BAB 34

Romance Completed 21965

“SAYANG...” panggil Adam perlahan dengan nafas yang turun naik. Yana mendengus, tidak menoleh. Malas melayan karenah Adam yang asyik memanggilnya. Sikit-sikit panggil, sikit-sikit panggil. Nak air, panggil. Nak tukar rancangan televisyen, panggil. Nak makan keropok, panggil. Nak ke bilik air, panggil. Semuanya nak panggil, rimas! Sengaja nak bermanja hingga Yana naik geram. Kerjanya bukan untuk melayan Adam dua puluh empat jam. Dia perlukan masa untuk diri sendiri hendak melayan perasaan dan fikiran sendiri.

“Sayang...” Yana masih begitu. Berpura-pura tidak mendengar panggilan Adam.

“Sayang...” Yana mengeluh perlahan. Akhirnya, dialih juga wajahnya memandang Adam.

“Ya Allah, abang! Abang okey tak? Muka abang pucat semacam je. Abang kenapa? Abang sakit dada lagi, ke?” Yana risau. Muka Adam pucat semacam. Cepat dia berdiri dan mendapatkan Adam yang sudah terbaring di atas karpet kelabu. Dia meletakkan tapak tangannya pada dada Adam, merasa degupan jantung Adam. Dia berusaha mengingat saranan jururawat untuk mengira denyutan jantung seminit untuk mengetahui kadar jantung berehat normal. Yana meletakkan jari indeks dan jari tengahnya pada leher Adam seraya menghitung jumlah degupan dalam lima belas saat berpandukan jam yang bergantung pada dinding ruang tamu. Dua puluh! Maknanya, kadar jantung berehat normal Adam adalah lapan puluh. Jumlah tersebut adalah baik melihatkan sejarah latar belakang pembedahan hati Adam.

Tapi Adam kelihatan sesak. Yana bingung.

“Ubat abang mana?” Adam menggeleng.

“Abang dah tak makan ubat dah. Sakit sangat kat sini, sayang...” Adam meletakkan jari telunjuknya pada dadanya. Tanpa disedari, matanya tertutup perlahan-lahan.

“Ya Allah, abang! Abang!” Yana kaget. Apa yang perlu dia lakukan? Tidak pernah Adam sakit hingga begitu sekali sebelum ini. Ya Allah, apa yang perlu aku lakukan? Dia tidak pernah mengalami keadaan seperti tu sebelum ini dan tidak pernah menyangka yang dia akan berhadapan situasi sebenar seperti itu. Sebab itulah dia tidak pernah menyertai Bulan Sabit Merah sewaktu berada di bangku sekolah dahulu. Ia menakutkannya.

Whatever, aku perlu lakukannya jugak!

Tanpa berlengah, Yana berlutut disisi Adam dan meletakkan kedua-dua tangannya di tengah dada Adam. Dia menggunakan berat badan atasnya untuk menolak terus ke dada Adam. Namun, tidak ada tanda-tanda bahawa Adam akan sedar. Yana menutup hidung Adam dengan mencubitnya untuk melakukan pernafasan dari mulut-ke-mulut. Dia memberi nafas penyelamat pertama namun dada Adam tidak mempunyai sebarang respon yang mana menyebabkan Yana untuk memberikan nafas penyelamat kedua.

“Abang bangunlah, please!” Yana lantas memberikan nafas penyelamat ketiga dan akhirnya Adam terbatuk! Yana menarik nafas lega. Ketakutannya akhirnya hilang. Betapa dia takut sekiranya Adam meninggalkannya seperti Adien meninggalkannya. Dia tidak sanggup lalui keadaan itu sekali lagi. Tidak dengan bayi yang bakal lahir. Dia tidak mahu menjadi ibu tunggal dalam usia bayi yang sangat muda.

“Jangan! Jangan pernah buat Yana macam tu lagi” Yana berteriak. Pantas tangannya memukul dada Adam. Sudah tidak peduli dengan keadaan Adam yang sakit. Dunianya seakan berhenti sewaktu dia berusaha membawa Adam kemabli dari... Entah perkataan apa yang terbaik untuk dia katakan. Pastinya, dia takut. Sebutir mutiada jernih jatuh dari mata kirinya. Dia tidak mahu mengalami situasi itu sekali lagi, selama-lamanya.

“Abang tak makan ubat lagi ke? Mana semua ubat yang Doktor Thana bekalkan tu?”

“Kejaplah, sayang. Abang baru je nak hirup udara semula” Adam menyengih.

“Abang boleh sengih lagi dalam keadaan macam ni?”

“Sebab abang tahu Yana masih cintakan abang. Kalau tak, mustahil Yana nak selamatkan abang dan nangis sampai macam ni sekali” Adam menyeka airmata Yana. Yana menepis cepat tangan Adam.

“Abang mainkan Yana ke?”

“Apa pula?”

“Abang pura-pura sakit dada tadi, kan?” Yana mula musykil sehingga menampakkan kerutan dahinya.

“Err, mungkin. Tapi, memang sakit tadi bila Yana asyik ignore abang?” suara Adam bergetar, dia takkan dapat menipu Yana lama.

“Abang jangan nak tipu Yana. Abang memang mainkan Yana, kan? Abang memang melampau!” sakit sungguh hatinya dipermainkain oleh Adam.

“Okeylah, okeylah! Abang mengaku abang tipu je tadi. Tak sangka pula Yana sanggup buat CPR kat abang. Abang memang nak bangun tapi Yana tiba-tiba buat CPR tu yang abang biarkan je dulu. Tengok sejauhmana kesanggupan Yana nak selamatkan abang. Siapa tahu kot-kot masa akan datang, abang memang perlukan CPR dari sayang, kan? Lagipun, ignorance Yana lebih menyakitkan hati abang dari sakit tu sendiri, tau tak?” Adam mencuit dagu Yana.

“Abang melampau, tau tak? Abang tau tak Yana rasa macam nak mati je tadi bila tengok abang tak bangun-bangun. Sampai hati abang buat Yana begini!” Yana pantas berdiri tetapi sepantas itu juga Adam memaut pinggang Yana dan membawa Yana ke dalam pelukannya.

“Janganlah marah, sayang. Please, don’t make me invisible.”

“Abang melampau! Kalau abang buat macam tu lagi, Yana takkan teragak-agak untuk tinggalkan abang. Biarkan aje abang mati seorang diri” Yana teresak. Dia betul-betul fikir Adam meninggalkannya. Ya, mereka mempunyai masalah yang belum selesai tetapi dia tidak mahu Adam tinggalkannya. Dia cuma sangat sensitif dan emosional dengan pembawaan si bayi sulung.

“Benda ni buat abang yakin dengan satu perkara” Adam sengih.

“Apa?!” kuat pertanyaan Yana.

“Yana cintakan abang, sangat-sangat cintakan abang. Hurm, I love you too, honey” Adam sengih lagi.

“Whatever!” Yana menolak lengan Adam tetapi Adam semakin memperkemaskan pelukannya.

“Abang tahu abang salah, abang tahu Yana tak dapat maafkan abang tapi kita tak boleh selamanya macam ni. We have to settle things out for our baby...” Adam menarik tangan Yana dan meletakkan tangan mereka berdua di atas perut Yana yang semakin memboyot itu.

Kata-kata Adam terus menusuk masuk ke dalam hati Yana. Sangat cantik setiap bait perkataan itu. Jiwa wanitanya terusik. Mempunyai bayi sendiri adalah impian setiap pasangan yang sudah berkahwin. Betapa indahnya perjalanan yang bakal mereka harungi bersama tak lama lagi. Yana menutup mata, menikmati saat-saat indah bersama Adam, ayah kepada bayi yang berada dalam perutnya. Adam senyum. Dia dapat rasakan Yana semakin terpujuk dengan pujukannya.

Oh no! Bayi tak boleh tahu ayah dia seorang penjenayah! Cepat-cepat Yana membuka mata, menepis tangan Adam dan menolak Adam kuat.

“No! Yana tak nak baby tahu ayah dia seorang penjenayah!” sepantas itu juga Yana mendaki anak tangga dan mengunci diri dalam bilik. Adam terdiam kaku. Kata-kata Yana menghiris hatinya.

“ABANG ada hadiah untuk sayang” Adam memberikan kotak berwarna merah jambu kepada Yana apabila Yana memasuki keretanya. Dia sengaja memancitkan kereta Fair Lady subuh pagi tadi agar dapat menghantar Yana ke kedai buku. Adam tidak mahu Yana bekerja lagi melihatkan keadaan perut Yana yang semakin memboyot tetapi Yana enggan. Dia tak boleh duduk diam, jawabnya.

“Abang!” teriak Yana yang tercegat di muka pintu. Dia naik semula ke unit mereka selepas terkejut melihat roda kereta yang biasa digunakannya pancit. Adam tenang duduk dan menghabiskan sarapan pagi. Iphone miliknya asyik berbunyi tetapi dibiarkan sahaja. Dia tahu gerangan si pemanggil.

“Kenapa?” soal Adam dalam ketawa yang ditahan sambil meneguk coffee buatan tangan Yana, coffee yang digemarinya.

“Kenapa abang tak angkat call Yana?” Yana duduk di hadapannya dengan mulut yang dimuncungkan. Penat berulang alik dari bawah ke tingkat atas meskipun dia menggunakan lif. Dia sudah tekad melancarkan perang dingin antara dirinya dan Adam tetapi nampaknya, dia kena bercakap juga dengan Adam.

“Yana ada call abang ke? Tak dengar pun” Adam pura-pura melihat Iphonenya.

“Hurm, no wonder tak dengar. Silent mode” Adam sengih lalu menunjukkan Iphonenya yang baru sahaja ditukar ke mod senyap. Yana mencebik.

“Tayar kereta Fair Lady pancit. Kenapa dan bagaimana?”

“Eh, mana abang tahu. Yana salahkan abang kenapa? Abang tak pandu kereta tu lagi, kan?”

“Yana tahu abang sengaja pancitkan tayar kereta tu nak Yana merayu minta hantar ke kedai, kan? Abang ni childish sangat!” sakitnya hati aku! Perangai macam budak-budaklah suami aku ni! Gerutu Yana dalam hati. Dia tidak boleh bertoleransi dalam perkara-perkara seperti ini dengan Adam.

“Ya Allah, Yana. Ye, abang mengaku abang pancitkan kereta tu subuh tadi. Tapi niat abang bukanlah sampai nak Yana merayu minta hantar kat kedai. Abang nak Yana bercakap dengan abang aje. Sakit hati abang bila abang asyik cakap seorang diri, bercakap dengan tunggul lagi best! At least, keluar juga bunyi bila bercakap dengan tunggul”

“Pergilah cakap dengan tunggul. Takyah nak cakap dengan Yana” Yana berdiri tetapi cepat-cepat tangannya ditangkap oleh Adam. Adam. Yana pandangnya dengan pandangan tak puas hati.

“Please, dont give me that look”

“You deserve it”

“Okay, I deserve it. Guilty as charged” Adam mengangkat kedua-dua tangannya di udara seperti seorang penjenayah yang ditangkap sedang melakukan jenayah. Akhirnya, mereka bersama-sama turun dan bergerak ke tempat kerja menggunakan kereta milik Adam. Masam mencuka muka Yana mengambil dan membuka kotak tersebut daripada Adam. Adam yang melihat hanya menyengih.

“Yana pakai malam ni, ya? Abang nak tengok isteri abang pakai malam ni, abang jemput Yana dari kedai awal sikit dari pukul lima petang nanti” Yana tahu dia sepatutnya gembira dengan hadiah itu tetapi dia tidak dapat memalsukannya. Dia tidak merasa apa-apa pun.

Wahai hati, mengapa begitu cepat berubah? Kau tak sayangkan Adam lagi ke?

“Tak naklah. Yana takde mood nak pakai benda-benda macam ni semua” Yana menutup

semula kotak tersebut dan meletakkannya di tempat duduk belakang penumpang. Adam terkesima, hatinya terguris mendengar dan melihat penolakan Yana. Dia benar-benar mahu melihat Yana memakai dress yang dia sendiri cari dan beli itu.

Yana membuang pandangan ke luar tingkap. Adam memegang stereng kereta dan menghembus nafas kuat. Dia tahu Adam terguris tetapi dia belum dapat menerima kenyataan bahawa Adamlah yang menyebabkan Adien meninggal. Dia sendiri tidak tahu bila dia dapat menerima kenyataan itu.

“Maafkan abang sebab abang takde magic atau power untuk bangkitkan semula Adien. Kalau abang ada kuasa tu, dah lama abang tukarkan diri abang dengan dia. Abang lebih rela abang yang pergi daripada hidup dengan Yana macam ni” Adam tidak bercadang menambah kelajuan. Biarlah perjalanan ke kedai buku Yana itu diluangkan bersama dengan isterinya. Yana tidak berkutik mendengar luahan Adam. Dia sendiri tidak tahu mengapa perasaannya berubah drastik sangat. Dia terlalu cepat menyintai Adam dan terlalu cepat juga membenci suaminya itu semula.

Argh, bukan benci tapi aku sendiri tak tahu apa perasaan aku? Apa sebenarnya perasaan aku?!

“TAK payah kerja berat sangat. Kerja yang berat-berat tu serah je kat Isaac atau Wani. Sayang duduk aje, jaga baby baik-baik. Ye, sayang?” Adam memberhentikan kereta di pick and up area kerana parkir dah penuh. Rancangannya mahu berlama-lama dengan Yana di dalam kereta. Dia sangat rindukan Yana yang riang, bukan Yana yang asyik menolak. Baru dia tahu betapa sukarnya memperoleh kepercayaan Yana.

“Hurm...” Yana menjawab malas. Adam menghulur tangannya untuk bersalaman. Yana menyambut huluran tangan Adam dan menciumnya. Adam menarik kepala Yana dan mencium dahi Yana lembut. Lama. Yana yang kurang senang dengan keadaan tersebut seraya menolak tubuh Adam perlahan.

“Tak suka ke abang cium dahi Yana?” Adam belum melepaskan tangan Yana dari genggamannya. Yana pula sudah seperti cacing kepanasan hendak melepaskan tangannya dari genggaman Adam. Sengaja Adam memperkemaskan lagi genggaman tangannya. Biar Yana tahu bahawa kekuatannya adalah beberapa kali ganda daripada Yana.

“Malulah orang nampak. Ni public area” jawab Yana sambil menarik-narik tangannya daripada genggaman Adam.

“Peduli apa orang nampak. Yana isteri abang. Abang boleh cium suka hati abang” Adam menyengih melihat Yana yang berusaha menarik tangannya. Yana mencebir. Tidak ada gunanya bercakap dengan Adam yang sentiasa mempunyai balasan kepada apa yang dikatakannya.

“Abang, lepaslah! Yana nak buka kedai ni. Abang kena gerak juga”

“Takyahlah buka kedai hari ni. Abang pun takde mood nak kerja. Kita jalan-jalan kat taman, nak?”

“Eh! Buang tebiat ke abang ni? Abang lepaslah, sampai bila nak genggam tangan Yana ni?”

“Sampai bila-bila” Adam mengekek ketawa.

“Abang gila”

“Abang memang selalu naik gila bila dengan Yana”

“You’re delusional” Yana kembalikan perkataan yang pernah Adam ucapkan kepadanya dahulu.

“Ni dunia kita berdua aje, orang lain tak faham dan tak rasa apa yang kitaberdua rasa. Jadi, abang boleh terima Yana cakap abang delusional. I couldn’t be more of it whenever I’m with you” Yana mengeluh. Dia sentiasa kalah apabila berbalas cakap dengan Adam. Adam menyengih apabila Yana sudah tidak mampu mengatakan apa-apa. Dalam kesempatan itu, Yana menyentak tangannya kuat menyebabkan genggaman tangan Adam terlerai. Adam terdiam. Tidak menyangka sentakan Yana sangat kuat.

“Yana jalan dulu. Assalamualaikum” Yana membuka pintu kereta dan terus keluar tanpa berpaling lagi. Adam mengeluh. Dia perlu banyak usaha seperti apa yang pernah Yana lakukan padanya dahulu. Tidak kira betapa keras hati seorang perempuan itu, ia akan cair dan jatuh akhirnya, ia hanya perlukan masa dan kesabaran, Adam percaya kata-kata tersebut melalui pengalamannya. Dia tidak akan berundur. Dia tidak akan berputus asa. Ini adalah perkahwinannya yang perlu dia selamatkan.

Jika ia bermakna dia perlu mengorbankan hidupnya sekalipun, dia akan lakukannya!

“JOM balik! Rumah dah calling” ajak Adam dengan senyuman yang meleret hingga ke telinga. Seperti yang dikatakannya awal pagi tadi, dia sanggup pulang awal semata-mata hendak menjemput Yana. Tanpa mengalihkan pandangan kepada Adam, Yana terus melakukan kerjanya. Pada pandangan Adam, Yana hanya berpura-pura sibuk. Adam berjauh hati. Penat dia datang dengan kesesakan lalu lintas yang teruk tetapi, Yana langsung tidak memandangnya.

“Yana banyak kerja lagi. Abang balik jelah sendiri. Yana minta Wani singgahkan ke rumah nanti” mendengarkan jawapan Yana, pantas sahaja tangan Adam menarik pen yang sedang digunakan isterinya.

“Abang!” Yana berteriak. Dia terpaksa mengalah. Kepalanya diangkat juga memandang Adam yang merenungnya dengan senyuman menggoda. Dipusing-pusingkan pen itu menggunakan jarinya yang runcing.

“Dapat pun perhatian Yana. Jomlah balik...” rengek Adam manja. Yana tahan hati. Argh! Suka benar gunakan sikap manjanya kat aku! Bentak Yana.

“Yana banyak kerja lagilah. Yana balik bila kerja Yana dah habis”

“Tak! Abang takkan terima. Yana kena balik ikut abang. Sekarang!”

“Yana banyak...”

“Jangan nak pura-pura banyak kerja. Esok boleh sambung kerja tu. Sekarang ni dah pukul empat lebih. Waktu pejabat dah nak tutup. Yana kena tutup kedai juga. Kalau Yana tak ikut abang sekarang, abang shutdownkan pintu depan tu sekarang juga” Adam sudah mengeluarkan arahannya. Yana kenal benar dengan Adam, dia akan lakukan apa yang dikatakannya. Pantang dicabar! Bukan masanya mencabar Adam ketika ini.

“Yelah, kejap. Yana shutdownkan laptop ni dulu” Adam menguntum senyuman kemenangan.

I’m missing you

Girl even though you’re right here by my side

Cause lately it seems

The distance between us is growing too wide

I’m so afraid that you’re saying it’s over

The last thing that I wanna hear

But if your heart’s not in it for real

Please don’t try to fake what you don’t feel

If love’s already gone

It’s not fair to lead me on

Cause I would give the whole world for you

Anything you ask of me I’d do

But I won’t ask you to stay

I’d rather walk away

If your heart’s not in it

Sepanjang perjalanan balik itu, puas Adam berkaraoke dengan lagu yang dinyanyikan oleh Westlife itu. Dia sengaja memuat turun lagu tersebut dan menyambungkan pendrivenya pada MP3 player keretanya. Dia mahu menyampaikan perasaan yang terbuku di hatinya dengan menyanyikan lagu tersebut. Dia berasa terasing dan sunyi dengan perubahan drastik Yana. Hanya itulah lagu yang menjadi halwa telinga mereka sejak mereka berada di dalam kereta tersebut.

Yana hanya berdiam diri. Dia tahu Adam sengaja menyanyikan lagu yang ditujukan khas buat dirinya itu. Dia membuang pandangan ke luar tingkap. Berpura-pura tidak perasan apa yang cuba dilakukan oleh Adam. Pura-pura tidak tahu.

“Yana betul-betul ke takde perasaan dekat abang lagi?” akhirnya Adam menyoal. Dia sudah tidak betah dengan keadaan yang kekok antara dirinya dan Yana. Seperti ada tembok setinggi Tembok Besar Cina antara Yana dan dirinya. Dia perlu menghancurkan tembok itu sebelum tembok itu memakan mereka berdua. Adam memandang Yana sekilas sebelum kembali berfokus kepada pemanduan. Yana tetap diam, tidak langsung memandangnya yang mengajukan soalan.

“Apa abang kena buat supaya Yana maafkan dan terima abang semula?” Adam menyoal lagi tetapi respon yang sama juga diperoleh daripada Yana. Adam mengeluh dan akhirnya membuat keputusan untuk membuat pusingan U-turn, menukar haluan.

“Kata nak balik” akhirnya Yana bersuara.

“Tak hilangnya rumah tu kalau melencong sekejap kat tempat lain”

“Suka hati abanglah”

“Abang buat U-turn dulu ke baru Yana nak terima abang semula?” Adam menyoal semula setelah memberhentikan kereta di bawah sepohon pokok di taman. Taman yang menjadi tempat beriadah penduduk sekitar kawasan itu. Mereka hanya memandang ke hadapan melihat orang yang berlari dengan memakai earphones untuk lari daripada keriuhan dunia, sesetengahnya hanya berjalan kaki sambil menolak pram dengan bayi di dalamnya, sesetengahnya lagi hanya duduk di kerusi, menangkap gambar dan bercakap antara satu sama lain. Pandangan tersebut tetap tidak dapat memberikan rasa yang baik kepada mereka berdua.

“Beritahu abang apa yang abang perlu lakukan untuk Yana terima abang semula” dia mengalihkan pandangan kepada Yana.

“Pleaselah jawab abang. Susah sangat ke nak jawab pertanyaan abang? Apa? Ada emas ke dalam kerongkong Yana sampai nak jawab soalan abang pun payah sangat?” Adam menyisir rambutnya ke belakang beberapa kali apabila tidak ada balasan daripada Yana.

“Tak payahlah nak soal kalau abang tahu Yana tetap takkan jawab. Lebih baik diam aje”

“Yana tau tak, diam Yana buat abang naik gila. Diam Yana buat abang tak keruan. Diam Yana buat abang rasa lebih bersalah. Diam Yana buat abang fikir yang bukan-bukan. Dan diam Yana buat abang fikir perkara yang negatif! Lebih senang kalau Yana bagitahu apa yang Yana nak abang buat agar Yana dapat terima abang semula. Jangan diam je! Sesak dada abang tau, tak? ” Adam meramas rambutnya menggunakan tangan hingga kusut. Memang dia dah naik gila apabila Yana terlalu diam sepanjang masa. Bukan berhari, bukan berminggu. Ni dah masuk berbulan! Argh, naik gila aku dibuat oleh isteri sendiri!

Yana hanya membatu. Dia sendiri tidak punya jawapan sebab itulah dia mengambil keputusan berdiam diri.

“Bagaimana nak jawab kalau Yana sendiri takde jawapannya?”

“Jadi, don’t complicate things, boleh tak? Abang cintakan Yana, Yana cintakan abang. End of story. Kita teruskan journey kita ni. Banyak lagi perkara kita kena catch up antara satu sama lain. Ye, sayang?” Adam mengendurkan suaranya. Perasaan dan jiwanya tenang bersama dengan satu-satunya insan yang diciptakan untuknya.

“Yana tak dapat buat semua tu. Yana perlukan masa. Yana confused!” Adam mengerutkan dahi.

“Yana confuse kenapa?”

“Yana tak tahu”

“Yana confuse antara perasaan Yana kat abang dan perasaan Yana kat Adien ke?” Adam mencerlung memandang Yana. Perkara yang paling ditakutinya. Bersaing dengan bayang Adien untuk mendapatkan Yana. Persaingan itu adalah suatu perkara yang mustahil! Dia sudah kalah sebelum bertanding jika itu kesnya. Bagaimana hendak bersaing dengan seseorang yang kini hanya tinggal memori? Memori yang isterinya sendiri tidak mahu hapuskan dari ingatannya. Bagaimana? Argh! Adam meramas rambutnya sekali lagi. Yana benar-benar buatkan dirinya hilang akal.

“Yana tak tahu”

“Cinta Yana dekat abang lebih besar banding cinta Yana kat dia?”

“Yana tak tahu”

“Yana cintakan abang ke?” Yana terdiam. Lidahnya tiba-tiba kelu hendak menjawab pertanyaan Adam.

“Yana cintakan Adien ke?”

“Yana... Yana tak tahu”

Argh! Sukarnya!

Adam mengeluh berat. Sakit dan hancur hatinya mendengar jawapan Yana. Baiklah, jika ini jawapan Yana, dia pasrah.

“Begitu mudah ke perasaan Yana berubah bila tahu abanglah pembunuh Adien? Mungkin Yana takkan sukakan abang langsung bila tahu sikap sebenar abang sebelum abang berjumpa dengan Yana. Abang buat U-turn, kembali ke pangkal jalan bila abang dapat hati baru dan abang benar-benar istiqamah bila abang kenal dengan sayang. Mungkin abang kena buat U-turn juga untuk kesalahan abang yang ni. Maaflah, abang tak punya kuasa untuk hidupkan orang yang dah mati. Abang takde kuasa kembalikan Adien ke dunia semula. Abang minta maaf sebab abang dah bunuh kekasih pertama Yana. Abang juga nak minta maaf sebab abang gunakan hati dia” Adam diam lama sebelum kembali menyambung.

“Juga abang nak minta maaf kalau abang takde masa Yana lahirkan baby nanti”Adam menghidupkan enjin keretanya semula. Selepas melepaskan keluhan berat, Adam memandu kereta tersebut keluar dari taman.

Yana pandang Adam cepat. Bertanya diri sendiri apa maksud Adam disebalik kata-katanya sebentar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience