Bab 5 Bantu Anis

Drama Completed 144103

Setelah selesai urusan Anis di klinik mereka bergegas ke rumah pengasuh Sofea.

"kau kena bertindak Anis. Buka kes. Tuntut hak kau. Zaki memang melampau. Sampai bila kau nak hidup macam ni." leter Syeril pada sahabatnya itu.

"aku tak ada duit nak ambil lawyer lah. Lagipun aku yakin Zaki akan berubah. Aku yang patut bantu dia balik ke jalan yang benar." Anis masih mempertahankan suaminya. Rasa kasih dan sayang masih mekar dihati walau sering disakiti.

"kau nak tunggu apa lagi Anis? aku tak nak Sofea hidup dalam suasana yang tidak membantu tumbesaran dia. kau tak fikir ke semua tu?."

"apa aku mampu buat. Keluarga aku tak boleh terima Zaki termasuk aku sejak aku putuskan untuk berkahwin dengan Zaki dulu. Kemana aku nak pergi lagi Syeril?."

"itulah sebabnya rumah tangga kau tak harmoni Anis. Sebab tiada restu orang tua. Balik lah jumpa diorang dan bincang mengenai hal ni dengan wali kau. Hal lawyer aku akan handle. Aku ada kawan bekerja di firma guaman. Aku akan bantu jika kau setuju untuk failkan kes ni di mahkamah."

"Aku keliru Syeril. Kau pun dah banyak sangat tolong aku. Segan pula aku dengan kau."

"tak payah segan sangat. Kau dah macam saudara aku Anis. Apa yang aku boleh bantu, aku bantu."

Kini kereta itu berhenti betul-betul dihadapan rumah pengasuh Sofea Zalia. Mereka turun dan mengambil Sofea untuk pulang semula ke rumah.

Setelah selesai urusan Anis, Syeril terus memandu pulang ke rumahnya.

*************************************

Reza tiba dirumah orang tuanya tepat jam 11 malam. Kelihatan ibu bapanya sedang menunggu kepulangannya ditaman kecil hadapan rumah itu.

"dah sampai pun anak ibu." Puan Aisyah menerpa mendapatkan anaknya itu. Encik Habib hanya melemparkan senyuman sambil menikmati angin malam itu.

"Assalamualaikum..!! Tunggu Reza ke ni?." soal Reza.

"Waalaikumussalam..!! yer tunggu kamu lah. Mari minum teh dulu. Ayah kamu memang suka duduk diluar waktu-waktu macam ni." jawab Puan Aisyah.

"tak elok lah ayah duduk diluar waktu-waktu macam ni." kata Reza lagi.

"ala.. sekejap aje. Angin malam ni lain sikit. Nyaman rasa dada ni. Apa orang kata? Terapai minda." balas Encik Habib pula.

"anak kesayangan dah sampai. Patut riuh rendah dengarnya. Tak khusyuk Angah solat tadi." kata Syah Rizal. Adik kepada Syah Reza itu keluar dengan senyuman manisnya.

"ada-ada jer kau ni Angah. Kau pun anak kesayangan apa. Ayah belikan kereta tau untuk kau. Aku ni usaha sendiri okay."

"dah mula lah tu. pantang jumpa jer nak gaduh. Duduk jauh asyik bertanya khabar." leter Puan Aisyah pada kedua anaknya itu.

"ayah dan ibu sayang kedua-duanya sama rata. Tak ada yang lebihnya." kata Encik Habib pula.

"kami gurau jer kan Along?." Syah Rizal menghulurkan tangan bersalaman dengan abangnya itu.

"macam mana Along dengan tempat kerja baru ni. Okay ker?." soal Encik Habib.

Syah Reza dan Syah Rizal kini duduk dikerusi bersama orang tua mereka.

"Okay jer. Cuma anak bos tu pelik sikit. Ada ke patut dia minta Along berlakon jadi boyfriend dia depan Tan Sri Zainal tu. Kononnya tak nak kahwin dengan pilihan Tan Sri."

"lepas tu Along terima tak? Cubalah mana tahu melekat betul-betul. Boleh berbesan dengan orang kaya." kata Puan Aisyah sambil tersenyum riang.

"ish..tak nak lah. Bukan tak cantik. Cuma gemuk. Bukan taste Along lah ibu." jawab Reza dengan lagak machonya.

"padan lah dengan Along yang tak berapa nak handsome tu." Usik Syah Rizal.

"Handsome dari kau okay. Kau nak ker? aku nak recommend kan dekat dia." tawa si Reza sambil menepuk-nepuk perutnya.

"sudah lah tu persendakan orang. Jangan nanti jadi bini sudah. Jom kita masuk dalam. Dah lewat ni. Esok sambung lagi."

Mereka bangun lalu memasuki rumah. Reza mengambil bagasinya didalam kereta dan dibawa masuk kedalam rumah itu.

*************************************

Syeril melentangkan tubuhnya diatas katil setelah selesai membersihkan diri sebentar tadi. Pelbagai perkara berlaku pada hari ini.

'kau boleh hina aku Reza. Aku akan ingat semua tu. Aku akan buktikan yang aku boleh kuruskan badan aku. Dan waktu tu kau sendiri yang akan kejar aku.'

Kata Syeril sendiri. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Baju yang terselak hingga menampakkan peha yang gebu itu di betulkan agar kemas.

"masuklah."

Puan Sri Tania memasuki bilik itu. Berjalan dan duduk disebelah Syeril yang sedang baring di atas katil itu.

"Dari mana Syeril sebenarnya? jumpa Tengku Adam ker?." soal Puan Sri Tania pada anak gadisnya itu.

"ishh..ke situ pula mama ni. Tak ada masa lah nak jumpa dia. Lebih baik Syeril balik rumah dan tidur." Syeril bangun lalu duduk bersandar di kepala katil itu.

"habis tu Syeril kemana? cuba cerita pada mama. Mama risau jer. Zaman sekarang ni pelik sangat perangai manusia."

"Syeril cerita pada mama. Tapi mama jangan cakapkan pada papa pula. Nanti papa bising."

Mereka saling berpandangan. Puan Sri Tania menangguk setuju. Syeril menceritakan kisah Anis pada ibunya. Puan Sri Tania mendengar dengan begitu khusyuk sekali.

"sampai macam tu pun masih nak tunggu lagi. Kalau anak mama diperlakukan macam tu..hmm. dah lama mati jantan tak guna tu." kata Puan Sri Tania dengan reaksi geramnya.

"Itulah..Syeril dah cakap dengan dia. Report dan bawa kes ni di mahkamah. Tuntut hak dia sebagai seorang wanita. Dia cuma cakap dia tak ada duit nak ambil lawyer." balas Syeril pula

"Kes penderaan macam ni, dia boleh mohon bantuan guaman. Dia harus mengikut prosedur yang betul lah." jelas Puan Sri Tania.

"betul jugak kan. Nanti Syeril cakap dengan dia. Bawa dia jumpa Sofie." Senyuman terukir di bibir Syeril.

"Sofie?? yang bekerja dengan adik Tengku Adam tu ker. Apa namanya? ." Puan Sri Tania memikirkan nama adik kepada Tengku Adam itu.

"Tengku Azwin. Sofie kerja disitu." jelas Syeril pula.

"Yer betul tu. Tengku Azwin. Syeril bantu lah Anis. Kesian dia kan. Mama sentiasa sokong selagi perkara tu baik untuk orang." Puan Sri Tania bangun lalu menggosok kepala Syeril.

"thanks, mama." Puan Sri Tania sekadar mengangguk dan melemparkan senyuman.

"mama tidur dulu. Syeril rehat lah. Esok nak ke office pula."

Puan Sri Tania meninggalkan bilik itu dan menuju ke biliknya. Syeril menarik nafas panjang. Merebahkan semula tubuhnya di atas katil itu lalu mata dipejam rapat.

Terima Kasih kerana sudi membaca. Tunggu new update esok pulak yer. Amyz sayang semua..mmuuahh..

Share this novel

Syakira Ieyra
2021-01-24 07:42:14 

smbungan pleaseee


NovelPlus Premium

The best ads free experience