BAB 39

Romance Completed 21965

Yana memeluk Adam. Tangisannya sejak semalam masih tidak berhenti. Makan tidak, minum pun tidak. Adam pula yang menjadi semakin risau.

“Dahlah tu... Allah lebih sayangkan baby kita” Yana menggeleng-gelengkan kepalanya pada dada Adam dengan airmata yang masih mengalir turun membasahi pipi dan juga baju Adam. Yana masih belum dapat menerima hakikat tersebut. Dia masih belum dapat menerima kenyataan yang dia sudah kehilangan bayinya. Bayi yang ditunggu untuk keluar melihat dunia terlebih dahulu meninggalkannya.

“Shh, shh...” Adam mengusap belakang Yana perlahan. Dia turut sedih. Anak sulung yang dijangka melihat dunia dalam beberapa bulan lagi sudah ada lagi. Harapan untuk hidup bertiga pada tahun hadapan musnah begitu sahaja. Lebih menyakitkan hatinya apabila mendapat tahu perkara yang paling menakutkan daripada Doktor Faizal sebentar tadi. Doktor Faizal mengajaknya masuk ke dalam bilik pejabatnya dan memberitahu perkara yang sangat menyayat jiwa dan raganya sebagai seorang suami dan bakal ayah yang tidak menjadi.

“Saya ada benda nak bincang dengan kamu” ayat pertama yang dikatakan oleh doktor yang pada perkiraan Adam, dalam lingkungan umur empat puluh tahun. Dada Adam bergetar hebat. Sebagai pakar perunding hartanah, dia juga selalu menggunakan ayat tersebut apabila keadaan memaksa. Keadaan memaksa pula adalah keadaan dimana dia perlu menyatakan sesuatu yang mengecewakan klien. Dalam diam, dia tahu doktor tersebut akan menyatakan sesuatu yang mengecewakannya. Adam meneguk liur. Dalam hati berdoa agar apa yang bakal dikatakan oleh doktor tersebut berbeza dengan apa yang sedang bermain dalam fikirannya saat itu.

“Saya panggil kamu seorang sebab saya takut Yana takkan dapat terima kenyataan ini” Adam menarik nafas panjang. Ada sesuatu yang tidak kena dengan kata alua-aluan doktor tersebut.

“Saya harap kamu juga tabah dengan apa yang bakal saya sampaikan” sambung doktor itu lagi. Meskipun sudah banyak kali memberitahu perkara yang tidak baik dan mengecewakan kepada kliennya, dia tidak pernah menguasai kemahiran tersebut. Hatinya sebagai seorang suami dan bapa selalu menjadi penghalangnya untuk bersikap profesional dalam kemahiran menyampaikan berita yang mengecewakan. Dia turut berasa sedih melihat kliennya dalam keadaan sedih. Tetapi, sebagai seorang doktor dia berusaha untuk menyampaikan berita yang mengecewakan dengan sebaiknya.

Dada Adam semakin berombak hebat mendengarkan sambungan ayat doktor itu.

“Keguguran tersebut menyebabkan Yana kehilangan banyak darah dan rahimnya dah tak kuat untuk mengandungkan anak kamu seterusnya. Oleh sebab tu, kebarangkalian untuk isteri kamu mengandung lagi adalah tiga puluh-tujuh puluh. Kalau mengandung pun, saya khuatir dia akan alami keguguran juga. Saya juga mengesan bahawa Yana masih mempunyai trauma terhadap peristiwa tersebut. Saya harap kamu dapat bantu dia hilangkan rasa traumanya tu” akhirnya Doktor Faizal menyudahkan kata-katanya. Di akhir kata-katanya, dia melepaskan sedikt keluhan kerana terpaksa memberitahu perkara tersebut kepada Adam.

Adam tutup mata lama. Sangat pahit untuk ditelan kenyatan yang baru didengarinya. Impiannya untuk hidup bersama Yana dengan diserikan oleh telatah anak-anak mereka hancur berkecai. Lama dia menunduk dan perlahan-lahan menyeka airmata yang berada di tubir matanya. Tidak mahu doktor itu melihat airmatanya jatuh. Perlahan-lahan itu juga Adam mengangkat kepalanya semula.

“Tujuh puluh, tiga puluh kan, doktor? Maknanya, isteri saya masih boleh mengandung, kan?”

“Ye, dia masih boleh mengandung tapi saya tak yakin. Dan, seperti saya katakan tadi, saya khuatir kandungannya akan gugur juga. Rahim dia dah tak kuat” jelas Doktor Faizal lagi. Adam menghela nafas panjang. Mencari kekuatan disebalik apa yang telah terjadi.

“Baiklah, terima kasih, doktor. Saya keluar dulu”

“Baiklah” Adam keluar dari bilik Doktor Faizal. Yana mengemaskan pelukannya, membawa Adam balik semula ke realiti. Sungguh, dia masih merasakan segalanya bagaikan mimpi. Dengan kedatangan Adien dalam mimpi dan juga kehilangan bayi sulung mereka.

“Abang...” Panggil Yana dalam mata yang masih merah. Mata itu masih setia mengeluarkan airmata. Terus-terus sahaja Yana menangis pada dada bidang Adam. Adam membalas pelukan tersebut sambil tangannya mengusap perlahan belakang Yana. Dia perlu kuat demi isterinya. Dia takkan mengeluarkan airmata di hadapan Yana. Tidak sekali-kali! Cukuplah dalam bilik Doktor Faizal sahaja.

Mengatakan kepada diri sendiri bahawa dia akan menjaga Yana hingga ke akhir hayat mereka. Biarpun sekiranya Allah telah menetapkan bahawa mereka tidak akan punyai zuriat lagi selepas ini. Mereka sudah ada si kecil khalif yang menunggu mereka di syurga. Adam redha, pasrah. Mengingatkan kepada diri sendiri untuk menyimpan rahsia tersebut. Tidak perlu diberitahu kepada orang lain meskipun sahabat terbaiknya saat ini, Iman Iryana!

YANA duduk berteleku di samping Adam yang berbaring sambil menonton movie Pink Panther kedua dengan ketawa yang galak. Cuma Yana sahaja yang tidak dapat tumpukan perhatian kepada filem tersebut. Dia tidak dapat fokus meononton filem tersebut. Fikirannya asyik berbalik kepada kisah dua tahun lepas yang meragut bayi dalam kandungannya. Disebabkan kejadian tersebut, dia tidak pernah mengandung lagi. Adam pula tidak pernah bertanya. Seperti ada perkara yang disembunyikan oleh Adam kerana Adam asyik mengelak bercakap tentang perkara tersebut apabila dia cuba membuka topik tersebut.

Keinginannya untuk memberikan cucu sulung buat kedua-dua keluarga juga musnah. Setelah adiknya, Isaac dan rakan-rakannya yang masih percaya dengan kebolehan dan kepimpinannya berjaya mendapatkan sponsor dengan bantuan Adam untuk game yang dicipta dan diusahakan selama bertahun-tahun, adiknya itu terus sahaja timbulkan niat untuk berkahwin. Berkahwin dengan gadis yang sudah mengikat hatinya sejak di bangku sekolah menengah tetapi tidak pernah diluahkan. Rupa-rupanya, dalam diam, kedua-dua individu itu menyimpan perasaan antara satu sama lain sehinggalah mereka disatukan dalam ikatan perkahwinan yang sah.

Minggu lepas, adiknya sudah memberikan cucu sulung kepada ibu dan ayahnya. Hatinya sangat sedih saat mendukung anak sulung adiknya yang diberikan nama Aina Farhana. Sedih sangat sehingga peristiwa dua tahun lalu kembali menghantuinya. Dia tidak tahu bagaimana hendak menghadiri majlis aqiqah anak buahnya itu yang akan berlangsung beberapa hari lagi. Dia tidak kuat untuk melihat adiknya mempunyai bayi comel sedangkan dia langsung tidak sempat melihat bayinya lahir ke dunia. Sekembalinya dari melawat anak buah, adik ipar dan adiknya, airmatanya tidak henti-henti mengalir sehingga Adam sendiri keluar dari rumah untuk memberikannya ruang untuk menenangkan diri.

“Kenapa ni, hmmm?” Adam menarik Yana ke dalam pelukannya. Menarik Yana untuk turut sama berbaring di atas sofa tersebut. Yana menggeleng.

“Takde pun” jawabnya.

“Abang kenallah isteri abang ni. Kenapa? Bagitahu abang” Adam memperlahankan volume televisyen. Memberi ruang untuk dirinya dan Yana berkomunikasi.

“Abang ada buat salah ke?” Adam menyoal lagi apabila Yana tidak menjawab.

“Takdelah... Abang tak buat salah pun. Kenapa? Abang nak buat salah ke?” Yana pura-pura berseloroh dan pantas menyeka airmata. Adam yang menangkap Yana menyeka airmatanya diruntun pilu kembali. Dia tidak sanggup melihat Yana menangis. Dia tahu apa yang Yana fikirkan apatahlagi Yana tidak berhenti menangis sejak kembali dari melawat adiknya yang sudah mempunyai seorang cahayamata. Dengan sebab itulah dia sendiri keluar dari rumah untuk menenangkan perasaannya sendiri. Dia takkan menangis di hadapan Yana! Itu janjinya dua tahun yang lalu.

“Abang tahu apa yang Yana fikirkan...” Adam bersuara akhirnya. Yana memandang Adam, matanya berkaca-kaca. Pantas sahaja dibenamkan mukanya ke dada bidang Adam dan dia menangis semahunya, sekali lagi.

“Dah dua tahun, abang...” tangis Yana. Adam mencium dahi Yana.

“Abang tahu...” Adam menutup matanya. Tidak membenarkan airmatanya keluar dan dilihat oleh Yana.

“Baru dua tahun, sayang. Orang lain tunggu hingga tujuh ke sepuluh tahun. Kita ada masa lagi. Kita ada peluang lagi. Kita usaha lagi ye, sayang...” Adam memujuk Yana tetapi kata-kata Doktor Faizal dua tahun yang lalu terngiang-ngiang di cuping telinganya. Ah, mengapa aku rasakan kata-kata doktor itu benar saat ini?

Yana menangis semahunya. Beratnya ujian ini Ya Allah... Yana berbisik.

“Abang rahsiakan sesuatu dari Yana ke?” Soal Yana setelah tangisannya reda. Adam mengerutkan dahi.

“Rahsia apa?”

“Abang selalu nak lari bila Yana buka topik ni” akhirnya, Yana berterus terang. Dia sudah tidak sanggup lagi membukukan perkara tersebut dalam hatinya.

“Ya ke? Abang tak perasan pun” Adam gusar. Benarkah apa yang didengarnya? Yana dapat menghidu kenyataan yang dia sebenarnya melarikan diri daripada bercakap tentang perkara tersebut. Dalam hati, Adam mengakui bahawa dia berbuat demikian kerana dia sendiri khuatir dan tidak yakin dengan dirinya untuk menyimpan rahsia tersebut daripada pengetahuan Yana. Dia tidak mahu Yana mengetahui perkara itu. Biar sampai mati pun dia akan menyimpan rahsia tersebut.

“Abang tak payah nak tipu Yana. Yana kenal abang. Abang tak pandai menipu”

“Abang pandai menipu cuma tak hebat...” seloroh Adam. Alamak! Tu menandakan aku dah bagitahu yang aku memang simpan rahsia ke? Kantoi!

“Jadi abang memang simpan rahsia dari Yanalah ni, kan...” Yana mencuit hidung Adam. Comelnya dia tak pandai menipu! Yana senyum melihat Adam yang sudah tertangkap.

“Takdelah. Abang tak rahsiakan apa-apa benda pun...”

“Tengok! Abang memang rahsiakan sesuatu. Abang tak tengok Yana tadi..” Yana semakin galak mengacau Adam. Dia tekad hendak mengetahui rahsia Adam.

“Betullah, mana ada...” Adam cepat-cepat duduk dan secepat itu juga Yana meletakkan kepalanya pada riba Adam, agar Adam tidak dapat melarikan diri lagi. “Bagitahulah Yana, abang...” Yana bermain-main dengan dagu Adam. Adam kaget. Dia memang tidak tahu bagaimana hendak menipu atau melarikan diri dari Yana apabila Yana sudah bermanja dengannya. Cair sahaja hatinya melihat Yana yang senyum bermain dagunya.

“Abang...”

“Hmmm?”

“Kalau Yana tak dapat nak berikan abang zuriat, Yana minta maaf sangat-sangat. Tapi, Yana rela kalau abang nak kahwin lagi...”

“Apa yang Yana cakap ni, hah? Yana sedar tak apa yang Yana cakapkan sekarang ni?” Adam menunduk memandang isterinya.

“Yana sedar... Sebab tulah Yana izinkan abang kahwin lain” Yana akhirnya bangun dan duduk bersebelahan Adam. Memang sakit kenyataan itu tetapi apa yang dia boleh lakukan sekarang hanyalah membenarkan Adam berkahwin lagi.

“Abang boleh dapatkan baby. Yana yang bermasalah, Yana tau...” airmata Yana mula menitik. Dia memang lemah di hadapan Adam. Dia tidak mahu menangis tetapi airmatanya mudah sahaja mengalir di hadapan Adam.

“Kita belum berusaha lebih lagi. Abang takkan tinggalkan Yana. Itu janji abang” Adam membawa Yana ke dakapannya. Pilu hatinya melihat Yana yang asyik mengalirkan airmata selepas peristiwa dua tahun lalu. Kalau dia mempunyai kuasa, hendak sahaja diputarkan masa ke dua tahun yang lalu dan mengelakkannya daripada terjadi. Wahai hati, tabahlah...

Ya Allah, berikanlah kami kekuatan, Adam berbisik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience