Bab 28 Shrek

Drama Completed 144103

Hari Syeril agak sibuk hari ini. Dia terpaksa menyiapkan urusannya di hotel pada hari ini memandangkan keesokan harinya dia akan berangkat ke Kuching untuk memantau persediaan satu majlis besar yang akan diadakan di Tania Hotels.

Sedang dia asyik dengan fail-fail yang sedang memenuhi meja itu, pintu biliknya diketuk.

"masuk..!!.' tempik Syeril memberi kebenaran.

"Hai..!! Sibuk sangat ker? jom lunch." ajak Reza yang sudah memasuki ruang pejabat itu.

"Ehh...tak sempat lah nak keluar lunch. Saya kena meneliti semua fail-fail ni. Esok kan saya dah nak ke Kuching." jelas Syeril yang sedang bersandar di kerusi itu.

"Ohh ye ker? saya lupa pula. Kalau macam tu saya bungkuskan untuk awak jer lah. Awak nak makan apa? saya tolong belikan." kata Reza lagi. Tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.

"Boleh lah. Healthy food only okay." pinta Syeril dengan menunjukkan jari telunjuknya ke arah Reza.

"Baiklah sayangku.." Reza mula dengan miangnya. Senyuman terukir indah dibibirnya buat Syeril.

"Mula lah tu..Gatal.." Syeril menghadiahkan jerlingan panas buat Reza. Reza sekadar ketawa kecil lalu keluar dari bilik tersebut.

Syeril kembali menumpukan perhatian terhadap lambakkan kerja itu. Namun senyuman tetap terukir dibibirnya.

*****************************

Encik Habib serta isterinya Puan Aisyah sedang menjamu selera menikmati makan tengahari itu. Pelbagai jenis masakan dimasak sendiri oleh Puan Aisyah. Kari adalah menu wajib bagi keluarga itu. Manakala Puan Aisyah pula lebih sukakan makanan seperti sup sahaja.

Makanya setiap hari itu pelbagai menu masakan disediakan untuk mereka seisi keluarga. Syah Rizal pula tidak banyak latahnya. Apa yang disediakan oleh ibunya, ditelan sahaja. Janji perutnya kenyang selesa.

"Syah Rizal..Cepat lah..!! ibu dan ayah dah makan ni." panggil Puan Aisyah.

"Yer..Datang ni." jawab Syah Rizal selamba sambil berjalan menuju ke arah meja makan itu.

"Hmm..duduk Rizal. Makan ni semua. Ibu kamu penat masak." pelawa Encik Habib. Rizal menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya di kerusi itu. Nasi dicidukkan oleh ibunya. Lalu lauk disudukan sendiri.

"Ibu..! ayah..! Rizal ada benda nak bagitahu." kata Rizal sambil menggaul nasi didalam pinggan itu.

"Apa pula Rizal? jangan bagitahu kamu nak kahwin sudah." Puan Aisyah mula meneka. Encik Habib sekadar memandang ke arah anaknya itu.

"Ehh...ke situ pula ibu ni. Rizal nak bagitahu yang Rizal dah isi borang kemasukan ke pusat latihan TUDM hari tu. Dan Rizal layak. Bulan depan daftar masuk." jelas Rizal dengan tenang. Tangannya berhenti menggaul nasi itu. Dia menanti reaksi dari kedua-dua orang tuanya.

"Alhamdulillah..ibu restu Rizal. Ibu very proud of you, sayang." Puan Aisyah sangat teruja sekali dengan berita yang disampaikan oleh anak terunanya itu. Sudah lama mereka menanti Syah Rizal meneruskan minatnya untuk melibatkan diri dalam bidang ketenteraan ini.

"Alhamdulillah.. syukur kehadrat Illahi. Ayah bangga dengan kamu. Macam ni lah anak ayah. Kamu sahaja harapan ayah untuk terus berbakti pada tanah air ni. Abang kamu tak minat langsung. Ada juga pewaris Habib dalam bidang ketenteraan." kata Encik Habib dengan bangganya. Dia sangat bersyukur kerana Syah Rizal mahu menceburi dalam bidang ketenteraan ini.

Encik Habib adalah seorang pesara tentera udara yang telah berkhidmat hampir 30 tahun bersama Tentera Udara Diraja Malaysia. Namun atas faktor kesihatan yang merosot, dia terpaksa bersara lebih awal dari waktu yang sepatutnya. Dia mengalami kecederaan yang agak parah di bahagian kepala akibat terjatuh dari pesawat ketika sedang melatih para pelatih baharu suatu ketika dulu. Akibat daripada itu, dia telah hilang ingatan selama beberapa tahun.

Kini dia sudah pulih semula namun kejadian itu belum diingat sepenuhnya. Dan kadangkala timbul rasa kecewa di hatinya saat dia mengenangkan kenangan manisnya bersama pasukan itu. Andai perkara tersebut tidak berlaku, pastinya dia masih berkhidmat dan hanya tunggu hari persaraan.

"Rizal cuma nak kata-kata semangat dari ibu dan ayah. Harap-harap Rizal dapat tempuhi latihan hingga ke penghujungnya." pinta Rizal pada kedua-dua orang tuanya itu.

Timbul rasa sebak di dada Encik Habib dan Puan Aisyah. Sememangnya Rizal adalah anak yang baik dan sangat merendah diri. Kini tiba masanya Rizal bersusah demi berjuang untuk negara dan bangsa.

"Ibu akan selalu doakan anak-anak ibu berjaya dunia akhirat. Ibu tahu Rizal mesti berjaya tamatkan latihan." Puan Aisyah menitiskan airmata bersama kata-kata semangat Buat Rizal. Sesungguhnya doa sang ibu tiada hijabnya.

"Terima kasih ayah, ibu." Rizal dengan sedikit sayu. Nasi mula dikais-kaisnya.

"Kenapa dikais saja nasi tu. Ambil lauk lagi Rizal. makan kenyang-kenyang. Nanti kita cari keperluan nak bawa ke pusat latihan." Encik Habib dengan perasaan gembiranya. Sungguh dia berbangga dan sangat berbesar hati dengan pencapaian anaknya itu.

Mereka terus menikmati makanan yang terhidang dengan penuh berselera. Perkhabaran yang disampaikan oleh Rizal sangat menyenangkan hati mereka suami isteri.

*******************************

"Haiii..!!. Laung Reza dengan kuat sambil memasuki bilik Syeril.

"Ohh..mak kauu hijau..!!!." Syeril dengan latahnya. Reza melepaskan tawa besar. Berdekah-dekah dia tertawakan Syeril yang melatah itu.

"Awak ni kan..tak boleh ker ketuk dulu pintu sebelum masuk. Nasib baik saya tak ada masalah jantung tau." Syeril menggosok-gosok dadanya untuk kembali tenang.

"And mak saya bukan shrek okay." Reza membetulkan kata-kata Syeril sebentar tadi. Sesungguhnya itu hanyalah datang secara spontan keluar dari mulut Syeril.

"Ehh..saya terkejut tahu tak. Awak langsung tak minta maaf dengan saya." rengek Syeril sambil memeluk tubuhnya.

" Okay..i'm sorry.Dah jom makan dulu. Saya dah belikan makanan untuk awak." Reza meletakkan makanan itu diatas meja dalam ruang tersebut.

Syeril bangun dari duduknya dan menghampiri meja itu yang sudahpun diduduki oleh Reza. Reza membukakan bungkusan makanan itu buat Syeril. Syeril yang masih memuncungkan bibir itu tidak memberi sebarang reaksi. Dia turut melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan dengan Reza.

"Okay..jemput makan Cik Syeril. Atau awak nak saya suapkan?." Reza sekadar menghiburkan semula hati wanita itu.

"No..tak perlu. Saya boleh makan sendiri. Pandai awak belikan makanan sihat untuk saya. Rasanya saya tak bagitahu awak pun supaya letak nasi mengikut sukatan diet ni." soal Syeril dengan kening yang sedikit terangkat itu.

"Awak dah lupa ker? saya pernah diberi nasi macam tu beberapa hari lepas. Jadi saya tahu lah awak punya sukatan makan macam mana." jelas Reza dengan yakinnya. Nasi terus disuapkan ke dalam mulutnya. Begitu juga dengan Syeril, dia turut menikmati makanan itu dengan penuh berselera. Reza sekali sekala memalingkan wajahnya ke arah gadis itu.

'Tengah makan pun cantik. Indah betul ciptaan mu ya Allah. Aku bermohon kau satukan kami diatas jalan yang diredhaimu.' Berkata Reza dalam hati. Syeril tidak langsung mendongak ke arahnya. Mungkin tergesa-gesa makan dan akan kembali dengan lambakan kerja itu.

************************************

Tan Sri Zainal baru sahaja menamatkan panggilan telefon dengan seseorang. Dia bercadang untuk kahwinkan Syeril secepat mungkin bersama jodoh pilihannya. Dengan keadaan yang tidak mengizinkan kini, dia terpaksa mengupah seseorang untuk uruskan hal pertunangan Syeril.

Puan Sri Tania sangat gusar dengan tindakan Tan Sri Zainal itu. Kerana dia langsung tidak memberitahu siapakah yang bakal ditunangkan dengan satu-satunya anak gadis mereka itu.

"Abang tak nak bagitahu saya ker siapa yang bakal ditunangkan dengan anak dara kita tu?." Puan Sri Tania mula menyoalnya.

"Nanti awak tahu juga. Sekarang biar orang-orang saya yang uruskan. Saya pasti Syeril mesti suka." jelas Tan Sri Zainal. Dia masih mahu merahsiakan siapa yang bakal ditunangkan dengan Syeril. Satu sergihan dilemparkan buat Puan Sri Tania.

"Sekurang-kurangnya bagitahu lah saya. Saya pun nak tahu juga. Penat saya lahirkan dia." Puan Sri Tania merengus kecil. Dia agak berkecil hati dengan jawapan yang diberikan oleh Tan Sri Zainal itu.

"Awak ni kan..mula lah tu. Merajuk aje kerjanya. Dah tua bertambah tua lagi tau." Kata-kata usikan buat Puan Sri Tania. Satu tepukan manja hinggap di peha Puan Sri Tania.

"Saya pun ada calon saya sendiri. Tak adil lah macam ni." rengek Puan Sri Tania sambil memeluk tubuh.

"Awak bagitahu dulu siapa calon menantu awak tu. Baru saya bagitahu siapa pula calon menantu saya." Wajah muncung isterinya ditatap. Dia tahu yang Puan Sri Tania risaukan tentang masa depan anak gadisnya itu. Takut jika pilihan yang dimaksudkan itu juga tidak membahagiakan anak mereka.

Seperti kesilapan yang dibuat sebelum ini untuk mengahwini Syeril dengan Tengku Adam. Ia adalah satu kesilapan terbesar buat mereka. Maka kali ini, mereka harus memastikan pilihan yang dibuat adalah keputusan yang tepat dah terbaik buat Syeril Dania.

semoga menceriakan hari anda.. hihi dan semoga bertemu lagi dilain hari..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience