Bab 16 Berlepas

Drama Completed 144103

Kini tiba hari berangkatnya Syeril dan Suri ke Kuching, Sarawak. Mereka selamat berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur beberapa minit yang lalu.

"Cik Syeril..!! Saya rasa tak nak pergi pula. Rindu office lama." rengek Suri pada majikannya.

"Hmm..dah terlambat pun. Awak tu bukan rindu office. Awak rindu orang yang kerja di office tu. Betul tak?." Sindir Syeril tanpa melihat raut wajah gadis itu.

"Ish..mana ada. Saya rindu office tu la. Apa yang Cik Syeril merepek ni." Suri masih menidakkan kata-kata Syeril.

"Eleh..awak jangan ingat saya budak kecil. Saya tahu awak suka supervisor hotel kan? Encik Irfan. Duda hot anak satu." usik Syeril lagi.

"Macam mana Cik Syeril tahu. Saya menampakkan sangat ker rasa sayang tu?." Soal Suri dengan wajah yang merah menyala.

"Saya nampak kelakuan awak lain macam sikit bila terserempak dengan supervisor tu." jawab Syeril dengan senyuman lalu menoleh melihat raut wajah Suri yang dari tadi asyik memandangnya.

"Serius lah Cik Syeril? nampak ker? malu lah saya." Suri menekup mulutnya dengan kedua-dua belah tangan.

"Saya dah lama perhatikan awak dan Ifran." mengaku Syeril lagi.

"Yer saya dah lama ada hubungan dengan dia. Cuma dia masih cuba berbaik dengan bekas isteri dia untuk anaknya. Saya hanya menunggu dan terus menunggu. Pepatah melayu berkata bagai kambing menanduk bukit." jawab Suri dengan nada kecewa.

"Insyaallah..jika berjodoh pasti bersatu. Awak kena ingat Suri. Tak semua cinta bersatu." Jawab Syeril sekadar menenangkan hati Suri.

Suri diam membisu. Syeril mula melelapkan matanya. Tidak lama lagi mereka akan mendarat.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Reza memasukkan barang keperluan hariannya didalam troli membeli belah. Memandang stok makanan kering dan kudapan sudah kehabisan, maka terpaksalah dia ke pasaraya berhampiran untuk membelinya.

Asyik memilih stok makanan, tiba-tiba dia terlihat satu sosok tubuh yang amat dikenalinya. Dia melajukan langkah menuju ke arah sosok tubuh tersebut sebelum ia hilang di dalam sesakan orang awam.

"Hey..!! Sakitlah." gadis itu cuba meleraikan pegangan tangan Reza yang agak kuat itu.

"Kau kesini kejap. Aku banyak hal nak settle kan dengan kau." Reza menarik tangan gadis itu ke sudut pakaian yang tidak begitu sesak dengan orang ramai.

"Sakitlah tangan I. Lepas lah Reza." Pinta Tasya supaya tangannya di lepaskan.

"Ohh..kau sakit ? Habis hati aku ni agak-agak rasanya apa?. Kau ni memang perempuan jenis tak sedar diri yer?." Wajah Reza mula kemerahan. Jelas kelihatan kerana kulitnya yang putih bersih.

"Aku ker kau yang tak sedar diri ? Ada hati nak menikah dengan aku. Aku ni model okay. Kau setakat kerja gaji sejemput tu apa lah sangat. Mampu ker nak tanggung semua perbelanjaan bulanan aku?." Tasya dengan lagak sombongnya. Tangan cuba meleraikan pegangan tangan Reza.

"Aku nak balik semua harta aku. Kereta dan barang yang pernah aku bagi." Tegas Reza lagi. Tangan masih kuat menggenggam.

"Kau lupa yer? kereta tu kan kau dah tukar hak milik. Jadi tu bukan lagi hak kau. Pasal perhiasan barang kemas and beg pasar malam you tu, nanti I post kan jer guna poslaju." ketawa Tasya dihujung percakapannya. Tangannya mula dilepaskan. Dia menggosok-gosok kesakitan.

"Kurang ajar punya perempuan. Aku tak halalkan sikit pun harta aku yang kau gunakan. Perempuan tak sedar diri. Kau jangan lupa Tasya. Kau famous pun hasil titik peluh aku tau. Aku yang recommend kan kau dengan kawan aku tu. Kau jangan lupa." Reza merapati tubuh itu dan berbisik di telinganya.

Tasya semakin gerun dengan kelakuan Reza. Bagai mahu luruh jantungnya saat diperlakukan sebegitu rupa.

"Aku tak heran lah. Kau pergi mampus dengan hidup kau." Tasya beredar dari tempat itu meninggalkan Reza yang masih menggelegak api kemarahannya.

Reza cuba menenangkan dirinya. Tubuh wanita itu dipandangnya hingga jauh menghilang. Sungguh hatinya benar-benar sakit saat diperlekeh oleh Tasya sebentar tadi.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Tan Sri Zainal bersiap untuk ke kampung Mak kiah menjemput isterinya disana sambil melihat rumah dan dusun yang baru dibelinya. Danish juga mahu mengekori bapanya kerana agak teruja untuk merasai suasana kampung yang dikatakan begitu damai dengan tumbuhan semulajadi.

"Papa..kena bawa apa lagi ni. Semburan serangga nak bawa tak? Sweater semua dah bawa. Apa lagi yer papa? ." Soal Danish kebingungan.

"Kamu ni..kita bukan nak masuk hutan lipur. Nak kena bawa segala tu bagai." Tan Sri Zainal menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

"Mana Danish tahu. Ni first time nak masuk kampung tau." jawab Danish lagi.

"Dah..bawa semua barang kamu turun. Kejap lagi papa turun." arah Tan Sri Zainal.

Danish menturuti arahan bapanya. Menuruni anak tangga itu lalu menuju ke pintu utama. Tan Sri Zainal pun turun dari atas bersama sedikit barang keperluannya.

Setelah rumah itu dikunci dengan selamat. Mereka memasuki kedalam perut kereta itu dan keluar dari perkarangan rumah tersebut. Pak Leman kemandu dengan penuh hati-hati.

"Papa..!! Danish lupa bawa berus gigi." jerit Danish.

"Kamu ni.. Papa ingatkan apa tadi. Kejap lagi kita sibggah pasaraya jer." kata Tan Sri Zainal. Pak Leman tersenyum riang melihat kelakuan Danish.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

"Abang tahu tak, Tasya dah menikah dengan jutawan. Masuk dalam tv tadi." kata Puan Aisyah pada suaminya yang sedang menyusun pasu bunga dibawah garaj kereta itu.

"Hmm... itulah. Pesan orang tua tak nak dengar. Perempuan macam tu tak sesuai dibuat isteri." keluh Encik Habib dihujung percakapannya.

"Bagus juga jadi macam ni yer. Saya pun tak berkenan dengan si Tasya tu. Pemalas masuk dapur. Nanti jenuh berlapar anak kita tu." kata Puan Aisyah lagi.

"Anak kita pun apa kurangnya. Tak sempurna mana pun Aisyah." kata Encik Habib pada isterinya.

"Abang ni suka sakitkan hati saya kan?." Puan Aisyah mula dengan rajuknya.

"Dah..ni pasu yang mana lagi nak diubah. Saya nak mandi nak ke masjid ni." Encik Habib menepuk-nepuk tangannya.

Puan Aisyah bangun lalu matanya liar melihat kesekeliling halaman.

"Yang tu jer. Yang lain macam tak sesuai letak sini." balas Puan Aisyah.

"Kalau macam tu saya masuk dulu. Ni Rizal dah bangun ker belum? Saya nak suruh dia hantarkan kereta ke bengkel kejap. Nak servis sikit." Soal Encik Habib lagi.

"Dah..ada di dalam bilik tu. Main game rasanya." Balas Puan Aisyah yang kini berjalan menuju ke pintu masuk.

"Itu saja yang dia tahu buat. Game, makan dan tidur. Kerja tak nak. Menghabiskan duit mak bapak jer." Encik Habib mula dengan leternya. Puan Aisyah pura-pura tidak mendengar. Tanpa menghiraukan leteran suaminya itu.

Encik Habib menggelengkan kepalanya. Dia tahu Puan Aisyah selalu menangkan anak-anaknya. Kerana itulah kedua-dua anaknya itu naik lemak. Setiap kali membuat kesalahan, Puan Aisyah selalu mempertahankan diri anak-anaknya.

Next chapter esok pula yer..^_^

Share this novel

Minaharabic
2021-02-17 21:54:39 

Assalamualaikum..sis..semoga succes selalu naa..

Minaharabic
2021-02-17 21:54:36 

Assalamualaikum..sis..semoga succes selalu naa..

Minaharabic
2021-02-17 21:54:36 

Assalamualaikum..sis..semoga succes selalu naa..


NovelPlus Premium

The best ads free experience