Bab 32 Kepergian

Drama Completed 144103

Reza termenung sendirian di balkoni biliknya. Fikirannya kusut. Entah apa yang patut dilakukan jika dia ditakdirkan untuk lepaskan Syeril Dania buat kali kedua. Pasti rasa benci Syeril Dania buatnya akan kekal selamanya.

'Aku rindu dia Ya Allah..kalau aku call macam mana aku nak jelaskan pada dia. Jika aku sembunyikan hal ni, lambat-laun nanti dia tahu juga. Dan waktu tu tiada lagi peluang seterusnya untuk aku jelaskan.'

Reza menggenggam rambutnya kuat. Rasa seperti mahu sahaja dia menjerit sekuat hati. Namun dihari yang sudahpun larut malam serta tempat yang tidak sesuai ini, dia hanya bisa menjerit sekuatnya didalam hati sahaja.

Telefon bimbit dicapai. Nombor telefon Syeril didailnya. Agak lama menanti akhirnya Syeril menjawab juga panggilan darinya itu.

"Hello..!! Jawab Syeril sebaik sahaja panggilan itu disambungkan.

"Hello..!! You okay..?." soal Reza dengan sedikit gelabah.

"Fuhh...jadi semua orang dah tahu ker tentang I ? I cuma ikut kehendak family I sahaja. Maafkan I jika you masih mengharapkan balasan cinta dari I." keluhan kecil keluar dari bibir Syeril Dania.

"Apa maksud you? I tak faham." soal Reza kehairanan.

"You belum tahu tentang pertunangan I hari ni? ." soal Syeril yang sedikit tergamam.

"Pertunangan you? Dengan siapa?." soal Reza lagi. Airmata mula menitis.

"Maafkan I Reza. Bukan I tak nak bagitahu you siapa orang tu. Tetapi I sendiri pun tak tahu siapa dia. Ni semua jodoh aturan Tan Sri Zainal. I cuma iyakan sahaja. Mungkin antara kita tiada jodoh. Mungkin Allah sudah kurniakan kita jodoh yang terbaik."

"Syeril..!! Sebenarnya I pun baru dapat tahu yang I telah pun ditunangkan dengan anak kawan ayah I. I call ni nak jelaskan semua sebelum you tahu sendiri. Dan kini I rasa sangat pedih, I betul-betul akan kehilangan you untuk sekian kalinya. I juga tak kenal siapa gadis tu." jelas Reza sejujurnya. Syeril menekup mulutnya. Sungguh perit kali ini apa yang dirasakan.

"Err... tahniah Reza. Kebetulan pula kan. I doakan you bahagia Reza. I juga akan belajar untuk menerima hati yang bakal I disatukan. You pun jadilah seorang suami yang ikhlas mencintai dan menerima setiap kekurangan dia." esakan tangisnya mula kuat. Syeril tidak mampu lagi menahannya. Sakit benar hatinya saat ini. Dia terpaksa melepaskan Reza terus kali ini.

"You jangan lah sedih-sedih. Kita tetap kawan kan. I akan tetap jadi pendengar setia you. You boleh cari I bila-bila sahaja jika you perlukan I. I tetap sayang you sampai mati Syeril Dania."

"I cuma nak you tahu, rasa cinta terhadap you tak akan sama rasanya dengan yang lain. Meskipun dia akan menjadi suami I nanti. You tetap teristimewa dihati I." jelas Syeril ikhlas. Ini kali kedua dia meluahkan rasa cinta yang sebenar pada Reza. Degupan jantung Reza semakin berdegup kencang.

"Kalau macam tu, kita kahwin lari nak? Kita sama-sama hidup bahagia dengan cinta kita. I tak sanggup hilang you lagi Syeril. Please..!!." cadang Reza sambil mengesat airmatanya.

"Tu kerja gila yang I tak pernah terfikir nak buat. I tak nak kecewakan harapan family I. Papa adalah orang yang paling kecewa nanti. Ni juga maruah family kita. I tak nak malukan mereka. I harap you faham dan I harap sangat you redha dengan ketentuan ni."

"Tapi Syeril..I cintakan you. I tak nak you hilang terus dari hidup I." rayu Reza lagi. Airmata semakin rancak mengalir.

"Sudahlah Reza. I pilih untuk terus dengan rancangan family I. I harap you faham situasi I sekarang. Bye.. Reza..!!." talian diputuskan Syeril.

Reza rebah jatuh melutut di lantai. Airmata bercucuran jatuh membasahi pipinya.

'kalau you cintakan aku, kenapa kau tak berjuang untuk terus bahagia dengan cinta kita ni Syeril? kau ego..kau sombong Syeril. Kau nak sangat aku terima jodoh ni kan? baiklah....aku akan kahwini sapa pun perempuan tu. Kau jangan menyesal kemudian hari Syeril Dania.' berkata Reza sendirian di ruang bilik itu. Mukanya kemerahan serta hidung mula berair.

Reza bangun dari rebahnya lalu menuju ke katil. Tubuhnya direbahkan diatas katil itu. Bantal dipeluk erat. Jiwanya meronta-ronta. Sukar untuk menerima hakikat bahawa dia benar-benar akan kehilangan Syeril Dania.

*****************************

Esakan tangis semua ahli keluarga Anis mendayu-dayu. Doktor mengesahkan bahawa Anis dalam keadaan kritikal saat ini. Sel kansernya mula menyerang dengan pantas ke arah organ-organ yang lain.

Izzah terpaksa menceritakan tentang hal penyakit yang dihidapi oleh Anis pada kedua orang tuanya. Hakim juga sudah memberitahu bahawa Anis mungkin tidak dapat diselamatkan lagi.

"Mak nak masuk jumpa dia Izzah. Mak nak cakap dengan dia. Tolonglah minta kebenaran doktor sekejap. Mak betul-betul nak jumpa dia." rayu Puan Zainab pada anaknya Izzah serta menantunya Hakim.

"Sekejap..Hakim bincang dengan doktor sekejap." Hakim segera mendapatkan doktor untuk meminta kebenaran membawa ibu mertuanya masuk bertemu dengan Anis.

"Bawa lah mak kamu masuk jumpa Anis. Ayah tunggu diluar sahaja. Ayah doakan dari luar."

Tidak lama kemudian Hakim kembali dengan senyuman. Puan Zainab menarik nafas lega. Airmatanya dikesat menggunakan hujung kain tudungnya.

"Mak boleh masuk. Hanya seorang demi seorang sahaja dibenarkan dalam satu-satu masa. Nanti mak keluar biar ayah pula yang masuk." jelas Hakim. Puan Zainab bingkas bangun dari duduknya. Segera dia menuju ke arah bilik yang menempatkan anaknya itu.

Masuk sahaja ke dalam bilik itu, Puan Zainab menarik nafas dalam-dalam. Sungguh sayu apabila melihat keadaan Anis yang tubuhnya dipenuhi dengan wayar- wayar bantuan pernafasan dan sebagainya. Dia menarik kerusi perlahan dan melabuhkan punggungnya. Tangan Anis dicapai lalu dikucup lembut.

"Anis..mak halalkan segalanya untuk kamu. Mak maafkan semua kesalahan kamu. Mak doakan kamu kembali sihat. Jika sebaliknya, mak redha dan pergilah kamu dengan tenang. Mak simpan dalam hati kenangan kamu dibesarkan oleh mak dari kecil hingga kini. Mak tak nak kamu menderita lagi." bisik Puan Zainab ditelinga anaknya itu. Anis masih kaku dengan komanya.

Tiba-tiba bunyi mesin itu selari sahaja. Dada Anis turun naik dengan kuat. Puan Zainab mula gelabah. Punat merah ditekan berkali-kali.

"Anis..bawa mengucap nak..Ashadualla ilaha illallah...."

Doktor serta beberapa orang jururawat berlari memasuki ruang itu. Semua yang berada diluar semakin tidak keruan. Puan Zainab pula diarahkan keluar terlebih dahulu untuk mereka memberi rawatan buat Anis.

"Makk... kenapa dengan Anis makk..??." Izzah segera memeluk ibunya yang kelihatan agak lemah saat berjalan keluar dari bilik tersebut.

"Mak tak tahu Izzah. Anis nampak dah tak kuat. Mak Redha jika dia tinggalkan kita. Mak redha.." Masing-masing meraung kesedihan. Izzah mengesat airmata ibunya. Encik Yahya terduduk dilantai ditenangkan Hakim.

Beberapa minit kemudian, doktor tersebut keluar dari bilik tersebut. Mereka semua bangun dari duduk masing-masing. Doktor itu menghampiri mereka.

"Macam mana doktor keadaan Anis? ." soal Hakim dengan penuh harapan.

"Maafkan saya. Anis Farhana tidak dapat diselamatkan. Kami dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan dia." jelas doktor itu dengan perasaan hampa.

"Allahuakbar.. Innalillah..." semua mengucapkan takziah atas pemergian Anis buat selamanya. Puan Zainab tenang. Dia benar-benar redha dengan ketentuan ini. Encik Yahya membisu tanpa sepatah kata. Mungkin masih terkejut dengan berita yang baru sahaja diterima mereka semua.

Bersambung..

Share this novel

Panda ri
2021-03-31 01:03:38 

Thanks for the update!!! ☺️☺️


NovelPlus Premium

The best ads free experience