BAB 11

Romance Completed 21965

“JADI... Apa perasaan orang dah berkahwin ni? Gembira je aku tengok” Wani mengusik Yana. Dilihatnya Yana asyik mengelamun dari tadi.

“Memandai je kau ni. Perasaan apa? Takde bezanya perasaan orang dah berkahwin dengan yang belum. Tambah sesak fikiran ni je tau? Dahlah dia memalukan aku. Hish!” Yana teringat kembali penolakan Adam terhadap dirinya. Malunya! Sungguh, dia malu apabila Adam menolaknya untuk tidur bersama di atas satu katil. Bukan nak buat apa-apa pun, aku cuma ajak sebab aku kasihankan dia tidur atas lantai yang sejuk. Padan muka pagi esoknya mengadu sakit badan.

“Dia malukan kau kenapa?” Wani mula mengorek. Barulah Yana perasan dia terlepas cakap.

“Eh, err. Ada aku cakap macam tu ke? Hehe, kisah rumah tangga mana boleh cerita kat orang lain”

“Jangan nak pura-pura tak ingat benda yang kau cakap tadi. Tapi, sejak dah kahwin pandai kau cakap macam ni, eh?” Wani bergurau seraya senyum mengejek. Ditunjal perlahan lengan rakannya itu.

“Mestilah, orang dah kahwin. Sebab tu, kau kena kahwin cepat” Yana ketawa mengekek. Sendiri tidak menyangka bahawa itu yang akan keluar dari mulutnya. Rasa tak macam Iman Iryana pun ada juga.

“Cuba bagitahu aku siapa yang tak nak kahwin, Yana. Aku nak kahwin ni tapi takde yang nak aku. Sedih, tau tak?”

“Sebab kau tu pemilih sangat. Qaiser nak je kahwin dengan kau, kau je yang tak nak”

“Err? Qaiser? Hurm, kalau lelaki tu memanglah aku kena reject”

“Tengok? Kau tu pemilih sangat!”

“Semua ni kau punya pasallah. Kau yang pengaruhi aku untuk percaya dan berpegang kat prinsip kau” Hazwani tunjuk Yana menggunakan jari telunjuknya. Yana konfius, kening kirinya dinaikkan.

“Bila pulak aku pengaruhi kau? Jangan nak salahkan aku, aku tak bersalah”

“Siapa yang selalu cakap, pilih lelaki yang baik sebab kita bukannya kahwin dengan that particular person sehari dua, tapi selama-lamanya. Jadi, lebih baik lambat daripada bersama dengan orang yang salah. Ha? Ayat siapa tu? Siapa yang buat aku macam ni? Dah terang lagi bersuluh, takde orang lain selain kau” Yana menyengih. Itu memang ayatnya apabila mereka bercakap pasal perkahwinan dan juga apabila mendapat kad jemputan perkahwinan daripada kawan dimana mereka hanya memandang kad tersebut sambil tertanya-tanya siapakah lelaki yang bakal duduk bersama mereka di pelamin nanti. Persoalan Yana terjawab kini meskipun pada mulanya, Yana fikirkan lelaki itu adalah Adien. Ternyata lelaki itu adalah Adam, seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya.

“Okey, tu mungkin aku tapi apa kaitannya dengan Qaiser? Baik je aku tengok dia tu”

“Aku takde feeling dengan dia”

“Aku pun takde feeling dengan Adam pada mulanya” Yana terus menekup mulutnya. Terlepas cakap kali kedua, perahu dan tak boleh diundur dah. Hazwani pandang dia dengan pandangan mengejek sambil sebuah senyuman nipis tersungging pada bibirnya. Cepat, dia genggam lengan Yana.

“Ceritalah kat aku. Aku nak tahu ni...”

“Takde apa-apa yang perlu kau tahu”

“Mustahil takde. Dari tadi aku tengok kau pandang rak buku ni macam dah tembus berlumbang, tau tak? Nasib baik kau takde kuasa macam X-Men Cyclops tu. Kalau tak, mesti dah berlubang semua rak buku ni. Bagitahulah aku, apa masalah kau” Hazwani sekali lagi memujuk Yana. Dia arif dengan sikap Yana yang apabila mempunyai masalah itu asyik termenung tak nampak orang lain.

“Takde”

“Dahlah kalau tak nak bagitahu. Kalau kau ada masalah lain kali, jangan sekali-kali bagitahu aku. Jangan nak nangis, merayu kat aku. Aku tak nak tahu, aku tak nak tolong” Hazwni berpura-pura merajuk dan mengalihkan pandangan dari Yana.

“Kau ni dah kenapa tiba-tiba merajuk? Wani, janganlah macam ni...” Yana bingung. Tidak kuasa melayan rajuk Hazwani yang dirasakannya tidak matang saat ini. Fikirannya yang sudah sedia buntu memikirkan Adam kini, ditambah pula dengan rajuk Wani.

“Wani” Wani tidak menjawab. Hazwani menunjukkan telapak tangannya kepada Yana. Begitulah gayanya selalu apabila merajuk, talk to the hand!

“Wani” senyap. Yana mengeluh.

“Yelah, aku bagitahu. Tapi janji dengan aku yang kau takkan akan rahsiakan dan takkan bagitahu sesiapa pun. Janji?” Hazwani berpaling semula memandang Yana dengan senyuman yang sangat lebar pada wajahnya. Kenal benar Yana dengan sikap Hazwani. Dia memang kalah jika berlawan rajuk dengan rakannya itu.

“Jadi, apa cerita?” soal Hazwani tidak sabar. Yana menarik nafas dalam. Dia sebenarnya tidak bersedia menceritakan kisah Adam dan dirinya. Mungkin ini adalah untuk yang terbaik. Hazwani boleh berikan aku jalan penyelesaaian yang aku tak terfikir. Dihembus nafasnya keluar, bersedia menceritakan untuk memperoleh jalan keluar dari masalah dia dan Adam.

“Kau kan tahu kenapa dia kahwin dengan aku...” Yana memandang Hazwani. Hazwani mengangguk. Dia merupakan satu-satunya insan di dunia yang mengetahui bahawa Adam mengahwini Yana untuk membalas budi. Perkara itu diketahui kerana Yana bertanyakan samada tindakannya itu betul atau sebaliknya semasa mereka berjalan pulang dari restoran sewaktu Yana berjumpa dengan Adam untuk mengembalikan cincin. Mulanya hendak menolak, alih-alih setuju pula. Yana mengeluh. Berat benar rasanya hendak memberitahu dengan lebih dalam lagi.

“Dia memang betul-betul kahwin dengan aku untuk balas budi Adien. Dia tetapkan pertauran dan syarat dalam perkahwinan ni”

“Peraturan? Syarat?”

“Aku rasa tak logik semua peraturan dan syarat yang dia letakkan tu. Macam drama, tau tak? Macam dalam novel, gila lelaki tu”

“Apa peraturan dan syarat tu?”

“Kami tak perlu act macam pasagan dah berkahwin. Aku buat kerja aku, dia buat kerja dia. Tak perlu layan dia macam suami dan dia tak perlu layan aku macam isteri. Tak perlu nak bagitahu apa-apa perkara pun dekat dia termasuklah aku nak kemana, dengan siapa aku keluar, bila aku keluar. pendek kata semua, tak perlu nak bagitahu dia. Perkara kedua paling teruk pulak, dia kata aku boleh cari calon lain dan akan lepaskan aku bila aku dah jumpa pengganti Adien. Perkahwinan aku hanyalah balas budi. Tau tak, balas budi...” mulut Hazwani melopong mendengar penerangan Yana. Kalau dia yang berada di tempat Yana, dia sendiri tidak tahu hendak melakukan apa.

“Kau dibenarkan cari calon lain dan boleh keluar dengan lelaki lain tanpa pemberitahuan. Dayus ke apa dia tu?!” Hazwani naik darah. Tidak sangka sehingga begitu sekali tahap balas budi yang dilakukan oleh suami Yana. Sakit hati Yana mendengar perkataan dayus dari mulut Hazwani.

“Jangan cakap perkataan tu, Wani. Aku tak suka. Walaupun benda tu betul, jangan sesekali sebut depan aku. Dia tu dah jadi suami aku, aku dah kahwin dengan dia. Jadi, please. Kau yang nak tahu sangat, kan?” Yana tidak mahu sesiapapun mengatakan Adam dayus! Tetapi, bukankah itu kebenarannya? Adam sendiri membenarkannya keluar dengan lelaki lain. Dicubit lengan Hazwani sedikit kuat. Teriak tak ingat dunia! Hazwani mengaduh seraya mengusap lembut bekas cubitan Yana. Kalau pekerja lain dengar tak ke memalukan dia?

“Apa yang paling teruk sekali?” Yana diam. Malu hendak mengatakan bahagian yang paling teruk sekali.

“Yana!” teriaknya. Yana mencebir, tidak mahu memberitahu sebenarnya.

“Yana, kalau kau tak nak aku teriak lebih kuat, baik kau bagitahu” masih diam lagi.

“Aku kira sampai tiga je. Satu!”

“Hish, yelah! Suka ugut aku!” Hazwani menyengih.

“Aku tak dibenarkan jatuh cinta kat dia” Yana diam sebentar sebelum menyambung. Hazwani melopong.

“Macamlah aku nak sangat dekat dia...” terpacul ayat itu dari mulut Yana tanpa disedarinya.

“Benci! Ingat aku nak sangat ke dengan dia?!”

“Tak, Yana. Jangan sesekali cakap macam tu. Aku takut esok-esok, kau juga yang kemaruk cinta dengan dia. Hati perempuan ni lain. Dia boleh suka lelaki sekejap je tapi lelaki pula lain. Bila hati dia kata tak suka, dia memang takkan suka sampai bila-bila. Apalagi kau dengan prinsip kau tu” Hazwani mengingatkan Yana. Lumrah perempuan, mempunyai hati seperti kerak nasi. Apabila direndam dengan air lama-lama akan lembut juga. Lebih-lebih lagi Yana dengan prinsipnya yang satu itu dan dia sudah dapat menghidu bahawa Yana sukakan Adam daripada cara dia mempertahankan Adam sebentar tadi. Hazwani sengih sendiri.

“Dia tu bangga diri je. Macamlah aku yang nak sangat kahwin dengan dia. Dia yang muncul tiba-tiba ajak aku kahwin tapi letak syarat jangan jatuh cinta dengan dia, perasan! Tak matinya aku tak jatuh cinta dengan dia. Anyway, I can find someone else in the meantime” Yana geram teringatkan kembali penolakan Adam pada malam pertama mereka sebagai suami isteri. Rasa malu tersebut belum surut apatahlagi apabila asyik teringatkan penolakan Adam. Haish, malu! Dia tidak akan sekali-kali memberitahu sesiapa pun tentang perkara itu. Biarlah perkara itu menjadi rahsia antara Adam dan dirinya. Biarlah rahsia.

“Yeke tak mati tak jatuh cinta kat dia? Hensem sangat dia tu. Susah tak jatuh hati kat orang hensem ni. Lagipun, aku kenal sangat dengan kau dan prinsip cintan cintun kau tu” Hazwani menduga. Yana pula mencebik.

“Apa kena mengena pula dengan prinsip cintan cintun aku?”

“Memang kena sangat! Jangan biar prinsip kau makan diri sendiri, Yana. Kau tu hanya akan berikan cinta pada suami yang betul-betul sah jadi suami kau je. Dengan Adien dulu pun begitu juga. Kau tak pernah panggil dia abang. Kau tak pernah ucapkan kata sayang atau cinta kat dia. Dan lagi, kau tak pernah keluar dating dengan dia melainkan dia je yang asyik datang menempek kat kedai” Hazwani mengingatkan kembali prinsip Yana. Dia memang sangat faham, arif dan kenal dengan prinsip rakannya yang satu ini. Tabik sangat-sangat.

Yana mencebir diingatkan kepada prinsip sendiri. Dia tidak fikir dia mampu mengotakan prinsip cintanya itu, tidak dalam perkahwinan bersama Adam, mungkin. Adam sendiri sudah menjelaskan dengan terang lagi bersuluh bahawa dia tidak akan menjayakan perkahwinan tersebut, jadi mengapa harus dia? Adam tidak mahu, jadi kenapa dia perlu terhegeh-hegeh? Aku perlu hilangkan diri ataupun upah seseorang untuk mengaku sebagai pengganti Adien. Hurm, lebih baik daripada meminta-minta duit dari dia!

“Aku janji kat kau yang aku takkan jatuh cinta kat dia. Aku yakin aku takkan jatuh cinta kat dia. Lebih-lebih lagi lepas dia tetapkan syarat macam tu. Kalau benda tu terjadi, please ketuk kepala aku kuat, okey? Benci, tau tak? Dia fikir dia tu siapa? Bawa kahwin lepas tu letakkan syarat aku boleh cari calon lain dan tak dibenarkan jatuh cinta kat dia? Geram aku! Aku boleh cari seseorang sebagai pengganti Adien!” Yana ketap bibir. Untuk sekian kalinya, penolakan Adam pada malam tersebut muncul kembali dalam ingatannya. Argh! Tak suka! Pergi dari fikiran aku!

“Okey. Kita tengok siapa yang kena!” hanya itu yang mampu diucapkan oleh Hazwani. Dalam hati tidak percaya dengan kata-kata Yana. Dia kenal benar dengan Yana. Yana bukan dirinya yang sebenar saat ini. Kata-kata yang didengarnya sebentar tadi bukan daripada Yana yang sebenar. Dia pasti.

“Dahlah, pergi buat kerja. Kau ni asyik–asyik gosip dengan aku, ye? Ingat aku bayar kau nak gosip aje ke?” Yana pura-pura marah. Dia sebenarnya mahu larikan diri dari terus-terusan mendengar nasihat dan gosip tentang dirinya daripada Hazwani. Rakannya itu kalau sudah bergosip tidak akan berhenti. Tetapi, itu jugalah rakan yang akan dicarinya saat susah dan buntu. Dia percayai Hazwani berbanding kebanyakan rakannya di dunia ini.

“Yelah, yelah. Aku pergilah ni”

“Oh ye, Wani! Sebelum aku terlupa. Aku nak tengok-tengokkan kedai ni bila kitaorang jalan bulan madu, ye?” Yana senyum sampai telinga memberitahu berita itu kepada sahabat baiknya.

“Korang bulan madu kat mana?”

“Leeds!” selesai menghabiskan ayatnya, Yana terus mengekek ketawa. Hazwani mencebir, jealous! Impian mereka sama, hendak melancong satu dunia. Hazwani melangkah malas meninggalkan Yana di kaunter pembayaran. Dia kembali semula menyusun buku-buku yang tidak diletakkan pada tempat asalnya oleh pelanggan yang datang.

Manalah putera kayangan aku ni? Aku terima seadanya siapa pun kau, wahai putera kayanganku. Tak kisahlah kau bukan putera kayangan pun. Just come! Quick!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience