Bab 4 Godaan

Drama Completed 144105

Syeril memandu keretanya memasuki klinik berhampiran dengan kawasan perumahan Anis. Anis kini meraung kesakitan kerana lengannya semakin membengkak.

Sofea dihantar ke rumah pengasuhnya sebelum mereka ke klinik tersebut. Semua urusan pendaftaran diuruskan Syeril, manakala Anis sudah dibawa masuk ke dalam bilik doktor untuk rawatan lanjut.

Telefon bimbit dicapai Syeril lalu mendail nombor ibunya. Khuatir jika Puan Sri Tania risaukan keadaannya yang belum sampai ke rumah sewaktu jam begini.

"Hello..!! ma jangan tunggu Syeril lah yer. Syeril mungkin lambat sikit balik. Ada hal sikit." jelas Syeril gelojoh.

"Hello.. Syeril okay tak ni? Macam ada sesuatu yang tak kena jer." Soal Puan Sri Tania.

"Syeril okay. Cuma ada hal dengan kawan kejap. Mama jangan risau yer. Selesai semua Syeril balik."

Talian diputuskan oleh Syeril. Puan Sri Tania mengeluh kecil. Kepala digelengnya.

"Siapa tu call awak? Syeril ker?." teka Tan Sri Zainal yang kini berbaju melayu, berkain pelikat dan bersongkok baru pulang dari masjid.

"ehh.. abang dah balik. Yer Syeril call. Dia bagitahu dia balik lewat sikit. Ada hal katanya." jelas Puan Sri Tania lalu berjalan ke arah katil. Telefon bimbitnya diletakkan diatas meja kecil tepi katil itu.

Mereka masing-masing merebahkan tubuh di atas katil tersebut.

"abang nak makan tak ni? Saya panaskan lauk."

"saya dah kenyang. Ada jamuan sikit tadi di masjid." jelas Tan Sri Zainal.

"patut senyap jer. Rupanya dah kenyang."

Masing-masing melemparkan senyuman.

*****************************************

Syeril berjalan tergesa-gesa mencari bilik rawatan Anis. Mata dan kepala berpusing-pusing liar mencari. Tiba-tiba terasa sesuatu telah dia rempuh. Jatuh ke lantai.

"ehh..buta ker? dah la aku sakit ni." suara kasar seorang lelaki yang dikenali oleh Syeril.

"aku pun sakit lah. ishhh...."

Syeril bingkas bangun dan menggosok-gosok bahunya. Terasa sengal sedikit.

"lah..Cik Doraemon ker? mana-mana ada jer Cik Dorae.."

"panggg...!!!."

Satu tamparan hebat dari Syeril buat lelaki itu.

"cukup panggil saya macam tu. Saya dah hilang sabar dengan kerenah awak. Tak perlu nak hina saya. Saya juga manusia yang diciptakan oleh Allah SWT. Awak tak ada hak nak menghina ciptaannya."

Nafas Syeril semakin laju. Kesabarannya kian tercabar. Airmata mula merembes keluar. Sungguh sakit hatinya saat ini.

"Saya bukan hina. Tapi memang kenyataannya kan. Cik Syeril macam.."

"cukup..saya kata cukup. Awak ingat Reza. Ye saya sedar macam mana rupa saya. Awak tak perlu ingatkan saya. Saya akan buat awak terkejar-kejar kan saya satu hari nanti. Dan waktu tu awak akan menyesal sebab pernah menghina saya saat ini."

Syeril berlalu pergi dengan linangan airmata. Wajah mula kemerahan. Reza benar-benar mencabar dirinya. Sungguh sakit hatinya saat ini. Dia mengaku didalam hati, memang benar dia jatuh cinta pada lelaki itu. Namun cintanya dipersendakan.

"Syeril..!!! aku kat sini."

Dia menoleh ke belakang saat mendengar namanya dilaungkan. Kelihatan Anis keluar dengan balutan di tangannya. Airmata dikesat agar Anis tidak nampak kesedihannya saat ini. Cukuplah dia menanggungnya sendiri.

"puas aku cari kau. Banyak sangat bilik di klinik ni. Naik pening kepala aku ni. So, apa doktor kata? tangan kau patah ker?."

"doktor cakap tak patah pun. Seliuh jer sikit. Tapi masih sakit ni."

"ohh..ye ker?? lega aku dengar."

"jom kita ambil ubat. Tapi aku tak ada duit nak bayar Syeril. Pinjamkan dulu duit kau boleh?." Anis menghulurkan resit ubat serta resit pembayaran rawatannya pada Syeril.

"Allah..apa lah sangat. Aku bayarkan. Kau macam tak kenal aku macam mana. Dah jom ambil ubat. Nanti aku hantar kau balik. Kesian Sofea lama-lama kena tinggal."

Anis mengikuti langkah Syeril yang kini menuju kearah farmasi klinik itu. Rasa syukur kehadrat Ilahi atas kurniaan yang diterima. Dia dikurniakan seorang sahabat yang baik hati. Sahabat yang sentiasa ada diwaktu suka dan dukanya.

*************************************

Reza melepaskan tawa didalam kereta saat mengingatkan kejadian sebenar tadi. Sungguh dia terhibur melihat Syeril menangis teresak-esak setelah digelarnya Doraemon tadi.

'nak jadi teman wanita aku? memang tak lah Syeril Dania oii.' sekali lagi bergema tawa didalam kereta itu. Reza memandu dengan senang hati setelah menyakiti hati orang lain. Dia dalam perjalanan pulang ke rumah orang tuanya yang menetap di Skudai,Johor.

Syeril pernah meluahkan perasaan cintanya pada Reza beberapa bulan yang lalu. Namun ditolak mentah-mentah oleh Reza kerana dikatakan wanita gemuk bukan citarasanya.

Hal ini membuatkan Syeril malu dan sering diejek oleh Reza setelah Reza mengetahui tentang rasa hati Syeril padanya.

*************************************

Tengku Adam mahu keluar dari bilik hotelnya dengan baju yang tidak dikancingkan. Rasa kecewa diatas penolakan cintanya daripada Syeril. Dia telah melanggan seorang perempuan untuk menghilangkan tekanan di jiwanya.

Sememangnya itulah caranya untuk hilangkan tekanan perasaan.

"Tengku. tunggu I." panggil perempuan bernama Suzi itu.

"apa lagi? Tak cukup ker I bayar you?." soal Tengku Adam dengan satu dengusan mengeluh dihujung percakapannya.

"lebih sayangg..I cuma nak pesan. Jangan malu-malu contact I lagi okay. I sentiasa bersedia untuk puaskan you. You call jer I pasti datang. Yang pastinya you tak akan kecewa dengan servis dari I." kata Suzi sambil jarinya bermain-main didada Tengku Adam yang kini tidak ditutupi oleh sehelai benang pun.

Mata liar Tengku Adam merayap disekitar tubuh perempuan itu yang masih tidak menyarungkan pakaian.

"You tak nak I balik ker? cepat pakai baju you. Nanti I tak boleh balik pula."

Tubuh Tengku Adam ditolak rapat ke dinding oleh jari perempuan itu. Sekali lagi Tengku Adam tewas dengan godaan dari Suzi. Ditarik tubuhnya jatuh ke atas katil. Lalu berlaku sekali lagi aksi. Rasa kecewa dilupakan seketika.

***************************************

Selamat ber'pkp semua.. harapan agar virus ini berakhir dengan kuasa Allah SWT..Aamiin..kita jaga kita. jaga sop tau.. huhu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience