Bab 37 Nasihat

Drama Completed 144103

Suasana makan malam itu sepi tanpa suara. Puan Sri Tania memerhati Syeril Dania yang asyik dengan makanan yang terhidang itu dengan penuh hairan.

"Kamu okay ker?." Soal Puan Sri Tania.

"Mama nampak Syeril macam tak okay ker?." soal Syeril semula pada ibunya.

"Makan banyak malam ni. Dah dua kali tambahnya. Selalu makan sikit jer. Makanan berminyak tak nak langsung lepas dah kurus. Ni lain macam malam ni."

"Mama masak sedap sangat. Syeril pun hentam saja lah." Kata Syeril dengan senyuman manisnya.

"Macam mana Syeril tahu mama yang masak?."

"Syeril rasa pun tahu ma..Mama masak rasa lain. Mak Kiah masak rasa lain." Jelas Syeril.

"Yer lah tu..Hotel macam mana?. Mama tak dengar apa-apa khabar berita pun. Semuanya okay ke?."

"Alhamdulillah.. semua okay jer mama. Cuma sekarang tengah buat perbincangan untuk upgrade sikit bahagian lobi hotel. Nak ubah landskap sikit. Ni tengah tunggu nak bentangkan pada ahli lembaga pengarah yang lain." jelasnya.

"Hm...bagus idea tu.."

Tiba-tiba Puan Sri Tania seperti terpaku melihat sesuatu dibelakang Syeril. Kerut dahinya.

"Masyaallah...betul ker apa yang mama tengok ni Syeril? mama tak mimpi kan?." Soal Puan Sri Tania tidak percaya apa yang sedang dilihatnya saat ini. Syeril menoleh untuk melihat apa yang membuatkan ibunya begitu teruja sekali.

"Papa...papa dah boleh berjalan...!!!." jerit Syeril terkejut melihat Tan Sri Zainal berjalan namun masih terhoyong-hayang menstabilkan dirinya.

"Papa dah boleh berjalan. Alhamdulillah..!." sahut Tan Sri Zainal dengan lebaran senyuman buat isteri serta anak gadisnya.

Puan Sri Tania mencuci tangannya lalu terus menerpa ke arah Tan Sri Zainal. Begitu juga dengan Syeril.

"Abang nak makan dengan kami ker?." Soal Puan Sri Tania sambil memegang lengan suaminya itu.

"Syeril letakkan nasi yer? makan sekali dengan kami." Syeril sangat teruja. Doa mereka untuk melihat Tan Sri Zainal berjalan semula sudah dimakbulkan. Perasaan terharu beserta linangan airmata mula terhasil.

Tan Sri Zainal duduk di kerusi meja makan itu dengan penuh rasa syukur. Langkahnya masih perlu dilatih lagi agar lebih sempurna langkahnya.

*********************************

Reza mundar mandir di dalam bilik itu sambil memegang telefon bimbitnya. Tangan sebelah dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Skrin telefon dileretkan. Nombor telefon Syeril Dania didailnya. Beberapa saat kemudian panggilan itu dijawab oleh Syeril.

"Hello..!! awak kat mana sekarang?." Soal Reza pada tunangnya.

"Saya kat rumah. Baru lepas dinner. Ada apa awak call saya ni?."

"Ohh..awak dah dinner. Baru nak ajak keluar dinner. Saya belum dinner lagi."

"Dah pukul berapa ni. Nanti masuk angin pula perut tu. Order delivery food jer." Syeril sekadar memberi pendapat.

"Tapi saya nak makan dengan awak. Tak best lah makan sorang. Hmm...sampai bila nak hidup membujang macam ni. Kan best kalau ada isteri tolong masakkan, suapkan makan. Temankan tidur." Sindir Reza agar Syeril mahu mempercepatkan pernikahan mereka.

"Mula lah tu. Tak ada masa lah nak bersuap bagai. Tangan ada suap sendiri. Bukan budak kecil nak bersuap bagai. Sepatutnya suami yang suapkan isteri dia makan." balas Syeril selamba. Syeril memeluk patung kesayangannya sambil terlentang di atas katil itu.

"Rindu lah..tak puas intai awak di office."

"Ohh.. itulah kerja awak di office yer? Saya ada benda nak bagitahu awak. Kami semua happy sangat sekarang ni."

"Apa yang happy sangat tu? Lain macam jer dengar?."

"Papa dah boleh berjalan....Kami terkejut sangat waktu dinner tadi. Papa tiba-tiba jalan keluar dari bilik ke ruang makan. Tapi masih tak stabil lagi." Jelas Syeril sekadar berkongsi berita gembira itu bersama tunangnya.

"Ye ker awak...??? Alhamdulillah..syukur. Nanti wedding kita lebih bermakna lah. Papa pun sihat." Reza memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT diatas berita yang baru diterimanya. Bakal bapa mertuanya sudah beransur pulih dan itu membuatkan Syeril semakin bersemangat. Dia berdoa agar Syeril bersetuju untuk mempercepatkan majlis pernikahan dalam masa terdekat.

"Itulah..saya pun tak mahu lama-lama bertunang. Umur pun semakin meningkat. Cuma menjadi keutamaan saya ialah kesihatan papa. Tapi kan, kesian pula orang tu tak ada orang teman makan."

"Tau tak apa. Bulan depan kita fitting baju okay?." Pujuk Reza lagi. Harapan agar Syeril berlembut hati menerima ajakannya untuk menamatkan zaman bujang mereka.

"Tak nak lah bulan depan. Nak hujung minggu ni. Boleh ker Cik Syah Reza??."

"Ehh...boleh sangat sayang. Malam ni pun boleh. Awak nak ke butik mana semua saya boleh bawakan. Janji awak nak kahwin dengan saya."

"Nanti saya bagitahu awak butik mana pilihan saya. Okay.. sekarang order makanan dulu. Nanti berlapar tengah malam susah nak tidur." Arah Syeril yang kerisauan memikirkan Reza masih belum menikmati makan malam dimana jam sudah menunjukkan pukul 10:30pm.

"Risau juga awak dengan saya kan? Saya sayang awak Syeril Dania. Okaylah..saya order makan dulu. Jumpa di office esok."

"Okay..bye..!!"

Talian diputuskan. Reza menarik nafas lega dan sangat gembira. Syeril mula bersetuju untuk mempercepatkan proses pernikahan mereka. Itulah yang menjadi titipan doa tiap kali dia bersujud pada sang pencipta. Semoga hari bahagia yang dinantikan datang dengan penuh berkah dan berjalan dengan lancar.

*****************************

Setelah beberapa lama kes kematian Anis, barulah Zaki mendapat perkhabaran bahawa bekas isterinya itu telahpun meninggal dunia. Entah apa yang dirasakan saat ini. Rasa kehilangan yang sangat mengejutkan. Perkhabaran itu disampaikan oleh ahli keluarganya yang datang melawat dimana kini dia masih didalam tahanan.

'Maafkan abang Anis. Abang dah terima hukuman abang. Abang banyak buat salah dengan Anis. Abang tak hiraukan kesihatan Anis. Malah abang tambahkan sakit ditubuh Anis. Abang kecewa dengan diri sendiri. Hari-hari abang tunggu kedatangan Anis ke sini. Abang rindu semua tentang Anis. Abang tahu Anis sangat kecewa dengan perbuatan abang.'

"Woi..!! apasal kau menangis sorang-sorang ni? Cerita lah dengan aku apa masalah kau? Sapa yang datang melawat kau tadi?." Soal Ahmad iaitu seorang banduan yang sedang menerima hukuman diatas kes ragut.

"Aku kecewa dengan diri aku sendiri Ahmad. Aku yang buat dia sakit. Aku langsung tak fikir tentang dia. Yang aku tahu, aku nak duit dan belasah dia bila dia tak kasi aku duit."

"Ohh..ni pasal bekas isteri kau tu ker? Kau kan dah terima hukuman disini. Dia mungkin happy dengan anaknya diluar tu. Kau fikir banyak-banyak pun, bukan kau boleh buat apa. Hidup tetap kena teruskan." Nasihat Ahmad untuk sahabat setahanannya itu.

"Yer dia happy. Happy dialam sana. Aku menyesal sangat sebab sakitkan dia. Dia tinggalkan aku dan anak kami selamanya. Dia dah meninggal Ahmad." Jelas Zaki dengan esakan.

"Innalillah.. sama-sama kita doakan supaya rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Kau kena redha. Allah lebih sayangkan dia. Bila dah keluar nanti berubah Zaki. Cari kerja halal. Bagi anak kau makan. Jangan lupa tu." Pesan seorang sahabat dengan ikhlasnya.

Mereka saling nasihat menasihati antara satu sama lain. Harapan agar saat dibebaskan nanti mereka akan terus beristiqamah di jalan Allah.

********************************

"Saya tak dengar apa-apa pun tentang anak sulung awak tu. Apa khabarnya? Jadi ker tidak bernikah dengan anak Tan Sri?." Soal Encik Habib pada Puan Aisyah sambil bersantai di ruang tamu itu.

"Syeril dah terima cincin persetujuan tu. Maknanya tak lama lagi lah rasanya. Saya tak nak paksa diorang percepatkan proses pernikahan mereka. Saya tahu diorang sibuk sekarang." Jelas Puan Aisyah sambil menggubah bunya orkid plastik yang baru ditempah oleh rakan-rakannya.

"Tunggu diorang free memang lambat lagi lah. Bila tak sibuknya. Tan Sri Zainal pun nak sangat majlis tu dipercepatkan. Saya rasa lagi elok kalau kita langsungkan dalam masa terdekat ni."

Encik Habib tidak mahu lagi melengahkan masa yang ada. Lepas semuanya selesai, dia harus berikan tumpuan pada Syah Rizal yang baru sahaja memasuki latihan ketenteraan beberapa hari lepas.

"Sabar lah..nanti saya cakap sendiri dengan Reza. Saya rasa dia pun tak sabar nak brrnikah. Sapa yang tak nak hidup berumahtangga abang."

"Hmm..cakap dengan dia, saya nak adakan majlis awal bulan depan. Muktamad.." Tegasnya lagi. Sememangnya hati orang tua sangat sukar untuk dipujuk. Dia cuma mahu hati yang lain mengikuti sahaja apa kata hatinya.

"Suka hati abang lah. Saya malas nak bertekak dengan abang. Abang tetap betul dan susah nak terima pendapat orang lain." Puan Aisyah mengeluh kecil. Sememangnya Encik Habib akan keras hati. Apa yang dikatakan itu adalah benar dan patut dipatuhi oleh semua orang termasuk isterinya.

Hai...jgn jemu tunggu tau.. kihkihkih..nasib lah Syeril oii..Pereka cerita hampa segan menulis sekarang..^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience