BAB 16

Romance Completed 21965

ADAM mendapatkan minuman. Tekaknya sakit kerana berkomunikasi dan menjawab setiap soalan klien yang hadir di majlis open house itu. Ezzad sengaja datang lewat tiga puluh minit. Dia mendekati Adam yang sedang berdiri berdekatan susunan gelas berisi air, cuba berusaha sebaik mungkin untuk tidak merosakkan majlis tersebut kerena bukan kebiasaannya untuk tidak merosakkan majlis Adam. Biasanya dia akan melakukan sesuatu perkara seperti menarik perhatian klien Adam untuk mendengar ucapan tidak bermaknadarinya. Tetapi kali ini ditahan hatinya daripada melakukan perkara itu. Dia benar-benar mahu mendapatkan sebuah unit kondominium untuk Afghan. Dia mahu menjadi seorang agen yang boleh dapatkan apa yang dikehendaki oleh klien terpentingnya itu.

“Ingatkan kau tak sudi datang opne house aku...” ejek Adam apabila Ezzad sudah berada di hadapannya.

“Apesal pulak? Aku akan sentiasa luangkan masa untuk perkara penting macam ni. Despite the fact that I’m a very busy person”

“Uh-huh?” Adam angkat kening sambil matanya memandang Ezzad. Jongket bahu dan meneguk sekali lagi.

“Jadi, berapa harga unit C?” Ezzad mengikut Adam meneguk segelas minuman.

“Relaks, bagi aku habis minum dulu” Adam berdehem beberapa kali sebelum mengambail segelas air lagi dan meminumnya. Tekaknya masih terasa sakit tetapi dia tahu, kesakitan itu akan berbayar. Ia satu kesakitan yang berbaloi. Ezzad membuang pandang ke arah lain. Membuat muka muntah. Dia merasakan Adam hanya berpura-pura. Adam menjengkelkannya. Uwerk!

“So?” Ezzad menyoal sekali lagi. Hatinya sudah tidak betah apabila perlu menunggu lebih lama dan hanya menurut sahaja kata-kata Adam. Dia hendak selesaikan masalah tersebut dengan cepat. Kalau boleh, sekarang!

“Unit C, sejuta” selamba Adam memberi jawapan sebaik sahaja dia telah menghabiskan minumannya.

“Apa?!” Ezzad hilang sabar. Adam betul-betul sudah mempermainkannya.

“Eh, kau cakap hari tu unit C dalam harga tujuh ratus ribu” nada suara Ezzad meninggi. Hendak ditumbuk sahaja muka lelaki di hadapannya itu.

“Aku dah cakap hari tu, harga tu belum fixed lagi. Lagipun, bukan aku yang naikkan harga tu. Pemaju hartanah tu yang nak. Aku cuma ikut je” selamba benar Ezzad mendengar kata-kata Adam. Adam hanya mempermainkannya selama ini. Tak guna!

“Harga tu diluar jangkauan klien aku. Eh, mana korang boleh suka-suka naikkan harga macam n!i” Ezzad geram. Kesabarannya tinggal senipis kulit bawang.

“Huh!” Ezzad mengepal buku limanya.

“Kau tak perlu nak bersusah payah lagi nak dapatkan unit tu kalau klien kau tak mampu nak dapatkannya. Simple, kan?” Adam senyum nipis.

“Bullshit! Kau memang sengaja mainkan aku. You never consider it at the first place. You’re the dirtiest person I’ve ever known” dicekak kolar baju Adam. Dia sudah tidak peduli dengan orang sekeliling. Sudah menjadi perkara biasa baginya menjadi hero di majlis open house Adam. Menjadi hero sekali lagi pada hari itu tidak akan menjatuhkan reputasinya. Dia mahu hamburkan segala yang terbuku di hatinya sejak pertama kali dia menghubungi Adam beberapa hari yang lalu. It’s now or never!

“Jangan nak salahkan aku. You know exactly how to work things out in this field, better than any other person in this room” Adam menepis cengkaman Ezzad pada kolar bajunya. Hmph! Ada hati pegang-pegang baju aku!

“Kau sangat teruk!”

“Baru sekarang tahu ke?”

“Dirtiest amongst the dirtiest!”

“Hurm, I take that as a compliment, thank you” Adam sengih mendengar luahan hati yang jujur keluar dari mulut Ezzad. Luahan hati sebegitu lebih menggembirakannya daripada

kata-kata ramah dan pujian dari lelaki itu. Terasa seperti bukan Ezzad apabila Ezzad memuji dirinya melambung tinggi. Hurm, siapa tak kenal Ezzad? Lelaki pendengki. Semua orang pun hendak dijatuhkannya. Dan entah mengapa, Ezzad seperti targetkan dirinya sahaja.

Hampir sahaja buku lima Ezzad mengenai muka Adam sebelum Adam memandang seseorang yang sedang menghampirinya. Langsung tidak dihiraukan Ezzad yang sudah naik angin itu.

Apa boleh buat? Aku pun hanya menurut perintah aje, bisik Adam dalam hati. Malas hendak melayan Ezzad. Kalau klien Ezzad lari daripada menjadi senarai pembeli pun, masih ramai yang berminat dan hendak membeli kondominium itu. Dia yakin dan pasti tentang perkara itu.

“Dah nak balik ke?” Adam menyoal isterinya. Sengaja mengajak Yana untuk hadir ke majlis rumah terbukanya. Selain hendak memperkenalkan Yana kepada beberapa kliennya terpentingnya, dia mahu Yana melihat sisi kehidupannya sebagai seorang agen hartanah, berkredibiliti dan berkebolehan. Entahlah, dia sendiri tidak faham dengan dirinya sendiri apabila berasa teruja dan bangga dapat memperkenalkan Yana kepada kliennya. Yana mengangguk seraya mencapai beg sandangnya yang diletakkan bersebelahan Adam.

“Ha’ah. Sesak sangat kat sini, lagipun banyak lagi benda nak kena selesaikan kat kedai tu. Tak payah hantarkan. Aku balik sendiri” Ezzad lantas berpaling mendengarkan suara perempuan yang membalas soalan Adam. Bagaikan melihat seorang bidadari kayangan, mata Ezzad terbeliak besar memandang Yana. Hatinya gatal hendak bertanyakan gerangan perempuan tersebut tetapi egonya menghalang. Akhirnya, dia berteka-teki sendiri. Adik Adam ke? Eh, Adam ada adik ke? Katanya, anak tunggal? Ke, setiausaha? Ezzad berdehem, cuba mencari perhatian dan mengganggu perbualan dua insan tersebut. Yana mengangkat wajah mencari individu yang berdehem.

“Ah, Yana. Ni Ezzad. Ezzad, ni Yana, isteri aku” Adam bersikap profesional dengan memperkenalkan kedua-dua individu itu. Bangga memperkenalkan Yana sebagai isterinya mendengarkan bunyi berdehem Ezzad. Lain benar bunyinya. Bunyi berdehem Ezzad sudah cukup memberikan isyarat kepadanya bahawa Ezzad berminat dengan Yana. Gila dan geli! Dia takkan benarkan perkara itu berlaku meski dia telah membenarkan Yana untuk mencari calon pengganti Adien.

Isteri? Adam dah kahwin? Dengan perempuan macam bidadari ni? Ezzad mengerutkan dahi. Yana hanya senyum sebagai tanda hormat dan perkenalan. Melihatkan baju dan gaya pemakaian lelaki yang diperkenalkan sebagai Ezzad itu, Yana tahu bahawa lelaki itu memang seorang yang menjaga penampilan. Metroseksual! Adam menarik tangan Yana mendekatinya. Tidak senang dia melihat pandangan lain macam Ezzad kepada isterinya itu. Dia lelaki, dia faham benar dengan segala maksud pandangan lelaki lain.

“Dahlah, pergilah balik. Jangan layan lelaki macam Ezzad ni. Semua perempuan hendak di’ngap’nya. Ingat, ni warning!” Adam berbisik perlahan di telinga Yana. Yana kembali teringat akan kata-kata Adam bahawa dia dibenarkan mencari calon pengganti lain. Peik benar rasanya mendapat warning daripada Adam apabial Adam berlagak seperti seorang abang yang mempertahan dan menjaganya. Jangan nak perasan, Yana! Yana berkali-kali mengingatkan dirinya.

“Okeylah, aku jalan dulu. Jumpa kat rumah nanti, assalamualaikum” Yana menyalam dan mencium tangan Adam. Ezzad pula menjadi pemerhati. Dia seperti terpukau dengan movie live yang sedang ditontoninya sekarang ini. Perasaan ingin memiliki seseorang seperti Yana tiba-tiba muncul. Fokusnnya hilang. Niat kedatangannya ke rumah terbuka Adam untuk mendapatkan seunit kondomonium Diamond Heights hilang dan beralih kepada perempuan yang sedang melangkah keluar dari restoran itu.

“Itu adalah isteri aku yang kau sedang tengok dengan pandangan pelik!” Adam menumbuk bahu Ezzad. Benci dia melihat ada orang lain yang melihat isterinya dengan pandangan yang dia faham. Meskipun dia sudah meletakkan syarat bahawa Yana boleh mencari calon lain, dia tidak mahu calon itu menjadi Ezzad. Dia akan senang hati sekiranya calon itu bukan Ezzad. Tidak sekali-kali!

“Eh, sejak bila pula aku tengok isteri kau?” Ezzad melarikan pandangan ke tempat lain, kaget. Cepat-cepat dia meneguk minuman yang disambar dari atas meja.Tertangkap pulak!

“Pui! Nak tipu aku konon” Adam mencebik. Hendak sahaja dikorek biji mata Ezzad keluar.

“Takpelah. Aku bincang dengan klien aku dulu. Lepas bincang, aku jumpa kau balik” nada suara Ezzad berubah tenang. Adam pula yang menjadi takut. Dia sudah berkira-kira sekiranya Ezzad mengamuk atau membuat drama dalam majlis tersebut, dia tidak akan teragak-agak untuk menyingkirkan nama kliennya dari senarai pembeli. Niatnya yang sebenar menjemput Ezzad ke ajlis tersebut adalah untuk melihat sejauhmana kesungguhannya mendapatkan seunit kondo tersebut. Ni dah sangat bersungguh-sungguh ni, hatinya menggerutu. Adam menunggu dan terus menunggu tetapi Ezzad seperti menjadi orang lain, bukan Ezzad yang dikenalinya selama ini. Adam memandangnya pelik. Ezzad tiba-tiba bertukar kepada lelaki yang gentleman ni kenapa?

“Aku balik dulu” dia menghulur tangan bersalaman. Adam melopong. Tidak percaya. Ni memang bukan Ezzad yang aku kenal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience