Bab 22 Berlagak

Drama Completed 144103

Walau sekuat mana pun Syeril berusaha untuk memadamkan rasa cinta dihatinya buat Reza, rasa itu semakin kuat dan hebat. Sekali dia mengatakan tidak untuk terus mencintai Reza, namun dia tidak bisa membohongi dirinya sendiri.

Jika difikirkan apa yang terjadi sebelum ini, sememangnya ia agak melampau. Reza tidak sepatutnya menghina Syeril Dania sedemikian rupa. Kini apa yang harus Syeril pertahankan adalah maruah dirinya.

Maruah yang tidak mampu dibeli dan tidak terjual dimana-mana. Yang telah dirasakan kini biarkan ia terasa. Mungkin akan terhakisnya sendiri dan hadir cahaya yang baharu terangi hatinya.

Syeril Dania memikir sejenak. Kepala didongakkan ke atas. Keluhan agak kasar terhasil. Tiba-tiba pintu diketuk seseorang.

"Masuk..!!" arah Syeril sambil membetulkan duduknya.

"Maaf Cik Syeril. Tengku Adam nak jumpa dengan Cik Syeril. Katanya ada hal penting. Tapi dia tak ada buat appointment pun." jelas Zalikha yang baru sahaja memasuki bilik berkenaan.

"Aduhh... apa lagi yang dia ni nak hah..? Tak apa Zalikha. awak bagi jer dia masuk." arah Syeril dengan sedikit geram dan menyampah.

"Baiklah Cik Syeril." arahan itu dituruti Zalikha. Lalu dia pun keluar dari bilik tersebut.

Beberapa minit kemudian, Tengku Adam melulu masuk ke ruangan itu. Syeril sedikit gugup namun tetap belagak selamba.

"Ohh..mana Tan Sri Zainal? I ingatkan dia tadi. Sejak bila you ambil alih?." soal Tengku Adam dengan sengihan gatalnya.

"Jemput duduk Tengku Adam. Ada apa yang mustahak sangat sampai tergesa-gesa nak jumpa CEO.?." soalan itu membuatkan Tengku Adam ketawa kecil. Dia melabuhkan punggung dikerusi berhadapan dengan Syeril.

"I datang ni nak pastikan yang Tan Sri Zainal dah batalkan hasrat saman I tempoh hari. I ada hak untuk buat keputusan." kata Tengku Adam sambil mengusap dagunya.

"Saman ? saman atas sebab apa yer? boleh bagitahu saya?." soal Syeril sambil mengangkat keningnya.

"Hanya kerana kata-kata yang agak kasar dikatakan oleh saya. Itu sahaja. Dan saya rasa tak berbaloi untuk teruskan saman ke atas saya." Tengku Adam seakan-akan memperleceh tindakan Tan Sri Zainal.

"Ohh..tak apa lah. Biar saya berbincang dengan peguam kami dulu. Keputusan seterusnya dibuat oleh saya sendiri berdasarkan nasihat peguam." satu sergihan dilemparkan oleh Syeril.

"Syeril..!! I rasa.." percakapan itu dipotong oleh Syeril.

"Kalau tak ada apa-apa hal lagi, Tengku Adam boleh keluar dulu. Saya ada banyak hal perlu diselesaikan secepat mungkin." Syeril malas mahu melayan karenah Tengku Adam. Lebih baik disuruhnya keluar supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan.

"Kenapa you ni susah sangat nak layan I ?. Sekarang bertambah cantik you ni kan. Dah kurus sikit. Lagi bertambah.."

"Bertambah apa? mari sini saya tolong tambahkan." Reza yang baru memasuki ruang pejabat itu mencelah sambil memegang beberapa fail ditangannya.

"Kau ni lagi..macam tak ada orang lain yang nak ganggu kami berdua." Tengku Adam sedikit berang.

"Maafkan I sayang..I cuma nak minta sign you. " Reza menghulurkan fail tersebut ke tangan Syeril. Syeril mengambil dengan sedikit terkesima.

" Eeuu..sayang? Dengan budak ni? macam tak ada masa depan sangat." sindir Tengku Adam yang masih kukuh dengan duduknya.

"nak merasa penumbuk lagi lah tu." ugut Reza. Syeril tidak menghiraukan perbalahan tersebut.

Tengku Adam merengus kasar lalu bangun dari duduknya. Pantas di menuju ke pintu lalu melangkah keluar dari bilik itu.

"Okay..ni sahaja kan. Awak pun boleh keluar."
Fail itu diserahkan semula kepada Reza.

"Itu sahaja? tak nak berterima kasih ker?." soal Reza.

"I tak minta pun you buat semua tu kan?. So, buat apa I nak berterima kasih dengan you." jawab Syeril dengan bangganya.

"Okay, fine." Reza memaut fail itu lalu menuju ke pintu. Syeril langsung tidak mengendahkan langsung Reza yang sedang berjalan keluar itu.

********************************

Anis dihantar ke hospital untuk mengambil keputusan hasil rawatannya tempoh hari. Dia sering mengadu bahagian perutnya sakit. Dia telah pun dihantar ke hospital oleh kakaknya sebelum ini. Sample darah dan beberapa ujian telahpun diambil. Kini dia harus hadirkan diri untuk mengetahui keputusan hasil kajian pihak hospital.

Sampai sahaja di perkarangan hospital, Anis membuat pendaftaran dan menunggu di ruangan menunggu hospital.

Setelah beberapa minit menunggu akhirnya dia dipanggil masuk. Rasa sedikit takut membelenggu dirinya. Keputusan apa yang bakal diterimanya.

"Jemput duduk puan." pelawa doktor berbangsa cina itu. Anis menarik kerusi lalu menghempaskan punggungnya di kerusi tersebut.

"Terima kasih doktor." senyuman kelat terhasil.

"How are you today?. Masih sakit atau sedikit berkurangan?." soal doktor itu.

"Sakit sangat tu tidak. Kurang lah sikit." jawab Anis gugup.

"Macam ni lah puan. Pihak hospital telahpun membuat beberapa kajian atas sambil darah dan beberapa ujian yang kita ambil sebelum ini. Saya harap puan tenang dan sabar yer." kata doktor itu lagi.

"Yer..saya berserah kepada-nya." jawab Anis merendahkan diri.

"Hasil ujian yang kami dah lakukan, kami mendapati bahawa puan mengalami kanser ovari tahap 3." doktor itu menjelaskan keputusan kajian.

Anis terdiam seketika. Sungguh dia merasa berat ujian buatnya kali ini. Setelah pelbagai rintangan dihadapi kini timbul pula satu cabaran buatnya.

"Saya harap puan kuat. Kami akan bantu sedaya upaya untuk merawat puan." kata-kata semangat dari doktor.

"Saya masih boleh sembuh ker doktor." soal Anis dengan sedikit menggeletar.

"Ada beberapa langkah rawatan untuk melawan sel kanser daripada merebak. Puan harus mengikut semua yang pihak hospital tetapkan. Kami akan aturkan rawatan susulan untuk puan."

"Saya akan ikut semua yang pihak hospital tetapkan. Saya nak bebas dari kanser." balas Anis dengan yakin. Airmata cuba ditahan supaya tidak mengalir.

"Okaylah kalau macam itu. Puan kena jaga kesihatan dan makan ubat dengan betul."

Anis mengangguk faham. Setelah hampir 30 minit mereka berbual, Anis keluar dari bilik tersebut. Kelihatan bapanya sedang menunggu di luat bilik berkenaan.

"macam mana Anis? Apa yang doktor cakapkan.?" soal Encik Yahya.

"Tak ada apa-apa ayah. Semuanya okay saja. Jom kita balik ayah. Sofea mesti tengah tunggu kita." Anis tidak mahu menyusahkan hati orang tuanya. Cukup lah dengan apa yang sudah berlaku sebelum ini. Ia sudah cukup menyusahkan lagi hati tua itu.

"Alhamdulillah..jom kita balik. Sebelum tu ayah nak singgah beli barang dapur sikit. Mak kamu pesan tadi." jelas Encik Yahya lalu berjalan lebih kehadapan.

Anis memasukkan kertas yang baru diterimanya sebentar tadi ke dalam beg tangannya. Lalu dia turut mengorak langkah mengikuti Encik Yahya yang telahpun mara kehadapan itu.

Maaf atas kelewatan update..amyz sgt sibuk namun tetap gigihkan diri untuk anda semua..terima kasih kerana sabar menunggu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience