BAB 9

Romance Completed 21965

“YANA, pergi panggil Adam, kita makan sarapan sama. Biar mak hidangkan makanan tu” arah Puan Laila lalu mengambil senduk dari tangan Yana yang sedang memindahkan mee goreng dari kuali ke dalam bekas hidangan. Yana ragu-ragu. Dia lebih suka berada di dapur bersama ahli keluarganya berbanding naik ke tingkat atas memanggil Adam. Entah apa yang Adam sedang lakukan dia tidak tahu. Sewaktu dia turun tadi, Adam menyambung tidurnya semula di atas katil kerana belakangnya sakit disebabkan tidur di atas lantai yang hanya beralaskan comforter. Mewah gaya hidup suaminya ini sekiranya hanya disebabkan tidur di atas lantai beralaskan comforter boleh membuatkannya sakit belakang. Dia pun pernah juga tidur atas lantai beralaskan comforter tetapi taklah sampai sakit bagai.

Mengada-ngada! Siapa suruh tidur atas lantai? Dia sendiri nak, kan? Padan muka! Rasalah sakit tu sendiri.

Ingatan Yana kembali kepada peristiwa semalam. Dia bagaikan menawarkan diri untuk tidur bersama tetapi ditolak mentah-mentah oleh suami sendiri. Argh, tak suka! Mesti dia ingat aku ni perempuan murahan yang akan berikan apa sahaja kepadanya. Tapi, dia tu suami aku. Memanglah perlu dan wajib untuk aku berikan jiwa dan raga ini kepadanya, Yana menggumam dalam hati.

“Apa tunggu lagi tu? Pergilah panggil Adam, nak biarkan suami kamu kelaparan ke?” Puan Laila mengarah sekali lagi melihat Yana tidak berganjak. Tak habis-habis mengelamun. Dah ada suami pun masih mengelamun, entah apalah yang difikirnya.

“Yana pergilah ni...” Yana berjalan perlahan ke tingkat atas. Dia mengeluh, Adam masih tidur. Bagaimana nak kejutkan dia ni? Eee, tak reti-reti nak bangun lagi ke? Yana bergumam sendiri dalam hati. Yana menutup daun pintu dan bergerak mendekat, berdiri di sisi katil, membongkok sedikit seraya menggerakkan Adam.

“Adam, bangun. Mak panggil sarapan” Yana menggerakkan tubuh Adam. Adam masih tidak berkutik. Eee, tak retinya nak kejutkan dia ni. Apa cara terbaik nak kejutkan orang eh?

“Adam, bangunlah” Yana sekali lagi menggerakkan tubuh Adam. Lebih kuat daripada tadi tetapi hasilnya, Adam tetap sama. Tidak berkutik apatahlagi membuka mata untuk memberikan respon kepada dirinya untuk memberitahu bahawa dia sudah terjaga.

“Adam, bangun. Sarapan!”

“Hah?” Adam menggosok mata, melihat individu di hadapannya.

Oh, Yana! Isteri aku. Aku dah kahwin rupanya! Dia kembali mengingat peristiwa semalam yang menyebabkan belakangnya sakit. Dia tidur atas lantai!

“Mengantuklah...” Adam menarik selimut sehingga menutupi mukanya. Silauan cahaya matahari yang masuk melalui tingkap menyakitkan matanya. Dia masih mahu tidur. Bukannya selalu dapat tidur hingga matahari dah naik atas kepala. Cuti-cuti yang diberikan kepada dirinya sendiri hendaklah digunakan sebaiknya.

Ya Allah, dia masih nak sambung tidur! Yana ketap bibir. Hilang idea hendak kejutkan orang yang enggan bangun itu. Yana menarik nafas panjang lalu menghembusnya perlahan.

“Adam, bangunlah. Mak panggil sarapan kat bawah. Diorang tak makan selagi kau tak turun” Yana mengugut menggunakan ahli keluaganya. Biar rasa bertanggungjawab sikit dengan orang lain meskipun tak bertanggungjawab dekat diri sendiri. Setelah beberapa puluh saat berlalu, Adam membuka selimut yang menutupi mukanya. Dia duduk dan mengeluh.

“Tahu tak aku tak dapat tidur semalam sebab lantai simen tu sejuk, keras pula tu. Sakit tulang belakang aku ni”

“Tau, kau dah bagitahu lepas solat subuh tadi. Tapi sekarang ni, kau kena ikut aku turun bawah, sarapan. Diorang semua sedang tunggu kita turun. Jomlah” siapa suruh tidur atas lantai? Kau sendiri yang nak, kan? Hendak sahaja menyambung ayat tersebut tetapi Yana tidak mahu mengecilkan hati Adam. Tidak pasal-pasal, Adam berkeras pula tidak mahu berganjak dari katil.

“Tak bolehke biarkan aje diorang makan dulu? Perut aku tak boleh sarapan pagi, bukan rutin aku. Dahlah, aku nak sambung tidur balik. Nanti, pandai-pandailah aku makan bila aku lapar, jangan risau” Yana geram. Hendak sahaja disiram sebaldi air di muka suaminya itu. Kalau bukan ibunya yang menyuruh mengejutkan, dia takkan berada di dalam bilik itu dan berusaha untuk mengejutkan lelaki yang sudah berniat tak nak bangun itu.

Sudahlah peristiwa semalam memalukannya! Haish!

“Tak boleh. Please Adam. Sekali ni je” Yana sudah membuat muka simpati.

“Dengan syarat” Adam membuka matanya besar mendengar perkataan please daripada Yana. Kesian pulak.

“Apa?”

“Urut belakang aku ni, sakit...” Adam tepuk belakangnya beberapa kali seraya mengunjukkan belakang badannya kepada Yana. Yana jadi malu.

Hish, dia tak buat apa-apa pun nak jadi malu! Bongeklah kau, Yana!

“Sini, aku urutkan” dengan berhati-hati, Yana mengurut lembut belakang Adam.

“Bawah sikit Yana” Yana menurut, tangannya dialihkan kawasan pinggang Adam.

“Okey, kat sana. Kat spot tu sakit sangat” Adam menggerakkan lehernya ke kiri dan kanan. Berbunyi tulangnya kerana berlaga antara satu sama lain. Yana pula yang jadi takut mendengarnya.

“Dah, ke?”

“Okeylah, dah. Jom!” Ada singgah ke bilik air untuk membasahkan muka. Kemudian, mereka bersama-sama turun ke tingkat bawah untuk bersarapan bersama dengan keluarga Yana, keluarga barunya

“ADAM, jom sarapan” pelawa Puan Laila apabila terpandangkan Adam. Yana yang berjalan bersebelahan dengan Adam sudah tidak dilihatnya.

“Mee goreng ni Yana yang masak. Yana ni suka makan dan masak, natural cook orang putih cakap. Ada mak bagitahu hari tu, kan? Tapi, tulah. Badan dia tu tak pandai nak naik, kurus cekeding macam ni je”

“Bukan kuruslah, mak. Slim” Yana membetulkan. Sempat pula mak promosikan aku dan dalam masa yang sama kritik tubuh badan aku kan, mak? Bisik Yana dalam hati. Dia malu sendiri. Dah memang aku hari-hari masak mestilah pandaiKalau dah hari-hari masak tapi tak pandai-pandai juga, tak tahulah apa yang tak kena dengan aku, mak. Yana menggerutu. Sudah dua kali Adam mendengarnya namun dia hanya senyum, ambil hati orang tua katakan.

“Untunglah saya, mak. Jarang perempuan pandai masak zaman sekarang ni” Adam menyengih. Dia tidak menyangka berkahwin dengan seorang wanita yang cantik, solehah dan pandai memasak. Apatahlagi, business minded macam dirinya. Memang pakej edisi terhad isterinya ni.

“Untunglah badan. Kan, abang Adam?” Isaac menyampuk sambil menyuap mee goreng dengan telur dadar ke dalam mulutnya. Yana pantas memandang adiknya. Abang? Sejak bila diorang ni bahasakan diri adik-abang. Aku dengan dia pun panggil nama je. Beraku, berkau lagi! Melebih-lebih pulak diorang ni. Haihla, Zek yang kahwin dengan suami aku ke aku yang kahwin dengan dia ni? Bengang.

“Ada-ada jelah kamu ni, Isaac” Puan Laila pandang Isaac sebelum menyambung.

“Oh, ya. Ada vacancy ke kat syarikat kamu, Adam? Kalau boleh, tolonglah anak mak yang seorang ni, tak pernah nak usaha cari kerja. Duduk depan komputer dua puluh empat jam dari pagi sampai malam, dari malam ke pagi semula, entah apalah yang dia lakukan, mak pun tak tahu. Kalau kamu ada kerja kosong, boleh jugak suruh dia cari pengalaman”

“Zek ada kerjalah, mak. Zek dah kata banyak kali, Zek tak nak kerja bawah orang lain. Zek akan jadi bos kepada diri sendiri. Adoi, mak...” tiba-tiba hilang selera makannya. Topik pagi itu menyakitkan hatinya. Biar berapa ribu kali dia memberitahu, ibu dan ayahnya tidak akan faham. Jadi, untuk apa beritahu?

“Takde orang yang jadi bos kepada diri sendiri, tak tak? Kau tak hidup dalam angan-angan, kita hidup dalam realiti” semua yang lain diam. Adam dan Yana hanya mendengar, menyuapkan mee goreng ke dalam mulut masing-masing.

“Kita tak hidup dalam dunia cari kerja lagi, mak. Sekarang ni, trend cipta kerja sendiri. Dan lagi, setiap orang yang berjaya bermula dengan angan-angan, hidup dalam benda tu, usahakannya dan jayakannya. Adam salah seorang orang tu” Adam terbatuk. Tidak menyangka namanya disebut. Dalam banyak-banyak nama orang hebat, mengapa dirinya? Kenapa tak sebut nama Yana? Isterinya pun tak kurang hebatnya. Dia cepat menyambar segelas air dan meneguknya.

“Kau orang ni. Dari jauh, aku boleh dengar korang pot-pet, pot-pet, depan makanan pulak tu” Encik Zaydy yang baru muncul menenteramkan keadaan. Konsentrasi membaca surat khabarnya terganggu. Semua diam.

“Tak habis-habis bertegang urat pasal kerja. Kalau si Zek ni tak nak kerja, tak payah paksa. Nanti kalau nak kahwin, hah, biar dia cari duit sendiri. Ayah takde duit nak bagi pinjam duit” Encik Zaydy mengambil tempat duduk dan disuakan sepinggan mee goreng yang dilengkapi telur dadar oleh Yana. Selepas ditegur oleh suaminya, barulah Puan Laila diam. Cemberut sahaja wajahnya ditegur di hadapan anak menantu pada hari pertama sarapan bersama.

“Adam jangan kecil hati dengan mak mentua kamu ni. Mak mentua kamu ni memang suka

bercakap. Ada je benda nak dikatakannya” Encik Zaydy melihat sekilas ke arah Adam.

“Eh, takpe ayah. Mak saya pun macam tu jugak, saya faham. Yana pun begitu juga kot? Biasalah perempuan, saya kena biasakan diri dari sekarang. Saya pun bertegang urat dengan mak saya jugak sebenarnya” Adam menyengih. Menjegil mata Yana memandang Adam. Dah kenapa pula dirinya dikaitkan dengan ibu dan mak mentuanya. Adam hanya memandang Yana sekilas sebelum kuntum senyum. Tak kisah dengan pandangan menjegil dari isterinya.

“Tapi bagus jugak cadangan mak tadi. Budak praktikal bahagian tu banyak yang dah tamat internship, jadi syarikat saya memang kekurangan web designer sekarang ni. Kalau Isaac nak kerja tu, saya boleh berikan. Cuma, dia kena jalani interview dan internship macam pekerja baru yang lain jugaklah sebab tu dah memang prosedur syarikat” Adam menerang menggunakan suara seorang ketua syarikat, yakin.

“Ya, tolong masukkan dia”

“Tak perlu”

“Kau takkan dapat peluang macam ni lagi seumur hidup kau. Peluang macam ni bukannya datang berkali-kali”

“Jangan risau, mak. Zek akan buat peluang tu untuk diri sendiri”

“Dengar cakap mak. Mak tahu apa yang terbaik untuk kau, mak ni mak kau”

“Zek akan ikut kalau itu yang Zek nak”

“Ni cukup baik untuk kau. Huh, Zek!”

“Bekerja bawah seseorang tak cukup baik untuk Zek. Itu adalah perkara terakhir yang Zek nak lakukan seumur hidup Zek”

“Sudah!” Encik Zaydy mengetuk meja itu kuat. Isteri dan anak lelakinya melampau! Bertengkar di hadapan makanan dan lebih teruk lagi, di hadapan Adam. Adam rasa bersalah dalam hati. Tidak tahu bahawa balasannya akan menyebabkan pertengkaran yang lebih hebat berlaku. Yana mencucuk lengannya perlahan, memberikan pandangan ‘jangan risau, memang selalu macam ni pun. Mula-mula dulu waktu aku nak berhenti kerja dan buka kedai pun, sama jugak. Jadi, jangan risau’ lantas dia memberikan sebuah senyuman. Adam senyum sumbing. Rasa bersalah tetap menghurung hatinya.

“Makan” semua mengiyakan dan suasanya terasa sangat sunyi. Hanya terdengar bunyi garfu dan sudu berlaga dengan pinggan.

“Adam, makan banyak sikit” Puan Laila yang tidak senang dengan keadaan itu terus menyenduk mee goreng dan diletakkan ke dalam pinggan Adam tanpa kebenarannya. Adam seikit terkejut tetapi cepat kuntum senyum. Menyedari bahawa Puan Laila sedang berusaha untuk menceriakan kembali keadaan.

“Err, terima kasih, mak. Saya boleh buat sendiri sebenarnya”

Bodohnya, Adam! Lain kali jangan jadi promoter sangat. Jangan provok pasal topik tu, kan dah kena. Hurm, aku takkan cakap benda ni lagi. Adam memandang Isaac. Sikap Isaac sama seperti sikapnya sewaktu mula-mula tekad memasuki bidang hartanah. Dalam hati, dia teringin bercakap dengan Isaac tentang perkara tersebut tetapi didiamkan sekarang kerana masa tak sesuai. Dia menggumam sebelum teringat satu benda penting.

“Sebelum terlupa, saya ada benda nak bagitahu ayah, mak, Yana dan Isaac” Adam menarik semua perhatian kepada dirinya.

“Saya plan nak bawa semua orang lawat keluarga mak saya kat Leeds hujung bulan depan. Saya dah beli tiket jadi, tak perlu beli tiket lagi. Mak ayah saya pun ikut sekali. Err, walaupun saya tak inform awal, saya harap semua dapat ikut” semua mata memandang Adam tidak percaya. Adam menyengih. Sengihannya melebar apabila memandanga Yana.

“Travelling and honeymoon aren’t bad, are they?” pantas wajah Yana berubah merah. Adam gelak melihat Yana yang malu apabila dia menyebut perkataan honeymoon. Fikiran Yana kembali kepada peristiwa semalam. Apa? Honeymoon? Penipu! Selamba badak dia cakap honeymoon? Yana tidak berpuas hati.

Berkali-kali Yana mengingatkan dirinya bahawa Adam hanya membalas budi, menjaga keluarganya bermakna Adam juga sedang membalas budi Adien, bukan? Ya, aku yakin itu yang sedang dirangcangnya. Bisik Yana dalam hati.

“Kamu bawa kami melancong sewaktu kamu bulan madu ke, Adam?” soal Encik Zaydy dengan kerutan seribu di dahi. Tidak dapat menangkap apa yang difikirkan oleh Adam. Baginya, berbulan madu adalah untuk pasangan baru berkahwin mengenali satu sama lain dengan lebih rapat, juga untuk memulakan memori baru sebagai pasangan suami isteri. Apatahlagi, anaknya dan Adam tidak mengenali antara satu sama lain.

“Pucuk dicita ulam mendatang! Betul ke apa yang abang Adam cakap ni? Zek memang nak melancong keluar dari Malaysia” Isaac memotong sebelum sempat Adam menjawab. Encik Zaydy memandangnya sekilas sebelum mengembalikan semula pandangannya kepada menantu lelaki tunggalnya.

“Dah lama mak tak jumpa adik dia kat Leeds tu. Selalu jugak aku ke sana waktu belasan tahun dulu. Diorang banyak bantu aku jadi nak jugak kenalkan keluarga baru kat diorang. Aku tahu ni semua keputusan aku sendiri, tak minta pendapat dari siapa pun, tapi aku harap sangat semua dapat join”

“Mak setuju je kalau orang dah sponsor” kata Puan Laila menyengih.

“Tak bazirkan duit kamu ke, Adam? Nanti menyusahkan kamu je. Lagipun, tu kan bulan madu kamu” Encik Zaydy masih ragu-ragu. Dia tahu Adam berusaha sendiri untuk berada pada kedudukannya sekarang. Takkan senang-senang sahaja dia hendak belanja orang yang baru menjadi ahli keluarganya.

“Eh, tak ayah. Aku memang dah rancang perkara ni dah lama. Ayah tak perlu risau. Pandailah aku spend masa dengan Yana” Yana terus pandang Adam dengan pandangan pelik.

Spend masa dengan aku? Hmph, tipu!

“Membazir kalau tak join. Abang Adam dah beli tiket tu, ayah” Isaac cuba mencucuk jarum.

“Tapi, ayah takde duit nak bayar balik duit kamu” perlahan sahaja suara Encik Zaydy. Dia perlu berterus terang. Dia memang tidak punya wang untuk bayar semula duit menantunya nanti.

“Tak payah bayar, ayah. Aku yang rancang tanpa minta persetujuan dari sesiapa. Ayah tak payah risau. Makan, minum, tempat tinggal aku dah aturkan. Kat Leeds nanti, kita akan stay kat rumah mak su”

“Tapi ayah tak rasa selesa dengan semua ni”

“Ayah tak perlu risau. Aku cuma perlukan persetujuan semua”

“Okeylah kalau kamu dah cakap macam tu” akhirnya, Encik Zaydy bersetuju setelah lama berdiam diri, berfikir. Peluang melancong ke luar negara bukannya datang selalu.

“Terima kasih, Adam. Ayah tak tahu macam mana nak berterima kasih kat kamu. Impian ayah memang nak melancong ke luar negara, nak tengok budaya orang lain. Tapi, sampai hari ni tak pernah tercapai” Adam senyum.

“Sama-sama. Kalau aku susah nanti, ayah jugak yang aku cari” selorohnya.

“Eh, jangan tak cari. Ayah akan cuba tolong kalau kamu perlukan pertolongan ayah”

“Yes!” teriak Isaac. Tidak pernah terfikir bahawa dia akan melancong ke luar negara bersponsor! Yana menyuap segarfu mee goreng ke dalam mulut. Sedari awal perbincangan dia hanya berdiam diri. Meskipun begitu, hatinya dipenuhi persoalan. Adam bagaikan seseorang yang dihantar untuk merealisasikan impiannya. Adam muncul tiba-tiba dalam hidupnya dan membuatkan impian keluarganya menjadi kenyataan.

Siapakah kau yang sebenar, Adam? Siapa?

YANA dan Adam bersalaman dengan semua ahli keluarga Yana. Rancangan Adam, mulai dari saat itu, Yana tinggal dengannya di kondominiumnya. Dia mahu mereka berdua mulakan hidup tanpa gangguan orang lain kerana dia punya agendanya sendiri. Semua pasangan yang baharu berkahwin hendak memiliki ruang sendiri, ya tidak?

“Ayah dah serahkan Yana kepada kamu. Mulai dari saat ini dan saat kamu nikahi dia, Yana adalah tanggungjawab kamu. Jaga dia baik-baik seperti kamu jaga diri kamu. Yana ni degil tapi kalau kena dengan cara kamu, dia akan taat dan turuti. Janganlah pula sampai kamu tangankan Yana ni. Ayah takkan masuk campur urusan kamu berdua sebab kau dah jadi ketua keluarga. Ayah cakap begini bukannya hendak mempertikaikan kamu, ayah tahu kamu tahu tanggungjawab kamu. Tapi sebagai ayah Yana, ayah fikir ayah kena clearkan semua. Ayah harap, kamu bimbinglah dia dengan baik dan betul, ye Adam?” Encik Zaydy menepuk perlahan bahu Adam. Adam mengangguk.

Encik Zaydy memandang pasangan pengantin baru itu. Terasa masa berlalu sangat cepat. Rasanya baru semalam Yana berlari dalam baju tidurnya, bergaduh dengan Isaac, merajuk apabila tidak memperoleh apa yang dimahukannya, menari dan menyanyi bersama kartun kesukaan yang ditonton di kaca televisyen dan sebagainya. Dalam sekelip mata, Yana sudah berkahwin, bukan tanggungjawabnya lagi dan kini, akan pergi jauh dari mereka untuk mulakan hidup baru. Semua kenangan itu menari-nari di hadapan matanya. Keadaan tiba-tiba berbeza. Dia cuba menahan tangis. Isterinya disisi sudah berlinangan airmata. Encik Zaydy membiarkan. Maklum dan tahu bahawa itulah sikap isterinya. Sangat mudah tersentuh apabila ia melibatkan anak-anak mereka.

“Aku akan cuba yang terbaik, ayah” dia memeluk ayah mentuanya. Beberapa saat kemudian, dia memberikan laluan kepada Yana untuk memeluk ayahnya pula.

“Dengar cakap Adam. Jangan buat perkara tanpa pengetahuan dan keizinan Adam” Encik Zaydy berbisik perlahan.

“InshaAllah, ayah” dalam hatinya yang paling dalam, Yana tidak pasti samada dia mampu melakukan apa yang dinasihati oleh ayahnya. Bagaikan ada beban yang menghempap dirinya, dia pantas memandang Adam. Jika dibandingkan dengan dirinya, tanggungjawab Adam adalah beratus kali ganda lebih berat. Dalam hati Yana berjanji dia akan berusaha sedayanya.

Adam kata dia akan berusaha. Kenapa aku tak? Kami akan jayakannya bersama.

“Abang ada benda nak cakap dengan kau” luah Adam, membantu Isaac memasukkan bagasi ke dalam bonet keretanya.

“Pasal?”

“Your game”

“Macam mana tahu?” Isaac menjungkit kening tetapi dalam hati penuh keterujaan. Dia akan bersemangat dengan sesiapa sahaja apabila bercakap tentang game yang diusahakan bersama rakan-rakannya bertahun. Hanya itu benda yang mampu menarik perhatiannya di muka bumi ini.

“Yana bagitah abang kat bilik tadi. Abang kenal beberapa orang yang hebat buat duit daripada game, marketing strategy diorang sangat power. Tapi syaratnya, kena lulus kat abang dulu”

“Serius?” Adam angguk yakin.

“Boleh, boleh. Bila-bila masa je” Isaac bersorak gembira seperti baru menjaringkan gol. Tidak pernah dia segembira ini selama ini. Fikirannya sudah membayangkan kejayaan yang bakal dicapai. Dia sudah tunggu masa yang dinanti itu lama. Adam betul-betul mengubah kehidupan keluarganya. Untunglah kak! Eh, aku pun untung jugak!

“Jalan dulu mak, ayah, Isaac” Adam melambai ke keluarga Yana. Yana yang sudah masuk ke dalam kereta turut sama melambai. Meninggalkan keluarga demi keluarga barunya bersama Adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience