Bab 1 Doraemon

Drama Completed 144103

Syeril Dania berjalan memasuki ruang pejabat dengan penuh bergaya. Diikuti oleh oleh pembantu peribadinya. Mengenakan blouse berwarna kelabu dipadankan dengan skirt hitam dibawah paras lutut. Berkasut tumit tinggi walaupun tubuh badannya sedikit berisi.

"hari ni saya ada apa-apa hal penting tak for today, Suri ?." Soal Syeril Dania sambil kaki laju melangkah memasuki ruang pejabatnya. Semua pekerja bangun dan memberi salam buat majikan mereka tersebut.

"Cik Syeril ada meeting dengan Tengku Adam petang ni lepas lunch." jelas Suri.

"excuse me. Bukan Tan Sri ke yang patut jumpa dengan Tengku Adam. Not me." dia menghempaskan punggungnya dikerusi didalam ruang pejabat itu.

Beg tangannya diletakkan diatas meja. Kaki bersilangan dan kepala didongakkan melihat reaksi pekerjanya.

"actually memang Tan Sri yang sepatutnya hadiri meeting tu. Tapi ini atas permintaan Tengku Adam sendiri." jelas pembantu peribadi itu lagi sambil buku yang dipegangnya diletakkan disisi pinggang.

"Reza dah masuk office ke belum? tolong panggil dia masuk kejap." arah Syeril pula.

"maaf Cik Syeril. Cik Reza tak masuk lagi. Kejap lagi bila dia dah masuk saya suruh dia masuk jumpa Cik Syeril ye." jawab Suri dengan sengihan kelat.

"belum masuk? tak apalah. Kejap lagi saya yang akan jumpa dia sendiri. Awak boleh keluar dulu." arah Syeril.

Suri melangkah keluar dari bilik itu. Manakala Syeril memulakan kerjanya dengan hati yang sedikit tenang.

***********************************

Syah Reza seorang jejaka tampan berkulit sawo matang. Berkemeja berwarna biru gelap. Rambut kehitaman disikat kemas. Memasuki ruang pejabat dengan selamba.

Melabuhkan punggung dikerusi bilik pejabatnya. Saat mahu memulakan kerja, tiba-tiba sahaja pintu bilik itu dibuka oleh seseorang.

"ye Cik Syeril. Ada apa boleh saya bantu? Nak cari gaduh apa lagi pagi-pagi ni?." soal Reza yang kini berdiri bagi penghormatan keatas anak majikannya itu.

Syeril masuk tanpa suara lalu duduk dikerusi dihadapan Reza. Reza duduk semula.

"saya rasa awak tahu kenapa saya jumpa awak ni. Pasal tawaran tu."

"tawaran jadi teman lelaki Cik Syeril tu ker? maaf lah Cik Syeril saya tak boleh. Saya dah ada teman wanita. Agak-agak lah nak minta saya jadi boyfriend Cik Syeril pula. Lawak lah Cik Syeril ni. Saya ingatkan Cik Syeril main-main jer."

"saya cuma nak awak berlakon depan Tan Sri sahaja. Supaya dia tak paksa saya menikah dengan Tengku Adam. Tu pun tak boleh ker?."

"saya tak boleh. Minta maaf sangat. Cik Syeril boleh minta tolong Irfan. Dia kan sama size dengan Cik Syeril. Sama padan." kata Reza lagi.

"ohh..jadi sebab saya gemuk lah awak reject tawaran ni?." soal Syeril yang kini bangun berdiri menghadap wajah Reza yang kini sedang melemparkan senyuman.

"yes..tepat sekali. Sebab Cik Syeril bukan taste saya. Kalau taste saya tak perlu Cik Syeril bagi tawaran ni. Saya yang akan lamar Cik Syeril dulu." senyuman tanpa rasa bersalah terus terukir dibibir Reza.

"awak melampau Reza. Memang saya tak ada kuasa untuk memecat mana-mana staff. Tapi awak jangan lupa, awak bekerja dengan siapa sekarang."

"sebab Cik Syeril gemuk jer. Tak kan saya pulak nak kena pecat? ."

"gemuk-gemuk aku pun aku ni anak Tan Sri Zainal tau. Pemilik hotel terkemuka di bandar ni. Ni syarikat yang kau cari makan sekarang ni syarikat bapak aku tau. Kau apa ada? Menyampah aku." Kata Syeril pada Reza yang sedang meneliti fail dihadapannya.

"baiklah puan besar. Comel pulak saya tengok. Macam doraemon." usik Reza lagi.

"kau ni kan. Aku minta Tan Sri pecat kau baru tahu." Syeril merengus kasar dan keluar dari ruang pejabat milik Reza itu.

Reza tersenyum riang melihat kelakuan anak majikannya itu yang memuncungkan bibirnya.

'jauh benar aku dengan kau. kau bukan taste aku. aku nak wanita yang body hot. kau harap muka jer cantik tapi badan mengalahkan doraemon.' Omel Reza sendiri.

Santai bersama karya terbaru dari Amyz. Seperti yang dijanjikan. Pertengahan Januari Amyz akan keluarkan satu lagi karya buat anda. Tapi dengan berkat doa semua Amyz keluarkan dua novel serentak bertajuk "goodbye Chubby" dan "bibikku jantan macho". jemput baca ye. komen2 positif dari anda semua amat berharga buat Amyz terus menulis. follow ig Amyz_Nazifa96

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-02-01 00:23:11 

i hope is happy ending sis...

Hawani Hashim66
2021-01-29 06:53:15 

saya harap ada next episod novel ini...


NovelPlus Premium

The best ads free experience