BAB 27

Romance Completed 21965

YANA memandang kosong jam dinding. Dah pukul sebelas lima belas minit malam. Dia mengeluh sebelem kembali mengalihkan perhatian kepada rancangan Running Man yang sedang bermain di kaca televisyen. Matanya tepat memandang skrin televisyen tetapi fikirannya tidak berada di situ. Sejak dia meluah dengan Adam, Adam terus berubah, berbeza. Jikalau dahulu mereka akan bertembung dua tiga kali dalam rumah, kali ini kelibat Adam langsung tidak muncul lagi. Adam keluar ke tempat kerja lebih awal daripada sebelumnya. Baliknya juga lebih lewat dari sebelumnya.Ada masanya Adam tidak balik langsung. Entah dia tidur dimana Yana tidak tahu. Adam benar-benar nak larikan diri dari aku, bisik hati Yana. Dia mengeluh lagi.

Pada malam itu, Yana sengaja memakai nightgown berwarna putih. Dia sudah merancang perkara tersebut sejak dari kepulangannya dari rumah Hazwani tetapi baru hari ini dia dapat laksanakannya. Panjang mini dress itu sejengkal lagi mengenai lututnya. Yana akhrinya percaya setelah termakan dengan hasutan Hazwani. Dia akui nasihat dan panduan Hazwani sangat berguna. Dia dah cuba segalanya dari memasak, urutan kasih sayang dan lirikan mata, senyuman menggoda dan segalanya. Tetapi tidak ada satu pun yang menjadi. Semuanya tidak berjaya. Ini adalah jalan penyelesaian terakhirnya terakhirnya. Jika Adam tetap tidak tergoda. dia sudah tidak ada hidden cards lain lagi, seperti kata Hazwani. Daripada berfokus kepada Rancangan Running Man kesukaannya, fikiran Yana lebih kepada memikirkan reaksi Adam apabila melihatnya nanti. Dia sendiri tidak pasti samada Adam akan terkejut atau jatuh hati atau cair melihatnya nanti.

Urgh! Dia tu pelik sikit banding lelaki lain. Mesti takde perasaan punya, bisik Yana.

Buat sekian kalinya, matanya memandang jam dinding yang disangkut baik pada dinding bersebelahan kabinet televisyen.

Hurm, bila kau nak balik ni, Adam? Soalnya sendiri. Semakin lama, Yana semakin tidak dapat menahan matanya daripada tertutup. Menunggu Adam pulang sangat memenatkannya. Tanpa disedari, matanya terkatup. Dia benar-benar tidak dapat menahan kantuknya lagi.

ADAM membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Adam agak tercengang menyedari ruang tamu itu terang benderang. Tidak pernah sebelum ini ruang tamu itu berkeadaan begitu. Kebiasaannya, lampu yang menyala hanyalah lampu tengah yang menyambungkan ruang tamu dengan ruang makan. Tetapi kali ini, ruang tamu diterangi cahaya dari setiap sudut. Telinganya juga menangkap bunyi daripada kaca televisyen dan matanya tiba-tiba menangkap sesusuk tubuh yang sedang berbaring di atas sofa.

Yana? Dah tak reti nak tidur dalam bilik ke dia ni? Perlahan-lahan, Adam berjalan mendekati Yana.

“Yana, bangun” Adam menggerakkan tubuh Yana perlahan, niatnya ingin menyuruh Yana untuk naik tidur di dalam biliknya. Yana bergerak namun gerakan itu tidak mampu mengejutkannya. Nightgown Yana yang memang sudah sedia singkat terselak, menunjukkan pehanya yang putih gebu. Adam terkesima. Degupan jantungnya terus berentak laju. Terasa peluh merintih di dahinya. Adam menelan liur. Lama dia melihat peha Yana yang putih mulus bersih itu. Gebu!

Gila Adam! Teriak satu suara dalam dirinya.

She’s yours... kata satu suara pula.

You can touch her whenever you want.. satu suara bergema lagi dalam dirinya.

Argh! Pull yourself together, Adam!

“Yana, bangun!” kali ini Adam menggerakkan Yana kasar. Suaranya ditinggikan.

Dia ni sengaja nak uji iman aku ke?! Adam berang.

Yana terkejut, terkulat-kulat dia membuka mata melihat Adam di hadapannya. Tak ada angin, tak ada ribut, Adam mengejutkannya kasar. Dia melihat dirinya. Baru teringat misinya malam itu. Berbekalkan keyakinan ala-ala seorang model yang sedang shooting syampu termahal di dunia yang tiba-tiba muncul dalam dirinya, Yana menyisir rambutnya ke belakang dan memandang Adam. Adam masih begitu. Tidak bergerak Pandangan mata Adam membuatkann Yana kehilangan keyakinannya. Pandangan mata itu seakan memberitahu bahawa dia tidak terpesona atau tergoda sama sekali.

Erk, tak salahkan aku nak goda dia? Bak kata Wani, aku berhak dapatkan segalanya dari dia. Aku akan pastikan aku dapat segalanya dari dia. Tapi, dia tak tergoda ke? Muncul persoalan itu dalam benak Yana melihat Adam memandangnya dengan pandangan marah.

“Tidur kat sini buat apa? Buang tebiat? Naik atas! Tidur dalam bilik!” perintah Adam. Yana mencebik.

Tak berjayakah rancangan Wani ni? Dia langsung tak tergoda ke? Atau, apa yang Wani cakap tu memang betul? Tak mungkin! Please, no! Aku tak dapat terima kenyataan tu kalau kenyataan tu memang betul. Please, no. Please, Ya Allah. Tolong hamba-Mu ini. Sempat Yana memanjat doa pada Illahi.

“Salah ke tidur kat sini? Aku nak tengok Running Man” jawab Yana perlahan. Hatinya dipenuhi kekecewaan.

“Running Man kau dah habis. Pergi tidur kat atas!” sebelum aku ngap kau! Sambung Adam dalam hati. Ingin sahaja dipeluk, dibelai dan dibawa Yana ke katil sekarang juga tetapi perasaan ego menahannya. Dia sudah tetapkan peraturan untuk tidak membenarkan Yana masuk ke dalam biliknya walau apa pun yang berlaku, dia takkan yang memungkiri janjinya sendiri. Tidak, tidak sekali-kali. Aku adalah lelaki yang berpegang pada janji.

“Tak nak. Aku nak tengok drama Korea lagi” rengek Yana pula berpura-pura ingin menggapai remote control. Dalam hatinya menyumpah seranah Adam yang langsung tidak faham apa yang cuba disampaikannya. Aku sedang menggoda kau ni, tak faham lagi? Tak nampak ke aku pakai nightgown ni hanya untuk kau? Kenapa lambat sangat pick-up, Adam? Geram Yana dalam hati. Dia mengerutkan dahinya. Rasa lain melihat muka Adam malam ini. Dalam berbalas pandangan itu, Yana melihat setiap inci wajah suaminya. Adam tahan hati mendengar rengekan Yana. Serasanya, Yana sengaja bersuara manja. Urgh!

“Eh, kenapa pipi kau ni?” soal Yana pantas berdiri dan membelek-belek pipi dan bibir Adam. Jarak yang sangat dekat antara mereka membuatkan Adam teguk liur. Wangian Yana menusuk hidungnya, merangsang naluri kelakiannya.

“Aku kata pergi tidur bukannya belek muka aku!” Adam menolak kasar tangan Yana. Yana terus kaku. Orang risau pasal dia pun tak boleh, dia muncungkan bibir.

“Tapi, muka kau...” Yana melihat bibir Adam. Berdarah! Kerisauannya mendadak naik sekali lagi. Apa yang sudah terjadi hingga pipi bengkak dan bibir berdarah? Dia sangat ingin tahu.

“Bibir kau berdarah!” Dia sekali lagi mendekatkan dirinya dengan Adam. Adam undur selangkah ke belakang.

“Pergi tidur!” jerkah Adam yang sudah semakin takut. Takut dengan dirinya sendiri. Dia takut berlaku sesuatu antara dia dan isterinya pada malam itu. Sebelum berlaku apa-apa, lebih baik dia menjerkah dan menyuruh Yana naik ke bilik dan mengunci dirinya seperti selalu. Yana masih membatu. Masih berkeras tidak mahu ikut kata Adam.

“Aku kata naik, naik!” suara Adam semakin tinggi. Ketakutan semakin menghurung dirinya. Sekiranya Yana tidak bergerak naik ke biliknya sekarang juga, dia akan hilang kewarasan, hilang pertimbangan. Nafsu dan fikirannya sudah menggila melihat setiap inci tubuh Yana yang terdedah. Tidak pernah dia melihat Yana seseksi begitu sebelum ini. Yana begitu tertutup meskipun berada di dalam rumah. Sakit hatinya mengingat kembali peraturan dan syarat yang dikenakan kepada Yana. Dirasakan seperti setiap peraturan dan syarat tersebut memakan dirinya sekarang ini. Argh!

Yana mendengus. Lambat-lambat dia bergerak menaiki anak tangga, berharap agar Adam menghentikannya. Adam mengecewakannnya. Dia langsung tidak menghentikan Yana.

Dari tempatnya berdiri, Adam hanya melihat kaki Yana yang panjang dan putih itu menaiki anak tangga. Sungguh! Dia bersumpah dalam hati. Andai sekiranya Yana berhenti dan memandangnya, dia akan menarik Yana masuk ke dalam biliknya tanpa ragu-ragu. Yana turut mengecewakannya. Dia langsung tidak berhenti atau memandang ke belakang lagi.

ADAM sengaja menjauhkan diri. Dia sedar dia semakin menjauhkan diri daripada Yana sejak Yana meluahkan perasaannya beberapa minggu yang lalu. Diasedar pengakuan tulus Yana menjadikannya seorang yang tidak siuman. Arh! Adam meraup mukadengan tapak tangan. Kusut! Buang masa je aku fikirkan benda ni. Lebih baik makan! Bisiknya. Dia mencari beg coklat yang berisi tupperware yang selalu disediakan Yana.

Eh, mana pula perginya tupperware tu?

“Farrah, mana bekal makanan aku yang aku letak kat atas meja tadi?” Adam munculkan wajah di sebalik dinding cermin kaca yang memisahkan dia dan setiausahanya.

“Eh, bos tak bawa makanan hari ni” Farrah mengingatkan. Adam berfikir sejenak. Betulke? Yana tak sediakan makanan aku hari ni ke? Ya Allah, mesti dia masih merajuk lagi. Adam kembali duduk sambil mengusap perutnya yang sudah berbunyi. Dia menutup mata sambil bersandar pada kerusi untuk menghilangkan rasa lapar itu.

Laparnya! Yana, sanggup biar abang lapar begini? Sanggup tak bekalkan abang makanan. Erk, abang?! Argh, kusut! Apa sayang dah buat dekat abang? Adam tarik nafas dalam. Dia perlu menjadi dirinya yang normal. Dia tidak mahu dibayangi bayangan Yana sepanjang masa.

Tanpa dia sendiri dapat mengawalnya, Adam melihat bantal berwarna amaranth pink dan baby blue bermain-main di mindanya. Sayup-sayup telinganya menangkap Yana menyanyikan lagu Knock Knock oleh Elizabeth Tan. Itulah lagu yang selalu dinyanyikan oleh bila bersendirian sambil menghirup Kopi O di balkoni, mengemas rumah, memasak, mencuci, melipat dan menjemur kain juga sewaktu dia menonton televisyen. Lagu kegilaan Yana menyebabkan dia hafal dan kerap menyanyikan lagu tersebut tanpa disedarinya.

Entahlah, dia sendiri tidak faham. Sejak Yana masuk ke dalam rumahnya, dia mula sukakan warna-warni. Memang pada mulanya dia memang tersangat marah apabila Yana menukar warna tema rumahnya tentang langsir, bantal kecil dan aksesori lain. Tetapi selepas Yana mengubahnya kembali kepada warna hitam, dia pula yang mahukan agar Yana teruskan dengan warna-warni tersebut. Matanya suka melihat warna-warni tersebut. Nampak cute, comel. Namun kerana ego, dia tak pernah beritahu Yana tentang perkara itu. Dia pendamkan semuanya dalam hati.

Urgh, what happened to me? This isn’t happening to me. No, I can’t accept it!

Hurm, pasal frame gambar perkahwinan tu lagi. Dia hampir terlupa tentang perkara tersebut. Satu lagi perkara yang merunsingkannya. Sebaik Yana menurunkannya pada malam hari selepas pertengkaran mereka, tanpa pengetahuan Yana, dia mengangkat frame gambar tersebut masuk ke dalam biliknya. Menggantung frame gambar perkahwinan tersebut pada dinding biliknya di tengah malam, apabila dia percaya Yana sudah lena tidur. Adam senyum sendiri mengingat peristiwa tersebut. Dalam hati dia mengakui, Yana mempunyai taste sebagai seorang interior designer yang baik. Rumah mereka pastinya cantik dengan sentuhan hiasan Yana.

Dia membuka mata cepat apabila mendengar bunyi mesej whatsapp masuk. Memeriksa pengirim mesej whatsapp tersebut. Pantas sahaja dia mengeluh, bukan daripada Yana. Daripada salah satu group info hartanah yang diikutinya. Hurm, rindu, bisiknya sebelum meletakkan semula smartphonenya di atas meja. Dia menutup mata semula. Dia rindukan rutin gambar selfie Yana yang acapkali dihantarnya ketika berada di kedai buku. Mengingatkan caption Yana yang memanggilnya dengan gelaran abang, dia senyum sendiri. Dia sukakan panggilan tersebut tetapi tertanya-tanya mengapa Yana tidak memanggilnya abang apabila mereka bercakap sesama sendiri. Malu kot? Dia sengih lagi. Begitulah kebiasaannya. Dia akan sengih sendiri apabila mendapat gambar selfie dari Yana tetapi sampai tahap itu sahajalah. Dia tak mahu menghantar gambar selfienya. Tak reti!

Dia rindu apabila sebelum keluar rumah untuk ke pejabat, Yana akan menghulur tangannya dan bersalam. Selepas itu, Yana akan mencium tangannya. Dia berasa bahagia apabila diperlakukan sedemikian hormat oleh Yana. Makin bertambah sayang abang dekat sayang kalau macam ni, bisik Adam. Erk!

Tanpa dipinta, fikirannya teringat kembali setiap bait ayat Ezzad yang dihubunginya tempoh hari.

“Oh, Lupa! Kau memang baik tahap dewa sampai belum sentuh dia pun, kan? Aku tahu kau belum sentuh dia. Semua lelaki pun tahu bezakan. Memang baik sangatlah kau ni. Kenapa tak sentuh dia lagi? Dia tak benarkan ke? Kalau aku, memang dah lama aku taste dia tu. Sebab tu aku sanggup tunggu dia janda”

Argh, kurang ajar! Ditumbuk armchair itu berkali-kali sebelum fikirannya terbayangkan tubuh Yana yang sedang tidur di atas sofa. Dengan kakinya yang panjang, mulus, bersih dan gebu membuatkan jantungnya berdegup laju. I want my wife!

“Yana...” ujarnya perlahan.

Cepat-cepat Adam membuka mata. Tak boleh jadi!

“Apa yang Yana dah buat pada abang? I need to do something!”seperti kebiasaannya, Adam menarikcoat yang terletak baik pada penyandar kerusi sebelum mengingatkan Farrah untuk menghubunginya pada nombor peribadi sekiranya ada diantara klien mereka yang menghubunginya melalui telefon syarikat mereka. Adam turut mengingatkan Farrah agar mengunci biliknya kerana dia tidak akan pulang semula ke syarikat, hendak stay di rumah, pesannya pada Farrah. Lagi pula, jam telah menunjukkan pukul empat petang. Sempat dia menyuruh Farrah dan stafnya yang lain untuk pulang awal dan jaga keluarga masing-masing untuk hari itu. Farrah melompat gembira. Tidak pernah Adam memberi mereka peluang untuk pulang awal. Lantas, Farrah cepat-cepat menyusun barang-barangnya. Ingin pulang awal berjumpa dengan dua orang anaknya yang tersayang.

ADAM mengambil kunci duplicate bilik Yana yang tersimpan baik di dalam laci almarinya. Dia sengaja menyimpan kunci bilik tersebut untuk kes kecemasan dan malang yang tak berbau. Perlahan-lahan, Adam menolak daun pintu tersebut dan mencari kelibat Yana tetapi Yana tidak kelihatan dimana-mana dalam bilik tersbeut.

Dalam hati, dia memuji sentuhan tangan Yana. Tidak pernah tahu bahawa perubahan yang dilakukan oleh isterinya sangat sesuai dan functional sekali kerana kali terakhir dia memasuki bilik tersebut adalah sewaktu menyerahkan bilik tersebut kepada Yana, kali pertama Yana menjejakkan kaki ke dalam rumahnya. Suasana bilik itu sungguh ceria. Ia mempunyai temanya yang tersendiri. Susun aturnya cantik dan functional. Peralihan udara juga berfungsi dengan baik dan haruman wangiannya menusuk hidung Adam. Warna dan kain langsir yang dipilih mengikut warna tema bilik. Aksesori dalam bilik itu pula cantik dan comel. Dan matanya tiba-tiba terhenti pada katil, tilam itu seperti memanggilnya untuk tidur di atasnya. What the?! Teriak Adam dalam hati.

Yana keluar dari bilik air dengan hanya memakai tuala separas paha. Bagaikan hendak gugur jantungnya apabila melihat Adam berada di dalam biliknya. Hendak pengsan pun ada tetapi dia berpura-pura berlagak normal, buat seperti tidak ada apa-apa yang berlaku sedangkan hanya Allah yang tahu betapa hebat degupan jantungnya saat ini. Dia berkira-kira, dalam apa keadaan sekalipun, Adam takkan sentuh dirinya atau terliur melihat tubuhnya. Adam hanya membalas budi! Buktinya adalah malam sewaktu dia sudah merancang menggoda Adam sehabis mungkin. Hmph!

Adam meneguk liur. Kali kedua dia melihat Yana dalam keadaan begitu selepas malam tersebut. Kulit Yana yang putih melepak, kakinya yang panjang dan rambutnya yang basah serta dilepaskan panjang, sejengkal lagi mengenai pinggangnya yang ramping berserta tuala yang mengikut bentuk tubuhnya menaikkan nafsu kelelakiannya. Dia merasakan tangannya bergetar, tubuhnya ikut sama. Jantungnya berdegup sangat laju tetapi dia merasakan amat tenang.

“Buat apa kat sini? Macam mana masuk bilik aku?” soal Yana yang berjalan senormal mungkin ke meja soleknya. Dia mengenakan bedak badan di setiap inci tubuhnya, kebiasaan yang dilakukan selepas mandi. Wangian bedak itu memenuhi segenap ruang bilik. Adam ketap bibir. Getaran yang maha hebat semakin dirasakan. Fikirannya sudah hilang waras.

“Abang, abang... Nak bincang sesuatu dengan Yana...” perlahan suara Adam. Dia menutup daun pintu dan menguncinnya dari dalam.

Abang? Sejak bila dia jadi gila membahasakan dirinya abang? Soal Yana dalam hati. Yana mencebik.

“Bincang apa? Aku nak pakai baju dulu. Kau boleh tunggu kat luar” Yana berjalan ke almari baju dan mencari baju yang sesuai dipakai untuk malam itu. Yana merasakan lingkaran tangan pada pinggangnya. Pipi Adam pula berada di pipinya. Nafas Adam dapat dirasakan dihembus ke pipinya. Yana kaget. Tindakan mencari baju terhenti. Dia tidak tahu apa yang dia perlu lakukan. Degupan jantungnya semakin laju.

Dia tahu Adam halal melakukan apa sahaja kepada dirinya. Dia sudah bersedia sejak dahulu lagi, sejak jatuh cinta dengan Adam yang dia sendiri tidak tahu bila. Dia rela memberikan segalanya kepada Adam. Dia mahu menjadi isteri yang baik dan solehah kepada Adam. Yana berpusing menghadap Adam. Adam sudah memandangnya lama. Pandangan mereka bertaut. Yana dapat merasakan bahawa pandangan Adam berbeza berbanding sebelum ini. Dia dapat rasakan pandangan Adam penuh dengan selautan kasih sayang dan cinta. Yana kaku dengan pandangan Adam. Sejurus itu, Adam berikannya sebuah senyuman yang tidak pernah diberikannya kepada perempuan lain

“Unbutton me!” perintah Adam.

Yana menurut, dibuka butang baju Adam satu persatu. Perlahan-lahan tangan Adam melepaskan tuala yang membaluti tubuh Yana. Lantas, Adam mengangkat Yana ke katil yang telah memanggil-manggilnya sejak dia menjejakkan kaki ke bilik itu setelah sekian lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience