Bab 23 Pujukan

Drama Completed 144103

Reza cuba menghubungi Syeril namun tidak berjawab. Di dailnya nombor itu berkali-kali tanpa jemu. Dia harus gigih berusaha merebut hati Syeril kembali.

Syeril pula sekadar tersenyum riang melihat telefonnya berdering dan terus berdering. Rasa sedikit terhibur apabila melihat nombor yang tertera di skrin telefon itu.

Kali yang entah ke berapa barulah tergerak hatinya untuk menjawab panggilan itu. Skrin dileretnya. Panggilan disambungkan.

"Hello..!! Awak ke mana? Puas saya call awak." soal Reza menarik nafas panjang.

"Awak tak ada kerja lain ker? ni call saya nanti boyfriend saya marah tau bila dia tahu." jelas Syeril sekadar sakitkan hati Reza lagi.

"Boyfriend ?. Awak tipu kan? awak saja cakap macam tu supaya saya tak dekat dengan awak lagi. Betul tak?." Reza cuba menidakkan.

"Saya tak main-main. Saya dah ada boyfriend. Awak tolong lah lupakan saya. Saya ni dulu hina sangat di mata awak. Saya bawa diri jauh ke Kuching untuk lupakan awak Reza. Saya harap awak pun boleh hapuskan rasa cinta tu." Kata Syeril dengan nada lembut dan sayu.

"Saya tahu awak masih cintakan saya Syeril. Tolong lah maafkan saya. Beri saya peluang untuk temani hari-hari awak. Saya nak tebus semua kesalahan saya pada awak."

"Dah terlambat Reza. Saya dah tawar hati. Mungkin memang takdir kita tidak bersama. Awak boleh cari perempuan yang lebih elok dari saya. Hari ni mungkin saya dah kurus. Esok bila dah beranak pinak mungkin badan saya akan naik semula. Dan waktu tu saya tak mahu suami saya berpaling arah. Saya tak boleh terima." jawab Syeril dengan seikhlasnya.

"Saya tahu dulu silap saya. Saya abaikan rasa hati awak. Bila saya balik ke rumah, wajah awak selalu datang dalam minda saya. Waktu tu saya tak sedar yang saya sebenarnya cintakan awak Syeril." Jelas Reza untuk memujuk hati gadis itu.

"Entah lah..saya rasa serik nak nak percaya dan berharap. Saat saya ingatkan semua kata-kata hinaan awak, saya akan menangis memeluk lutut bila malam menjelma. Dan waktu tu hanya tuhan saja yang tahu bagaimana hati saya ni rasa pedih. Awak cinta pertama saya Reza...Entah sampai bila saya akan terus mencintai awak. Tapi untuk peluang kedua, hati saya masih belum terbuka. Maafkan saya." Syeril menitiskan airmata. Rasa pedih mula terasa. Sungguh dia masih terluka.

"Syeril Dania..! Izinkan saya tebus kesalahan saya. Dan biar saya rawat hati awak yang saya lukai. Saya sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan hati awak Syeril. Saya benar-benar cintakan awak." kata Reza merayu. Airmata jantannya turut mengalir derasnya.

Syeril terdiam seketika. Peluang kedua untuk Reza masih belum terhasil dibenak fikirannya. Kini kesihatan bapanya menjadi keutamaan. Soal hati dan perasaan mungkin yang terakhir akan difikirkan selain hal pejabat.

"Kita tetap jadi kawan. Saya akan jadi kawan awak yang sedia mendengar setiap masalah awak. Saya harap awak sudi menjadi kawan saya." Syeril cuba tenangkan hatinya yang mula memberontak kini. Esakan tangisnya cuba disembunyikan.

"Awak nangis macam saya Syeril? Kenapa nak seksa diri awak. Saya betul-betul minta maaf dengan apa yang berlaku sebelum ini. Saya tak sedar yang saya sebenarnya sayang dan cintakan awak Syeril Dania." Reza menyeka airmatanya bercucuran membasahi pipi.

"Saya masih dengan keputusan saya. Saya perlukan masa untuk pulihkan luka. Maafkan saya Reza." Talian diputuskan. Syeril meraung sekuat hati. Ketawa yang tadinya terhasil kini bertukar menjadi airmata. Sungguh dia tidak kuat. Namun hinaan yang diterima sebelum ini sangat menyakitkan hatinya.

Reza menggenggam rambutnya kuat. Airmata dibiarkan mengalir deras. Dia hampa dengan jawapan yang diberikan oleh Syeril. Mungkin ini yang dirasai Syeril selama ini. Sungguh sakit dan kecewa. Rasa yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Reza menghempaskan tubuhnya di sofa ruang tamu rumah itu. wajahnya kemerahan dan dan rambut yang kusut masai. Matanya dipejam rapat.

*************************************

Hari yang suram bagi Anis. Membelek surat yang diterimanya pagi tadi. Apakah terjadi pada Sofea jika sel kansernya itu merebak dengan jayanya? Sungguh berat ujiannya kali ini.

Wajah kecil yang sedang tidur disebelahnya itu ditatap dengan penuh rasa kasih. Sofea adalah penguat semangatnya untuk terus bangkit.

'Sofea..! mama sayang Sofea sangat-sangat. Sofea satu-satunya harta mama yang ada. Mama nak tengok Sofea membesar sayang. Maafkan mama andai Sofea terkesan dengan apa yang berlaku sekarang. Mama tak sanggup tengok Sofea menderita lagi.'

Bahagian kepala anak kecil itu diusap lembut. Airmata cuba ditahan supaya tidak jatuh ke pipi. Surat yang dipegangnya kini disimpan semula ke dalam laci.

'Aku harus kuat demi Sofea. Ye aku harus kuat. Kanser bukan penyebab untuk aku patah semangat. Sebaliknya dijadikan pembakar semangat untuk melawan.' Omel Anis sendiri. Keluar dari bilik untuk mengambil wuduk. Anis sememangnya akan bersujud pada sang pencipta jika hatinya tidak tenteram. Itulah caranya untuk tenangkan semula hati.

*********************************

Syawal Danish mengemas beg pakaiannya untuk kembali ke kolej pada esok hari. Dia harus meneruskan pengajiannya yang kini berada di semester terakhir.

Hatinya berat untuk berangkat ke kolej memandangkan Tan Sri Zainal masih terlantar. Dia berfikir sepatutnya sebagai seorang anak lelaki, dialah yang sepatutnya memikul tanggungjawab mengambil alih semua hal-hal syarikat serta menjaga ibu bapanya.

Kini semua hal-hal tersebut terpaksa diatas bahu Syeril. Sudahpun dia menyatakan hasrat untuk tangguhkan dulu pengajiannya, namun hasratnya itu dihalang oleh semua.

"Danish dah siap kemas ker?. Nak mama tolong?." soal Puan Sri Tania yang baru melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"tak ada apa-apa lagi mama. Sikit jer ni." jawab Danish.

Puan Sri Tania melabuhkan punggungnya dikerusi berdekatan. Wajah sayu seorang ibu terhasil.

"Danish okay ker?. Macam tak ada mood jer." soal Puan Sri Tania.

"Hmmm .. Danish berat hati nak tinggalkan family dalam keadaan macam ni. Papa masih terlantar. Kak Syeril mesti stress dengan hal-hal hotel." jelas Danish dengan keluhan berat dilepaskan.

"Pasal kami Danish jangan risau. Danish habiskan pengajian ni. Bila dah tamat pengajian nanti bantu kakak kamu handle syarikat. Kakak kamu boleh lakukan yang terbaik. Mama tahu dia kuat dan bijak." Puan Sri Tania sekadar menenangkan hati anak lelakinya itu. Sedaya upaya memujuk Danish untuk menghabiskan pengajiannya.

"Danish janji lepas habis sahaja study ni, Danish balik tolong kakak handle syarikat." Danish mengangkat bagasinya lalu diletakkan bersandar dengan almari pakaiannya.

"Baiklah. Mama turun bawah dulu. Papa dah tidur lepas makan ubat tadi." Puan Sri Tania bangun dari duduknya lalu menuju ke pintu bilik.

"Selamat malam mama." laung Danish buat Puan Sri Tania yang kian menghilang.

Danish menarik nafas panjang. Berat sungguh hatinya untuk berangkat pergi. Kerisauan terhadap bapanya menggunung tinggi.

**********************************

Syeril kembali tenang. Airmatanya dikesat. Bangun dari katil lalu menuju ke pintu bilik itu. Tombol pintu dipulas.

Turun ke bawah menuju ke bilik yang menempatkan bapanya itu. Pintu bilik dibuka perlahan. Kelihatan Puan Sri Tania sedang menukar lampin pakai buang Tan Sri Zainal sendirian.

"Mama kenapa tak panggil Syeril ma." tegur Syeril pada ibunya itu.

"Tak apa. Mama boleh buat sendiri. Esok-esok kamu semua sibuk pun mama juga buat sendiri. Lagipun papa kamu segan katanya." jelas Puan Sri Tania dengan senyuman.

"Segan pula. Waktu kami ada boleh jer kami tolong mama. Papa pun jangan nak segan sangat lah. Syeril yang patut segan sebab tak sempat nak jaga papa." Soal Syeril yang sedang membantu Puan Sri Tania menukar lampin pakai buang itu

Tan Sri Zainal terdiam tanpa sebarang reaksi. Mungkin sedikit terkejut apabila melihat Syeril ikhlas mengurusnya.

"Okay..siap pun." kata Puan Sri Tania lalu menuju ke bilik air bersama pakaian suaminya yang baru ditukar sebentar tadi. Syeril menarik pakaian bapanya supaya kemas semula.

"Kenapa dengan mata kamu tu? menangis yer?." Tan Sri Zainal mula bersuara. Wajah Syeril ditatapnya.

"Err.. Syeril okay pa. Papa jangan risau. Papa rehat yer." Syeril cuba berdalih.

"Papa tahu kamu sedang bersedih. Kamu boleh ceritakan pada papa. Papa sedia mendengar." kata Tan Sri Zainal lagi.

"Syeril okay papa. Papa tak perlu risaukan Syeril. Syeril cuma penat sikit jer. Papa tidur yer." Syeril menarik tangan tua itu lalu dikucupnya lembut.

Tan Sri Zainal akur dengan keputusan Syeril untuk merahsiakan masalah yang dihadapinya. Namun dia tahu bahawa Syeril sedang bersedih.

Syeril duduk dikerusi bersebelahan dengan katil yang ditiduri bapanya lalu matanya tertumpu pada skrin telefon bimbit.

"Kamu fikir pasal Reza kan?." soalan itu membuatkan Syeril pantas berpaling melihat ke arah bapanya.

"papa tahu pasal Reza?" soal Syeril dengan reaksi sedikit terperanjat.

"Papa tahu lah. Kamu anak papa. Reza pekerja papa. Papa suka Reza tu. Berdedikasi dan komited dengan kerja."

"Hmm..dah la papa. Papa kena rehat. Jangan banyak bercakap." Syeril malas mendengar perkara mengenai Reza buat masa ini. Entah mengapa dia merasa tidak selesa apabila nama Reza dilaungkan.

"Kamu naik lah tidur. Mama kamu ada jagakan papa. Esok ke office pula." arah Tan Sri Zainal.

"Yer lah.. pergilah tidur. Mama ada jaga papa." Puan Sri Tania yang baru keluar dari bilik air itu mencelah.

"Baiklah. Syeril naik atas dulu. Selamat malam." Syeril bangun dari duduknya.

"Selamat malam." jawab ibunya. Tan sri Zaibak sekadar mengangguk.

Syeril keluar dari bilik itu lalu meniti anak tangga naik ke atas. Telefon bimbitnya bergetar sedikit tanda ada satu pesanan teks masuk. Dilihatnya ke skrin telefon itu.


" Selamat malam Syeril Dania. Saya

akan berusaha mendapatkan semula

cinta awak."

'Terpulang lah pada awak. Saya masih dengan keputusan saya.' Omel Syeril sendiri. Dia tidak membalas pesanan teks itu sebaliknya mengabaikan sahaja.

Jumpa lagi bila berkesempatan..amyz sgt harapkan komen dan rate dari anda semua...kihkihkih...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience