Bab 40 Haisya Sumayyah

Drama Completed 144103

Syeril bangun dari tidur setelah mendengar suara jeritan Syawal Danish seperti sedang meraung kesedihan. Pantas dia turun dari katilnya lalu menuju ke pintu dan melangkah keluar dari bilik itu. Pintu bilik Syawal Danish diketuk kuat. Namun tiada sebarang sahutan.

Yang hanya kedengaran bunyi jeritan demi jeritan. Syeril semakin gelisah. Terus memulas tombol pintu bilik itu. Alangkah terkejutnya Syeril setelah pintu bilik itu terkuak. Bantal serta selimut berselerakan di atas lantai. Cadar juga sudah tertanggal dari tilamnya.

"Allahuakbar..Danish !! bawa bersabar. Kenapa ni?." Syeril terus menerpa ke arah Syawal Danish yang sedang mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri di sudut bilik itu.

"Kenapa dia tinggalkan Danish..!! Danish sayangkan dia kak..!!" Raung Syawal Danish kesedihan.

"Tak ada jodoh Danish. Mungkin Allah ada jodoh yang lebih baik dari dia. Dia ada orang lain ke?." Syeril menarik tangan adiknya untuk berhenti cederakan diri sendiri.

"Dia kemalangan. Meninggal ditempat kejadian." Jelas Syawal Danish lagi dengan airmata yang tidak henti-henti mengalir.

"Innalillah..kita sama-sama doakan semoga Allah merahmati dia. Danish kena redha. Allah lebih sayangkan dia. Hidup mati ni semua ditangan Allah. Danish bawa bersabar ye..!!" Syeril cuba tenangkan adiknya itu. Mungkin rasa kasih itu sudah dalam hingga sukar untuk Danish relakan kepergian sang pujaan hati itu.

"Dia dah janji nak kahwin dengan Danish kak. Tapi dia tipu Danish. Dia tinggalkan Danish dengan cara macam ni."

"Danish cakap macam orang tak ada iman. Dia tak tipu Danish. Dia kembali kepada penciptanya. Masa kita pun akan sampai Danish. Redha adalah jalan terbaik. Biar dia pergi dengan tenang." Syeril mula tinggikan suara setelah Danish masih mahu memberontak.

"Danish sayangkan dia sangat-sangat. Tak ada orang lain boleh gantikan tempat dia di hati Danish. Nama Haisya Sumayyah sudah tersemat kukuh dijiwa Danish." Syawal Danish mula berlembut. Airmatanya menitis dengan laju. Sememangnya sukar untuk melepaskan seseorang insan yang kita sayangi dan cintai pergi dan tak akan kembali lagi.

"Macam ni lah. Danish nak ziarah jenazah Haisya tak? Akak boleh bawakan."

"Danish tak kuat lah akak. Tapi Danish nak tatap wajah dia buat kali terakhir." Jelas Syawal Danish lagi sambil menunduk melihat ke lantai.

"Jom..!! Akak bawa Danish. Sekarang pergi bersiap dulu. Biar hati tu tenang. Akak tunggu di bawah okay." Syeril menepuk bahu adiknya itu. Syawal Danish menyeka airmatanya. Angguk kepala diberi tanda setuju.

Syeril terus keluar dari bilik itu untuk membersihkan diri. Dia juga merasa terperanjat dengar berita pemergian kekasih hati Syawal Danish meskipun mereka belum pernah bersua muka sebelum ini.

Begitu juga dengan Syawal Danish. Dia bangun lalu mencapai tuala mandinya. Airmata masih mengalir deras. Untuk redhakan pemergiannya mungkin mengambil masa.

'Saya akan tetap ingat awak Haisya. Awak insan istimewa untuk saya sampai bila-bila. Saya sayangkan awak.' Kata Syawal Danish dalam hati.

Kesedihan yang dialami mungkin tidak dapat dirasai oleh semua golongan. Sesiapa yang pernah merasai apa itu kehilangan pasti tahu rasa sakitnya.

**********************************

Reza bangun bersarapan pagi dengan secawan coklat panas beserta sekeping roti bersama jem strawberi kegemarannya. Sedang dia asyik menikmati sarapan pagi itu, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Sergihan terus terukir.

Tepat tekaannya. Tertera nombor Syeril Dania di skrin telefon itu. Pantas skrin telefon itu dileretnya untuk menerima panggilan itu.

"Hello sayang..!!! Good morning..!!" Kata Reza setelah panggilan itu disambungkan.

"Hello..good morning..!!"

"Awak rindu saya ye..??" Soal Reza bersama senyuman. Roti yang baru sahaja sekali digigit itu diletakkan di dalam piring semula.

"Rindu..?? Sikit la. Sebenarnya saya ada benda nak bagitahu awak. Saya nak cancel lunch kita kejap lagi." Jelas Syeril sambil menyisir rambutnya.

"Kenapa pula sayang ni? Tak sihat ker? Jom kita ke klinik." Reza memuncungkan bibirnya.

"Ehh..saya sihat. Cuma saya ada urusan sikit. Nak bawa Danish ziarah jenazah buah hati dia. Meninggal dunia akibat kemalangan." jelas Syeril Dania dengan nada sayu.

"Innalillah..dekat mana tu? Saya ikut sekali."

"Awak nak ikut? Saya lupa nak tanya Danish tadi dekat mana. Rasanya tak jauh. Tak apa ker? Nanti terganggu cuti hujung minggu awak pula."

"Asalkan dapat spent time dengan awak. Rasanya tak rugi .." Jelas Reza dengan manisnya.

"Ada-ada je awak ni. Kami berdua tengah bersiap ni. Dalam 40 minit lagi kita bertolak." Jelas Syeril.

"Saya jemput awak berdua dirumah. Naik kereta saya je okay?."

"Suka hati awak lah. Janji dapat bawa Danish ziarah jenazah Haisya." Syeril sekadar mengiyakan sahaja.

"Okay.. tunggu tau. Kejap lagi saya sampai. Bye sayang..!!."

"Bye ..!!"

Panggilan telefon itu ditamatkan. Reza bergegas menuju ke biliknya untuk bersiap bagi mengunjungi rumah si mati. Syeril pula sudah mula menyarungkan sehelai tudung berwarna hitam yang dipadankan dengan sehelai jubah putih.

*********************************

Tengku Adam kini agak sihat dari sebelum ini. Mungkin dari kata-kata semangat dari insan-insan tersayang yang sentiasa ada disisi. Tengku Azwin juga sering datang dan akan bermalam di rumahnya sejak akhir-akhir ini. Tidaklah rumah itu sunyi seperti sebelum ini.

"Finally..I'm very proud of my brother. Dia solat cukup 5 waktu." Kata Tengku Azwin yang tiba-tiba muncul dan sertai Gavin yang asyik menonton televisyen di ruang tamu itu. Punggungnya dilabuhkan.

"Dia dah banyak berubah, Win. Sejak dia sakit ni dia dah tinggalkan perangai-perangai buruk dia dulu. Ada hikmahnya juga kan?."

"And I pelik kemana girlfriend yang dulu keliling pinggang ikut dia dulu ye? Ada tak diorang datang sini?." Soal Tengku Azwin dengan kerutan didahinya.

"Sebelum dia tahu dia ada HIV Aids ni, dia ada seorang teman wanita bernama Suzi. Kemana pun dia pergi mesti ada Suzi. Dia belikan rumah, kereta, dia bagi kad kredit dan macam-macam lagi. Tiba-tiba Suzi lesap. Puas kami cari Suzi. Akhirnya dapat tahu Suzi dah mati. Tengku Adam frust sangat waktu tu. Mungkin orang kedua yang dia sayang selain Syeril Dania."

"Perempuan tu sakit apa?." Soal Tengku Azwin lagi.

"Sakit yang sama macam Tengku Adam. Mungkin Tengku Adam positif HIV ni pun dari dia. Suzi ni seorang pelacur asalnya. Itu jer info yang I tahu." Gavin tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana menjaga nama baik sahabatnya itu meskipun Tengku Azwin adalah adik kandung Tengku Adam sendiri.

"Apa yang korang bualkan? Kutuk aku lah tu." Sapa Tengku Adam yang datang dari arah dapur bersama segelas air kosong.

"Hmm..bosan lah kat rumah. Apa kata kita pergi picnic nak? Somewhere yang boleh tenangkan jiwa lara ni." Cadang Tengku Azwin dengan riangnya.

"Bagus juga idea tu. Dah lama tak hirup udara segar ni. Cari lah tempat mana yang menarik. I on jer." Gavin bersetuju dengan cadangan Tengku Azwin.

"Last picnic waktu aku umur 11tahun. Waktu tu Ummi dan Walid ada lagi dan tak sibuk sangat. Jadi ada waktu spent time dengan kami adik beradik." Tengku Adam mengimbau kenangan manis yang timbul dibenak fikirannya.

"Kan..rindu Ummi and Walid. kan best kalau diorang masih ada. Tentu kita tak hidup macam ni. Ada tempat curahkan perasaan dan kongsi masalah." Giliran Tengku Azwin pula menyatakan rasa hatinya. Rindu yang tiada penghujungnya.

Setelah sekian lama menghilangkan diri. Banyak yang dm Amyz di ig. sorry semua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience