Bab 44 Kejutan

Drama Completed 144103

Baju tidur serba jarang itu disarungkan dengan cepat oleh Syeril Dania. Reza yang asyik memandang ke arahnya tidak berkenyit matanya. Syeril sedar bahawa dirinya sedang diperhatikan oleh Reza. Namun berlagak seperti tiada siapa yang memandang.

'Suami aku ni tak ada kerja lain ke? Asyik pandang aku je. Kang tak sempat pukul 12 dah terbabas.' Kata Syeril dalam hati. Tangannya cepat menyambar kain telekung di sudut katil itu.

"Awak nak buat apa dengan telekung tu?." soal Reza yang kini sudah menghampiri isterinya.

"Nak solat lah..tak kan nak main futsal pula." Balas Syeril selamba.

"Pandai isteri saya ni buat lawak kan?." Saat mereka saling bertatapan, Reza bertindak merangkul pinggang Syeril rapat didadanya.

"Ehh..saya ada wuduk ni. Kan dah batal wuduk saya." Syeril berwajah redup. Tidak puas hati dengan tindakan suaminya itu.

"Alang-alang dah batal wuduk kan, apa kata kita terus ke langkah seterusnya? Baju awak tu seksi sangat." Bisik Reza dicuping telinga isterinya.

"Err..kan awak cakap pukul 12. Ni maghrib pun belum masuk lagi." Syeril cuba untuk lepaskan dirinya buat kali kedua.

"Awak sekarang dah jadi isteri saya yang sah. Saya boleh buat bila-bila masa je yang saya nak. Awak wajib layan saya tau." Bisik Reza lagi. Bulu roma Syeril Dania mula merinding semula.

'Aduh..macam mana ni? Bersediakah aku nak layan suami aku ya Allah..'

"Awak wangi sangat. Saya suka bau macam ni." tangan Reza mula menyelak rambut Syeril yang menutupi anak matanya.

"Awak pergilah mandi dulu. Sekejap lagi lah awak lepaskan hajat awak tu." Pujuk Syeril lagi.


Namun Reza tetap dengan kemahuannya. Tubuh Isterinya mula diteroka. Lalu tubuh itu direbahkan diatas katil perlahan-lahan. Syeril mengikuti sahaja langkah Reza. Mata saling bertentangan.

"Assalamualaikum..!!." laung Reza ditelinga isterinya.

"Waalaikumussalam..!!." sahut Syeril perlahan.

Ciuman hangat seperti kali pertama Syeril dicium kembali lagi. Bibir halus itu dikucup sepuasnya. Syeril mengamati aksi itu dengan penuh penjiwaan.

Nafas semakin laju. Syeril juga sudah mula mainkan peranan didalam babak itu. Reza senang hati dengan tindak balas isterinya. Satu demi satu busana pengantin milik Reza ditanggalkan. Kini yang menyelubungi tubuh mereka adalah hanya selimut semata-mata. Adegan romantis itu berjalan dengan tenang. Masing-masing melepaskan kepuasan antara satu sama lain.

****************************

"Tenang hati aku bila tengok Syeril happy tadi. Alhamdulillah..dia dapat suami yang baik dan sihat. Semoga ikatan yang terbina ni kekal hingga syurga." Tengku Adam berkata sambil menikmati makanan yang baru diterima dari penghantar makanan sebentar tadi.

"You jangan sedih Tengku. I tau you dah move on." Gavin membalasnya.

"Aku okay..Dia sudah selesai tamatkan zaman bujang dia. Aku pula tunggu mati je la. Nak kahwin? Memang tak lah. Sapa nak orang sakit macam aku ni." Tengku Adam merendahkan diri serta tersenyum sinis.

"You ni suka cakap bukan-bukan. Kita tak kahwin pun, kita happy kan? I dah 8 tahun tak ada girlfriend. Okay sampai sekarang."

"Kau rasa-rasa kan? Err.. Syeril maafkan aku tak pasal perbuatan tak senonoh aku dulu? Aku still rasa bersalah kau tahu tak? Rasa malu pun ada."

"Mana lah I tahu. You pula bila nak masuk office? Dah lama sangat terperuk dalam rumah ni. Apa kata you masuk office and sibukkan diri dengan hal-hal di office. Kan ada faedahnya."

"Aku pun dah bosan kat rumah ni. Lagi-lagi asyik mengadap muka kau je. Tengoklah dua,tiga hari lagi." Tengku Adam terus menjamah makanan tersebut. Gavin sekadar menggelengkan kepalanya.

***********************************

Satu persatu pakaian yang berselerakan dilantai dikutip Reza dengan selamba. Syeril Dania menarik selimut menutupi hingga ke paras dada.

'Aduh.. macam mana boleh kecundang pula. Matahari belum terbenam kot. Malunya..' Syeril mengetap bibirnya.

"Jom mandi sekali. Saya mandikan awak." ajak Reza sambil memberi kenyitan mata buat isterinya.

"Awak pergilah dulu. Kejap lagi saya mandi sendiri." Syeril terus mengalihkan pandangannya. Tidak mahu lagi dia tergoda dengan pujukan Reza.

"Cepatlah sayang..Saya ada surprise untuk awak malam ni. Kejap lagi ada orang datang untuk dandankan awak." jelas Reza sambil menghulurkan tangan ke arah Syeril.

"Apa? Dandan saya? kita nak pergi mana?." soal Syeril dengan penuh kerutan didahinya.

"Ada la. Saya mandi dululah.. awak banyak sangat soal." Reza terus mencapai tuala mandinya dan terus memasuki kamar mandi untuk bersihkan diri. Syeril menarik nafas lega kerana Reza tidak memaksanya untuk mandi bersama. Rasa kekok masih membelenggu meskipun ia sudah ditiduri.

'apa pula plan dia malam ni? Aku dah penat sangat ni. Rasa nak baring sampai pagi esok je. Boleh pula dia plan macam-macam.' Rungut Syeril dalam hati. Lalu dia turun dari katil dan mencapai baju tidurnya sebentar tadi.

********************************

Suri dan Irfan orang yang paling sibuk saat ini. Entah mengapa keterujaan untuk sediakan sendiri kejutan buat Syeril Dania. Hanya dibantu oleh dua orang kakitangan hotel. Sedangkan boleh sahaja semuanya ditempah. Mungkin kepuasan menjadi keutamaan.

Kelopak bunga mawar merah dan putih ditabur sekeliling meja. Lilin-lilin pelbagai jenis dan bentuk disusun rapi. Alunan muzik romantis mula diputarkan. Mereka harus memastikan majlis untuk malam ini berjalan lancar.

Tiba-tiba kedengaran bunyi deringan telefon. Irfan menyeluk poket seluar dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Lalu skrin telefon bimbit itu dileretkan.

"Ye Tan Sri..!!."

"Macam mana ? semua okay ? Ada apa-apa penambahan lagi ?."

"Setakat ni semua okay. Kek pun dah sampai. Yang tu saya serahkan pada perunding majlis lah. Kerja saya dan Suri dah settle."

"Alhamdulillah..kamu naik lah rehat dibilik dulu. Kesian Suri tu. Kami semua akan ke sana sejam sebelum majlis." jelas Tan Sri Zainal.

"Baiklah Tan Sri."

Panggilan itu ditamatkan. Lalu senyuman manis terukir di bibir Irfan.

"Jom..Saya haus lah. Kita ke Cafe." Ajak Suri dengan sedikit manja.

"Okay lah..jom..!!.'

******************************

"Awak..!! Kita nak kemana malam ni ? Kenapa sampai nak kena jurusolek yang dandankan saya ?." Soal Syeril seusai membersihkan dirinya.

"Adalah.. Kalau saya bagitahu awak tak surprise namanya." Jelas Reza yang asyik dengan telefon bimbitnya sambil bersandar di kepala katil itu.

"Saya penat lah. Boleh tak kita tunda dulu ?. Esok awak set lah semula surprise awak tu." Syeril melabuhkan punggungnya di kerusi almari soleknya.

"Ish...mana boleh. Penat saya plan tau. Awak jangan buat hal Syeril Dania. Saya janji aktiviti lepas pukul 12 tu saya tunda dulu. Itu saya set semula esok. Untuk malam ni tak boleh tunda sayang." Sempat lagi Reza berfikir sampai ke situ.

"Itu jer yang dia ingat. Okaylah saya ikut plan awak malam ni. Tapi jangan sampai lewat malam okay ?."

"Mestilah ingat. Itukan nafkah juga. Mana boleh lupa. Okay..saya janji tak curi waktu rehat awak tu hingga lewat malam."

Tidak lama kemudian kedengaran bunyi loceng bilik hotel berbunyi.


"ding..dong..!!"

"Dah sampai rasanya jurusolek tu." Reza turun dari katil menuju ke pintu bilik itu. Lalu dikuaknya pintu tersebut.

"Hai..I Sabrina. Datang nak siapkan Puan Syeril. Betul kan ini biliknya ?." Soal wanita itu.

"Ye..betul. Silakan Sabrina. Puan Syeril ada di dalam." Pelawa Reza. Wanita itu serta pembantunya terus melangkahkan kaki masuk ke dalam bilik tersebut.

"Ini mesti pengantin baru kan ? Cantik manis orangnya. Salam perkenalan..Saya Sabrina dan ini Iris my assistant."

"Ye..saya Syeril. Terima kasih." tersenyum riang Syeril dengan pujian itu.

"Jom kita start. Ini baju untuk Encik Reza dan ini untuk Puan Syeril. Kita bersolek dulu. Nanti saya pakaikan Puan Syeril semua aksesori ni."

Syeril mengangguk setuju. Reza sekadar duduk sambil matanya tertumpu pada skrin telefon bimbitnya.

bersambung--->

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience