Bab 35 Kesabaran

Drama Completed 144103

"Sabar lah Tengku. I tahu you kuat. And I ada something nak bagitahu you. Mesti ini lebih memeranjatkan you." Gavin yang kini melabuhkan punggung di sofa itu merenung lembut wajah Tengku Adam yang sedang kusut itu.

"Apa lagi..?."

"Tentang Suzi. Suzi dah meninggal dunia 2 minggu yang lalu di Penang. Rumah kakak dia. I baru tahu dari Nash." jelas Gavin.

"Kenapa I tak tahu apa-apa pun.? baru sekarang I tahu." Tengku Adam mendongak dengan wajah tidak puas hatinya. Tatapan tajam buat Gavin.

"You jangan salahkan I. I mana tahu. Dia kan girlfriend you." Gavin cuba mempertahankan dirinya.

"You tahu tak I habis banyak tau dengan perempuan tu. Dia sakit apa ?." Wajah Tengku Adam semakin merah.

"Dia pun sakit macam you. Itu jer yang Nash bagitahu I. Kunci apartment yang you kasi pada dia, Nash dah minta family dia pulangkan. And now kunci tu ada pada Nash. Nash on the way balik KL." jelas Gavin lagi.

"Hmm...lepas ni sapa pula yang akan tinggalkan I. Semua orang dah pergi jauh dari hidup I. I cuma ada you Gavin." airmata mula bergenang didalam kelopak matanya.

""You jangan fikir soal tu. I ada kan. Don't worry okay."

*******************************

Syeril merebahkan tubuhnya di atas katil empuk itu dengan penuh keletihan setelah seharian memandu kereta kesana kesini. Nafas panjang terhasil. Dihembus perlahan deruan nafas itu.

Tiba-tiba pinti diketuk dari luar. Syeril yang sedang memejamkan mata itu sedikit terperanjat.

"Masuklah... Syeril tak tidur lagi."

Puan Sri Tania memulas tombol pintu itu perlahan. Senyuman terus terukir saat melihat kelakuan Syeril yang sedang menelentang diatas katil itu.

"Hmm ..penat ker? Tak nak kongsi apa-apa dengan mama?." Sekadar sindiran buat Syeril. Syeril bangun dengan perlahan seperti orang yang tiada semangat. Sertai dudukan Puan Sri Tania dihujung katil itu.

"Mama tahu kan siapa tunang Syeril ?."

"Hmm..tahu. Menantu pilihan mama dan papa." Jelas Puan Sri Tania sambil melihat wajah anak gadisnya itu sambil melemparkan senyuman.

"Terkejut Syeril tau. Mama and papa saja prank kita orang. Mati-mati Syeril ingat ni semua plan Reza. Reza pun sekeras-kerasnya pertahankan diri dia tadi." jelas Syeril tentang apa yang berlaku sebentar tadi. Puan Sri Tania pula melepaskan tawa kecil.

"Mama ni ketawa pula. Syeril tak main-main ni mama."

"Ohh..dah pakai cincin persetujuan tu yer? maknanya dah terima Reza lah ni kan.? hmm..mama dah boleh buat persediaan mulai sekarang la." Puan Sri Tania mengerling ke arah Syeril untuk melihat cincin tanda persetujuan bagi meneruskan pertunangan yang tersarung indah di jari Syeril.

"Mama..jangan lah tergesa-gesa. Reza masih dalam pantauan Syeril. Tersarungnya cincin ni tak bermakna Syeril bersetuju untuk menikah dengan dia. Mama doakan yang baik-baik untuk Syeril yer. Insyaallah.. kalau ada jodoh kami menikah lah, dan jika tak ada jodoh maknanya Syeril kena keluar negara."

"Keluar negara? untuk apa pula nak keluar negara bagai? Bawa diri ker? Habis hotel macam mana?." soal Puan Sri Tania bertalu-talu.

"Keluar negara cari jodoh lah. Mungkin jodoh Syeril bukan orang Malaysia." Gurauan itu membuatkan Puan Sri Tania mengerutkan dahinya.

"Ish..Reza pun dah okay sangat. Tak perlu nak membawa diri ke negara orang dan bawa balik orang luar jadi menantu mama. Tak rela mama." Aksi geli hati dilemparkan Puan Sri Tania. Syeril sekadar tersenyum riang melihat telatah ibunya.

*************************************

Reza tiba di rumahnya dengan perasaan yang tidak dapat digambarkan. Sungguh gembira hatinya saat ini. Rasa seperti mahu sahaja dia ke rumah orang tuanya untuk mengucapkan ribuan terima kasih diatas pertunangannya dengan Syeril. Namun dia terpaksa dia menangguhkan hasratnya kerana esok adalah hari kerja.

Sememangnya jarak antara rumahnya ke rumah orang tuanya tidaklah jauh, namun dia lebih selesa berulang alik ke tempat kerja dari rumahnya sendiri.

Merebahkan tubuhnya di atas sofa ruang tamu rumah itu. Fikirannya asyik teringatkan peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Sungguh tidak menyangka bahawa dengan cara sebegitu mereka disatukan.

'Akhirnya kau akan jadi milik aku Syeril Dania. Milik aku selamanya.' sergihan bersama rasa puas hati terhasil.

Lalu dia mencapai telefon bimbit yang berada di dalam kocek seluarnya. Skrin dileretkan. Terpampang indah gadis bernama Syeril Dania yang menghiasi latar belakang telefon bimbit itu.

Reza merenung lama wajah manis itu. Angaunya semakin menjadi-jadi. Hatinya mulai tidak keruan. Tiba-tiba ketukan pintu rumah itu merubah segalanya. Reza yang terperanjat bingkas bangun dari tidurnya.

'Siapa pula yang datang tengah aku sedang berangan ni? kacau betul lah..' Reza bangun dengan perlahan menuju ke arah pintu utama itu.

Pintu mula berkuak. Reza mengerutkan dahinya bersama seribu tanda tanya. Benarkah apa yang sedang dilihatnya saat ini?

"Tolong saya Reza. Saya kena pukul dengan suami saya. Saya nak minta bantuan dari awak." Kata Tasya dengan aksi kelam kabutnya.

"Excuse me..Sini bukan Jabatan Kebajikan Masyarakat yer. Dan saya tak pernah buat perkhidmatan tolong orang dalam kesusahan." Reza membalas tanpa belas kasihan.

"Awak dah tak sayangkan saya ker Reza? Saya cuma nak minta bermalam disini untuk malam ni jer. Saya janji esok saya akan keluar dari sini." Rayu Tasya lagi. Reza sekadar berdiri sambil memeluk tubuhnya.

"Fuhh..awak ingat rumah ni hotel ke apa? Minta maaf lah Tasya. Saya tak boleh benarkan awak bermalam disini. Pandai-pandailah awak cari tempat lain."

"Sampai hati awak Reza. Saya tengah pregnant ni. Awak langsung tak ada rasa simpati terhadap saya." Airmata Tasya mula mencurah membasahi pipinya.

"Saya dah tak nak fikir hal orang lain lagi. Lebih baik saya fikir hal saya sahaja. Dah penat sangat bahagiakan orang. Akhirnya saya yang menanggung sakit. Orang lain happy di atas pengorbanan saya. Boleh kahwin, honeymoon and then bila dah ditimpa kesusahan datang cari saya semula. Tak malu ke datang cari saya?." sindiran pedas buat Tasya.

"Saya cuma minta pertolongan. Bukan nak ganggu hidup awak. Tolonglah saya Reza..!" Rayu Tasya sambil mengesat airmatanya.

"Saya tak boleh benarkan awak masuk. Awak isteri orang dan saya tak nak kerana awak nama baik saya serta keluarga tercemar. Banyak lagi tempat awak boleh minta tolong. Pergi jer buat laporan polis. Saya tak berminat nak tolong awak."

Reza menutup pintu itu dengan kasar sekali. Dia benar-benar tidak mahu membantu wanita yang penuh dengan drama airmata itu. Seringkali sudah dia disakiti. Kali ini dia harus berkeras untuk tidak termakan lagi pujuk rayu yang penuh dengan penipuan.

'Terima kasih Reza. Aku tetap ingat semua jasa kau senangkan aku dulu.' Kata Tasya dalam hati sambil berjalan keluar dari perkarangan rumah itu. Reza pula merengus geram. Namun tidak perlu dia terus melayan amarahnya.

Jumpa lagi yee.. kihkihkih

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience