Bab 10 kelam

Drama Completed 144103

Sofea kini dalam pantauan pihak hospital. Kesan dari kejadian itu membuatkan Sofea sedikit trauma. Pakar menjelaskan bahawa Sofea harus menjalani beberapa ujian fisiologi bagi memastikan tumbesarannya dan minda berkembang seperti kanak-kanak lain.

Zaki kini masih diburu pihak polis. Hampir beberapa hari polis giat memburunya. Namun masih tidak dapat menjejaki keberadaannya. Entah kepelusuk mana dia bersembunyi.

"Anis..Anis..!! aku kena balik dulu. Hal bil hospital kau jangan risau. Aku akan tanggung semua kos perubatan kau dan Sofea. Esok aku datang lagi melawat kau." kata Syeril pada sahabatnya itu.

"Kau dah jumpa Sofea? macam mana keadaan dia?." soal Anis kerisauan.

"Sofea okay. Cuma perlukan pantauan pakar. Kau jangan risau. Kau dan Sofea selamat disini." jelas Syeril. Wajah Anis yang tadinya terukir kerutan didahi kini beransur tenang.

"Terima kasih Syeril. Aku terhutang budi dengan kau." Kata Anis bernada sayu.

"Dah lah..aku nak tahu apa perancangan kau lepas ni. Nak kerja dimana? Nak teruskan lagi perkahwinan ini atau sebaliknya? Aku akan bantu kau."

"Aku nak buka fail. Tuntut hak Sofea. Aku nak bercerai. Lepas ni aku nak balik kampung. Cari kerja disana. Besarkan Sofea di kampung." Jelas Anis yang kini airmata mula menitis.

"Aku akan bantu kau. Nanti kita ke pejabat guaman kawan aku. Disana kau akan tahu produsernya."

"Baiklah. Kau baliklah dulu. Nanti Puan Sri risau pulak."

"Okay. aku balik dulu. Apa-apa kau call aku. Insyaallah..aku sentiasa ada untuk bantu kau semampu aku." Anis sekadar mengangguk.

Peluang yang diberi buat Zaki kini sudah terlalu banyak. Tidak perlu lagi dia menunggu dan diberi lagi satu peluang. Dengan pertumpahan darah tempoh hari membuatkan isi hatinya kian membeku. Tidak dapat menahan sabar dan harus meredhai segalanya.

*****************************************

Nasi yang dibeli itu disuapkan kedalam mulutnya. Telefon bimbit ditangan tidak henti-henti menghubungi Tasya. Wanita itu sudahpun mengkhianati janji taat setia mereka.

'Kemana kau Tasya. Kau memang cari pasal dengan aku. Kau bernikah dengan orang lain sedangkan kau kekasih aku. Aku ni apa Tasya. Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing.'

Telefon bimbit itu diletakkan diatas meja makan itu. Makanan yang terhidang dijamah tanpa meninggalkan sedikit pun sisa.

'yang ni sorang lagi. Aku tengah bersedih sekarang. Kau boleh berfoya-foya dengan jantan miang tu. Kenapa kau dah tak kejar aku ehh perempuan. Aku suka tengok kau terkejar-kejar aku. Aku rindu semua tu.'

Sudu diletakkan di dalam pinggan. Air diteguknya. Tisu diambil lalu disapukan ke bahagian mulutnya.

Meninggalkan pinggan serta gelas yang baru selesai dijamahnya diatas meja itu lalu memasuki kamarnya. Merebahkan tubuhnya diatas katil empuk itu.

Wajah Syeril tidak hilang dari ingatan. Setiap kata-kata dari mulut gadis itu terngiang-ngiang dicorong telinga.

Sungguh dia suka melihat Syeril menangis dan sakit hati dengan perbuatannya. Bagai satu bahan jenaka untuknya menghiburkan hati.

'Aku tak boleh macam ni. Aku kena keluar cari ketenangan. Duduk dalam bilik ni membuatkan aku fikirkan soal perempuan-perempuan tu.'

Keluar semula dari bilik lalu mencapai kunci keretanya. Keluar dari pintu utama itu menuju ke keretanya. Masuk kedalam kereta lalu enjin dihidupkan. Setelah gear dimasukkan, keluarlah kereta itu meluncur laju diatas jalan raya.

************************************

Tengku Adam berlegar-legar di lobi hospital menunggu sahabatnya yang bekerja di hospital tersebut.

Satu sosok wanita berjalan dengan penuh gayanya menuju ke tempat letak kereta. Tengku Adam bergegas lari mendapatkan wanita itu.

Tangan wanita itu direntap. Benar tekaannya. Itu wanita pujaan hatinya. Wajah yang selalu dirindui ketika malam menjelma.

"Macam mana Tengku tahu saya disini. Tengku stalk saya ker?." Tangannya direntap semula. Dan pegangan itu terlerai.

"Saya tunggu kawan saya lah. Awak ni sombong sangat. Jom teman saya minum di restoran depan sana tu. Saya ada benda nak bincang."

"Saya dah lewat ni. Nak balik. Esok pun boleh cakap kan? Apa-apa hal Tengku boleh bincang dengan daddy sendiri."

"Kalau awak tak nak ikut saya, saya melutut kat sini. Biar semua orang pandang kita." Ugut Tengku Adam.

"Tengku ni memang psyco kan? Saya beri masa 15 minit untuk Tengku cakap apa yang Tengku nak. Saya drive sendiri ke sana. Tak nak naik berdua dengan Tengku." Kata Syeril sambil berjalan menuju ke arah kereta.

"Hei..awak jangan cuba tipu saya yer. Saya ikut awak sampai ke rumah jika awak balik terus." Tempik Tengku Adam pada Syeril yang kini telah berjalan tanpa menoleh langsung kebelakang.

Tengku Adam berlari ke arah keretanya lalu memecut laju mengekori dibelakang kereta Syeril.

'Ish..gila betul jantan ni. Miang mengalahkan kucing jantan.'

Mereka tiba di restoran yang agak terbuka itu. Syeril menarik nafas lega kerana suasana restoran makan yang kini dipenuhi dengan orang ramai. Dia turun dari perut kereta diikuti Tengku Adam.

Duduklah mereka berdua disatu meja kecil paling hadapan di restoran itu. Memesan segelas minuman untuk menghilangkan sedikit kehausan.

Reza berlegar-legar dengan kereta melalui kawasan itu tertumpu pada sebuah kereta yang amat dikenalinya itu. Pantas keretanya memasuki ruang tempat letak kereta itu untuk memastikan kereta yang dimaksudkan itu benar.

Sangkaannya benar belaka. Kereta milik Syeril itu diamati. Namun dia dapati kereta itu kosong tiada tuannya.

'Ohh..kau makan di sini yer. Aku tunggu kau kat sini. Ni mesti dating ni. Aku nak tengok dengan jantan mana pulak yang bawa kau keluar malam ni. Ataupun orang yang sama jer. Tak apa aku tunggu kau dalam kereta.' berkata Reza sendiri. Kereta diletakkan selang dua buah kereta dari kereta milik Syeril.

Manakala Syeril dan Tengku Adam masih menunggu pesanan yang baru dibuat sebentar tadi.

"cepat lah apa yang nak cakap sangat tu. Saya dah lambat." Tegas Syeril.

"Saya nak percepatkan hari pernikahan kita. Dalam bulan depan." kata Tengku Adam dengan penuh yakin.

"Tarikh nikah? Bila pulak saya janji nak nikah dengan Tengku ni. Saya belum bersedia pun nak terima mana-mana lelaki untuk jadi suami saya buat masa ni."

Air yang dipesan sampai. Namun tidak siapa pun yang menyedutnya walau seteguk.

"Tan Sri dah bersetuju nak nikahkan kita berdua. Awak tak tahu ker? Saya tetap nak kita teruskan."

Syeril bangun dari duduknya. Beg tangan digapai.

"Saya tak akan bernikah dengan Tengku walau hilang nyawa sekalipun."

Syeril melangkah meninggalkan Tengku Adam dimeja itu. Tengku Adam bangun lalu mengejarnya.

Syeril mempercepatkan langkah menuju ke kereta. Pintu kereta dibuka. Dengan suasana yang sedikit gelap dibawah pohon rendang itu lagi bertambah gundah hati Syeril takut diapa-apakan oleh lelaki psyco itu.

"Kau kata apa. Hilang nyawa? ni aku nak hilangkan dara kau. Biara jadi bekas aku selamanya." Baju Syeril ditarik. Terkoyak bajunya hingga menampakkan lurah payudaranya.

"argghh...jangan Tengku..Tolong.." Syeril jerit meminta pertolongan. Skirt yang dipakainya diselak Tengku Adam. Mulut Syeril ditutup kemas dengan tangannya.

Tiba-tiba bahu Tengku Adam pula direntap. Tengku Adam kini ditumbuk bertalu-talu. Syeril menangis teresak-esak. Pakaiannya ditarik dan membetulkan supaya menutupi dedahan yang terbuka.

"Ini aku bagi kau makan darah terus. Bukan dara."

Tumbukan demi tumbukan hinggap di tubuh Tengku Adam yang tidak mampu lagi dia menepisnya. Setelah puas Reza melepaskan amarahnya, genggaman itu dilepaskan. Tengku Adam bangun lalu berlari menaiki kereta dan memecut laju.

"Reza.. tolong saya." Pinta Syeril yang kini tubuhnya mula menggeletar.

"Awak okay tak. Saya hantar awak balik. Kereta tinggal disini dulu." Syeril masih kaku di dalam kereta itu.

"keluar lah. Saya hantar awak. Awak tak boleh balik dalam keadaan ketakutan macam ni."

"baju saya terkoyak. Nampak dada semua. Macam mana saya nak keluar." kata Syeril dengan teriakan.

"kejap.. saya ambik jaket saya bagai awak pakai." Reza bergegas lari mendapatkan jacket nya di dalam kereta.

Syeril beristighfar dan meminta pertolongan dariNya. Sungguh dia tidak menyangka setega itu Tengku Adam sanggup memperlakuinya.

"Nah ambik ni pakai. Lepas tu keluar dari kereta ni. Saya hantarkan awak pulang ke rumah."

Syeril menyarungkan pakaian itu ditubuhnya. Lalu keluar dari perut kereta itu lalu mengikuti Reza menaiki kereta milik Reza tanpa bantahan.

Kereta yang dipandu oleh Reza meluncur laju diatas jalan raya setelah keluar dari perkarangan tempat letak kereta restoran tersebut.

"Terima kasih sebab tolong saya. Saya tak tahu apa nasib saya jika awak tak datang selamatkan saya tadi." Airmata yang bercucuran jatuh disekanya.

"Lain kali parking tu jangan cari tempat yang kelam. senang musuh nak bertindak. Faham..!!"

Syeril diam tidak terkata. Reza merengus kecil. Wajahnya kemerahan mungkin masih tidak berpuas hati dengan tindakan Tengku Adam sebentar tadi.

"Ni apa awak nak buat? Tak kan nak biarkan jer si miang tu macam tu jer." soal Reza lagi.

"Saya akan balik bincang dengan Tan Sri. Awak tolong rahsiakan hal ni dulu. Tolong jaga maruah saya." pinta Syeril lagi. Wajah lelaki itu ditenungnya lama. Reza hanya memberi tumpuan pada pemanduannya.

Just nak cakap, Amyz siapkan chapter ni hanya mengambil masa selama 50minit secara spontan untuk bacaan anda semua. Harap-harap berpuas hati lah yer. .bye..nak dinner kejap..hihihihi

Share this novel

missberuangcomel
2022-03-30 23:10:17 

eh eh setan apa yang merasuk diri mu wahai lelaki? tapikan aku pelik kenapa semua cerita nivel buat sifat lelaki macam setan sedangkan tak semua macam tu.. Bukan nak membela lelaki sebab saya perempuan mesti nak bela perempuan cuma merasakan pelik dan musykil. lelaki ni sebenarnya baik cuma novel selalu menceritakan lelaki atau perempuanlah senang kata mesti jahat.. pelik betul


NovelPlus Premium

The best ads free experience