Bab 8 Lupakan

Drama Completed 144103

Mereka pulang semula ke pejabat dengan perut yang kekenyangan selepas menjamu selera sebentar tadi. Kereta dipandu Syeril memasuki ruang tempat letak kereta di pejabat itu. Berjalan memasuki ruang pejabat.

"Ohh..ya Cik Syeril, tadi Tan Sri ada cakap nak jumpa Cik Syeril dibiliknya. Entah apa yang mahu dibincangkan." Suri memberitahu.

"Ada apa Tan Sri nak saya buat? Jangan pasal Tengku Adam sudah. Saya tak ada masa." jawab Syeril selamba.

"Ehem..ehemm.."

Satu suara yang baru memasuki ruang pejabat berdehem. Semua berpaling ke arah suara tersebut.

"eh..terima kasih Cik Syeril. Sedap sangat makan di restoran tadi tu. Nanti boleh lah Cik Syeril belanja lagi." Puji Imran sengaja membuat Reza cemburu lagi.

"betul tu. Sedap sangat." kata Suri pula. Mereka berdiri betul-betul di hadapan kaunter pertanyaan di pejabat itu.

"Boleh jer. Nanti saya bawa ke tempat lain pulak. Dah..pergi buat kerja masing-masing." Syeril pula berjanji.

Arahan Syeril dipatuhi. Suri dan Imran kembali melaksanakan tugas masing-masing. Manakala Reza masih tercegat berdiri di pintu utama itu sambil matanya asyik merenung atas bawah tubuh Syeril.

Giliran Syeril pula melangkahkan kaki untuk memasuki ruang pejabatnya. Namun Reza merentap tangannya ke dalam pelukannya.

" Cik Syeril saja kan nak sakitkan hati saya? Untuk pengetahuan Cik Syeril, saya tak heran walau sikit pun. Tak payah nak berlagak sangat." Bisik Reza ditelinga Syeril.

Wajah tampan lelaki itu ditenungnya. Terasa hangat didalam pelukan tersebut. Syeril cuba melepaskan diri, namun khudrat seorang wanita tidak setanding lelaki.

"Hei..Tenuk!! Kau dengar sini yer. Aku pun tak heran lah. Kau ingat kau ni handsome sangat ker? ingat kau ni perfect sangat lah? Hei..!! aku tak perlukan lelaki macam kau pun untuk habiskan sisa-sisa hidup aku ni."

Tubuh Syeril dilepaskan. Sakit benar hati Reza saat ini. Yang diharapkan adalah kata-kata rayuan dari Syeril untuk mendapatkan tempat dihatinya. Namun sebaliknya yang diperolehi.

" Cik Syeril ni memang perempuan yang tidak sedar diri ker?."

"Awak nak cakap apa lagi Reza? cukup dengan hinaan awak selama ni. Sakit yang berparut ni saya ubati sendiri. Dan saya bangkit sendiri setelah awak pijak-pijak saya. Awak ingat saya main-main ker dengan tawaran tu. Waktu tu memang saya berhasrat untuk jadi isteri awak sebab hati saya jatuh cinta. Tapi kata-kata hinaan yang saya terima. Saya akan berundur demi melupakan awak meskipun awak tak pernah rasa apa yang saya rasa. Awak tolong berhenti sakitkan hati saya. Saya tak ganggu awak. Awak boleh kerja disini dan tak perlu hiraukan saya."

Airmata bercucuran jatuh membasahi pipinya. Reza terkedu dan diam seribu bahasa. Sungguh dia mahu menyeka airmata yang bercucuran jatuh itu. Namun sungguh berat tangannya bertindak.

Rasa serba salah membelenggu Reza. Ketulusan hati Syeril benar-benar telah menyentuh hatinya. Syeril terus melangkah dan membiarkan Reza bersendirian di situ. Seorang pekerja yang berada di kaunter pertanyaan itu sekadar mengintai-intai dibalik komputer.

"Cik..tumpang tanya. Dimana saya boleh jumpa dengan Cik Syeril Dania? Nak hantar pesanan ni pada dia." soal seorang lelaki yang sedang memegang sejambak bunga.

" Ni untuk Cik Syeril ker? Dari siapa?." soal Reza pada lelaki yang membawa sejambak bunga itu.

"ohh..itu rahsia. Encik boleh tolong panggilkan Cik Syeril ?." pinta lelaki itu lagi. Reza bertambah berang.

"ni untuk Cik Syeril ker? bak sini saya sampaikan. Saya PA dia." Suri pula mencelah. Reza masih berdiri disitu menanti tindakan apa yang harus dilakukan.

"bagi aku lah. Biar aku yang kasi." jambakan bunga di tangan lelaki itu dirampas oleh Reza dan berlalu pergi.

"ehh..cik...Encik.. tandatangan dulu." jerit lelaki itu.

"biar saya yang sign." Suri menandatangani dihelaian kertas itu. Reza menghilangkan diri memasuki ke bilik Syeril.

Suri tersenyum kegirangan. Imran melulu keluar dari biliknya dengan ketawa kecil. Masing-masing terhibur dengan sikap cemburu Reza itu. Benar rasa cinta pada Syeril nampak dengan mata kasar. Cuma ego yang menguasai diri.

Reza melemparkan jambakan bunga itu diatas meja Syeril. Beberapa helaian ros merah tertanggal dari tangkainya. Wajah Reza merona merah kerana amat sakit hatinya saat ini.

"apa masalah awak ni Reza. Nak bagi bunga pun agak-agak lah. Cara tu biar betul." Syeril yang sedikit terperanjat itu duduk bersandar di kerusinya.

"Tak ada masa lah saya nak belikan bunga-bunga macam ni. Membazir jer. Baik saya simpan duit untuk beli Lamborghini." Reza dengan lagak sombongnya. Rasa ego tetap menguasai.

"habis tu siapa yang bagi. Awak ambil dimana jambak bunga ni?." soal Syeril lagi.

"Aku ambil tadi. Ada orang hantar. Sekarang ni aku cuma nak tahu sejauh mana hubungan kau dengan Tengku Adam?." Reza menarik kerusi lalu duduk mengadap Syeril yang sedang tersenyum itu.

"Aku dengan Tengku Adam kan dah nak kahwin. Apa masalah kau." jawab Syeril selamba.

"Arghh..bohong !!. Aku tak percaya. Kau tak kan kahwin dengan dia." gertak Reza sambil menepuk meja itu.

"Awak ni dah gila ker Reza. Kalau nak mengamuk macam ni dalam bilik saya, saya akan report pada ahli lembaga pengarah untuk pecat awak. Saya ni anak Tan Sri Zainal. Pemilik hotel ni. Awak sedar diri sikit."

Reza terkedu dengan kata-kata itu. Lantas bangun berdiri lalu melangkah keluar dari bilik tersebut. Pintu bilik itu dihempas kuat. Api kemarahan menyala-nyala. Entah mengapa emosinya sedikit terganggu apabila melihat Syeril tersenyum bahagia.

'kau akan tahu nasib kau.' Reza merengus tidak berpuas hati. Senyuman Syeril membuatkan hatinya makin sakit dan pedih.

**************************************

Anis dibawa masuk ke dewan bedah untuk dirawat bahagian yang tertusuk pisau itu. Namun, hatinya tidak tenteram memikirkan Sofea Zalia.

'Maafkan ibu sayang. Ibu gagal lindungi Sofea. Ibu harap Sofea kuat untuk ibu. Ibu akan berjuang membela keadilan untuk awak sayang. Ibu janji lepas semua ni selesai, ibu akan bawa Sofea jauh dari sini. Kita hidup dengan bahagia yer nak.'

Berkata Anis dalam hati. Kain yang menyeliputi tubuh itu rasa diselak dari belakang. Kedengaran bunyi alatan membedah berirama.

Satu benda tajam menusuk di belakangnya. Mata kian tertutup. kalah dengan penangan bius. Kini tubuh itu mula dibedah. Anis kaku tanpa suara dan gerakan anggota tubuhnya.

***************************************

Suri berjalan memasuki bilik Syeril.

"Cik Syeril..dah jumpa Tan Sri ke belum? Tan Sri tengah tunggu tu."

"Oppss..saya lupa. Okay saya pergi sekarang. Thank you Suri ingatkan saya." Syeril bangun dari dudukannya.

Syeril bergegas ke ruangan pejabat bapanya di tingkat atas. Menaiki lif peribadi.

Sesampainya dia di tingkat itu, kelihatan beberapa orang ahli lembaga pengarah keluar dari bilik Tan Sri Zainal.

'Mengapa semua berkumpul di sini. Aku tak tahu pun. Apa yang mereka bincang sebentar tadi?."

pelbagai persoalan bermain di mindanya. Dia masuk ke dalam bilik itu setelah semua ahli lembaga pengarah mengundurkan diri. Kaki melangkah masuk dan wajah Tan Sri Zainal ditenungnya. Tan Sri Zainal melemparkan senyuman.

"Maaf pa.. Syeril ada hal sikit tadi di bawah. Ada apa papa panggil Syeril?."

"Duduklah dulu. Papa ada hal nak bincang. Papa harap Syeril setuju." Kata-kata Tan Sri Zainal membuatkan hati Syeril bergelora saat ini.

' papa nak jodohkan aku dengan Tengku Adam si mangkuk tingkat tu ker?. Matilah aku.' Kata Syeril dalam hati. Jari jemarinya diramas-ramas. Melabuhkan punggung dikerusi berhadapan dengan bapanya.

"Apa pa?." Masih menanti perkhabaran dari bapanya itu.

"Papa nak Syeril dipindahkan ke Kuching. Handle hotel disana yang baru kita beli. Papa dah berbincang dengan semua ahli lembaga pengarah dan mereka bersetuju untuk memindahkan Syeril ke sana. Papa harap Syeril setuju."

Syeril terdiam seketika. Wajah bapanya direnung. Benar apa yang dilihat dengan mata kasarnya. Tan Sri Zainal mengharapkan persetujuan darinya.

"Syeril akan pertimbangkan. Insyaallah..Syeril akan bantu papa naikkan lagi nama company." kata Syeril.

Mungkin dengan cara ini aku dapat lupakan Reza. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku. Aku akan cuba menghakis nama Reza sedikit demi sedikit.

next chapter esok pulak yer..maaf yang menunggu. Amyz syg semua.. Follow ig Amyz_Nazifa96

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience