BAB 32

Romance Completed 21965

YANA bangun dari katil dan berlari ke bilik air. Tekaknya rasa pahit, perit, pelik dan mual.

“Uwerk....” dia muntah ke sinki namun tidak ada apa-apa yang keluar dari tekaknya melainkan cecair jernih. Adam terkejut dari lenanya menyedari Yana tidak ada dalam pelukan. Dia melihat jam loceng di sisi katil, dua tiga puluh lima pagi seraya berbisik, bertanyakan kemana isterinya menghilang. Cahaya yang datang dari bilik air menyilaukan matanya menyebabkan dia mengecilkan mata da mengangkat muka.

“Uwerk...” Yana muntah lagi dan keadaannya tetap sama seperti tadi. Tidak ada apa yang keluar dari tekaknya melainkan cecair. Adam mendekati Yana dengan kerutan pada dahi. Berdiri di muka pintu sambil tangannya didepakan pada pintu dan sekali lagi...

“Uwerk...” Yana memutar kepala paip, berkumur dan membasuh mulutnya.

“Sayang pregnant ke?” Adam memegang dahi Yana merasakan suhu badan isterinya. Mungkin sakit, bukan mengandung.

“Tak tahu” jawab Yana seraya menyandarkan tubuhnya pada dada Adam. Adam mengusap rambut Yana perlahan. Memasang pili air dan membasahkan muka Yana. Pucat sahaja muka isterinya itu.

“Macam pregnant je abang tengok. Abang akan jadi ayah dah, ke?” Adam membawa Yana duduk di birai katil. Senyumanny yang meleret hingga ke telinga tidak dapat disembunyikan lagi. Aku bakal jadi ayah? Sukarnya nak percaya! Dia ketawa dalam hati.

“Ada pregnancy test ke?” Yana geleng. Tak kuasa menjawab soalan Adam.

“Dah cek kat klinik ke?” Yana geleng lagi.

“Takpe. Esok abang teman ke klinik, nak?” Yana mengangguk. Dia memang perlukan Adam ketika ini.

“Sekarang Yana tidur dulu. Jangan risaukan pasal ni. Esok kita klinik” Adam membaringkan Yana dan menarik comforter. Diselimuti Yana dengan hati-hati. Dia kemudiannya menutup lampu dan pintu bilik air sebelum kembali semula ke katil memeluk Yana yang sudah menutup mata. Perlahan-lahan, Adam menarik Yana ke pelukannya, meletakkan kepala Yana ke lengannya. Dia dapat rasakan berita gembira esok. Mereka hanya perlukan seorang doktor bertauliah untuk mengesahkannya. Cuma perlukan confirmation! Dia senyum sendiri.

“Selamat malam, sayang. Selamat malam, baby” bisik Adam di telinga Yana sebelum mengucap dahinya dan merasakan bahawa hidup semakin berbuat dengannya sejak Yana muncul dalam hidupnya.

“PA, Adam akan jadi ayah tak lama lagi!” beritahu Adam gembira. Keluar sahaja dari bilik Doktor Mashitah, Adam terus menghubungi semua ahli keluarganya dan keluarga Yana memberitahu berita gembira bahawa dia akan menjadi ayah tidak lama lagi. Cucu pertama bagi kedua-dua buah keluarga, itu adalah berita yang paling tak ternilai.

“Alhamdulillah. Dah berapa lama?” soal ayahnya yang turut sama gembira. Sempat juga merasa title datuk sebelum mata tertutup.

“Nak masuk empat minggu” jawab Adam gembira. Dipeluk Yana yang berada di sisinya erat-erat sepanjang melangkah kembali ke kereta. Yana hanya senyum melihat gelagat Adam. Terima kasih, Ya Allah kerana memberikan kami peluang untuk menjadi ibu bapa. In Shaa Allah, kami akan jaga harta yang tak bernilai ini dengan sebaiknya, Yana memanjatkan kesyukuran pada Illahi. Meskipun tidak sihat, Yana gembira.

“Jaga Yana baik-baik. Tiga bulan pertama adalah masa yang paling kritikal” Puan Marya mengambil alih memberi nasihat kepada Adam.

“Ye, mak. Adam akan jaga Yana dan baby baik-baik. Mak jangan risau” sekilas dia memandang Yana dan memberikan senyuman. Oh, aku akan menjadi ayah! Teriaknya dalam hati sekali lagi. Bagaikan masih berada di alam mimpi.

“Nanti mak nak datang ke rumah kamu. Nak tengok keadaan Yana”

“Mak boleh datang bila-bila masa aje. Tidur sekali pun boleh” Adam kuntum senyum.

“Eh, melebih pula kamu ni. Ayah kamu nanti siapa nak tengokkan?”

“Adam gurau jelah, ma”

“Jangan bagi Yana buat kerja-kerja berat. Ataupun tak payah buat kerja langsung lagi baik! Rajin-rajinlah baca quran. Minta dekat Allah agar baby sihat. Bagi Yana makan makanan yang berkhasiat” Puan Marya sekali lagi menasihati. Itulah yang dilakukannya dahulu sewaktu mengandungkan Adam si anak tunggal. Hanya Adamlah kenangan dan pengalamannya mengandung.

“In Shaa Allah, ma. Okeylah, ma. Adam nak kena drive ni. Assalamualaikum, ma. Kirim salam dekat ayah”

“Jangan lupa pesanan mak, Adam. Hurm, waalaikumsalam.” balas maknya dan talian dimatikan. Adam membuka pintu bersebelahan tempat duduk pemandu.

“Macam dah melebih-lebih pulak abang ni. Abang tak perlu nak bukakan pintu untuk Yana. Yana boleh buka sendiri” Yana merungut tetapi dia masuk juga ke dalam kereta.

“Yana tak tau ke abang ni gentleman? Ni paling kurang yang abang boleh lakukan untuk isteri abang yang tambah chubby bila mengandung” Adam menutup pintu kereta perlahan dan masuk ke tempat duduk pemandu.

“Yana nak makan apa-apa ke? Kita singgah mana-mana restoran yang Yana nak”

“Tak nak. Yana tak teringin nak makan apa-apa. Yana nak balik rumah dan baring aje” cepat-cepat Adam menurunkan penyandar kerusi Yana dan menyuruh Yana berbaring. Layanan Adam kepada dirinya sudah berbeza berbanding sebelum ini. Kalau sebelum pada tahap terbaik, sekarang layanan adalah layanan lima bintang! Belum pun dia menyuarakan apa yang dihendakkannya, Adam sudah menawarkan kepada dirinya. Dia berasa seperti seorang puteri dengan layanan lima bintang Adam.

“Yana tak nak makan ke? Abang risaulah kalau Yana tak makan. Yana kan memang jenis pelahap. Bila berbadan dua, Yana mesti makan lebih banyak berbanding dulu. Nak tak nak, Yana kena ikut abang. Abang kena bagi Yana makanan berkhasiat” Adam tidak jadi keluar dari parkir. Dia memandang Yana yang baring menutup mata.

“Tapi Yana takde seleralah, bang. Minum jus yang abang buatkan pagi tadi pun rasa nak muntah. Tekak Yana tak boleh terima” Adam mengusap perlahan pipi Yana. Aduh, kesiannya isteri aku ni. Semuanya kerana aku tapi, tak boleh! Tanggungjawabnya memberi Yana makan walau apa halangannya sekalipun meski dia perlu menyuap isterinya itu siang malam.

“Kenapa? Jus yang abang buatkan tu tak sedap ke?” Adam sengaja mengajukan soalan tersebut kepada Yana. Hendak melihat sejauhmana Yana akan memuji jus buatan tangannya.

“Yana tak tahu. Semua benda rasa pahit je lalu tekak Yana” Adam mengeluh. Terlalu jujur pula isteri aku ni!

“Kita makan dulu, okey? You have another life inside you. Hurm?” Adam memandang Yana dengan pandangan jujur. Yana terharu seraya mengangguk.

“Just promise me we’ll go home straight afterwards. Yana nak tidur”

“Abang janji” kereta Fair Lady Adam terus meluncur laju meninggalkan perkarangan hospital itu. Membawa isterinya ke tempat yang akan disukainya. Dia pasti!

“MAKAN kat sini?” Adam mengangguk.

“Ha’ah”

“Tak mahal ke? Macam mahal je Yana tengok”

“Duit abang, suka hati abanglah nak belanja. Abang nak sihatkan isteri abang dan baby abang dalam sini. Abang tak kisah berapa banyak duit yang abang habiskan asal je dua insan yang abang cintai sihat” Adam mengusap perlahan perut Yana sebelum mematikan enjin dan memimpin Yana masuk ke dalam restoran tersebut.

Yana terharu, bagai hendak menangis pun ada. Dia sendiri tidak faham dengan dirinya sekarang ini. Mudah emosi, tersentuh dan menangis. Mereka masuk ke dalam lif dan menekan butang nombor tiga. Sebaik tiba di tingkat tersebut, Adam memimpin Yana ke sebuah meja bulat yang dilapisi alas berwarna putih bersebelahan tingkap Mediterranean berbentuk empat segi. Sebaik sahaja duduk, hujan mula membasahi permukaan bumi. Hujan renyai-renyai iitu boleh dilihat dengan jelas sekali dari tingkap bersebelahan mereka.

“Gembira berjumpa dengan Encik Adam sekali lagi kat sini”

“Gembira dapat datang semula ke sini” balas Adam kepada pelayan lelaki tersebut. Mereka berdua berbalas senyuman. Adam bagai salah seorang pelanggan tetap mereka melalui cara pelayan tersebut melayan Adam. Adam memperkenalkan Yana kepada pelayan tersebut seperti dia memperkenalkan Yana kepada Malique. Adam memesan dua hidangan utama, Fettucine Alfredo dan Braciola, dua pemanis mulut, semi-Freddo dan Gelato. Dan oleh kerana dia adalah peminum coffee yang tegar, dia tidak lupa untuk memesan Caffe Macchiato.

“Dari cara diorang layan abang, mesti abang banyak luangkan masa kat sini, kan?” Yana memulakan perbualan apabila pelayan lelaki yang memakai baju formal berwarna putih dilengkapi dengan tuksedo hitam diserikan dengan bow-tie satin hitam menghilangkan diri di sebalik dinding yang memisahkan restoran dengan dapur, membawa sekali pesanan yang telah dipesan oleh Adam sebentar tadi. Tidak ada keraugan dalam hatinya lagi menyatakan bahawa restoran itu mahal. Pakaian pelayannya bukan suatu pilihan kerana berdasarkan pandangan Yanam semua pelayan samada lelaki atau perempuan memakai dress code yang sama kecuali pelayan perempuan memakai skirt berwarna hitam.

“This is where millions of business talk happens, sayang. Jadi, having lunch or dinner kat tempat macam ni is a must. Ada je orang dalam dunia ni yang tak kisah spending thousands on their meals for a day” Adam menjelaskan.

“Dan abang salah seorang dari orang-orang tu”

“I am tapi untuk hari ni, Yana klien abang. Yana kena habiskan semua makanan yang abang dah pesan tadi, boleh kan?”

“Tengoklah” Adam mengeluh. Reaksi Yana tidak seperti yang diharapkannya.

“Tau ke kenapa abang bawa Yana ke sini?”

“Kenapa?”

“Sebab personally, bagi abang, masakan Yana adalah yang kedua paling sedap kat dunia ni” Yana mengerutkan hidungnya, bertanya diri sendiri mengapa Adam meletakkannya pada tangga kedua. Adakah masakan restoran tersebut lebih sedap berbanding masakannya? Oh, yelah. Lupa. Restoran tu mungkin bertaraf lima bintang. Masakannya mestilah lima bintang juga. Sebab itulah Adam meletakkannya pada nombor dua. Hurm, baiklah.

“Siapa yang pertama?”

“Mak abang”

“Oh” hanya itu balasan daripada Yana. Kadangkala dia sendiri tidak dapat membaca fikiran dan menjangka Adam tetapi dia boleh terima jika itu jawapan suaminya. Sewajibnya ibu didahulukan dan diutamakan. Yana kira dia tidak perlu berasa cemburu tentang perkara itu.

“Abang rasa ada orang jealouslah kat sini...” Adam sengih, senyum mengejek.

“Tak. Memang Yana dah nak marah tadi tapi bila abang jawab macam tu, tak jadi pulak. Ingatkan abang nak cakap restoran ni nombor satu tadi. Kalau abang cakap apa yang Yana fikir tadi, memang dah lama Yana ketuk abang”

“Hurm, ada hati nak ketuk suami sendiri?”

“Tapi tak jadi, kan?” giliran Yana pula menyengih.

“Apa kaitannya dengan masakan Yana berada kat tempat kedua di dunia ni?”

“Yana tak faham lagi ke? Maknanya, semua tempat lima bintang ke, sepuluh bintang pun ke tetap akan jatuh kat tangga ketiga. Masakan Yana dan mak adalah yang paling terbaik kat dunia ni bagi abang. Jadi, Yana kena makan dan habiskan segalanya. Kalau tak, chef tu akan rasa lebih awful dan degraded kalau Yana tak habiskan. The cook was an oversea’s grad for your information. He learnt it form the best”

“Aha, Yana dah faham sekarang. Abang sengaja bawa Yana ke sini supaya Yana habiskan semua makanan yang abang pesan tadi tu, kan?” Yana sengih. Adam mengangguk, gelak.

“Tapi Yana bukan westerner macam abang. Yana lebih suka Asian foods”

“Abang pilih salah ke?” Adam ketuk dahinya kuat. Yana gelak melihat Adam berbuat demikian. Comel sahaja pada pandangan matanya. Nampaknya, banyak benda lagi yang mereka perlu tahu antara satu sama lain.

“Macam”

“Takde, takde. Yana kena makan walau apa pun. Abang pesan untuk lima orang. Siapa nak habiskan makanan tu semua?”

“Banyaknya!” Yana terkejut. Tak tahu pulak Adam pesan banyak sangat.

“Hurm, thought we are having triplets. That’s why” Adam jongket bahu.

“Abang sengaja buat cerita” Adam sengih.

“The thing is, no excuses. Yana kena makan dan habiskan. Abang tak terima apa-apa alasan pun”

“Tengoklah. Kalau Yana dapat habiskan, Yana akan habiskan. Kalau tak, abanglah habiskan. Yana terpaksa biarkan chef tu rasa terhina” luah Yana terus terang, lantas meletakkan kepalanya di atas meja dengan lengannya sebagai alas. Pening!

Haih, Adam mengeluh. Hilang ideanya hendak memberikan makanan berkhasiat kepada Yana. Matanya hanya memandang Yana yang duduk bertentangan dengannya. Kasihan dengan isteri. Berat mata memandang, berat lagi tubuh yang membawa bayinya selama sembilan bulan lebih itu.

Macam mana abang boleh tolong, Yana?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience