Bab 36 Silaturrahim

Drama Completed 144103

Suasana di bilik mesyuarat itu tenang seperti selalu. Reza fokus pada mesyuarat itu. Syeril pula mendengar dengan teliti tiap bait kata dari Reza. Mereka sangat profesional dalam urusan syarikat. Tidak mahu mencampur adukkan hal syarikat serta hal peribadi sewaktu bekerja.

"Saya rasa tak ada masalah pun jika kita ubah sedikit lanskap di lobi utama mengikut trend terkini. Salah satu penarik untuk para pelancong juga." jelas Irfan

"Bagus juga idea tu. Lanskap tu pun dah lama. Lebih kurang 3 tahun lepas. Nanti saya bincangkan dengan ahli lembaga pengarah yang lain. Bagaimana pula dengan urusan pengambilan staf terbaru tu Reza? Saya tak dengar apa-apa khabar berita pun?." soal Syeril pada Reza.

"Err..sesi temuduga akan diadakan mulai esok Cik Syeril. Semua sudah saya uruskan. Harap-harap kita dapat staf baru yang bertanggungjawab serta amanah dalam melaksanakan tugas mereka di hotel ni." Jelas Reza dengan bersemangat.

"Baiklah..saya nak semua fail penting diserahkan selewat-lewatnya 2 hari lagi. Sebab saya nak adakan mesyuarat penting dengan ahli lembaga pengarah. Ada beberapa hal perlu dibincangkan. Reza tolong pastikan data pekerja lengkap yer. Saya nak guna fail tu nanti."

"Baiklah Cik Syeril.." Sahut Reza dengan senyuman. Syeril sekadar menjeling sekilas pandang.

"Kalau tak ada apa lagi, kita tamatkan mesyuarat ni. Terima kasih kerana hadir dan memberi kerjasama dengan baik. Insyaallah..ada berita baik buat semua staf Tania Hotels. Saya akan umumkan nanti. Boleh bersurai semua." Syeril masih duduk sambil meneliti semua fail-fail yang bertaburan di hadapannya. Semua staf mula bersurai setelah ucapan terima kasih diucapkan kepada majikan mereka itu.

Kini hanya tinggal Syeril dan Syah Reza sahaja yang masih kekal didalam ruang itu. Reza sedang mengemas fail-fail miliknya yang bertaburan itu. Manakala Syeril asyik memandang ke arah Reza. Raut wajah itu direnung tenang.

"Saya handsome kan?." Reza tiba-tiba mengajukan soalan buat Syeril. Syeril masih tenang dengan pertanyaan itu.

"Perasan..saya tengok lipas yang sedang berjalan untuk masuk ke dalam pakaian awak tu. Comel sangat dia berjalan.." kata Syeril dengan reaksi terujanya.

"Awak jangan main-main. Kang bergegar hotel ni." Reza bangun dari duduknya. Wajah mula berkerut.

"Betul lah..tu dekat bahu awak.." jelas Syeril sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah bahu Reza. Reza pantas menoleh ke bahunya. Kelihatan lipas itu sedang mengorak langkah untuk masuk ke dalam pakaiannya.

"Arrghh..... lipas...lipas..!!!!!!."

Reza menggelupur saat dia dan lipas itu bertentangan mata. Syeril ketawa berdekah-dekah melihat gelagat Reza. Lipas itu pun terbang setelah berkali-kali dikais-kais Syah Reza.

"Seronok lah ketawakan orang. Saja jer kan?." Reza kembali mengemaskan pakaiannya setelah lipas itu terbang entah kemana. Syeril masih ketawa hingga wajahnya berubah menjadi kemerah-merahan. Reza merengus tidak berpuas hati.

"Reza..Reza..saya ternak lipas banyak-banyak supaya saya boleh buli awak hari-hari." Kata Syeril sambil melurut dadanya.

"Baguslah tu..ternak lah ternak. Saya nak merajuk." Reza menganggkat fail-failnya lalu keluar dari bilik mesyuarat itu.

"Merajuk lah sangat." Jerit Syeril sambil melihat Reza yang kini berlalu pergi meninggalkan dia sendirian di ruang itu.

Syeril menggelengkan kepalanya. Sungguh dia terhibur melihat Reza yang menggelupur menempis lipas itu sebentar tadi. Dia turut bangun dari kerusi itu lalu keluar dari bilik mesyuarat tersebut.

*****************************

Tan Sri Zainal ditolak menggunakan kerusi roda memasuki rumah oleh isterinya Puan Sri Tania. Mereka baru sahaja selesai menghadiri temujanji bersama pakar yang merawat Tan Sri Zainal.

Pak Leman sekadar membantu menurunkan Tan Sri Zainal dari kereta ke atas kerusi roda setelah selesai urusan menghantar dan membawa pulang majikannya itu dari Hospital. Kini dia mengekori langkah Puan Sri Tania menuju ke pintu utama. Dia diminta untuk membantu Puan Sri Tania menganggkat tubuh Tan Sri Zainal ke atas katil.

"Alhamdulillah..saya tengok abang dah kuat sikit. Kaki pun dah mula tunjukkan perkembangan positif. Abang kena ikut semua yang doktor cakapkan tu. Supaya abang cepat sembuh." Puan Sri Tania dengan senyuman lebarnya.

Tan Sri Zainal dibaringkan di atas katil dengan bantuan dari Pak Leman dan Puan Sri Tania. Setelah kedudukannya selesa, Pak Leman mengambil langkah untuk keluar dari bilik tersebut.

"Awak ada nampak Syeril pakai cincin tu tak?." Tuan Sri Zainal mula persoalkan tentang anak gadisnya itu.

"Dah pakai. Tapi dia cakap jangan terburu-buru buat keputusan untuk satukan diorang. Dia perlukan masa." Jelas Puan Sri Tania sambil menarik selimut lalu menyelubungi separuh tubuh Tan Sri Zainal.

"Masa apa lagi? Dia dah 28 tahun. Elok sangat kalau kita percepatkan proses pernikahan mereka." Tan Sri Zainal kurang bersetuju dengan permintaan Syeril agar diberi masa untuknya meneruskan langkah seterusnya.

"Kita berikan dia masa dulu hingga hujung tahun ni. Mungkin dia ada sebab sendiri kenapa dia minta waktu. Banyak perkara harus dia fikirkan. Insyaallah.. Syeril akan tetap berkahwin. Kita sama-sama beri dia semangat dan peluang untuk dia aturkan sendiri bila majlis nikah akan berlangsung."

Puan Sri Tania cuba memujuk suaminya agar setuju dengan permintaan Syeril. Dia tidak mahu memaksa Syeril untuk mempercepatkan majlis itu. Biarlah majlis itu berlangsung dengan meriah serta memberi kegembiraan buat pasangan pengantin.

"Baiklah..saya beri dia masa hingga hujung tahun ni sahaja. Kalau tak berlangsung juga, saya yang akan tetapkan tarikh pernikahan mereka." Tegas Tan Sri Zainal. Puan Sri Tania menarik nafas lega. Dia turut melabuhkan punggung disebelah suaminya itu. Tan Sri Zainal seperti sedang memikirkan sesuatu dengan mimik mukanya.

*******************************

Syeril terasa sangat lapar. Perutnya asyik berdondang sayang dari tadi. Mungkin kerana dia tidak bersarapan pagi tadi kerana mengejar masa.

Dia membimbit beg tangannya lalu menuju ke arah pintu keluar dari bilik tersebut. Tidak sempat dia membuka pintu, tiba-tiba pintu itu terbuka dari luar. Reza bersama dengan bungkusan makanan buat santapan mereka berdua.

"Awak memang tak reti nak ketuk pintu ke? Terkejut saya.." Syeril memuncngkan bibirnya. Reza sekadar melemparkan senyuman.

"Sorry..!!! Lain kali saya ketuk okay." Reza tersenyum riang melihat kelakuan Syeril.

"Dah berapa kali lain kalinya? Lepas tu buat lagi kan?." Syeril yang masih tercegat berdiri itu merenung atas bawah tubuh Reza yang kini sedang berjalan menuju ke meja tetamu disudut bilik itu. Bungkusan makanan diletakkan.

Reza kembali menghampiri Syeril yang masih cegat berdiri di situ. Syeril sekadar memeluk tubuh.

"Sayang..jom makan !!." Reza mula bermanja.

"Be profesional Reza." tegas Syeril.

"Ala.. sekali sekala jer." Reza kembali ke meja disudut itu.

"Awak makan lah. Saya tak lapar."

Tiba-tiba kedengaran perut Syeril berirama dengan kuatnya. Reza mengerutkan dahinya.

"Nak biar perut tu kosong sampai ke petang ker? Degil kan? Mari cepat duduk sini." Reza mula berkeras. Syeril yang tersimpul malu itu melangkahkan kakinya menghampiri meja yang dipenuhi dengan makanan itu.

"Banyaknya awak beli. Siapa yang nak habiskan makanan ni semua?." Syeril agak terperanjat melihat pelbagai jenis makanan yang dibeli oleh Syah Reza itu.

"Saya yang akan habiskan bersama awak. Dah jangan banyak bunyi. Cepat makan." Reza mula menyuap makanan ke dalam mulutnya. Syeril mengerutkan dahinya.

'Kau saja kan. Bukan tak tahu aku tengah diet. Dibelinya pula nasi kandar. Musnahlah diet aku macam ni.'

Mengomel Syeril sendirian. Direnung tajam wajah Reza yang sedang asyik menikmati makanan itu. Syeril turut menyuapkan makanan itu ke dalam mulutnya. Sungguh enak terasa. Sudah lama dia tidak menikmati makanan seperti itu sejak dia menjaga permakanannya.

***************************

Tengku Azwin menjejakkan kakinya ke ruamh mewah milik abangnya Tengku Adam. Entah mengapa tiba-tiba hatinya merasa ingin benar bertemu dengan satu-satunya abang yang dia punya.

Kehadiran dia juga amat mengejutkan Tengku Adam yang sedang beristirehat di lama rumahnya. Melihat adiknya menuruni kereta dengan wajah yang suram.

"Apasal pula Azwin ke mari? Apa lagi yang dia tak puas hati dengan aku?." Soal Tengku Adam pada hatinya sendiri.

Tengku Azwin menghampiri abangnya yang sedang bersantai itu. Langkah yang diatur perlahan-lahan sambil memandang ke sekeliling.

"Ada apa kau datang ni Tengku Azwin? Ada apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku?. Aku dah tak ganggu sesiapa pun sekarang. Aku hidup dengan cara aku sendiri."

Tengku Adam yang memulakan kata-kata. Tengku Azwin menghulurkan tangan bersalaman dengan abangnya. Tengku Adam semakin hairan.

"Abang apa khabar?."soal Tengku Azwin. Huluran tangannya disambut oleh Tengku Adam.

"Macam ni lah. Pelik kau ke sini? Ada apa-apa masalah ker?." Soal Tengku Adam lagi.

"Saja..entah kenapa tiba-tiba teringatkan abang. Win nak minta maaf dengan abang. Kita hanya dua beradik jer. Mummy and daddy dah lama tinggalkan kita. Tentu diorang kecewa tengok kita macam ni. Win datang cuma nak perbaiki hubungan kita. Maafkan Win sebab pernah kecewakan abang dulu. Win buang abang." Tengku Azwin mengalirkan airmata bersama kata-kata maafnya.

"Abang tak pernah buang Win dari hidup abang. Mungkin kesilapan lama dulu yang membuatkan hubungan kita macam ni. Sekarang abang dah dapat balasan dari perbuatan jijik abang dulu. Abang sangat kecewa dengan diri sendiri. Win pasti akan jauhkan abang bila Win tahu apa yang sedang abang hadapi sekarang." Tengku Adam turut mengalirkan airmatanya.

Tidak mahu lagi dia merahsiakan tentang sakitnya. Dia akan terima dengan hati yang terbuka apa jua yang adiknya akan lakukan setelah mendapat tahu tentang sakit yang dihadapinya.

"Apa maksud abang?. Bagitahu Win apa yang abang tengah hadap sekarang." Soal Tengku Azwin dengan kerutan penuh didahinya.

"Sebenarnya abang pengidap HIV positif. Tunggu nak mati sahaja lagi. Win pasti akan tinggalkan abang kan?."

"Ya Allah..apa lagi dugaan untuk kita abang. Win tak mahu kehilangan abang." Tengku Azwin meraung kesedihan. Suasana semakin pilu. Tidak pernah dia membayangkan bahawa dia turut akan kehilangan abangnya.

Berjumpa lagi jika amyz rajin.. kihkihkih..maaf yer pada yang menunggu..hihihi

Share this novel

pieja rem
2021-04-16 16:59:05 

reza ke tuan sri zainal


NovelPlus Premium

The best ads free experience