BAB 20

Romance Completed 21965

“KAU dah kenapa? Dari tadi aku tengok monyok semacam je, gaduh dengan encik suami lagi ke?” Yana memandang Hazwani sebelum mengeluh berat. Dia memang tidak mempunyai mood untuk bekerja pada hari itu. Moodnya hilang memikirkan Adam. Yana muncungkan bibir, membuat muka simpati di hadapan rakan baiknya itu.

“Ha’ah...” jawab Yana perlahan sebelum mengeluh berat sekali lagi. Sikap Yana sedikit sebanyak seperti adiknya, jarang bad mood. Susah hendak melihat mereka dalam mood yang tidak baik. Tetapi, Isaac seribu kali lebih ceria dan peramah daripada Yana. Yelah, perempuan ada masanya dalam sebulan tu...

“Kenapa? Bagitahulah aku” Hazwani menyiku Yana dengan senyuman meleret di bibir. Tidak sabar mendengar luahan hati dan perasaan Yana. Yana duduk di atas kerusi dan meletakkan dagu di atas meja. Hazwani hanya mengikuti rentak Yana. “Bagitahulah aku. Kot-kot aku boleh tolong” Hazwani sekali lagi menggesa Yana.

“Kau tak dapat tolong aku” Yana memalingkan muka daripada menghadap Hazwani. Melihat muka Hazwani pasti membuat dirinya membocorkan rahsia diri sendiri. Tak boleh jadi!

“Kau belum bagitahu dah cakap aku tak dapat tolong. Selama ni, bukan aku ke pemikir kau? Jalan penyelesaian kau? Panduan kau? Tunjuk arah kau? Mesti kau tak percaya dekat aku kan? Sedihnya aku. Sahabat baik sendiri pun tak percaya kat aku” Hazwani sudah mengeluarkan kad tersembunyi yang dimilikinya, rajuk! Kali ni Yana takkan dapat mengelak lagi, bisik hatinya sambil melagukan lagu nakal dalam kotak kepalanya.

“Bukannya aku tak percaya kau tapi kau sendiri pun tak pernah bercinta. Kau banyak crushes aje” Yana cepat-cepat menutup mulut. Habislah! Dia sudah membocorkan rahsia sendiri dengan tidak sengaja! Semuanya kerana Hazwani. Hazwani ketawa besar. Betul telahannya bahawaYana sudah jatuh cinta. Siapa lagi kalau bukan dengan suami sendiri?

“Kau dah jatuh cinta kat Adam, kan?” jari telunjuknya mencucuk-cucuk lengan kiri Yana.

“Dulu janji, kata besar takkan jatuh cinta kat Adam. Sekarang tengok. Siapa jilat ludah siapa?”

“Uwerk...” Yana membuat muka gaya muntah mendengarkan ayat yang keluar dari mulut Hazwani. Dia memang tidak dapat menyimpan rahsia apabila berhadapan dengan rakannya itu. Ada-ada sahaja modal rakannya itu yang boleh membuatkannya terbocorkan rahsia sendiri. Terdapat masa tertentu membuatkan Yana terfikir bahawa Hazwani sepatutnya menjadi peguam dengan bakat kemahirannya, bukan terperangkap mengurus kedai buku kecil milknya.

“Tak kuasa aku nak jatuh cinta kat dia” balas Yana apabila teringat semula ejekan janji yang dibuat kepada diri sendiri bahawa dia tak akan jatuh cinta kepada Adam. Memang padan muka aku!

“Ek eleh. Tak ngaku konon. Dari muka kau pun aku tau kau dah jatuh hati kat dia. Dari pagi aku tengok kau asyik mengeluh je. Lepas tu, orang panggil tak dengar. Makan pun tak padahal kaulah orang paling pelahap aku pernah jumpa kat dunia ni. Kau ada mandi tak pagi ni?” Yana pelik dengan soalan Hazwani. Ada ke soal aku ada mandi pagi ke tak? Memang dah biul kot wayar dalam kepala dia ni.

“Mestilah ada. Kau ni sanggup cakap aku pelahap. Aku cuma kuat makan jelah”

“Syukurlah, nak. Untunglah Adam dapat kau, kan? Kuat makan, pandai masak tapi makan banyak mana pun badan kau tak naik. Jeles aku. Yelah, aku cuma tanya. Takut-takut kau cakap ada mandi, tapi rupa-rupanya tak. Sebab orang dah jatuh cinta ni kan mandi tak basah, makan tak selera, tidur tak lena” Hazwani ketawa kuat. Yana mencubit lengannya sehingga Hazwani mengaduh. Hazwani memang mencemburui Yana yang tidak akan bertambah berat badan atau menjadi montel walau banyak mana pun dia makan. Nasiblah badan.

“Yelah, yelah. Aku memang jilat balik ludah aku dulu. Aku memang dah jatuh cinta kat dia. Camner aku tak jatuh hati kat dia? Dia miliki semua ciri-ciri suami yang aku inginkan. Dia jaga solat, bertanggungjawab, berdisiplin, hormat ibu bapa aku, hormat aku, sentiasa ada bila aku atau keluarga aku perlukan dia, ada pekerjaan yang baik, hensem, penyayang. In short, he has everything! I cannot ask for more! Puas hati?” puas hatinya dapat meluahkan apa yang terbuku dalam hati. Ya, dia akui dia memang sudah jatuh cinta dengan Adam. Puas Hazwani mentertawakannya. Sakit hati Yana ditertawakan begitu. Syok sangat mentertawakannya sehingga berair mata tu. Hmph!

“Aku dah agak dah. Jadi, apa masalahnya sampai kau monyok macam ni sekali? Dia tu kan husband kau. Memang patut dan wajib pun kau mencintai dia” Hazwani sudah menongkat dagu, bersedia untuk mendengar dengan lebih lanjut lagi.

“Masalahnya, dia tak suka pun kat aku” luah Yana perlahan.

“Jadi, buatlah sesuatu!”

“Buat apa?” bersinar mata Yana memandang Hazwani. Kata-kata semangat Hazwani seperti memberikannya sinar harapan.

“Adoi! Aku ketuk juga tempurung kepala kau ni. Buat sesuatu supaya dia jatuh hati kat kau” Hazwani memetik jarinya, sekali.

“Mustahil! Kau tak boleh buat orang lain jatuh cinta kat kau. Benda tu bukannya sesuatu yang kau kau boleh kawal. Orang nak suka, sukalah. Orang tak nak suka, apa nak buat?” balas Yana lagi. Apa yang Hazwani katakan adalah suatu perkara di luar gapaian tangannya. Perasaan orang tidak boleh dikawal, ia bukan seperti mesin ciptaan manusia yang boleh dikawal. Lagi, untuk membolehkan Adam jatuh cinta padanya, mereka perlulah sekurang-kurangnya berjumpa selalu, setiap hari. Bukannya dua atau tiga kali seminggu. Oh, lucunya! Jumpa suami sendiri pun boleh dikira dengan jari! Yana mengaduh. Tempurung kepalanya benar-benar diketuk oleh Hazwani. Yana memandang Hazwani tidak berkelip, biji matanya membuntang bagai hendak terkeluar, mahu tunjukkan protes!

“Itu untuk aktifkan sel-sel neuron cinta dalam kepala hotak kau” Hazwani mempertahankan diri. Takut juga sekiranya Yana membalas semula. Balasan Yana bukannya calang-calang. Dia akan berikan rasa sakit melebihi apa yang dirasakannya, Yana mengangguk dan itu membuatkannya terkejut!. Dia sanggup menerima kesakitan itu sekiranya apa yang Hazwani katakan adalah betul! Dia sanggup, asalkan sel neuron cinta dalam kepalanya aktif! Hazwani pula yang jatuh simpati.

“Jadi, macam mana aku nak usha Adam?” Hazwani memang jatuh simpati mendengar soalan daripada rakannya itu. Tapi, tidak mengapa. Dia akan bantu kerana dia pakar cinta meskipun belum pernah bercinta. Aku tahu segalanya kerana aku penonton tegar drama Korea. Lebih tegar daripada Yana! Hazwani menyuntik kata-kata semangat untuk dirinya sendiri.

“Kita buatkan dia rindu kat kau”

“Susahnya. Aku nak jumpa batang hidung dia kat rumah pun susah. Ni kan pula nak buatkan dia rindu kat aku, kirim salam dan mustahil!” Yana sudah menolak rancangan pertama Hazwani. Dirasakan rancangan itu mustahil dilakukan.

“Sejak bila kau kenal perkataan mustahil ni, Yana?”

“Sejak aku jumpa dia?” Yana jongket bahu. Hazwani geleng kepala. Tidak percaya perkataan itu keluar dari mulut Yana yang dikenalinya tidak mempunyai perkataan negatif atau pesimis dalam kamus hidupnya.

“Ah, apa-apalah. Kau orang tak pernah berjumpa kat rumah ke? Suami isteri apa yang tak pernah berjumpa kat rumah?” Hazwani pelik.

“Dia selalu balik lewat. Dia balik bila aku dah tidur dan dia gunakan kunci duplicate dia sendiri. Dia takkan kacau masa aku. Waktu pagi pula, dia akan keluar awal sangat untuk elakkan traffic jammed. Mustahil nak tengok muka dia kat rumah waktu siang. Jadi, rancangan kau ni memang mustahil! Just come up something new, something refreshing” Yana mengeluh. Memang dia takkan dapat membuat Adam jatuh hati padanya. Hazwani melopong mendengar cerita Yana.

Beginikah pasangan suami isteri abad 21? Kalau beginilah kehidupan selepas kahwin, lebih baik aku tak kahwin. Apa gunanya berkahwin kalau masing-masing tetap membawa haluan masing-masing seperti sebelum berkahwin? Dan apa gunanya berkahwin sekiranya hanya hidup seperti orang asing di bawah satu bumbung yang sama? Oh, aku silap. Sebab terbesar Yana dan Adam adalah diorang tak cintakan satu sama lain. Mungkin kalau perasaan tu dah ada, kisah diorang mungkin berbeza.

“Takpe. Otak aku ni geliga. Banyak cara lagi yang boleh buatkan dia jatuh cinta kat kau. Yang kau ni asyik sebut mustahil, mustahil apesal? Geram pula aku! Bukannya nak bagi semangat. Baik namakan projek ni sebagai Mission Impossible! Ye, aku nak namakan projek ni sebagai Mission Impossible!” Hazwani ketawa sendiri.

“Apa-apalah” malas Yana melayan Hazwani. Fikirannya asyik fikirkan tentang perasaannya terhadap Adam. Adam tak rasa ke apa yang aku rasa dekat dia? Bisik hati kecilnya sebelum Hazwani mengajaknya untuk mengambil gambar selfie bersama dengan arahan berikan senyum yang paling manis dan sweet. Selepas itu, Yana tidak ambil tahu apa yang Hazwani lakukan dengan smartphone miliknya. Mereka selalu mengambil gambar selfie bersama dan dia membuat andaian bahawa Hazwani sedang mengedit gambar tersebut menggunakan beberapa apps tertentu. Dia hanya membiarkan.

“Dah!” ucap Hazwani menyengih.

“Dah apa?”

“You’ll thank me later. Aku dah sent gambar selfie kita dekat Adam dengan caption, Yana penatlah hari ni, banyak sangat kerja. Abang pun mesti banyak kerja, jangan lupa makan, okey?”

“Wani!” Yana merampas smartphonenya dan melihat apa yang Hazwani dah lakukan terhadap dirinya. Tidak pernah dia bermesej atau berhubung dengan Adam jika bukan Adam yang menghubunginya dahulu. Ini sudah menjatuhkan egonya. Hendak delete pun sudah tidak berguna lagi. Dua tanda right berwarna biru bermakna Adam telah mendapat dan membacanya.

“Malulah aku kau buat macam ni. Tak pernah aku hubungi dia tau. Mesti dia ingat aku syok kat dia, dahlah dia dah bagi warning supaya tak jatuh cinta kat dia. Kau ni...” mata Yana mula berkaca-kaca. Dia memang malu dengan perbuatan Hazwani. Mesti Adam akan beranggapan bukan-bukan pada dirinya. Dia menekup muka. Argh!

“Jangan risaulah. Cakap jelah aku yang buat. Aku tak kisah. Ni langkah pertama kita untuk buat dia jatuh hati kat kau. Nanti kalau dia jatuh hati gila-gila kat kau jangan lupa aku ye, belanja Kenny Rogers kat depan sana tu pun aku terima” Hazwani menyengih sambil menepuk-nepuk bahu Yana. Yana langsung tidak berkutik. Smartphonenya berbunyi menandakan mesej whatsapp masuk. Dia cepat-cepat membuka aplikasi whatsaps lalu meletakannya semula, sedih.

“Siapa?” soal Hazwani ingin tahu.

“Bukan dia. Mesej dari group yang entah apa-apa entah. Tengok? Dia tak layan langsung sedangkan dia dah tengok mesej tadi. Buat malu aku je. Kau dah betul-betul buat macam aku seorang je yang syok dan terhegeh-hegeh nakkan dia” Yana berdiri. Sakit hatinya dengan sikap Adam. Dalam hati dia gembira juga dengan tindakan Hazwani memulakan langkah pertama itu untuk mengetahui sama ada Adam akan respon atau tidak. Kini dia tahu, Adam langsung tidak peduli.

“Kau nak ke mana tu?” Hazwani memanggil Yana yang melangkah keluar dari kedai. Yana tidak menoleh. Dia hanya mahu bersendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience