BAB 4

Romance Completed 21965

IMAN IRYANA meletak dan menyusun buku itu di atas meja yang terletak di luar kedai. Strategi pemasarannya ialah, menghasilkan keinginan orang yang lalu lalang apabila terlihat tajuk atau membelek kandungan buku tersebut. Daripada takutkan buku yang diletakkn di luar kedai dicuri, dia membuat keputusan dan memberitahu staffnya agar membiarkannya. Lebih baik membiarkan pencuri tersebut mendapat sesuatu daripada buku yang dicurinya. Walaubagaimanapun, ia belum pernah berlaku hingga ke saat ini. Nampak sangat rakyat Malaysia kurang membaca dan berminat pada buku, kan?

Adam yang berkaca mata hitam duduk di dalam kereta melihat semua pergerakan Yana melalui tingkap yang bertinted lapan puluh peratus hitam itu. Dia yakin gadis yang dilihatnya itu ialah Iman Iryana, wajah yang sering muncul dalam mimpinya bersama-sama dengan Adien. Gadis itu langsung tidak menyedari bahawa pergerakannya sedang dilihat oleh seseorang dalam jarak dua ratus meter.

Patutlah kau jatuh cinta dekat dia ye, kawan. Ayu dengan bertudung labuh dan menutup aurat. Cantik! Untunglah kau kawan. Bisik Adam dalam hati.

Adam keluar dari kereta dan perlahan-lahan mendekati Yana. Yana menoleh apabila merasakan terdapat pembeli yang berpotensi sedang melihat buku-buku yang sedang disusunnya. Semua orang adalah pembeli yang berpotensi, itulah prinsipnya sejak memulakan perniagaannya beberapa tahun yang lalu.

“Cari buku apa, encik?” ramah Yana bertanya kepada pembeli yang berpotensi itu. Adam memandang Yana. Terasa degupan hatinya begitu kuat mengandaikan Adien yang tak boleh mengawal kerinduan. Lagi pula hatinya itu terang-terangan bukan miliknya, ia adalah milik Adien. Dia hanya meminjam hati Adien dan sekarang ini dia sangat yakin bahawa Adienlah yang tidak dapat mengawal perasaannya itu. Adam berlagak selamba, berpura-pura membelek buku.

“Rich dad poor dad by Robert Kiyosaki,” tidak tahu bagaimana tajuk buku itu boleh keluar dari mulutnya. Dia mempunyai semua siri buku itu, tersimpan dan tersusun rapi pada rak buku dalam bilik bacaannya di kondo. Dia tidak perlu sebuah lagi daripada siri itu, dia telah habis membaca semuanya.

Takpelah, hadiahkan dekat kawan pun boleh... gumamnya.

“Aah, buku tu? Hurm, buku tu memang bestseller. Banyak orang datang sini cari buku tu. Buku tu ada kat dalam. Jom saya tunjukkan kat encik,” Yana membawa Adam masuk ke dalam kedai dan bersama-sama berjalan ke satu sudut yang bertag Self-Improvement. Iman mengambil satu daripada siri buku Rich Dad Poor Dad dan mengunjukkannya kepada Adam.

“Ni siri yang paling latest sekali. Unfair Advantage, The Power of Financial Education. Encik boleh pilih mana-mana yang encik berkenan, nanti boleh jumpa saya kat kaunter sana,” terang Yana sambi jari telunjuknya mengunjuk ke kaunter pembayaran. Otak Adam beku dengan penjelasan daripada Yana. Semua yang diperkatakan oleh Yana seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dia tidak berminat dengan buku tersebut, minatnya lebih kepada gadis yang sedang memegang buku tersebut. Adam mengangguk-anggukkan kepalanya. Berpura-pura faham.

“I’ll take this one,” ujarnya seraya mengambil buku yang berada dalam genggaman Yana. Yana yang agak terkejut dengan tindakan spontan Adam melepaskan buku itu laju. Kekok.

“Oh, okey. Ada apa-apa lagi yang encik nak?”

“Takde, ni je” balas Adam seraya mengekori Anna ke kaunter. Adam berdiri tegak dan menyeluk koceknya, mencari dompet. Sengaja dia melambat-lambatkan pergerakan. Mahu bertanya tentang empunya diri dengan lebih lanjut tetapi dia takut dikatakan stalker dan lebih teruk lagi, a psycho! Urgh!

“Iman’s Bookstore. Nama awak Iman ke?” setelah berusaha mengumpul keberanian, Adam akhirnya mengajukan soalan. Dia sengaja mahu memulakan perbualan, mengetahui nama gadis di hadapannya adalah Iman Iryana. Iman agak terkejut dengan soalan daripada pelanggannya tetapi dia menyembunyikannya dengan baik. Dia mengangguk perlahan dengan senyuman kekok tersungging di bibir.

Tak pernah lagi pelanggan bertanya tentang nama kedai tapi lelaki ni siap mengaitkan nama kedai dengan nama aku, bisik Yana dalam hati.

“Kedai ni awak punya ke?” laju sahaja soalan itu keluar dari mulut Adam. Lidahnya terasa kelu berhadapan dengan gadis bernama Iman Iryana itu.

Bukan Adam langsung! Teriaknya dalam hati.

“Ha’ah. Saya minat buku sebab tulah saya buka kedai ni,” jawab Yana seraya menghadiahkan senyuman kepada pelanggannya. Sudah menjadi kebiasaannya akan tersenyum apabila terdapat orang yang bertanya mengenai kedainya. Ia suatu kejayaan yang sangat besar baginya, kerana tidak semua orang mampu untuk berada pada tahapnya sekarang ini. Buat seketika, Adam merasakan dunianya bagaikan terhenti dihadiahi sebuah senyuman oleh gadis di hadapannya.

Adam belum bercadang untuk mengeluarkan duit meskipun dompetnya telah berada di tangannya, dia masih mahu rancakkan perbualan, rancakkan siasatan. Yana berasa agak kekok dengan keadaan itu tetapi tetap mengukir senyuman. Apabila bekerja sendiri, menjadi ramah adalah suatu kewajipan. Ia adalah strategi pemasaran nombor satu yang dipelajarinya apabila terjun ke dalam bidang itu. Keramahan mesti ditunjukkan agar pembeli datang semula untuk ke kedainya.

“Memang minat buku? Kenapa tak hire pekerja? Saya tengok awak seorang je yang bekerja dari tadi.” Adam berpura-pura membelek beberapa batang pen yang terletak di hadapan kaunter itu, berkira-kira mahu menambah barang yang dibeli sebagai modal untuknya berbual dengan Yana. Dia mencuba pen-pen tersebut di atas kertas untuk melihat sama ada ia boleh digunakan atau tidak.

“Saya ada pekerja tapi semuanya keluar minum. Tinggallah saya seorang,” jawab Yana lagi. Dia sememangnya mempunyai beberapa orang pekerja. Hazwani, kawan baiknya dari kecil dan Farouk, sepupu yang dua tahun muda dari dirinya dan Hazwani. Ada masa tertentu, adiknya Isaac datang membantu setelah dirayu berkali-kali, bekerja sebagai part-timer. Yana melihat lelaki tersebut telah mencuba banyak pen tetapi tidak satu pun yang berkenan di hatinya.

Bilalah dia nak siap try semua pen tu? Aku nak sambung susun buku kat luar. Sehari suntuk pun tak cukup kalau memang tak nak beli, gumam Yana dalam hati.

“Bila kedai ni tutup?” Adam meletakkan dua batang pen, biru dan merah. Lagaknya seperti menyampaikan mesej; pen merah pen biru, you marah, I love you!

“Dalam jam sembilan malam.” Adam mengangguk.

“Berapa?” soal Adam seraya melihat jumlah yang terpapar pada mesin wang. Penglihatannya agak terbatas kerana tidak menanggalkan kaca mata hitamnya sejak keluar dari kereta. Sengaja berbuat demikian agar gadis itu tidak mengecam wajahnya apabila dia bertandang semula ke kedai tersebut. Hurm, ada hati bertandang lagi.

“Semuanya, tiga puluh tiga ringgit lima puluh sen,” Yana menjawab, menyambut sekeping wang kertas not lima puluh ringgit dari tangan Adam. Yana mengembalikan baki kepada Adam dan memasukkan buku dan pen tersebut ke dalam beg plastik yang mempunyai cetakan Iman’s Bookstore. Beg plastik itu beralih tangan dan Yana mengucapkan terima kasih sebelum melihat lelaki berkaca mata hitam itu berlalu pergi. Dia kemudiannya kembali menyambung kerja menyusun buku yang terbengkalai sebentar tadi.

“Adam!” teriak satu suara sebelum dia sempat masuk ke dalam kereta. Adam menoleh ke belakang dan melihat Isaac.

“Isaac!” tangan bertemu tangan bersalaman.

“Dah nak balik ke?” soal Isaac.

“Ye, singgah sini beli buku tadi.”

“Ooh... Dah jumpa dengan akak akulah ni? Tu ha, akak aku yang sedang susun-susun buku. Dah berkenalan ke? Kalau belum, aku kenalkan” Isaac berkata dalam nada mengejek sambil telunjuk kanannya mengunjuk ke arah kakaknya yang menyambung kerjanya yang terbengkalai sebentar tadi. Dia lelaki, dia tahu taktik Adam. Dia dapat menciumnya meski berada sejauh lima batu dari Adam.

Yana langsung tidak menyedari kehadiran Isaac. Isaac datang ke kedai kakaknya untuk melarikan diri daripada dileteri ibunya yang sedang marah kerana ibunya mendapat banyak mesej whatsapp tentang tawaran pekerjaan sebagai polis dan guru. Ibunya menyuruhnya untuk mengisi dan mencuba, mungkin rezekinya dalam bidang itu tetapi Isaac sendiri yang tidak mahu. Bekerja dalam sektor awam adalah perkara teratas yang paling hendak dielakkannya. Itu adalah perkara terakhir yang dia mahu lakukan dalam hidup. Dia percaya dengan keboleZeknya. Dia tahu dia semakin hampir dengan kejayaan dan ibu bapanya perlu bersabar hingga ke saat itu. Tapi untuk saat ini, dia perlukan kakaknya, Yana.

“Dah, aku dah jumpa dengan dia. Aku memang beli buku ni dari dia.”

“Jadi, apa pendapat kau tentang kakak aku?” Isaac menyengih. Adam meletus ketawa diajukan soalan sebegitu rupa.

“Eh, eh... Tak nak jawab konon?” Isaac pura-pura membuat gaya menumbuk lengan Adam bertubi-tubi. Keinginan agar lelaki lelaki di hadapannya itu menjadi abang iparnya tiba-tiba muncul.

“Cantik tak akak aku?” Adam geleng kepala dengan senyuman di bibir. “Ek eleh, geleng konon.”

“Cantiklah. Karang aku jawab tak cantik, kau jugak yang marah, kan?” Adam berpura-pura menyembunyikan kekagumannya terhadap kecantikan Iman Iryana. Suka dia melihat perempuan ayu bertudung labuh kakak si Isaac itu.

“Takpelah, aku nak chow dulu. See you when I see you.”

“Yup! Assalamualaikum...”

Erk, alim juga budak ni! Adam berbisik.

Adam hanya membalas salam Isaac perlahan sebelum meloloskan dirinya masuk ke dalam kereta. Meletakkan beg plastik di tempat duduk penumpang bersebelahan tempat duduk pemandu seraya menghidupkan kereta dan penghawa dingin. Dia kembali memerhatikan gadis yang masih tenggelam dalam kerjanya, fokus! Dan, beberapa saat kemudian, gadis itu bergelak ketawa dengan staffnya yang baru balik dari menjamu selera.

Isaac dapat menangkap pandangan mata Adam meskipun cermin kereta itu agak gelap. Adam langsung tidak menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh Isaac. Isaac senyum sendiri. Dia dapat rasakan sesuatu yang baik bakal berlaku tak lama lagi. Adam mengundurkan kereta dan keluar dari parkir, menurunkan separuh tingkap dan melambaikan tangan kepada Isaac lalu menghilang di dalam kesesakan lalu lintas.

Kawan, aku dah jumpa dia! Jangan risau, aku akan jaga dia dengan baik seumur hidup aku untuk kau. Adam berbisik dalam hati.

“Akak dah jumpa dengan kawan Isaac hari ni, kan?” Isaac berkata sebaik sahaja dia mendekati kakaknya. Kakaknya menoleh menghadapnya. Isaac ni macam hantu! Muncul tanpa sebarang bunyi langsung. Nasib baik dia tidak mudah terkejut.

“Kawan kau? Kawan kau mana satu?”

“Alah, yang datang hantar Zek kat depan rumah semalam tu. Dia baru je beli buku kat sini tadi” terang Isaac.

“Yang pakai kaca mata hitam tu?” Isaac mengangguk. Baru dia perasan Adam memakai kaca mata hitam sewaktu hendak masuk ke dalam kereta sebentar tadi.

“Pelik je akak tengok kawan kau tu, tak nak tanggal kaca mata sepanjang membeli” Isaac ketawa mengekek. Sanggup kakaknya mengatakan Adam pelik. Sungguh kejam kakaknya itu.

“Akak tak rasa macam...” terus Yana pandang adiknya dengan pandangan penuh curiga. Isaac memang suka kenakan Yana. Dunianya bagai tak aman bila tak menyakat kakaknya sendiri. Almaklumlah, hanya dua orang adik beradik.

“Apa?” soal Yana pantas.

“Ada chemistry dengan dia? Secara peribadi, Isaac sukakan dia. Isaac bukan gay, okey? Tapi personally, Isaac memang sukakan dia. Lelaki boleh tau lelaki mana yang baik dan mana yang tak, trust me.”

“Eee, gay!” Anna ketawa kuat. Untuk pertama kali dalam hidupnya, adiknya memberitahu bahawa dia sukakan lelaki. Kalau dia tahu adiknya bakal berkata begitu, sudah lama dia merakam perbualan mereka berdua yang sedang berlangsung ini. Boleh diulang bila-bila masa yang dia mahu sebagai bahan ejekannya.

“Bukan gay, akak. Tapi, akak tak terpikat ke dengan dia? Hensem, baik, kaya! Kalau Isaac perempuan, dah lama Isaac pilih dia. Orang perempuan kan, nak yang kaya je, hehe. Tapi oleh kerana Isaac ada seorang kakak yang kesunyian, Isaac rasa lebih baik kenankan akak dengan dia” seloroh Isaac, mengenakan kakaknya.

“Ada-ada jelah kau ni. Akak pun kaya apa? Ada kedai besar macam ni. Dan, kau bukannya kenal dia bertahun untuk katakan dia tu baik atau tak” Yana mempertahankan dirinya. Adiknya ini tidak tahu bersyukur.

Sepatutnya Isaac memuji dirinya kerana dapat membuka dan membangunkan sebuah kedai buku. Ini tidak, orang yang baru dikenali juga yang dipuji. Tidak semua orang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk berhenti daripada kerja tetap. Terjun dalam bisnes yang tidak tentu pendapatannya tetapi, inilah impiannya. Dia tidak mahu bekerja dimana dia perlu bangun awal pagi dan balik petang, setiap hari. Dia mahu mengatur kehidupannya sendiri dimana dia boleh bercuti pada bila-bila masa yang diinginkannya tanpa perlu memberitahu sesiapa. Dia tidak suka bekerja dimana kehidupannya seperti sudah diprogramkan. Dia juga tidak mahu diberitahu apa yang perlu dilakukannya, dia sangat bencikan bahagian yang terakhir itu. Dia tidak mahu dan dia tidak suka.

“Isaac tahulah mana lelaki yang baik dan mana yang tak. Akak je yang tak tahu, Isaac okey je kalau dia nak akak” Isaac ketawa lalu melangkah masuk ke dalam kedai. Sempat kepalanya dipukul oleh kakaknya menggunakan buku.

Isaac mengaduh! Asyik-asyik kepalanya menjadi mangsa.

PUAN MARYA menjenguk ke tingkap apabila mendengar kereta berhenti di halaman rumah. Dia tahu bunyi kereta itu tetapi hanya untuk mengenalpasti. Lama rasanya anaknya tidak menjejakkan kaki di rumah itu, mentang-mentanglah sudah diberi kebebasan. Dia tidak bersetuju dengan idea memberikan kebebasan kepada anak tunggal mereka sebenarnya. Tetapi, itu adalah permintaan anak mereka dan suaminya bersetuju. Satu kesilapan yang keduanya tidak boleh tarik semula. Puan Marya membuka pintu, memandang akanya yang keluar dari perut kereta.

“Baru jumpa jalan pulang ke rumah ke?” Puan Marya bertanya sarkastik.

“Assalamualaikum, mak,” terus sahaja Adam memberikan salam tanpa menjawab soalan ibunya. Kalau dijawab mesti akan meleret-leret. Lebih baik diam sahaja. Dia menyengih menampakkan giginya yang putih dan tersusun cantik. Salah satu bukti bahawa dia dijaga bagai menatang minyak yang penuh sedari kecil. Adam menyalami dan mencium pipi ibunya, kelaziman yang mesti dilakukan dalam keluarganya.

“Waalaikumsalam.”

“Mana ayah, mak?” soal Adam. Dia punya agenda melawat kedua orang tuanya hari itu. Dia mahu kedua-duanya berada di rumah agar dia boleh memberitahu mereka pada masa yang sama, untuk mengelakkan salah satu merajuk. Satu kelemahan baginya kerana tidak punya adik-beradik lain. Kalau ada, dia yakin dia tidak akan menjadi perhatian sangat.

“Keluar main golf dengan kawan-kawan dia, petang sikit nanti baliklah ayah kamu tu” puan Marya melihat anaknya dari atas ke bawah.

“Ni, kenapa makin kurus ni? Tak makan ke?” ibunya membelek badannya, dipusing-pusing badannya itu. Memang dia sudah semakin kurus, dia mengakui perkara itu. Tetapi bukan kurus atau gemuk yang menjadi isunya sekarang. Dia akan menjadi semakin berisi dan mamanya akan melonjak gembira apabila dia memberitahu berita yang bakal mereka bincangkan sebentar lagi. Adam yakin, seratus lima puluh peratus!

“Mana ada makin kurus. Badan Adam memang begini dari dulu, kan?”

“Kamu jangan tak makan, Adam, lagi-lagi makanan yang berkhasiat. Nanti karang mak suruh ayah kamu tarik kamu balik sini baru kamu tau,” ugut Puan Marya. Adam menyengih sahaja sedangkan hatinya dah naik malas hendak mendengar ugutan mamamnya. Mak dan papanya masih melihat dia seperti seorang anak kecil berusia lima tahun. Dia rimas disamping keinginan untuk menunjukkan bahawa dia tidak perlu dirisaukan lagi. Dia mahu tunjukkan kepada kedua orang tuanya bahawa dia boleh berdiri pada kaki sendiri. Itulah sebab terbesarnya meminta kebenaran keluar dari rumah. Adakalanya dia diperlakukan seperti anak perempuan. Nasib baik masih straight! Bisik Adam gila.

“Adam makanlah, makanan berkhasiat pun Adam makan. Dah kurang ambil snek. Mak jangan risau, Adam tahu bila nak makan,” luah Adam seraya duduk di sofa dan mengambil remote control yang terletak di atas meja. Dia berasa seronok dapat duduk di sofa dan berada di rumah. hanya duduk relax, mengendurkan segala otot-otot yang penat bekerja untuknya dan menonton televisyen. Kehidupan couch potato yang dia tinggalkan dalam lingkungan umur awal dua puluhan. Dia rindukan kehidupan tersebut. Dia mencari-cari rancangan terbaik tapi, fikirannya bukan disitu. Fikirannya melayang jauh ke topik yang hendak dibincangkan dengan ayah dan ibunya sebentar lagi. Tunggu ayah pulang dulu, habiskan cerita sekali, Adam merancang dalam hati.

“Makanan tengah hari tadi masih ada kat dapur. Adam nak makan? Mak panaskan,” pelawa ibunya. Adam menggeleng. Dia sudah makan bersama dengan klien sebelum menginjakkan kaki di rumah tersebut. “Mak risau tengok kamu ni,” Puan Marya mengambil tempat bersebelahan Adam.

“Apa lagi yang mak nak risau? Adam dah sihat sekarang ni, dah tak sakit dah. Adam bukan Adam yang dulu. Janganlah risau,” Adam membuat gaya peace kepada ibunya. Inilah sebab mengapa dia malas hendak pulang ke rumah. Dilayan seperti budak kecil sedangkan realitinya dia sudah berusia tiga puluh tahun.

“Betul tak sakit? Jangan kerja keras sangat macam dulu,” Adam mengangguk.

“Adam ni lelaki, ma. Kenalah kerja keras untuk isteri dan anak-anak,” Adam menyengih.

“Hish, isteri dan anak-anak pun belum ada. Angan-angan.”

“Kenalah kerja keras nak kahwin. Bila dah kahwin, boleh spend masa dengan famili je, tak payah keluar kerja lagi” dia menyengih.

“Adam nak kahwin ke?” tepat masa itu, kedengaran bunyi kereta ayahnya memasuki perkarangan rumah.

Good timing, dad!

Adam bersyukur kerana ayahnya telah menyelamatkannya daripada mendengar kerisauan berjela-jela daripada ibunya. Dia tidak pulang untuk mendengar bait ayat kerisauan daripada mamanya. Sekali lagi puan Marya berdiri, menyambut kepulangan suaminya di muka pintu.

“Tak sangka jumpa kamau kat rumah ni, Adam. Pandai jugak kamu balik rupanya, ingatkan dah lupa jalan pulang,” suara ayahnya kedengaran di muka pintu. Encik Ryan tahu Adam berada di dalam rumah apabila melihat keretanya berparkir baik di halaman. Kedua orang tuanya berkata perkara yang sama, nampak sangat dia jarang menampakkan batang hidung di rumah orang tuanya. Sibuk, itulah alasannya selalu.

“Takdelah kot sampai lupa jalan pulang rumah. Dah dua puluh dua tahun kot Adam tinggal kat sini,” Adam mendekati ayahnya, bersalam dan mencium tangan tua itu..

“Apa yang buat kamu pulang rumah ni? Ayah smells something fishy. Kalau tak, mustahil nak nampak batang hidung kamu kat rumah ni,” soal ayahnya apabila mereka bertiga duduk di sofa. Kata-kata ayahnya sedikit sebanyak terkesan di ulu hatinya. Apa-apa pun, ia memang kesalahannya kerana jarang pulang ke rumah. Dia menarik nafas. Tidak tahu bagaimana untuk memberitahu niat sebenarnya pulang ke rumah pada hari itu.

“Apa dia?” soal ayahnya lagi apabila Adam langsung tidak bersuara.

“Adam... Nak kahwin,” jawab Adam lambat-lambat.

“Hah?! Apa dia? Adam nak kahwin?” puan Marya terkejut. Dikalih pandangannya daripada Adam ke suaminya dan ke Adam semula, tak percaya. Pertama kali dalam hidupnya mendengar ayat yang pling indah keluar dari mulut anak tunggalnya. Tidak percaya apabila mendengar ayat tersebut keluar dari mulut anak tunggal bujangnya itu. Dia dapat rasakan dia boleh pergi dengan tenang bermula saat itu.

“Ya Allah, syukur! Anak aku nak kahwin jugak akhirnya” puan Marya keseronokan sendiri. Dia sudah mula membayangkan hidupnya bersama dengan cucu-cucu yang comel. Selama ini, dia telah memperkenalkan beberapa anak perempuan kepada Adam tapi semuanya ditolak mentah-mentah oleh anak bertuahnya itu. Tanpa melihat kepada foto yang dibawanya pulang dan tidak menghadirkan diri dalam temujanji yang dia telah bersusah payah aturkan, Adam terus sahaja menolak calon-calon tersebut tanpa mengambil dan menyimpan nombor telefon mereka. Namun kali ini, tidak disuruh pun dia menawarkan diri. Benarlah kata orang bahawa seorang perempuan mampu mengubah segalanya. Tidak sabar rasanya menemui gadis pilihan anaknya itu.

“Dengan siapa? Kalau dengan si Linda mak tak berkenan. Cari orang lain”

Erk, Linda? Adam menggeleng. Dia pun tidak berkenan dengan Linda. Satu insiden menerpa ke dalam fikirannya. Linda, perempuan yang ibunya beriya-iya sangat kenalkan. Satu-satunya temujanji yang dia hadirkan diri; pertama dan terakhir. Insiden yang menyebabkannya tidak mahu mengenali mana-mana perempuan yang diperkenalkan oleh ibunya lagi. Cukuplah sekali!

Mulanya nampak sangat sempurna. Dia akui, dia terpesona dengan kecantikan dan kejelitaan perempuan yang duduk dihadapannya. Ayu, sangat ayu! Tetapi dalam sekelip mata, semuanya berubah saat ‘perempuan’ itu bersuara memperkenalkan dirinya. Sungguh dia tidak percaya. Dia bertemujanji dengan seorang lelaki! Hendak nangis pun ada mengenangkan peristiwa tersebut. Dia sendiri berasa hairan mengapa ibunya tidak boleh mengecam samada Linda adalah perempuan atau lelaki. Lebih teruk lagi, dia sendiri tidak dapat membezakannya. Selepas itu, Adam tidak sekali-kali menerima mana-mana perempuan yang diperkenalkan oleh ibunya. Berbulan dia berusaha melarikan diri dari lelaki tersebut. Urgh, simpang malaikat empat puluh empat. Dia masih straight! Nauzubillah!

“Erk, ma? Seriously, Linda? Adam pun tak berkenan dengan dia. Adam rela tak kahwin. Nak muntah!” Adam berasa geli. Digegar-gegarkan dirinya tanda tidak mahu. Linda, pandai sungguh mencari nama! Gerutunya dalam hati.

“Tapi, perempuan ni Adam sendiri tak kenal. Adam baru jumpa dia sekali. Kalau boleh, Adam nak bawa mak ayah jumpa keluarga dia, merisik,” terang Adam perlahan, bermain-main dengan jemarinya. Malu! Dia tidak pernah malu begini di hadapan kedua orang tuanya selama dia hidup.

Memang semua lelaki malu mengaku nak kahwin dengan ibu bapa masing-masing kot, bisik Adam dalam hati.

“What’s her name?” tanya ayahnya pula.

“Iman Iryana.” Adam melihat ayahnya diam, tenggelam dalam berfikir.

“Macam mana kenal dengan dia?”

“Kawan” ... yang dah mati yang kenalkan. Dan lebih teruk lagi, Adam sedang gunakan hati kawan tu sekarang ni, Adam sambung dalam hati. Biarlah rahsia sebenar hanya dirinya dan Ab sahaja yang tahu.

“Ayah on je kalau kamu dah suka dengan dia. Untuk apa lambatkan perkara yang baik. Jadi, bila rancang nak pergi rumah Iman ni?” ayahnya menekankan perkataan Iman Iryana. Pertama kali mendengar keinginan hendak berkahwin daripada anak tunggal lelaki mereka. Biasanya apabila ditanya jawapan Adam hanyalah, tak sedia lagi.Tidak sabar rasanya melihat bakal menantu yang berjaya mengubah fikiran anaknya itu.

“Esok ayah free tak?”

“Macam tak menyempat pula kamu ni,” kedua-dua orang tuanya senyum mengejek. Adam malu sendiri. Memang tak menyempat, pa. Takut nanti Adam tak sempat balas budi, bisiknya dalam hati

“Ayah boleh ambil cuti untuk kamu”

“Thanks, pa!” sedari Adam kenal erti hidup, dia tahu ayahnya akan cuba meluangkan masa untuknya tidak kira betapa sibuk. Adam terharu. Berdoa dalam hati agar semuanya dipermudahkan dengan keredhaan daripada kedua orang tuanya.

“Dia tahu ke kamu nak datang?” Adam tepuk dahi. Oops! Adam menggeleng. Seperti baru tersedar dari realiti, baru perasan yang dia tidak memberitahu sesiapa termasuk Isaac tentang kedatangannya itu. Nombor telefon Isaac pun tidak dimilikinya. Lantaklah! Sekiranya esok dia membuat lawak bodoh di hadapan rumah gadis itu, dia tidak kisah. Targetnya cuma satu, hendak cepat-cepat berkahwin dengan gadis bernama Iman Iryana samada gadis itu mahu atau tidak. Dia mahu membalas budi Adien!

“Tak kisahlah. Adam tahu mana rumah dia” jawab Adam lemah.

“Kamu dah datang rumah dia buat apa nak datang risik lagi? Tunang teruslah” Encik Ryan mencadangkan.

“Tak, Adam tak datang rumah dia merisik. Adam cuma tahu bagaimana nak sampai kat rumah dia, tu je” Adam menerangkan keadaan sebenar agar tidak timbul perselisihan faham antara mereka.

“Kalau begitu jam sepuluh esok kita mula gerak. Bagitahu pak long Rayyan kamu untuk join sama. Kalau dia tak available, ajak pak ngah Aryan kamu. Diorang lebih arif dan banyak pengalaman kahwinkan abang-abang sepupu kamu dan si Abraham tu. Bagitahu cepat sikit supaya kita boleh cari orang lain kalau diorang tak available” Encik Ryan berdiri.

“Tak sangka ayah akhirnya waktu ni datang jugak. Ingatkan kamu dah tak nak kahwin dah” sambung ayahnya lantas berjalan ke dapur. Adam melihat ibunya juga turut sama menyengih. Ayahnya sengaja mengejek dirinya.

Hurm, mak ayah. Adam takkan buat perkara gila ni kalau Adam tak guna pakai hati Adien ni. Dia membolehkan Adam untuk terus hidup bersama mak dan ayah. Adam hanya balas budi dia...

“Mak tak sabar nak jumpa Iman Iryana yang mampu buatkan kamu tukar fikiran, Adam,” ibunya memulakan perbualan, hendak mengorek rahsia daripada anaknya meski dia tahu anaknya itu seorang yang perahsia.

“Mak akan terkejut nanti.” Adam gelak.

“Kenapa pulak?”

“Sebab dia akan blow up mak’s mind. She isn’t like any other girls yang mak asyik kenalkan kat Adam,” dia sengih.

“Hurm, kita tengok esok. Kena lulus ujian mak jugak.”

“Betul Adam cakap, mak akan bagi dia seratus dua puluh peratus!” sengihannya makin lebar seraya berdiri pantas.

“Nak ke mana tu? Mak hasn’t finished talking, Adam!” tahu benar Puan Marya dengan tabiat Adam, suka mengelak apabila disoal. Banyak yang ingin disoalkannya; bagaimana jumpa, berapa umur, apa kerjanya dan banyak lagi.

“Penat, mak. Tunggu esok semua persoalan mak akan terjawab. Naik atas dulu, nak tidur.” Adam meniti dua anak tangga sekaligus. Sangat penat dirasakan sejak kebelakangan ini, mencari senarai pembeli unit kondominium tersebut, apatah lagi apabila kawan barunya yang bernama Adien kerap muncul dalam mimpi membuatkan tidurnya selalu terganggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience