Bab 2 Akar

Drama Completed 144103

Keluar sahaja dari bilik Reza, Syeril terus masuk ke dalam biliknya lalu pintu ditutup dengan kuat hingga memeranjatkan para staff berhampiran.

'kau sombong ye. Aku gemuk kau cakap. Rupa aku cantik tau. Kau tu yang bodoh. Aku akan buat kau yang kejar aku satu hari nanti. Kau tunggu lah nasib kau Reza.'

Tangan kanan digenggam dan ditumbuk-tumbuk perlahan pada tapak tangan kirinya. Hati makin panas. Satu persatu kata-kata Reza bermain diminda. Sungguh sakit terasa hatinya saat ini. Reza benar-benar mencabar dirinya.

Tiba-tiba kedengaran pintu diketuk. Berjalan dan menghempaskan punggungnya di kerusi biliknya itu.

"masuk." sahut Syeril.

"maaf Cik Syeril. Saya cuma nak tanya sama ada Cik Syeril baik-baik sahaja. Saya nampak macam Cik Syeril mengamuk tadi. Perlukan bantuan dari saya ker?." soal Suri pada majikannya itu.

"saya okay. Sakit hati sikit. Awak boleh keluar buat kerja awak. Saya perlukan ruang bersendirian." kata Syeril sambil mendongakkan kepala sedikit keatas lalu memejamkan matanya.

"baiklah. Saya keluar dulu Cik Syeril."

Syeril sekadar mengangguk. Suri melangkah keluar meninggalkan majikannya itu bersendirian didalam bilik tersebut.

****************************

Puan Sri Tania memotong sayur untuk dimasak. Dia lebih gemar menyediakan semua makanan sendiri untuk santapan ahli keluarganya. Dirumah besar itu hanya mempunyai seorang orang gaji bagi membantu kemas rumah dan lain-lain.

"Puan perlukan apa-apa lagi. Saya nak ke belakang keringkan baju sekejap." kata Mak Kiah pada Puan Sri Tania.

"tak ada apa lagi Mak Kiah. Semua dah dipotong. Tinggal nak tumis sahaja. Mak Kiah boleh ke belakang." balas Puan Sri Tania.

Mak Kiah pun terus melangkahkan kakinya menuju ke bilik dobi dibelakang bersama sebiji raga yang besar.

Puan Sri Tania mula menumiskan bawang dan bahan-bahan yang lain. Aroma tumisan memenuhi segenap ruang.

Anak-anak dan suaminya amat gemar sekali dengan masakan yang dimasak olehnya. Sesungguhnya mereka sekeluarga jarang makan diluar.

******************************

"saya dah tak ada duit. Awak asyik minta. Susu anak pun dah nak habis. Saya nak pakai banyak duit settle semua bil, makan minum lagi. Isi minyak lagi." kata Anis pada suaminya.

"kau ni. Bak sini beg tu. Bagi aku duit yang ada sekarang. Aku lempang kau nanti." tengking Zaki pada Anis.

"Saya tak boleh kasi. Nak beli susu Sofea." rayu Anis pada suaminya agar tidak merampas beg tangan yang kini berada dibelakangnya."

Beg tangan itu dipegang erat. Airmata bercucuran jatuh membasahi pipi. Anis harus mempertahankannya untuk membeli susu buat anak mereka Sofea Zalia.


" pang..!!!".

satu tamparan kuat menghinggap dipipi Anis. Tubuhnya di tolak hingga jatuh. Lalu kaki Zaki bertapak didadanya.

"aku dah minta elok-elok. Kau degil. Bagi aku beg tu." kata Zaki lagi.

"saya cuma ada lima puluh ringgit. Tu pun untuk susu anak saya. Tolong lah lepaskan saya."

Siku serta mulut Anis kini mengeluarkan cairan merah pekat. Namun dibiarkan sahaja kerana tidak berdaya lagi melawan. Beg yang digenggaman tadi kini dilepaskan.

"ha..kan bagus. Isteri solehah macam ni lah." kata Zaki sambil membuka untuk melihat isi kandungan beg tangan tersebut. Kaki yang tadinya diatas dada Anis kini diturunkan.

Anis bangun perlahan-lahan dan bersandar di almari pakaian dalam bilik itu. Tangan mula diangkat namun terasa sakit sekali.

'tangan aku bengkok. Tak kan patah. Macam mana aku nak cari makan. Jaga makan minum Sofea.' kata Anis dalam hati.

Tangan sebelah lagi mengampu untuk mengangkat tangan yang bengkok itu. Lalu diletakkan diatas pehanya.

"ada sepuluh ringgit jer. Mana lagi emput puluh ringgit perempuan sial."


"bushhh...!!."

Satu tumbukan padu pula menghinggap di perut Anis. Dia meraung kesakitan. Zaki benar-benar naik angin apabila mendapati bahawa hanya sepuluh ringgit yang ada didalam beg tersebut. Tidak seperti yang diberitahu oleh Anis bahawa dia hanya mempunyai lima puluh ringgit.

"ada dalam laci tu." jawab Anis.

Zaki terus menerpa kearah meja yang terletak disisi katil itu. Lalu dibuka dan dia menjumpai baki wang tersebut. Lalu dia terus keluar dari bilik itu dan menghilangkan diri.

'ya Allah..kau kuatkanlah semangatku untuk terus kuat hadapi rintanganmu untuk membesarkan anakku Sofea. Maafkan ibu Sofea. Ibu dah tak ada duit nak belikan Sofea susu.'

Dia menggagahkan diri bangun sambil memegang perutnya yang ditumbuk sebentar tadi. Menghampiri anaknya Sofea yang sedang tidur diatas katil itu.

Airmata tidak henti mengalir. Wajah orang tuanya terbayang dikotak fikiran. Haruskah dia memilih untuk menamatkan perkahwinan ini atau dia harus tabahkan hati untuk terus hidup bersama lelaki dayus seperti Zaki.

***********************************

Jam kini menunjukkan hampir pukul tiga petang. Namun kelibat Tengku Adam masih belum muncul.

"maaf ye Cik Syeril. Saya cuba hubungi Tengku sekali lagi." kata Taufik iaitu pembantu peribadi Tengku Adam.

Syeril sekadar mengangguk lalu satu sengihan kelat dilemparkan. Taufik bangun dari dudukkannya sambil telefon bimbit diletakkan ditelinga.

"Hello..!! Tengku dah nak sampai ker? Cik Syeril dah lama tunggu." kata Taufik pada majikannya.

"saya dah ada di lobi. Ni dah naik." kata Tengku Adam.

"baiklah. Kami tunggu." talian ditamatkan. Lalu menghampiri meja yang menempatkan Syeril dan Suri.

"Maaf yer Cik Syeril. Tengku dah sampai di Hotel. Kejap lagi dia masuk." jelas Taufik pada Syeril yang kini sedang membelek-belek fail ditangannya. Syeril sekadar mengangguk.

"sorry..I'm late." kata Tengku Adam yang menerpa masuk kedalam bilik itu tanpa sebarang ketukan.

"dah tumbuh akar tunggu you kat sini. Dah la kena datang office you. I pula kena tunggu you di office you sendiri. Oh my god." fail yang dipegang tadi diletakkan perlahan di atas meja tersebut.

"kan I dah cakap sorry. Ada hal sikit tadi." kata Tengku Adam lagi. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi hadapan Syeril dan Suri.

"macam I tak kenal you. Ini Syeril lah."

"you mula lah tu. Tapi you comel sangat bila muncungkan mulut macam tu. I lagi suka." Tengku Adam mula dengan miangnya.

Taufik dan Suri hanya diam sekadar melemparkan senyuman melihat majikan mereka bertikam lidah.

"dah lah. kita start meeting. I banyak hal lain lagi nak settle." Syeril mula membuka semula fail lalu memulakan perbincangan mereka.

Tengku Adam memandang raut wajah gadis itu. Dia benar-benar jatuh cinta pada gadis yang berbadan gempal itu. Kulit yang putih hingga menampakkan urat yang hijau kebiruan itu sungguh menawan.

Namun kini dia hanya menepuk sebelah tangan. Syeril tidak pernah menerima cinta darinya. Dia harus mempergunakan hubungan baiknya dengan bapa Syeril iaitu Tan Sri Zainal untuk mendapatkan Syeril Dania.

jumpa lagi esok insyaallah..dah baca goodbye Chubby sils ke karya seterusnya Bibikku jantan macho. hihihi.. follow ig Amyz_Nazifa96

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience