BAB 22

Romance Completed 21965

ADAM terkejut apabila melangkah masuk ke dalam kondo. Ya Allah! Kenapa dan macam mana aku boleh tak sedar selama ni?

“Yana!” teriaknya.

“Yana!” dia memanggil lagi buat kali kedua. Yana yang terkejut dengan teriakan itu terkocoh-kocoh berlari mendapatkan Adam. Tidak pernah Adam memanggilnya dengan teriakan yang kuat selama ini. Ini adalah kali pertama! Dia takut sesuatu emergency berlaku kepada Adam.

“Apa semua ni?!” Adam memegang bantal berbentuk empat segi tepat berwarna amarant pink dan baby blue di kedua-dua tangannya. Yana menyengih. Adam dan sedar apa yang telah diusahakannya selama dua minggu.

“Ni...” Yana mengambil bantal tersebut dari genggaman Adam.

“Adalah bantal comel untuk dipeluk. Aku beli untuk berikan sentuhan colourful. Rumah ni terlalu dull dengan warna hitam” dia memeluknya dan menari comel ke kiri dan kanan. Adam mendengus. Aku tahu taktik kau, ia takkan berhasil. Dalam mimpi, ya!

“Aku dah bagitahu jangan tukar style rumah ni. Langsir tu, tukar ke asal. Tu! Buang benda tu, aku tak suka benda tu bergantung kat situ. Gambar kahwin tu macam staring kat aku sepanjang masa, aku takut. Turunkan benda tu sebelum aku sendiri yang jatuhkan. Dan bantal-bantal tak comel ni, buang. Aku tak suka tengok benda colourful macam ni. Sakitkan mata dan buatkan aku sesak!” Adam membuang kuat bantal tersebut ke lantai. Dia tidak akan benarkan Yana melakukan sesuka hatinya. Menukar citarasanya bermakna menukar identiti dirinya. Takkan terjadi!

Yana menahan kesabaran yang sudah menipis senipis kulit bawang. Sakit hatinya apabila Adam membuang bantal yang dicari dan dibeli sepenuh hati. Adam tidak langsung menghargai usahanya.

“Aku bukannya ubah apa-apa pun. Pasal langsir tu. Langsir tu aku cuci sebab dah kotor aku tengok. Nak tukar langsir lain tapi tak jumpa jadi, aku beli je baru untuk sementara waktu. Aku gunakan grey, biar nampak sedikit terang rumah ni, tak lari dari warna kegemaran kau jugak. Gambar tu pula sebab aku tengok dah lama terbiar. Cantik bila pamerkan kat sana. Nampak berseri dinding yang kosong tu. Dan, pasal aksesori lain...” Yana kutip semula bantal yang telah dibuang oleh Adam.

“Rumah ni sangat gelap, takde cahaya. Jadi, aku sengaja beli supaya kena dengan haruman rumah ni. Wangi, kan? Bila kau pulang, kau akan rasa welcoming and feel like you’re home. Kau akan ada fikiran ‘oh, I miss my home’ bila kau takde kat rumah...” Yana menyengih. Dalam hati, dia berpuas hati dengan hasil kerjanya. Sekurang-kurangnya, rumah tersebut tidak kelihatan misteri atau berhantu. Huh, menakutkan!

“Tak nak. Kalau kau beria-ia sangat nak decorate rumah, kau hias je bilik kau tu. Ruang lain jangan memandai nak ganggu. Itu arahan aku! Kau tak dengar ke aku bagitahu dulu?” Adam mengetap gigi menahan geram. Yana benar-benar menukar identiti dirinya. Dia tidak boleh biarkan perkara tersebut berlaku.

“Bilik tu aku memang dah decorate dah. Jadi, terpaksalah aku decorate ruang lain pula. Kau tak perlu risau. Nanti, aku akan get rid semua benda ni. Tapi berikan aku masa” ujar Yana memujuk Adam. Tidak bercadang pun sebenarnya hendak mengubah semula keadaan ruang tamu itu seperti sebelumnya. Dia cuma berkata begitu untuk mengambil hati Adam.

“Get rid of everything. Kalau kau tak buat, aku akan buat” Adam menyambar bantal comel tersebut untuk memasukkannya ke dalam beg plastik hitam. Yana hentikannya secepat yang dia boleh. Adam sangat mengecewakan. Sekurang-kurangnya, berikan masa untuk ruang itu kelihatan comel dengan warna-warna baru.

“Okey, okey. Aku janji aku akan kembalikan semua kepada normal, misteri dan nampak berhantu. Bagi aku sedikit masa je, boleh kan?” Adam berhenti daripada melakukan apa yang bermain dalam fikirannya.

“Berapa lama masa kau nak?” dia pandang Yana tajam. Biar Yana tahu dia serius.

“Hurm... sebulan?”

“Lama sangat” Yana mencebir. Selama berkahwin dengan lelaki itu, dia tahu Adam adalah seorang yang sangat sukar untuk dipujuk atau diyakinkan. Kalau dia dah kata coffee, maknanya dia hanya nakkan coffee. Bukan cappuccino, latte, tea, espresso atau apa sahaja meskipun secara amnya, semuanya dibancuh daripada coffee. Coffee, hanya coffee!

“Tiga minggu”

“Wrong answer”

“Dua minggu empat hari?” Yana memberikan senyuman paling menawannya, berharap agar Adam cair dan memikirkan hanya dia sahaja wanita tercantik di dunia ini.

“Empat belas hari dah memadai” hmph! Takkan tak terpikat dengan aku langsung?

“Pendeknya”

“Okey, sepuluh hari cukup”

“Okey, okey. Dua minggu, dua minggu. We’ll go with fourteen days” Yana menyengih. Adam mendengus.

“Benda tu” Adam menunjuk ke frame perkahwinan mereka yang bersangkut pada dinding kosong tersebut.

“Turunkan benda tu sekarang jugak”

“Kenapa? Kau kata kau bagi aku empat belas hari”

“Tak termasuk gambar tu” giliran Adam pula menyengih.

“Kau tak boleh buat macam ni”

“Eh, kenapa pulak? Ni rumah aku, aku ada setiap hak untuk hias ikut kesukaan dan kegemaran aku. Aku nak kau turunkan benda tu sekarang jugak atau aku jatuhkan sendiri dan kau bersihkan. Which sounds better to you?” Adam jongket kening kiri. Yana terasa hati dengan pemilihan perkataan ‘ni rumah aku’ oleh Adam. Sungguh, dia rasakan bahawa dia tidak berhak tinggal di rumah tersebut.

“Please, Adam. Kau tak nampak ke dinding tu sangat sempurna dengan gambar perkahwinan kita? Kalau turunkan, dinding tu akan nampak gloomy, kosong, tak bermaya. Ia perlukan sentuhan baru” Yana berusaha memujuk dengan mata yang dikerdip beberapa kali. Please, aku tak nak turunkan gambar tu. Gambar tu je yang menunjukkan betapa bahagianya kita meskipun hanya beberapa saat, sedangkan realitinya tidak. Salah satu sebabnya lagi, kau peluk pinggang aku dengan kemas dan pandangan mata kau kat aku seperti hendak menyampaikan hanya aku yang bertakhta dalam hatimu, Yana membuat andaian sendiri.

“Please...” pinta Yana sekali lagi. Adam mendengus. Tidak habis-habis dengan please, please, please! Buat muka comel pula tu. Kurang asam!

“No way. Aku tak nak bila ada orang datang rumah ni dan cakap gambar tu cantik. Aku tak nak diorang cakap yang kita ni suami isteri” tengok? Sebab tu dia tak nak gambar ni dipamerkan kat dinding ni. Dia tak nak orang tahu yang dia dah kahwin. Dia mesti dah ada calon lain. Sedih!

“Tapi kita memang suami isteri” pintas Yana laju.

“Memanglah, tapi aku dah kata aku tak nak, aku tak naklah!”

“Jadi, kau nak ke kalau orang datang sini dan cakap kita ni buat sesuatu yang tak baik?”

“Buat apa pula?”

“Sesuatu yang tak baiklah”

“Yelah, apa?” Adam senyum nipis. Dinaikkan kening kirinya sambil memandang Yana. Sengaja menduga Yana. Hendak melihat sejauhmana Yana mampu menerangkan ‘sesuatu yang tak baik’ itu.

Haish! Nak jugak ketuk kepala Adam. Macamlah aku tak tahu apa yang dia nak aku cakap! Rungut Yana dalam hati. Peluh merintih di dahi hendak menjawab soalan Adam.

“Duduk berduaan dalam satu rumah bila orang tak tahu kita dah kahwin atau belum, mesti diorang fikir kita buat sesuatu yang tak elok” jawab Yana ragu-ragu.

“Yelah. Tak baik macam mana maksud kau tu?”

“Err...”

“Macam ni ke?” Adam rangkul pinggang Yana dan pandang tepat ke anak matanya. Yana terkedu. Hilang kata-kata. Dia tak dapat berfikir apa-apa.

“Hurm?” Adam mengusap perlahan pipinya. Adam sengaja mendekatkan mukanya dengan muka Yana. Jantung Yana berdegup kencang. Mereka tidak pernah sedekat itu selama ini. Dia tutup mata rapat.

“Jangan nak perasan, Yana...” Adam berbisik. Yana buka mata. Adam dah melepaskan rangkulannya.

Argh, malu! Kurang asam, Adam! Teriaknya dalam hati. Cepat-cepat dia kembali semula ke realiti. Apa yang baru sahaja terjadi? Dia tidak sedar apa yang baru berlaku. Macam mimpi!

“Yana, Yana...” Adam geleng dengan senyuman mengejek. Yana mencebir. Geram! Adam sengaja permainkan dia. Yana rasakan mukanya panas. Malu!

“Jangan risau, benda tu takkan berlaku. Kalau pencegah maksiat datang sekali pun, aku ada bukti kita boleh tinggal bersama. Tinggal dalam satu bilik yang sama pun diorang takkan marah punya. Nanti aku tunjuk kad kahwin kita. Tak susah, kan?” Adam sengih. Argh, kurang asam, Adam!

“Kalau kau kandungkan anak aku pun, semua orang dalam dunia ni takkan marah. Allah pun takkan marah. Anak tu halal. Tapi, jangan nak mimpilah ye, Yana. Perkara tu takkan berlaku. Just, cari orang lain” dia sengih lagi dengan senyuman mengejeknya. Yana pulak yang semakin geram. Adam sengaja cakap macam tu, dia tahu!

“Kalau nak bukti sampai tunjuk kad kahwin, lebih baik gantung gambar ni je kat sini. Tak payah nak cari kad kahwin tu lagi” Yana masih ingin mempertahankan kemahuannya. Dia rasakan seperti mempertahankan benang yang basah setelah apa yang berlaku antara mereka sebentar tadi. Apatahlagi setelah Adam keluarkan hujah-hujah menyakitkan hatinya itu. Jangan nak perasan, jangan nak perasan! Benci dia dengar ayat yang sama setiap kali. Macam mana aku tak perasan kalau kau buat macam tu kat aku?

“Dah. Jangan nak bertengkar dengan aku. Aku dah warning kau awal-awal. Rumah ni, rumah aku. Jangan nak pandai-pandai tukar apa-apa kat dalam rumah ni. Aku bagi kau masa sampai malam ni. Kalau kau tak turunkan gambar tu, aku sendiri yang akan jatuhkan” Yana mati kutu mendengar kata putus dari Adam. Baiklah, aku akan turunkan sebab aku tahu kau masih nak berjoli dengan perempuan lain. Aku tahu kau nak bawa diorang balik sini dan tak nak diorang nampak yang kau rupanya dah berkahwin. Aku tahu. Baiklah, okey.

Yana pasrah. Mukannya berubah mendengar bait ayat ‘rumah ni, rumah aku’ yang keluar dari mulut Adam. Ternyata Adam masih menganggap bahawa dia bukan sebahagian daripada hidupnya. Mereka hanya dua orang asing yang tinggal dalam satu tumah yang sama. Takkan lebih malahan akan berkurang, satu hari nanti. Yana sedih, kecewa.

“Baiklah, aku akan turunkan. Jangan jatuhkan, aku akan turunkan malam nanti. Thank you sebab bagi tinggal kat sini” jawab Yana perlahan seraya mendaiki anak tangga. Terus masuk ke dalam biliknya dan mengunci dirinya dalam bilik itu. Sebelah hatinya merasakan kecewa manakala, sebelah hatinya lagi merasa malu. Nampak sangatkah aku yang terhegeh-hegeh nakkan suamiku sendiri sedangkan dia tidak langsung punya perasaan itu? Buat kesekian kalinya, air mata yang ditahan di hadapan Adam jatuh juga apabila dia bersendirian. Sungguh, perkahwinan ini hambar dan sunyi.

Adam duduk atas sofa memandang gambar yang masih teguh bergantung di dinding. Ada perasaan halus dirasakan menjalar perlahan ke dalam jiwanya melihat senyuman Yana pada gambar itu. Senyuman yang sangat gembira dan bahagia. Ah, dia memang happy-go-lucky-person pun. Kahwin dengan aku sebab nak dekat dengan hati Adien.

Adien, aku dah berusaha jaga dia dengan baik. Jangan risau. Oh, ya. Dah lama kau tak datang dalam mimpi aku. Apa aku kena buat sekarang selain jaga dia. Tolong datang dalam mimpi aku dan bagi outline, bisiknya seraya berdiri dan mendaki anak tangga untuk masuk ke dalam bilik. Memandang sekilas pintu bilik Yana yang berkunci rapat sebelum meloloskan diri ke dalam biliknya. Seperti Yana, dia turut mengunci dirinya dari dalam. Seronok dengan kehidupan bersendirian kerana itulah kehidupan yang diinginkannya sejak dari kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience