Bab 30 Persiapan

Drama Completed 144103

Hampir seharian Syeril sibuk memantau persiapan majlis yang akan diadakan oleh satu syarikat besar di Tania Hotels. Ini adalah satu majlis rasmi sulung buat Tania Hotels bagi cawangan di Kuching. Maka segalanya haruslah dipantau dengan teliti agar majlis berjalan lancar.

Setibanya Syeril pada petang itu di Kuching, dia langsung ke hotel. Hatinya tidak tenang selagi tidak dapat melihat sendiri persiapan yang telah dilakukan meskipun Suri adalah orang yang dipercayai.

Setelah segalanya sempurna dimata, barulah dia boleh menarik nafas lega. Kini Syeril dan Suri duduk dengan tenang di restoran hotel itu.

"So, apa perkembangan Tan Sri Zainal?." soal Suri pada Syeril.

"Macam itulah Suri. Masih dalam fisio lagi. Tapi Tan Sri punya mood okay. Tak banyak ragamnya." jelas Syeril lembut dengan senyuman.

"Insyaallah.. semuanya akan pulih seperti sediakala. Dan saya ada satu benda nak bagitahu Cik Syeril." Mata cantik Syeril direnungnya.

"Pasal tunang kamu si Irfan ker?." soal Syeril Dania selamba.

"Cik Syeril dah tahu kami bertunang?." membutang mata Suri saat soalan itu ditujukan kepadanya.

"Saya ni majikan awak Suri. Saya tahu dari awal sebelum awak minta cuti lagi. Saja saya tak nak bising." jelas Syeril lagi.

"Maafkan saya tak jemput Cik Syeril. Bukan apa, majlis tu ringkas sangat-sangat. Saya segan nak jemput." Suri sedikit rasa bersalah. Mimik muka masam jelas terpampang.

"Saya okay lah. Saya faham Suri. Tak payah nak rasa serba salah sangat dengan saya." Air coklat panas dihirup perlahan.

"Majlis mungkin hujung tahun ni. Saya nak buat majlis besar sikit di kampung. Sebelah Irfan tu terserah pada dia. Saya ikutkan sahaja."

"Bagus lah kalau macam tu. Saya doakan awak bahagia dan kekal bahagia. Irfan lelaki yang baik. Untung awak pilihan dia." ucap Syeril sedikit sayu.

"Terima kasih Cik Syeril atas doanya. Saya pun doakan Cik Syeril dapat lelaki yang boleh jaga Cik Syeril. Semoga cepat-cepat bertemu jodoh."

Syeril sekadar mengangguk perlahan bersama senyuman. Sungguh dia merasa berat hati saat memikirkan tentang pertunangannya bersama pilihan bapanya yang akan berlangsung pada esok hari. Harapan agar orang yang dipilih itu adalah orang yang dapat membimbingnya sebaik mungkin.

Tiba-tiba deringan telefon berbunyi. Syeril pantas mencapai telefon bimbitnya lalu menerima masuk panggilan tersebut.

"Hello..!! Yer awak nak apa call saya?." soal Syeril.

"Saya nak pastikan yang awak selamat sampai. Dari tadi saya call awak. Tapi tak dapat bersambung. Ni baru dapat. Saya cuma risaukan awak." jelas Reza dengan sedikit kerisauan.

"Saya dah sampai sini. Sekarang di hotel lagi. Tengah pantau persiapan semua ni. Esok dah start majlis." jelas Syeril sambil menerawang segenap ruang restoran itu.

"Bagus lah kalau macam tu. Saya nak sambung buat kerja ni. Nanti malam saya call awak lagi."

"Okay..bye..!!." Syeril dengan ucapan permisinya.

"Bye sayang..!!. ucap Reza dengan senyuman manisnya.

Panggilan itu diputuskan Syeril dengan reaksi gembira. Telefon bimbit tersebut diletakkan semula keatas meja. Suri merenung raut wajah Syeril yang dari tadi asyik tersenyum itu.

"Haiii..suka nampak. Boyfriend ker tu?." usik Suri. sambil menghirup air yang terhidang. Wajah Syeril yang tadinya terukir senyuman langsung serius semula.

"Reza..tanya saya dah sampai ker belum." jelas Syeril. Penjelasan itu sangat mengejutkan Suri.

"Uhukk...uhuukkk.."

"Kenapa dengan kamu ni? Minum perlahan-lahan lah." Tempik Syeril.

"Ehemm... siapa tadi? Cik Reza. Cik Syah Reza Bin Habib tu ker? Atau Cik Reza yang lain.?." soal Suri tidak percaya dengan penjelasan Syeril sebentar tadi.

"Reza mana lagi. Reza tu lah." jelas Syeril jujur.

"Cik Syeril dah berbaik dengan dia ker? Biar betul Cik Syeril ni?." soal Suri lagi.

"Saya bukan orang yang suka berdendam. Saya dah maafkan semua kesilapan dia sebelum ni. Dan esok saya dah nak jadi tunang orang. Tapi bukan tunang kepada Reza. Kami akan tetap jadi kawan."

"What..?? Tunang..? tak bagitahu pun ? dengan siapa Cik Syeril?."

"Awak pun berahsia dengan saya, and now giliran saya pula untuk berahsia dengan awak." Syeril bangun dari duduknya lalu beg tangan dibimbit. Kaki mula melangkah meninggalkan meja makan itu.

"Ehh...Tunggu saya Cik Syeril. Cepat lah bagitahu saya siapa bakal tunang Cik Syeril tu." jerit Suri sambil mengejar Syeril yang kini sudahpun berjalan keluar dari restoran itu.

*****************************

Tengku Adam meraung kesedihan. Gelap harinya saat keputusan darah itu diketahui. Namun masa lalu tidak bisa diundur semula. Mahu tidak mahu dia harus teruskan jua hidupnya meskipun pahit jalannya.

Disaat dia dilanda masalah, hanya Gavin sebagai teman yang sentiasa memberi sokongan dan nasihat. Segenap ruang bilik itu dibiarkan sahaja dalam gelap gelita. Tengku Adam tidak menjamah sedikit pun makanan sejak dia mengetahui tentang sakitnya.

"Hey bro..!!. you tak boleh macam ni. You kena kuat bro. I ada ni kan. Bangun makan cepat. Ni I bawakan you makanan." Gavin menggoncang-goncang tubuh yang sedang tidur terlentang itu.

"Lama mana lagi aku boleh hidup. Ni ker pengakhirannya. Aku benci dengan diri aku sendiri. Kalau lah aku tak hidup bebas sebelum ni, pasti aku tak akan kena mengidap penyakit ni." Tengku Adam menggenggam rambutnya kuat. Mukanya merah dan hidungnya mula berair.

"kita boleh buat rawatan Adam. HIV memang tak ada penawar. Tapi rawatan awal dapat membantu baiki kesihatan. Rawatan tu juga boleh bantu pengidap HIV ni hidup lebih lama malah boleh hidup macam orang normal. Kau kena kuatkan semangat, bro." Gavin menghulurkan tangan buat Tengku Adam. Namun huluran tangan itu tidak diendahkan.

"Aku hilang semua orang Gavin. Ummi dan Walid dah tak ada. aku ada adik. Tapi adik aku pun dah buang aku kerana bencikan perangai aku ni. Dan semua orang yang aku sayang pergi tinggalkan aku. Yang aku ada cuma kau. Aku rasa hidup aku kosong sangat sekarang." Esakan tangisnya mula kuat. Tengku Adam duduk bersandar dengan memeluk lututnya.

"I ada dengan you kan. Kita sama-sama jaga antara satu sama lain. I kenal you sudah lama Tengku Adam. You tau I macam mana. You cakap yang you have no one and nothing else. I'm just like you. No other parents and siblings. We are the same. One fate. Come on, bro. Wake up..!!" lagi kata-kata semangat buat Tengku Adam.

Tengku Adam mendongak melihat raut wajah sahabatnya itu dengan redup. Dia benar-benar rasa dihargai dan bersyukur kerana masih dikurniakan seorang sahabat yang tidak pernah meninggalkan saat suka dan dukanya.

"Jom makan dulu. I dah beli makan ni." Ajak Gavin. Tengku Adam turun dari katil lalu mengikuti jejak langkah Gavin keluar dari bilik itu. Airmatanya dikesat.

*******************************

Puan Sri Tania menyiapkan serba sedikit persiapan bagi meraikan kedatangan rombongan meminang anak gadisnya pada esok hari. Meskipun sudah dikhabarkan bahawa tetamu yang hadir cumalah ibu bapa kepada bakal tunang anaknya, namun dia harus memastikan tetamu yang hadir merasa gembira dan selesa.

"Puan Sri nak tukar semua langsir ni? mengalahkan nak raya." tegur Mak Kiah yang datang secara tiba-tiba dari arah dapur.

"Saja nak tukar. Lagipun dah lama rasanya langsir ni. Kita tukar yang baru. Pasal juadah makan untuk tetamu esok kita masak simple-simple jer. Diorang datang petang, jadi masak benda-benda ringan sahaja." kata Puan Sri Tania pada pembantu rumah itu.

"Baiklah Puan. Saya tolong Puan tukarkan langsir ni yer."

Done untuk hari ini..tggu next tau..kihkihkih

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience