BAB 15

Romance Completed 21965

“HEY, Ghan! How are you?” Ezzad Fukhairy bersalaman dengan Afghan Mirdad seraya mempersilakannya duduk. Afghan adalah klien terpentingnya dan dia berniat untuk terus menjadi orang penting oleh lelaki tersebut apabila dia hendak membeli hartanah. Afghan duduk tanpa senyuman di wajahnya. Suatu perkara yang sangat sukar pada wajah Afghan, senyum. Sengih apatah lagi.

“Great!” jawab Afghan sepatah sambil menyilangkan kaki dan berpeluk tubuh. Ezzad maklum niat kedatangan Afghan adalah untuk membeli sebuah unit kondominium melaluinya. Afghan sudah memberitahu dirinya melalui telefon beberapa hari yang lalu. Kini, dia mahu bercakap secara bersemuka dengan Ezzad di syarikat milik Ezzad, Ezzad Ltd & Co.

“Aku nak beli satu unit kondo”

“Yups, aku dah senaraikan banyak kondo mewah untuk kau sejak kau call aku hari tu. Kau klien penting aku, kau tahu aku takkan kecewakan kau” balas Ezzad sambil meletakkan beberapa dokumen di hadapan Afghan. Afghan hanya memandang sekilas dokumen-dokumen tersebut lantas mengalihkan pandangan ke wajah Ezzad semula.

“Aku nak satu unit kondo Diamond Heights kat Seksyen 7 yang sedang dalam pembinaan tu” tegas sahaja suara Afghan. Air muka Ezzad berubah.

Erk, kondo tu? Masalah betul.

“Sebenarnya banyak lagi kondo mewah lain yang sedang dalam pembinaan. Kondo Crystal Heights kat Seksyen 28 tu pun tak kurang hebat dan permintaannya tinggi. Aku boleh dapatkan satu unit untuk kau” Ezzad mencuba nasib memujuk Afghan. Berharap agar Afghan mematikan niatnya untuk memperoleh satu unit kondo Diamond Heights.

“Tak, aku tak nak kondo tu. Aku dah selidik permintaan unit kondo ni dan permintaannya unbelievably tinggi, aku boleh gandakan pelaburan aku” Ezzad menggaru kepala yang tidak gatal. Dia tidak mahu berputus asa memujuk Afghan. Afghan is made of money dan hanya perkara itu yang penting. Dia boleh peroleh komisyen yang besar apbila bekerjasama dengan Afghan. Itulah yang selalu berlaku.

“Kau boleh tengok dulu kondo yang aku dah senaraikan kat sini. I’ve come up with these specifically for you. Mungkin ada yang lekat kat hati kau. Kondo yang kau nakkan tu, susah sikit nak dapat” Ezzad menolak dokumen yang terletak baik di atas meja itu lebih hampir dengan Afghan. Afghan menggeleng.

“Aku tak nak yang lain. Or, kau sedang katakan yang kau tak boleh dapatkan unit tu untuk aku? Aku perlu cari orang lain untuk dapatkan unit tu untuk aku ke?” tanpa senyuman, Afghan bersuara yang berbau ugutan.

Lain macam bunyi dan instonasi dia. Tak boleh jadi ni, nasib baiklah kau klien aku. Bisik hati Ezzad.

“Err, tak, tak. Sebenarnya, aku ada kenalan yang mencari pembeli untuk kondo tu. In Shaa Allah, aku akan usahakan untuk dapatkan satu unit untuk kau” akhirnya Ezzad meluah lemah. Inilah kerjaya yang dipilihnya untuk meneruskan kelangsungan hidup. Dia kena akur dengan permintaan klien. Hailah, nasib...

“Kau boleh dapatkan satu unit untuk akulah ni?”

“Yup!” luah Ezzad yakin.

“Call aku kalau ada apa-apa perkembangan”

“Yes, I will! Wait for my call” Ezzad bersalaman dengan Afghan sebelum Afghan melangkah keluar dari dalam bilik pejabatnya. Dia membontoti langkah Afghan dengan pandangan. Sebaik sahaja Afghan hilang dari pandangan, Ezzad berteriak.

“Arghhh!!! Apa aku nak buat ni?! Takkan aku nak merayu dekat musuh aku tu pula? Mila, kau jangan nak ketawakan aku kat luar sana. Aku boleh dengar suara kau gelakkan aku” Ezzad memukul-mukul permukaan meja dengan kedua-dua tangannya. Kemudian, dia memegang kepalanya dan berteriak sekali lagi. Kakinya pula tidak berhenti menghentak-hentak lantai pejabat dengan tarian tanpa gendang. Tak boleh, tak boleh! Aku takkan sesekali tundukkan ego dan maruah aku kat lelaki tak guna tu! Argh!

“Mila, aku dah pesan jangan gelakkan aku!” Ezzad memarahi setiausahanya itu sekali lagi mendengarkan gelakan yang cuba disembunyi dan ditahan-tahan. Mila hanya menyambung kerjanya tanpa mempedulikan Ezzad. Padan muka bosnya kerana asyik mengganggu seorang lagi agen hartanah semasa agen tersebut menjalankan tugas mempromosikan hartanah. Baru tahu langit tu tinggi atau rendah. Suka sangat ganggu orang lain, sekarang terpaksa pulak meminta bantuan daripada agen tersebut.

Ezzad mencapai gagang telefon, berniat untuk menghubungi lelaki tak guna yang dimaksudkannya tadi. Tetapi, sebaik sahaja tangannya mencapai gagang tersebut, dia pantas meletakkan semula dan berteriak sekali lagi. Argh, tak boleh, tak boleh! Aku tak boleh hubungi dia hanya untuk dapatkan satu unit kondo tersebut. Dia meletakkan gagang itu semula, menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya. Aku tak boleh turunkan ego dan maruah aku semata-mata ini. Argh, tak mungkin, tak mungkin!

Tenang Ezzad. Relax. Calm down...

Ezzad cuba menenangkan dirinya seraya mengambil gagang itu semula dan menutup matanya rapat-rapat. Whatever! Hanya kali ni saja. Demi Afghan. Ya, demi Afghan! Dia menarik nafas panjang dan sekali lagi menghela nafasnya keluar. Akhirnya, dia mendail nombor telefon syarikat lelaki tak guna, gelaran yang diberikan olehnya sendiri.

“Hello” sapa suara di hujung talian.

“Erm, hello. Adam ke ni?” entah soalan apa yang keluar dari mulutnya. Die kenal sangat dengan suara tersebut, suara musuh terhebatnya dalam industri hartanah. Satu-satunya agen hartanah yang ingin ditewaskannya kerana dia akui lelaki itu sangat hebat dan berinspirasi, sebab itu dia tak sukakan lelaki itu. Namun begitu, pengakuannya itu hanyalah dihati, tidak mungkin diujarkannya terus terang.

Ezzad tahu lelaki itu akan menjadi seorang agen hartanah yang sangat hebat, mampu mencipta nama di peringkat global sewaktu mereka bertemu buat kali pertama di suatu seminar hartanah beberapa tahun yang lalu. Sejak perkenalan pertama itu, Ezzad terus dapat mengesan semua perkara tersebut dalam diri agen itu. Disebabkan itu, dia selalu mengganggu dan mengacau apa-apa yang cuba dilaksanakan oleh agen tersebut. Dia benci kerana segalanya nampak mudah pada lelaki itu. Dia tidak suka apabila lelaki itu berjaya lebih dari dirinya.

“Yup, dan ini siapa?”

Haih, gila agaknya aku ni!

“Adam. It’s me, Ezzad Fukhairy” Ezzad menjawab yakin. Dia sukakan namanya apatahlagi nama tersebut memberikannya kekayaan. Ezzad berusaha memberikan intonasi yang menggembirakan sedangkan mukanya masam mencuka dengan kerutan berjuta. Kena berbaiklah pula dengan musuh sendiri.

“Oh, Ezzad? Wow, this is so sudden. I never expect to get a call from you” Adam gelak perlahan sebelum menyambung kembali.

“Ezzad yang selalu rosakkan plan aku tu ke? Apahal call aku ni? Mesti nak minta sesuatu, kan? Aku kenal sangatlah dengan Ezzad yang selalu rosakkan plan aku. So, what do you want?” Adam mengejek, sarkastik. Kenal benar dengan Ezzad yang selalu mengganggunya. Tahu bahawa Ezzad inginkan sesuatu cuma dia tidak tahu apakah yang diinginkannya. Dia dapat mengesan Ezzad sedang merancang sesuatu yang tidak baik.

“Hey, mana ada aku selalu rosakkan plan kau. Aku buat tu semua sebab aku sanjungi kau. Kau kan agen hartanah yang hebat” bagai hendak termuntah dirinya saat menyatakan ayat terakhir tersebut. Dia sendiri tidak percaya bahawa dia akan berkata begitu demi Afghan. Jikalau Afghan berpaling tadah dan mencari agen lain selepas apa yang dia lakukan ketika ini, dia takkan ragu-ragu untuk belasah Afghan cukup-cukup. Dia sudah merendahkan ego dan maruahnya ke tahap paling rendah, tak percaya langsung!

“Ha, apa kau cakap? Aku tak dengar? Aku apa?” soal Adam sengaja hendak mengenakan Ezzad. Dia mahu Ezzad mengulang semula ayat yang diucapkannya tadi. Ezzad buat gaya muntah. Susah benar baginya untuk mengulang semula ayat tersebut.

Kurang asam! Sengaja nak kenakan aku! Aku akan kenakan kau balik, tak guna!

“Aku kata kau ni agen hartanah yang aku sanjung, hebat...” Ezzad membuat gaya muntah itu sekali lagi. Muntah hijau! Aku lagi hebat! Gerutunya dalam hati. Terdengar ketawa terbahak-bahak Adam di hujung talian. Puas hatinya dapat mempermainkan dan mendengar pujian daripada Ezzad meskipun tahu Ezzad tidak maksudkannya. Dia sepatutnya merakam perbualan mereka agar dia boleh mengulang kembali bahagian pujian itu pada bila-bila masa Ezzad cuba melakukan sesuatu di luar jangkaannya. Jarang dapat peluang mempermainkan musuhnya itu. Muka Ezzad bertukar merah menahan geram. Tak guna!

“Jadi, apa kau nak dari aku?” Adam menyoal dalam ketawa yang masih bersisa.

“Aku nak beli satu unit kondo Diamond Heights yang sedang dalam pembinaan tu. Aku tahu kau sedang cari pembeli” Ezzad berterus-terang tanpa menyembunyikan apa pun. Kalau boleh, dia mahu perbualannya dengan Adam tamat secepat mungkin. Tidak sanggup rasanya berbual lama-lama dengan musuhnya itu meskipun ia berkaitan hal bisnes. No way! Sekali lagi terdengar Adam ketawa terbahak-bahak.

“Kau nak satu unit kondo tu?” Adam ketawa sekali lagi. Ezzad tidak menjawab, dia tahu Adam sengaja mempermainkannya.

“Tengoklah dulu”

“Bookkan satu unit untuk aku” tegas Ezzad.

“Eh, aku kata tengok dulu, belum tentu lagi. Suka hati je kau nak suruh aku bookkan untuk kau, kan?” Adam pula bertegas. Suka hati kau je, kan? Aku kena mainkan kau sampai aku puas dulu baru boleh jualkan kat kau. Tetapi tengoklah sampai mana keikhlasan kau tu. Adam rasa suka dalam hati. Ezzad menawarkan diri untuk dipermainkan adalah suatu perkara yang hanya berlaku dalam mimpi, syukurlah ini bukan mimpi. Takkan nak lepaskan peluang keemasan ni pula, ye tak?

“You’re searching for list of buyers. And I have one ready to purchase it. It’s a win-win situation. I help you and I need your help in return”

“Eh, tapi aku tak perlu pertolongan kau. Dan untuk makluman kau, I’ve gathered few and many will come, soon”

“We can work it out together”

“Huh? What makes you so certain?”

“We are both sellers who sell properties” senyap. Kedua-duanya tidak bersuara. “Bila aku boleh jumpa kau? Aku nak bincang pasal hal ni” Ezzad menggesa, malas melayan Adam yang dirasakan menguasainya ketika ini. Huh!

“Nampak desperate je” ejek Adam.

“Yelah, aku tahu kau banyak kerja. Lebih baik bincang face to face” jawab Ezzad mempertahankan diri. Dia memang sangat desperate untuk mendapatkan satu unit kondo itu. Hanya satu jalan sahaja yang terbentang dihadapannya itu iaitu dengan berbaik-baik dengan Adam, musuh terhebatnya abad ini.

“Fine, kita jumpa esok. Nine sharp. Kau lambat, aku blah”

Kurang asam! Mentang-mentang dia menguasai aku sekarang ni. Bencinya perasaan dikuasai ni. Bentak Ezzad dalam hati.

“Jumpa kau esok. Takkan lambat punya. Aku dah save the date and hour untuk kau. Bye” Ezzad lantas meletak gagang. Panas hatinya dengan perbualan sebentar tadi. Semakin dia bencikan musuhnya itu. Kalau bukan kerana klien terpentingnya, dia tidak akan sesekali menghubungi Adam. Argh, tak guna, tak guna!

“AAH, datang pun kau! Aku dah nak blah tadi. Lambat sangat apesal? Kata dah save the date and hour untuk aku. Macam tak serius je nak dapatkan unit tu” Adam menyambut Ezzad yang sudah tercegat berdiri di hadapannya. Ezzad berpura-pura menyengih. Dia tidak boleh marah atau menghamburkan perkataan yang tidak baik saat ini. Dia kena dapatkan satu unit kondominium yang sedang dijual oleh Adam. Dia kena bersabar.

“Bukan lambat sangat pun. My watch says, it’s nine past ten” Ezzad melihat jam tangannya yang sudah menginjak ke jam sembilan lima belas minit pagi. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Adam. Adam menyambut huluran tangan Ezzad. Adam memang menetapkan prinsip untuk sentiasa bersikap profesional dalam mengurus hal bisnes dan hal peribadi. Hal bisnes tidak sekali-kali akan dicampuradukkan dengan hal peribadi. Tetapi, kiranya dia perlu mengenakan Ezzad untuk kali ini. Dia menyengih sendiri mengingat rancangan jahatnya. Nak tengok kesungguhan Ezzad mendapatkan unit kondominium yang berada dalam senarai jualannya.

“Kau dah kira lambat dah ni. Aku punctual, takkan tak tahu? Aku tak suka bazirkan masa aku menunggu orang dan orang tunggu aku. Nak kata masa kau lebih bernilai dari masa aku ke?” Adam berkata bangga. Suka membanggakan dirinya di hadapan Ezzad yang tak makan saman. Lagi pula, bukan selalu dia berpeluang mengenakan Ezzad. Peluang yang ada mesti digunakan sebaik mungkin. Hendak pecah tawanya melihat Ezzad yang menahan sabar. Berkerut-kerut mukanya tanda protes.

Adam menghirup espresso sementara Ezzad memesan minumannya. Sejak dia membuat keputusan untuk membuang gaya hidup couch potatonya, dia telah menjadi seorang yang sangat mementingkan masa. Setelah itu, dia sedar bahawa masa sangat bernilai, lebih bernilai dari apa-apa yang ada di muka bumi ini kerana tanpa disedari, masa akan menjadi sangat singkat apabila diri sibuk. Rugilah orang yang menghabiskan masa tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah dan produktif.

“Minuman aku pun dah nak habis tunggu kau kat sini” sambung Adam lagi sambil meletakkan minumannya.

“Ye, aku minta maaf sebab lambat sepuluh minit. Dah sampai awal tadi tapi takde parking. Syukurlah, akhirnya ada satu ruang kosong” Ezzad bersuara lemah lembut, berharap agar Adam tidak memanjangkan isu lambat yang terjadi antara mereka. Tidak pernah dia meminta maaf untuk mendapatkan sesuatu dalam hidupnya. Hendak termuntah hijau mendengar ayat yang keluar dari mulut sendiri. Uwerkkk...

Adam menggeleng.

“I say, you’re late” tidak mahu menerima sebarang jawapan dari Ezzad. Tahu parking akan sesak, kenapa tidak keluar lebih awal dari kebiasaan?

“I know, I’ve said my sorry”

“That’s not enough” Ezzad geram. Bukan lambat sangat pun! Mengada dan poyolah lelaki tak guna ni! Dia mencebik apabila Adam tidak memandangnya. Sabar, Ezzad. Kau kena berbaik dengan dia. Lepas dapat satu unit, kau boleh hamburkan semuanya kembali. Sabar, sabar. Ezzad meminta dirinya bersabar. Kalau bukan kerana Afghan, mustahil dia akan membiarkan dirinya diperkatakan sebegitu oleh musuh terhebatnya abad ini. Tidak sekali-kali! No way! Mati hidup kembali pun dia tidak akan biarkan perkara itu terjadi.

“Berapa harga seunit kondo tu? Start with the least one” Ezzad memandang Adam yang duduk dengan selambanya.

“Unit C, tujuh ratus ribu. Unit B, sejuta dan unit A, dua juta. Tapi harga ni belum fixed lagi” selamba sahaja Adam menjawab sambil tangannya menyuap sandwich ke dalam mulut. Dia suka meluangkan masa di tempat itu. Itulah tempat melepaknya mencari ilham dan inspirasi sebelum berada pada kedudukannya sekarang ini. Dia akan duduk dan melihat orang lalu lalang apabila dia tidak dapat mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Dengan berbuat begitu, dia akan tenang dan idea datang ke dalam otaknya seperti limpahan tembakan peluru berpandu.

“I need you to book one, the least one for me”Adam memandang Ezzad, jungkit bahu. “Kau kena buat sesuatu sebelum aku boleh bookkan satu unit untuk kau” Adam menyengih. Timbul rancangan jahat dalam fikirannya. Dia hendak kenakan Ezzad yang suka mengacau rumah terbuka yang dikendalikannya selama ini. Ezzad hanya memandang Adam, menanti apakah sambungan ayat yang bakal dikatakan oleh Adam.

“Aku memang selalu sukakan martial arts. Tapi, biasalah. Mak ayah aku tak benarkan aku buat benda tu. Well, you know. I’m the only child” beritahu Adam dengan agenda yang bermain dalam kotak fikirannya. Berbangga di hadapan Ezzad bukan suatu benda yang mudah datang bergolek. Peluang yang ada, takkan disiakan begitu sahaja. Ezzad semakin tidak keruan. Rasanya, belum sampai maksud apa yang cuba disampaikan oleh musuh nombor satunya itu. Dia dapat rasakan dia akan membuat sesuatu yang tidak masuk akal di dalam restoran itu. Dia melihat sekeliling. Meskipun bilangan orang yang berada dalam restoran tersebut boleh dibilang dengan jari, dia tetap akan menjatuhkan air mukanya. No way I’m going to do what he makes me to!

“Apa yang kau nak sampaikan sebenarnya?” soal Ezzad, menyisip latte sekali. Adam menyandarkan belakangnya pada kerusi seraya senyum nipis. Senyuman yang penuh dengan agenda.

“Aku nak kau buat gaya tendangan Bruce Lee berserta suaranya sekali”

“Ha?” Ezzad mengerutkan dahi. Tak guna! Memang sengaja dia nak kenakan aku depan khalayak ramai ni, bisiknya. Dia menggenggam buku limanya di bawah meja. Tak guna, tak guna!

“Aku nak kau buat Taekwondo Double Round Kick dan tambahkan suara wata! kat akhir tendangan tu” Adam membuat demonstrasi double round kick dalam kedudukan duduk.

“Mungkin aku akan consider satu unit untuk kau kalau kau sanggup buat double round kick tu” Adam menyembunyikan tawanya. Ezzad ragu-ragu untuk menjawab.

Boleh je kalau aku buat tendangan tu kat kepala kau sekarang. Tak guna betul lelaki ni! Teriaknya dalam hati.

“Baiklah, aku akan buat esok kat gym yang aku selalu pergi”

“Eh, mana boleh. Aku nak kau buat sekarang. Kat tengah-tengah ruang kosong kedai ni” Adam menunjuk ruang kosong yang terletak di tengah kedai. Dah sangka! Geram Ezzad dalam hati. Dia memang sengaja nak kenakan aku. Ezzad tidak menjawab. Dia hanya menggenggam kemas buku limanya di bawah meja. Menggenggam sekemasnya agar tidak meletup! Berkali-kali dia mengingatkan dirinya bahawa dia melakukan semua ini untuk klien terpentingnya, Afghan!

“Okeylah, baik. Aku buat” Ezzad berdiri dan Adam semakin galak dengan tawanya melihat Ezzad berdiri di tengah-tengah restoran tersebut.

Ezzad melilaukan mata melihat sekeliling. Masih ragu-ragu hendak melakukan apa yang diminta oleh Adam. Dia mengeluh kuat dan bersedia dengan kekudanya. Setelah mengira satu, dua, tiga dalam hati, dia terus sahaja membuat tendangan dua kali didahului kaki kanan dan diikuti kaki kiri. Dia berteriak ‘wata!’ pada setiap tendangan. Kekok! Orang di sekeliling hanya melihat dengan pandangan pelik sambil berbisik dan bergelak. Tanpa mempedulikan suara-suara sumbang dan ejekan tersebut, dia terus sahaja kembali ke meja yang diduduki bersama Adam.

Adam ketawa terbahak-bahak melihat Ezzad yang baru sahaja selesai melakukan apa yang disuruhnya. Ezzad sudah seperti seekor lembu yang dicucuk hidung, hanya mengikut sahaja kata-katanya. Lebih melucukan hatinya apabila dia melihat merah padam muka Ezzad sebaik sahaja selesai melakukan aksi tadi. Menyesal pula tidak merakam! Dia pasti akan memainkan berulang kali dan menghantar ke laman Siakap Keli sekiranya dia dapat merakam aksi Ezzad tadi. Menyesal! Dalam diam Adam mengakui bahawa tendangan Ezzad sangat cantik tetapi oleh kerana dia melakukannya tanpa keyakinan dan wajah yang agak malu-malu, tendangan itu nampak buruk.

“I should’ve record it. I could play and watch it whenever I want. You are so hilarious!” Adam ketawa lagi.

“You have to book me one, I’ve made it”

“Aku masih tak yakin nak jualkan seunit kat kau. Tengoklah dulu sejauhmana keseriusan kau masa datang open house aku nanti. Jangan tak datang, k!” Adam menjemput Ezzad meskipun dia tidak mahu. Tetapi, dia tahu dia perlu mainkan peranannya dalam permainan yang sedang dimainkan oleh mereka berdua untuk buktikan siapa lebih hebat.

“Aku jalan dulu nak jumpa Fauzi. Dia pemaju hartanah Diamond Heights tu”

“Aku tahu siapa dia” jawab Ezza senada, geram. Itu adalah perkara asas yang mereka perlu tahu sebagai agen hartanah. Mereka patut kenal satu sama lain kerana mereka mungkin akan berkolaborasi bersama.

“Eh, kau belanja aku, kan?” soal Adam tiba-tiba, sudah berdiri dari kerusinya.

“Ye, aku belanja kau. Tak payah bayar. Nanti aku bayarkan” balas Ezzad yang mengambil dompetnya dari dalam poket seluar. Hmph! Sempat Ezzad menyumpah seranah Adam di dalam hati. Terasa ingin menumbuk Adam tepat pada mukanya. Mungkin bukan tumbukan, double roungd kick adalah yang terbaik!

“Good!” lantas Adam menghilangkan diri, belum membuat apa-apa keputusan lagi. Dia tidak yakin dengan Ezzad. Ezzad duduk menahan hati. Tunggulah masa aku. Aku akan balas segalanya nanti!

“AKU akan buat open house on this coming Wednesday. It’s like a showroom and all these pictures will be placed in every corner. I need you to let them see the unit afterwards” Adam berdiri dan menunjukkan beberapa gambar dalaman kondominium yang bakal siap itu kepada Fauzi. Grafik dalaman yang diusahakannya bersama beberapa pereka grafik syarikatnya tidak mengira siang malam itu nampak berbaloi. Fauzi mengangguk. Dia yakin kini yang dia boleh harapkan Adam seperti sebelum-sebelum ini. Adam memberikan hasil yang cemerlang. Lebih baik dari sangkaannya.

“Dah berapa ramai senarai yang kau dah kumpulkan setakat ni?”

“Four hundreds listing” Adam memberitahu seraya duduk semula.

“Kenapa tak beritahu kat aku perkara ni awal-awal?” Fauzi naik angin, Adam tidak memberitahu perkara terpenting itu lebih awal lagi.

“I am telling you right now. Aku pun terkejut juga dengan senarai pembeli. Perkara ni tak pernah terjadi selama aku menjadi agen hartanah” Adam menyengih. Bangga menyatakan ayat tersebut kepada Fauzi kerana sekali lagi dia membuktikan bahawa dirinya sangat berkebolehan. Mampu mencari senarai pembeli sebanyak empat ratus orang sedangkan unit kondominum hanya tiga puluh buah sahaja.

“Kalau kau nak aku jadikan kau sebagai my number one caller up list, pastikan yang kau bagitahu perkara ni lebih awal kat aku” Fauzi menyandarkan belakangnya pada penyandar kerusi. Berfikir. Adam mengangguk.

“So, Adam” Fauzi mengetuk-ngetuk mejanya menggunakan pen bebola mata hitam yang mempunyai namanya.

“That means, we could raise the price a little bit higher” Fauzi menyengih.

“Aku nak naikkan pada harga two thousands per square feet” Fauzi menyilangkan tangannya. Adam mengeluh. Gaya Fauzi sudah menampakkan dia tidak akan bertoleransi dengan apa-apa tawaran lagi. Bahasa badannya memberitahu segalanya.

“That’s too much. It’d be two hundred percents. Many buyers will run away” Adam mendengus. Gila betul pemaju hartanah ini! Bisik Adam dalam hati. Kalau dia sendiri, dia takkan beli kondominium pada harga yang terlalu mahal. Syukurlah dengan pengalaman dan pembelajarannya selama ini, dia dapat membezakan harga yang melampau tinggi dengan harga yang menguntungkan. Lesson learned, thank you.

“Then its a good deal. Kita hanya jualkan kepada pembeli yang benar-benar mampu memilikinya je. Cukup! Tawaran aku sampai kat situ je. Kalau kau tak boleh nak jual pada harga yang aku tetapkan, aku masih sempat cari orang lain lagi” kurang asam! Bentak Adam dalam hati. Aku dah penat-penat cari senarai pembeli, dia senang-senang je nak buang aku bila tahu senarai pembeli melebihi ekspektasi. Dah tu, naikkan harga pula!

“Lagipun, kawasan tu center untuk kebanyakan tempat, berhampiran dengan shopping malls, commuter train station and thirty five minutes from KLIA, Putrajaya, UPM and Serdang. Semua tu sangat berbaloi” Adam hanya mendiamkan diri. Mengangguk tidak menggeleng pun tidak. Mendalami bidang hartanah, dia tahu beberapa perkara yang orang lain tidak tahu. Lagipun, dia hanya menjual bukan pembeli pada saat ini. Dia pun hanyalah seorang ‘yang menurut perintah’ sahaja.

“Okeylah. Kalau kau dah kata begitu, apa aku boleh cakap, kan? Dah kau nak begitu, aku ikut jelah. Kan best kalau aku ni bukan agen hartanah tetapi pemaju, senang-senang je aku boleh suruh orang macam kau suruh aku” Adam berkata terus terang lalu berdiri. Bersalam dengan Fauzi dan melangkah keluar dari bilik pejabat Fauzi yang berada di tingkat dua puluh itu. Nasib baiklah aku sangat sukakan kerja aku! Takpelah, aku akan tetap dapat komisyen, bisik Adam lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience