“Kesiannya isteri abang. Abang selalu ejek sayang ke?” Yana mengangguk manja. Perlahan-lahan Adam membelai lembut rambut Yana. Yana membenamkan wajahnya pada dada bidang Adam. Rasa gembira dan bahagianya dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Dia benar-benar mencintai Adam, suaminya yang sah dan halal disisi agama dan undang-undang. Tidak pernah dia terfikir bahawa dia akan mencintai lelaki ini sewaktu sebelum mereka bernikah. Benarlah bahawa bercinta selepas kahwin itu lebih sweet, lebih romantik!

“Sayang...” panggil Adam perlahan.

“Hmmm?”

“Kalau sayang buat begini dekat abang, alamatnya kita takkan mandi sampai bila-bila. Sayang tak tahu ke bila sayang buat begini makin abang tak boleh lepaskan sayang. Nafsu abang ni berbeza dari nafsu sayang...” Yana mengangkat muka. Dia melihat Adam hanya menutup mata dan mengetap bibir. Sikap Yana yang kebudak-budakan apabila bersama dengan dirinya membuatkan dirinya hilang arah. Secara peribadinya, dia sukakan sikap kebudak-budakan isterinya itu. Ia membolehkan Adam rasa nak peluk dan bimbing dalam masa yang sama. Satu sikap yang Yana tidak tunjukkan kepada orang lain.

“Oops, sorry!” akhirnya Yana melepaskan pelukan tetapi giliran Adam pula terus memeluknya.

“Tadi kata minta lepas” ujar Yana perlahan.

“Abang lepaskan bila Yana panggil abang dengan panggilan abang sekali lagi. Seronok je bila sayang panggil abang dengan panggilan tu” ugut Adam pula. Yana merasakan seperti ada sesuatu yang menyekat kerongkongnya. Dia tidak dapat melakukannya apabila dipinta. Dia mahu melakukannya secara natural, tanpa perlu Adam meminta. Dia malu.

“Sukalah tu abang peluk dia sampai tak nak panggil abang dengan panggilan abang, kan?” Adam mengekek ketawa nakal.

“Bukanlah. Cuma susah nak sebut bila diminta, berbelit lidah ni nak panggil dengan panggilan tu”

“Dari apa yang abang dengar, Yana sengaja supaya abang tak lepaskan pelukan” ejek Adam lagi. Suka dia mengenakan Yana begitu dengan pipinya yang semakin memerah.

“Abang!” Yana mencubit suaminya. Geram! Tidak sedar bahawa dia sudah menunaikan hasrat Adam. Adam ketawa mengekek lantas membenamkan bibirnya pada pipi Yana yang merah.

“Walaupun dapat cubitan berbisa, abang tetap bahagia sebab dapat dengar Yana panggil abang dengan panggilan tu. Tapi, ada satu peraturan lagi yang abang nak sayang lakukan” bisik Adam masih membenamkan bibirnya pada pipi Yana.

“Banyak sangat peraturan abang. Tak boleh ke kita hidup tanpa peraturan abang ni?” rengek Yana minta simpati. Suaminya tidak habis-habis dengan peraturannya sejak hari pertama dia dia melangkah masuk ke dalam rumah itu.

“Tak boleh sebab Yana isteri abang. Peraturan yang abang buat lepas ni mesti Yana kena ikut. Lagi-lagi bila semua pasangan suami isteri kat dunia ni pun buat benda yang sama. Kalau tak, takdelah generasi yang akan datang. Abang risau takde waris syarikat abang. Ni perkara serius” dengan menggunakan suara ketua dan pemilik syarikat, Adam menjelaskan. Yana mengerutkan dahi, memandang Adam dengan seribu satu persoalan.

“Apa? Tidur dengan abang ke?” Adam mengekek ketawa.

“Betul, abang bagi Yana seratus markah!” Adam semakin galak ketawa sebelum menyambung semula. Yana semakin bingung.

“Itu ke peraturannya? Kalau itu peraturannya, Yana memang dah tidur dengan abang”

“Yups, we just did tapi begini sayang. Sayang kena pindah kat bilik abang, maksud abang, bilik kita. Abang tak nak kita hidup macam stranger lagi. Kita kena mulakan chapter baru , hidup macam suami isteri sebenar and layan kedua-duanya sebagaimana sepatutnya. Kita dah bazir banyak masa. Dan, bilik ni, kita akan jadikan bilik tetamu tapi boleh juga tidur sekali sekali kat sini kalau sayang nak” Adam kenyit mata. Faham benar Yana dengan ayat terakhir yang disampaikan oleh suaminya itu. Ada-ada sahaja, nakal! Sikap baru suaminya yang baru diketahui, nakal! Suka main mata, siap kenyit-kenyit lagi! Haih, cair...

“Yana memang buat semua tu sebelum ni, kan? Abang je yang jual mahal. Tak nak tengok langsung kat Yana” Yana memuncungkan bibir.

“Ye, abang tahu Yana buat semua tu. Cuma abang nak bagi clear bila Yana banyak persoalan. Jadi, mulai sekarang Yana kenalah design bilik kita yang satu tu lagi. Biar tiap malam adalah malam pertama kita. Abang nak tunaikan kewajipan batin sebagai seorang suami yang abang tak tunaikan selama ni” Adam senyum nakal.

“Abang ni tak malu tau, eee” Yana mencubit lengan Adam perlahan. Malu apabila Adam berterus-terang dengannya.

“Kenapa? Yana tak nak abang tunaikan kewajipan abang kat Yana ke? Yana nak ke abang cari perempuan lain untuk gantikan Yana?” Adam menyoal bertalu-talu dengan pandangan mata yang tajam. Sengaja dia berbuat begitu supaya Yana takut, takut agar dirinya mencari orang lain.

“Jangan. Buat apa nak cari orang lain sedangkan Yana masih ada. Yana masih sihat dan Yana boleh bahagiakan abang dengan cara Yana sendiri. Jangan cari orang lain, eh? Yana tak sanggup” Yana memeluk Adam.

“Hurm, tau takut. Kalau takut, pindah cepat-cepat. Biar abang tak sempat nak fikir untuk cari orang lain pun” Yana mengangguk.

“Abang tolonglah Yana angkat barang. Banyak sangat barang Yana ni...” Yana memandang Adam, meminta simpati. Pandangan mereka bertaut. Adam cair melihat mata Yana yang menagih simpati itu.

“Boleh je, sayang. Esok pun boleh buat”

“Tapi abang nak pergi kerja awal”

“Takdelah. Buat apa nak keluar awal kalau isteri abang ada kat rumah ni?” Adam senyum, pandang Yana.

Oh, abang. Kenapa berterus terang sangat ni? Yana pulak yang jadi malu.

“Eee, yelah tu” malu-malu Yana menjawab. Adam mengekek ketawa melihat respon Yana.

“Malam ni nak rehat. Lapar. Yana masakkan dulu untuk abang. Abang lapar sangat ni. Dari siang tadi tak makan. Yana langsung tak bekalkan abang lunch, kan?”

“Maaf. Yana sedih sangat sebab abang langsung tak suka Yana sampai nak urus diri sendiri pun Yana dah tak kuasa. Yana dah habis idea nak buat abang jatuh hati kat Yana. Sampai hati abang buat Yana macam ni” Yana muncungkan bibir, mengingat kembali keadaan dirinya apabila Adam menolak cintanya. Adam terus membawa Yana ke pelukannya.

“Abang minta maaf juga sebab baru sekarang abang sedar yang abang sebenarnya cintakan Yana. Selama ni, abang menidakkan perasaan abang sebab abang percaya semua tu hanya ilusi abang. Abang beritahu diri sendiri bahawa perasaan ni adalah perasaan Adien, bukannya perasaan abang sendiri” Adam mencium dahi isterinya.

“Betul ke abang cintakan Yana? Yana masih tak dapat percaya”

“I love you with all my heart. I wouldn’t ask for more. Abang tak tahu bila perasaan ni datang tapi abang pasti abang cintakan Yana” diam. Pasangan itu hanyut dalam perasaan masing-masing sebelum Yana teringatkan sesuatu.

“Kenapa bibir abang berdarah semalam? Pipi pun bengkak” soal Yana. Persoalan itu mengganggu fikirannya selama mengharungi hari itu.

“Takde, tak payah risaukan tentang benda tu. Tapi, makin sakitlah pula bibir abang ni” Adam memegang perlahan bibirnya yang masih sakit.

“Kenapa?” soal Yana risau.

“Sebab kiss Yana!” terus meledak ketawa Adam menjawab soalan dari isterinya.

“Abang!” Yana mencubit perlahan lengan Adam. Adakah patut cakap macam tu? Malu, okey! Adam terus memeluk isterinya dengan ketawa yang masih bersisa sebelum mendengar alarm telefon Yana berbunyi.

“Ya Allah, abang! Dah tujuh lebih. Setengah jam lagi nak Isyak. Kita belum mandi lagi” Yana cepat-cepat meleraikan pelukan dan mengambil dua helai tuala dari almarinya. Sehelai diberikan kepada Adam dan sehelai lagi digunakan untuk menutupi tubuhnya.

“Abang nak mandi dengan sayang, please...” pinta Adam, membuat muka lima sen apabila Yana sudah berdiri di hadapan pintu bilik air bilik tersebut. Yana berpaling.

Biar betul suami aku ni?

“Abang mandi kat bilik abang jelah. Kita kejar masa sekarang ni. Next time bila-bila masa pun boleh. I am forever yours. Abang ada banyak masa lagi nak mandi dengan Yana” pujuk Yana seraya menolak Adam keluar dari bilik. Yana menutup daun pintu bilik. Adam kecewa.

Jadi, ni lah perasaan Yana bila aku selalu reject dia, kan? Ah, sakitnya tuh disini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience