Bab 6 Tenuk

Drama Completed 144103

Syeril menuruni anak tangga itu dengan penuh rasa gelisah. Wajah Sofea bermain-main di fikirannya. Meskipun kejadian itu sudah dua hari berlalu, namun ia masih segar diingatan. Berjalan menuju ke arah meja makan yang kini dipenuhi dengan juadah untuk sarapan pagi. Dia mula ke pejabat selepas dua hari bercuti hujung minggu.

Tan Sri Zainal dan Puan Sri Tania memandang gelagat anak gadis mereka itu dengan kerutan didahi.

"kamu ni kenapa Syeril? ada masalah ker?." soal Tan Sri Zainal.

"kenapa papa tanya macam tu? Syeril nampak kusut sangat ker?." Syeril memandang wajah ibu bapanya itu.

"Baju tu memang fashion atau kamu silap sarungkan?." Soal Puan Sri Tania pula.

"ehh..baju ni..yer lah. Syeril silap pakai. Kejap Syeril naik tukar." Beg tangannya diletakkan diatas meja lalu berlari meniti anak tangga untuk menukar semula baju yang terbalik itu dengan rasa malu.

Puan Sri Tania dan Tan Sri Zainal ketawa keriangan.

"kenapa la dengan si Syeril tu. Angau dengan Tengku Adam ker?." Tawa Puan Sri Tania terhenti dengan pertanyaan dari suaminya itu.

"Tak ada maknanya dia angau dengan Adam tu. Dia tak suka lah abang dengan si Tengku Adam tu. Saya pun tak suka." jelas Puan Sri Tania sambil menyuapkan sesuap bihun goreng ke dalam mulutnya.

"kenapa tak suka? Saya tengok Tengku Adam tu okay jer. Berjaya dalam bisnes pulak tu. Kita pun boleh sama-sama kongsi ilmu perniagaan." Tan Sri Zainal masih mempertahankan kedudukan Tengku Adam.

"Saya tak suka. Nampak macam bukan lelaki yang baik untuk Syeril. Danish pun tak nak ber'abang iparkan Tengku Adam tu tau." jelas Puan Sri Tania. Sememangnya naluri seorang ibu tidak pernah salah.

"Suka hati awak lah. Yang penting bisnes saya tidak terganggu."

Perbualan itu terhenti disitu. Syeril turun semula dan duduk di meja makan tersebut. Mengambil sepotong sandwic lalu dimakannya. Suasana diam tanpa suara.

Usai sarapan, Syeril ke pejabat seperti biasa. Gemar memandu sendiri daripada dihantar oleh pemandu atas dasar keselesaan dan kebebasan.

Reza turun dari keretanya dengan lagak macho. Beg dibimbit serta kot bersidai di lengan. Sebaik sahaja melangkahkan kaki, kereta milik Syeril tiba. Terhenti langkahnya.

Syeril turun dari perut kereta tanpa menoleh langsung ke arah Reza. Dia menyerdari bahawa Reza sedang memandangnya. Berjalan dia menuju ke pintu utama pejabat itu. Suri sedang menunggu di muka pintu dengan senyuman.

'Dia tak nampak aku ker? Atau dia buat-buat tak nampak?. Mustahil tak nampak. Dia lalu depan aku kot. Asal aku rasa sakit bila dia tak endahkan aku err..?.' Omel Reza sendiri.

Kaki yang tadinya berhenti melangkah kini mula menapak semula. Bingkas berjalan mencari susuk Syeril yang kini telah masuk ke dalam pejabat itu yang hanya meninggalkan haruman minyak wangi.

Reza menyedut haruman itu sambil berjalan. Namun dia terlambat kerana Syeril sudahpun masuk ke dalam biliknya.

"WOii..!! hidung tu kembang kempis, kembang kempis kau hidu apa? Minyak wangi Cik Syeril ker Cik Reza oii." kata salah seorang staf pejabat itu yang bernama Imran pada Reza. Kelakuan Reza sebenarnya di perhatikan oleh Imran sejak dia mula keluar dari kereta sebentar tadi.

"pandai-pandai jer kau ni. Dah lah. Pergi buat kerja kau. Sibuk jer." Merona merah wajah Reza. Memasuki ruang biliknya lalu pintu ditutup rapat.

*********************************

Api kemarahan Zaki membuak-buak selepas dia mengetahui bahawa Syeril datang dan memberi bantuan buat isteri dan anaknya itu.

Habis pinggan nasi dan lauk pauk dilemparkan. Anis mula menggigil.

"kau saja nak malukan aku kan? kau ni memang perempuan sial tau tak."

Satu tendangan hebat menghinggap di tubuh Anis yang sedang berdiri berhampiran meja makan itu. Tertiarap jatuh sembah lantai. Hidungnya berdarah.

"tolong saya, abang. Saya sakit." Anis meraung kesakitan. Kaki Zaki masih ligat beraksi. Dia terus menendang tubuh isterinya tanpa henti. Sofea menangis kerana terkejut dengar pekikan kedua orang tuanya.

"kau ni pun lagi satu. Asyik menangis jer. Mari sini aku kerjakan kau." Tangan Sofea direntap Zaki. Pipi gebu itu dilempang berkali-kali. Dicubit peha kecil itu.

Anis cuba kuatkan diri bangun untuk selamatkan anaknya. Sakit semua satu badannya, namun tetap menggagahkan diri bangun demi Sofea Zalia.

"abang...tolong berhenti. Sofea kecil lagi tak tahu apa-apa." Tangan Zaki ditarik-tariknya untuk melepaskan Sofea. Sofea menangis hingga tiada lagi suara.

Dilemparnya bayi kecil itu masuk ke bawah meja. Sofea bayi yang belum kenal erti kehidupan juga dibelasahnya. Anis terus menerpa ke arah Sofea. Diambil tubuh kecil yang kini longlai itu kedalam pelukkan.

"maafkan mama sayang. Mama gagal lindungi Sofea." menangis kesakitan kedua-dua beranak itu. Anis memeluk tubuh Sofea erat. Titisan airmata mengalir tanpa henti.

"Arrghhh.. Allahuakbar..!!"

Anis merasa bahagian belakangnya tertusuk objek tajam. Namun Sofea tetap didakapannya erat.

Zaki menarik pisau itu dari tubuh isterinya. Dilemparkan pisau itu ke penjuru dapur. Darah mengalir keluar. Zaki terus tergopoh gapah melarikan diri.

Anis mengucap kalimah Allah tanpa henti. Hanya padanya tempat meminta pertolongan kali ini. Tubuh Sofea sudah mula kebiruan lebam.

Anis menggagahkan diri bangun untuk meminta pertolongan. Merangkak ke arah pintu dapur. Sofea tetap dengan esakan tangisnya.

***********************************

"Cik Syeril..Saya dah confirm kan kelas dengan coach Zarul tu. Start hari selasa. Jam 5pm hingga 7pm." jelas Suri pada majikannya.

"okay.. thanks Suri." jawab Syeril dengan satu senyuman.

Dia bertekat untuk turunkan berat badan dengan cara yang sihat. Kerana itulah dia arahkan Suri untuk mendapatkan kelas bersenam untuknya.

"Cik Syeril..!! saya nak tanya sikit boleh?." soal Suri.

"tanya apa? pasal si tenuk tu lagi ker?."

"tenuk? Cik Syeril panggil dia tenuk." Suri melepaskan tawa kecil.

"memang patut pun saya panggil macam tu. Layak sangat dengan muka dia." jawab Syeril sambil membelek-belek isi fail ditangannya.

"Saya perasan tadi Cik Syeril buat-buat tak endah dengan dia. Kesian dia. Dia perhatikan jer Cik Syeril jalan masuk office tadi."

"yer..saya nampak sebelum saya parking kereta lagi. Saya saja tak hiraukan dia. Biar dia rasa macam mana saya rasa bila dia sakiti hati saya." balas Syeril dengan satu senyuman sinis.

"betul tu. Dia ingat dia lah lelaki paling kacak di dunia ni. Berlagak sangat. Ohh.. sebelum saya keluar ni, saya nak bagitahu yang Tan Sri Zainal nak jumpa dengan Cik Syeril lepas lunch nanti dibiliknya.

"Tan Sri nak jumpa? kat rumah tadi tak cakap apa-apa pun. Tak apa lah. Nanti saya ke bilik dia. Awak boleh keluar buat kerja awak."

"baiklah..saya keluar dulu Cik Syeril."

Syeril sekadar mengangguk. Suri bangun dari duduknya lalu melangkah keluar dari bilik itu. Syeril fokus dengan kerjanya.

Angkuh sangat kan Reza? ambik kau. Syeril dah menyampah dengan kau. Padan dengan muka kau. hihihi.. pada yang membaca tqsm..pada yg donate tu semoga Allah memurahkan rezeki awak yer. tq awak semua.. Untuk Bibikku jantan macho Amyz tak sempat nak publish atas kesibukan dan memberi tumpuan pada Goodbye Chubby. Tapi doakan Amyz supaya dapat teruskan menulis yer.. follow ig Amyz_Nazifa96

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience