Bab 19 Hospital

Drama Completed 144103

Suasana di mahkamah itu tenang. Anis menyeka airmatanya saat Zaki berpaling melihat kearahnya. Lelaki pertama yang dicintai. Lelaki pertama yang menyakiti.

Sungguh perit untuk ditelan. Namun Anis redha dan berkeras dengan keputusannya. Dia sudah penat dan sakit. Peluang yang diberikan untuk Zaki perbaiki dirinya sudah melampaui hadnya.

Kini dia memilih untuk tinggalkan kenangan lama dan mulakan hidup baru bersama Sofea Zalia. Amanah dari yang maha kuasa untuknya.

Saat hakim memutuskan hukuman buat Zaki, airmata yang mengalir dengan laju sekali. Perasaan kasih dan cinta pun tidak mampu mengubati lagi. Kini yang tinggal hanyalah rasa tenang puas dengan keadilan itu.

Siasatan mendapati Zaki bersalah dan Zaki telahpun mengakui kesalahannya didepan hakim mahkamah. Maka dengan itu, Zaki dikenakan hukuman penjara dan denda mengikut Seksyen 326 kanun keseksaan.

"Anis..Akak dah cakap kan. Kamu kena kuat. Zaki harus terima semua ni. Dia yang silap langkah." Kata Izatul pada adiknya itu. Belakang badan Anis digosok-gosok agar reda keresahannya.

Anis mula kelihatan sedikit tenang setelah dipujuk oleh kakaknya itu. Selesai urusan jatuhkan hukuman, Zaki dibawa oleh dua orang pegawai polis serta tangannya bergari.

Anis bangun dari kerusi mahkamah itu. Ditatapnya wajah Zaki yang sedang berjalan keluar dari perkarangan mahkamah itu.

"Tuan..kejap. Beri saya 5 minit untuk bercakap dengan isteri saya."Zaki menhentikan langkahnya.

"Baiklah..kami beri masa 5 minit." Kata salah seorang daripada pegawai polis berkenaan.

"Anis..maafkan abang. Abang menyesal dengan apa yang abang dah lakukan pada Anis dan Sofea. Maafkan abang." Zaki turut menitiskan airmatanya. Wajah sang isteri ditatap lembut.

"Anis Farhana Binti Zulkifli.."

Anis menekup mulutnya saat Zaki memanggil nama penuhnya. Tidak sanggup dia diceraikan kerana rasa cinta masih berbaki.

"abang ceraikan kamu dengan talak satu. Maafkan abang. Abang terpaksa lepaskan kamu. Jaga anak kita baik-baik."

"Minta maaf Puan. Kami terpaksa membawa tahanan segera." berkata salah seorang daripada pegawai polis itu.

Anis kini rebah terjatuh ke lantai. Zaki dibawa pergi meninggalkan mereka disitu. Izatul cuba mengangkat adiknya itu untuk bangun.

"Anis..bawa bersabar. Istighfar banyak-banyak. Anis kena kuat demi Sofea. Bangun Anis. Jom kita balik." Tubuh Anis dirangkul Izatul. Anis cuba bangun dari rebahannya.

Anis menguatkan dirinya bangun daru rebahan itu. Setelah dirinya utuh berdiri tubuh Izatul dipeluk erat.

"Apa lagi kak ujian untuk Anis hadap? Mampu ker Anis nak harungi semua ni sendiri." Anis dengan esakan tangisnya. Airmata tidak henti mengalir.

"Sapa cakap Anis sendiri? Anis ada akak, ada mak ayah. Kami semua akan bantu Anis dan Sofea. Dah..jom kita balik. Anis kena berehat."

Anis mengikuti langkah Izatul tanpa bantahan. Dia mengesat airmatanya. Rasa ini perit untuk ditelan. Tiada siapa mengerti selain diri sendiri.

************************************

6 bulan kemudian...

Syeril dihubungi Puan Sri Tania untuk segera pulang kerana bapanya telah dimasukkan ke hospital akibat angin ahmar yang tiba-tiba menyerang.

Dia tergesa-gesa menempah tiket penerbangan untuk pulang ke Kuala Lumpur secepat mungkin.

"Suri..!! saya minta awak stay sini dulu. Awak handle apa yang patut. Batalkan semua meeting saya untuk minggu ini. Saya mungkin seminggu di KL." arah Syeril yang sedang bersiap untuk ke lapangan terbang.

"Baiklah Cik Syeril. Jangan risau. Saya akan uruskan semua. Kirim salam buat Tan Sri dan Puan Sri. Saya doakan dari jauh."

"Terima kasih Suri. Kalau ada apa-apa yang meragukan boleh jer awak call saya."

"Okay.. apa-apa saya call Cik Syeril."

Syeril bergegas keluar dari pintu utama rumah itu lalu menyarungkan kasut ke kakinya. Pintu kereta dibuka oleh pemandu peribadi milik syarikat untuk menghantarnya ke lapangan terbang.

Kereta itu meluncur laju keluar dari perkarangan rumah. Suri hanya melambaikan tangannya buat Syeril hingga kelibat kereta itu menghilang.

'Aku nak balik juga...Nak jumpa Irfan. Rinduuu...' Rengek Suri sendiri mengingati kekasih pujaan hatinya itu.

**********************************

Beberapa jam kemudian...

Syeril tiba di KLIA dengan selamat. Kini dia dijemput oleh pemandu peribadi Tan Sri Zainal iaitu Pak Leman.

Naiki kereta itu dengan perasaan yang tidak tenteram. Selagi tidak mengetahui keadaan sebenar bapanya. Kegusaran melanda dirinya.

"Pak Leman bawa saya terus ke hospital yer." arah Syeril pada pemandu itu.

"Baiklah Cik Syeril."

Kereta itu meluncur laju. Suasana dijalan raya agak sibuk saat ini. Kereta memenuhi jalan raya itu. Syeril hanya mendiamkan diri tanpa sebarang suara. Duduk menyandar menenangkan fikirannya.

Setelah hampir 30 minit menempuhi kesibukan lalu lintas itu, Syeril tiba di perkarangan hospital yang menempatkan bapanya. Turun dari perut kereta itu lalu bergegas menuju ke lobi hospital berkenaan.

"Hello mama..!! Syeril dah sampai ni. Mama dekat mana?." soal Syeril sambil matanya liar memandang ke sekeliling kawasan itu.

"Dah sampai? Mama masih di zon merah. Syeril datang sini. Mama tunggu." jawab Puan Sri Tania lembut dengan suara esakan menangis.

"Baiklah Syeril kesana sekarang. Mama tunggu di situ."

Syeril mengatur langkah dengan agak laju. Beg tangannya dibimbit kemas. Telefon bimbit digenggam erat.

Sesampainya dia di zon merah itu, Puan Sri Tania terus memeluk tubub anak gadisnya itu.

"Syeril..!! Papa stroke. Mama yang salah. Tak jaga kesihatan papa dengan baik." Luah Puan Sri Tania pada anaknya itu.

"Semua yang terjadi ini takdir mama. Bukan salah mama. Kita sama-sama doa untuk kesembuhan papa. Insyaallah..papa akan baik semula."

Syeril masih tenang tanpa sebarang titisan airmata.

"Macam mana boleh jadi mama? cuba cerita pada Syeril."

Tubuh sang ibu dirangkul untuk duduk dikerusi yang berada diruang itu. Syeril ingin tahu saat-saat bapanya diserang angin ahmar itu.

"Papa busy sikit sejak akhir-akhir ni. Tengku Adam ada buat hal sikit. Hal hotel juga. Papa asyik resah jer dua,tiga hari ni. Tiba-tiba tadi lepas breakfast terus lembik."

Puan Sri Tania menjelaskan tentang apa yang berlaku pada Tan Sri Zainal. Syeril mendengar dengan penuh khusyuk sekali. Saat nama Tengku Adam disebut ibunya, api kemarahan mula membara. Setiap perbuatan Tengku Adam sebelum ini terngiang-ngiang di kotak fikirannya.

"Tengku Adam ni memang melampau. Tahu lah apa Syeril nak buat. Orang macam ni memang kena ajar sikit." Syeril mula mngatur sesuatu untuk memberi pengajaran buat Tengku Adam.

"Kamu jangan main-main dengan Tengku Adam tu. Cukuplah dengan apa yang berlaku sekarang. Mama nak kita hidup tenang. Yang mama harapkan sekarang cumalah kesihatan papa."

Syeril kalah dengan rayuan ibunya. Dia kembali didalam pelukan Puan Sri Tania. Airmata yang cuba mengalir disekanya terlebih dahulu.

"Syeril nak masuk jumpa papa boleh?." soal Syeril pada Puan Sri Tania.

"Doktor tak benarkan sesiapa masuk lagi. Papa kritikal sekarang." jawab Puan Sri Tania lembut.

"Ohh..ye ker? Tak apa. kita sama-sama doakan papa. Mama balik dulu boleh?. biar Syeril yang tunggu. Mama balik rest kat rumah." Syeril risaukan kesihatan ibunya yang mempunyai darah tinggi itu. Puan Sri Tania harus berehat secukupnya.

"Mama nak tunggu papa. Kita sama-sama tunggu. Selagi mama tak tahu keadaan papa hati mama ni tak tenteram." jawab Puan Sri Tania masih degil.

"Baiklah..kita sama-sama tunggu."

"Tapi mama ada benda nak tanya Syeril. Disana makanan tak sedap ker? Syeril nampak kurus sangat. Hilang chubby mama."

"Ehh...tak lah mama. Syeril yang nak kuruskan badan. Alhamdulillah..hasil yang agak memuaskan." jawab Syeril dengan senyuman manisnya. Sungguh didalam hati hanya tuhan yang ketahui. Apa yang diharapkan kini tercapai.

"Alhamdulillah.. Syeril nampk cantik sangat. Bila nak bawa orang Kuching jumpa mama?." soalan itu membuatkan Syeril mengerutkan dahinya.

"Hmm...mana ada orang nya mama. Syeril ke hotel dan balik rumah jer. Tak keluar mana-mana pun." jawab Syeril dengan keluhan diakhir kata-katanya.

"Insyaallah..nanti ada lah tu. Syeril kena usaha lebih sikit. Umur dah makin lanjut." Nasihat yang diberikan itu agak sensitif baginya bila dikaitkan dengan faktor usia.

Syeril mengambil keputusan untuk mendiamkan dirinya sahaja. Tangan ibunya dicapai lalu digenggam erat. Syeril kini hanya memikirkan tentang bapanya yang masih tiada khabar berita. Harapan agar bapanya baik-baik sahaja.

****************************************

Hmm...rsa malas nk menulis pula. Kalau tak best jgn marah yer.. kihkihkih..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience