Bab 7 Sakitkan Hati

Drama Completed 144103

Syeril berjalan keluar dari pejabatnya untuk keluar makan tengahari. Kebetulan Reza pun keluar dari biliknya. Imran yang sedang berdiri disitu sekadar tersenyum melihat gelagat Reza. Kejadian pagi tadi mula diimbau semula.

"Cik Syeril..nak keluar lunch ker?." soal Imran pada Syeril yang sedang berjalan menuju ke pintu utama diikuti dengan Suri dibelakang.

"yer..nak keluar lunch. Jom ikut sekali. Saya belanja." balas Syeril dengan bersahaja. Reza semakin panas dengan ajakan Syeril buat Imran.

"betul ker ni Cik Syeril?." Imran seperti tidak percaya. Wajahnya bertukar tegang menunggu kesahihan.

"betullah..jom." balas Syeril selamba. Kakinya kini melangkah keluar dari pejabat itu. Reza cuba menghampiri namun tidak diendahkan Syeril.

"okay, saya ikut." bergegas si Imran mengikut jejak langkah majikannya itu. Suri hanya menggelengkan kepalanya melihat tingkah laku rakan sepejabatnya itu.

"lunch kat mana Suri. Bos kau tu saja kan nak sakitkan hati aku kan?." Reza dengan sedikit berang. Wajahnya sedikit kemerahan.

"entah..saya pun tak tahu. Bye Cik Reza." Suri ketawa kecil. Sedikit terhibur dengan keletah Reza. Meninggalkan Reza bersendirian di pintu utama pejabat itu dengan lambaian tangan.

"ehh..aku tak heran lah. Girlfriend aku cantik and body slim tau. Tak macam Doraemon tu lah." teriak Reza melepaskan amarah dan rasa cemburunya.

Mereka terus berlalu pergi tanpa hiraukan Reza lagi. Reza merengus kasar. Entah mengapa hatinya sakit saat Syeril seakan tidak peduli dengan kehadirannya sejak awal pagi tadi.

**************************************

Anis dibawa ke hospital menaiki ambulan. Meminta pertolongan dari jirannya untuk menghubungi pihak hospital dan membawanya dan Sofea mendapatkan rawatan lanjut.

Sesampainya dua beranak itu di hospital, Anis dibawa masuk ke dalam sebuah bilik yang dikerumuni oleh para doktor dan beberapa orang jururawat.

Sofea juga dibawa masuk untuk membuat pemeriksaan. Dia kelihatan trauma dengan kejadian tersebut. Anak kecil yang baru berusia kurang dari satu tahun itu menjadi mangsa kebodohan bapanya sendiri. Sungguh tiada sifat berperikemanusiaan dan rasa tanggungjawab keatas amanah yang maha esa.

" Nurse..boleh tak tolong call kawan saya. Saya perlukan bantuan dari dia." pinta Anis pada salah seorang jururawat yang sedang menolaknya ke dalam bilik rawatan itu.

Bekas tikaman itu benar-benar perit rasanya. Dia hanya mampu mengiring kerana tikaman itu terkena pada bahagian pinggang kiri Anis.

" Baiklah..kejap lagi bagi saya nombor telefon. Sekarang biar kami bawa puan ke bilik pembedahan dulu." kata jururawat itu. Anis sekadar mengiyakan sahaja.

Masing-masing sedang dirawat didalam bilik yang berasingan. Segala laporan polis telah diuruskan pihak hospital setelah Anis berterus terang dirinya ditikam oleh suaminya sendiri.

Kini polis sedang giat mencari Zaki. Zaki harus bertanggungjawab dan harus dihukum seadil-adilnya.

***************************************

Syeril membawa Imran dan Suri makan tengahari di sebuah restoran kegemarannya yang berhampiran dengan kawasan pejabat itu. Imran dan Suri makan dengan begitu selera sekali.

Syeril hanya mengambil sedikit sahaja makanan mengikut kadar kalori yang sepatutnya diambil. Dia bertekad untuk menurunkan berat badannya secara sihat tanpa sebarang ubatan.

" sedap macam ni Cik Syeril makan sikit jer?. Macam tak padan dengan badan tu." sindir Imran pada Syeril.

" Kau pun nak kena sumpah jadi tenuk macam seekor tenuk di office tu ker? kang kena belasah makan pakai straw pulak." balas Syeril dengan sedikit nada marahnya.

" Sapa tenuk ni? Tak faham saya." jawab Imran kebingungan. Suri melepaskan tawa kecil.

" Yang hidu minyak wangi saya pakai ni la. Awak yang tegur dia kan?." jelas Syeril lagi.

" Ohh..Cik Reza ker? kenapa tak cakap awal-awal." ketawa mereka semua. Suasana restoran itu riuh rendah dengan suara mereka bertiga.

" Tadi dia marah-marah Cik Syeril. Cakap dia pun ada girlfriend lah..apa lah..Saya cakap bye terus melenting." Giliran Suri pulak mengutuk si Reza.

" padan muka dia. Eh..ingat saya heran sangat ker dia ada girlfriend ker tak. Tunggu lah apa yang saya akan buat seterusnya. Dia akan menyesal." kata Syeril penuh yakin. Menanam semangat untuk mengubah cara hidup sihat dan ramping segak bergaya.

" bagitahu kami lah apa plan Cik Syeril. Kami boleh bantu Cik Syeril." kata Imran lagi.

" yela.. bagitahu lah. Kami kalau bab sakitkan hati orang memang A+ ." kata Suri pula. Makanan didepan mata terus disuapkan ke mulutnya.

" Betul korang nak tolong? kejap lagi saya bagitahu apa yang patut korang buat. Dan jangan sampai orang lain tahu. Terutama sekali Tan Sri Zainal." kata Syeril. Perancangan untuk menyakiti hati Reza diperhalusi.

" Okay..kami janji." kata Suri dan Imran serentak.

"Dah..cepat makan. Saya dah habis. Korang ni lambat." tegur Syeril pada Suri dan Imran.

Imran dan Suri makan dengan pantas. Tidak sabar untuk mengetahui apa yang bakal mereka lakukan untuk sakitkan hati Reza. Syeril melemparkan senyuman sambil memandang keluar tingkap restoran itu.

**************************************

Tengku Adam pulang ke rumahnya dengan keadaan yang kusut masai. Melangkah kan kaki memasuki bilik mandi untuk membersihkan dirinya.

Tuala mandi yang dililitkan ditubuhnya ditanggalkan. Mandilah dia sambil berendam didalam tab mandi yang telah dibuihkan. Sekadar merehatkan minda.

'Kenapa susah sangat kau nak terima cinta aku Syeril. Aku nak sangat peluk tubuh kau yang gebu tu. Tapi kau sombong. Nak sentuh kulit kau pun susah. Kalau kau jadi isteri aku, satu daripada hotel yang aku ada tu milik kau Syeril. Janji aku dapat ratah- ratah tubuh kau. Ni tak, lapar jer kena booking dulu. Dah tak ada selera aku.'

Omel Tengku Adam sendiri. Tubuh Syeril dibayangannya. Satu malam bersama Syeril adalah harapannya sejak dulu lagi. Tapi dia sering kecewa kerana Syeril tidak pernah melayaninya seperti yang diharapkan.

' Aku akan dapatkan kau Syeril. Satu malam pun cukup. Janji dara kau milik aku. Bukan orang lain. Tinggu yer sayang. Nanti abang datang.'

Senyuman seperti orang kurang siuman dilemparkan sambil matanya terpejam. Tubuhnya kini diselimuti oleh buih-buih sabun yang begitu wangi sekali.

Bayangan Syeril Dania terus menghantui fikirannya. Sungguh dia rindukan belaian seorang gadis bernama Syeril Dania.

*********************************

Puan Sri Tania mengukus kuih tepung bungkus buatannya sebentar tadi. Kuih itu adalah kuih kegemaran Syawal Danish sejak kecil lagi.

" Mak Kiah..saya teringin nak ke kampung Mak Kiah. Bila Mak kiah nak balik ke kampung. Saya nak ikut. Nak tengok sawah, makan makanan kampung, pucuk kayu di kampung. Rindu sangat walaupun baru sekali saya bermalam di kampung Mak Kiah hari tu."

Puan Sri Tania mengimbau kenangan bermalam di rumah milik Mak Kiah ketika menziarahi suaminya meninggal beberapa tahun yang lepas.

"boleh jer Puan. Saya pun lama tak balik. Nanti kita berkelah di sungai hujung kampung tu." janji Mak Kiah yang sedang mengelap cawan yang baru dibasuh tadi dan disusun semula ditempat asalnya.

Puan Sri Tania melemparkan senyuman. Benar dia mahukan suasana kampung yang damai dan permai. Setiap harinya hanya dihabiskan dirumah didalam bandar yang penuh dengan kesesakan dan pencemaran bunyi itu.

Sekali sekala mahu juga dia merehatkan minda dan menghidup udara segar berembun dan ditemani siulan burung.

Alhamdulillah..masih diberi peluang untuk menceriakan hari anda. Tq yang sudi membaca dan sentiasa memberi komen-komen yang membina. teruskan menyokong karya-karya Amyz. follow ig Amyz_Nazifa96

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-01-26 23:23:54 

saya nantikan sambungan novel ini...


NovelPlus Premium

The best ads free experience