Bab 13 Kenangan

Drama Completed 144103

Anis kini sudah dibenarkan pulang ke rumah oleh doktor. Syeril menguruskan semua bil hospital dan perubatan. Kini mereka dalam perjalanan menjemput Sofea dari rumah pengasuhnya.

"Aku minta maaf Syeril. Aku dan Sofea banyak menyusahkan kau. Aku tak tahu nak buat macam mana untuk balas jasa kau." Anis merenung keluar dari cermin kereta itu sambil mulut yang terkumat-kamit berkata-kata.

"Kan aku dah cakap dengan kau. Aku tak minta balasan apa-apa pun dari kau. Dah tak payah fikir-fikir lagi. Sekarang Zaki pun dah ditahan polis. Kau jangan pandai-pandai tarik semula dakwaan okay." pesan Syeril dengan tangan sebelahnya menepuk-nepuk bahu Anis. Pemandunya terus meluncur laju.

"Aku nak balik kampung. Aku dah call kakak aku. Dia cakap mak ayah aku dikampung dah lama tunggu aku balik." jelas Anis lagi.

"Baguslah kalau macam tu. Aku pun senang hati. Aku nak bagitahu kau ni. Aku minggu ni last kat sini. Aku pindah ke Kuching. Urus cawangan baru di sana." beritahu Syeril dengan satu senyuman kelat. Anis berpaling melihat raut wajah gadis itu.

"Kau nak ke Kuching? Lama ker disana?." soal Anis pada sahabatnya itu.

"Aku akan balik bila free. Insyaallah..aku akan cari kau bila balik sini nanti." balas Syeril dengan pertanyaan dari Anis tersebut.

"Okay.." jawab Anis sedikit nafas panjang terhembus.

"Kau jangan lah susah hati. Aku pergi bukan jauh pun. Sarawak jer." Senyuman manis terukir di bibir Syeril. Dia tahu sahabatnya itu agak keberatan dengan keputusannya.

"Aku faham." jawab Anis pendek lagi.

"Soal mahkamah jangan risau. Aku akan settle kan. Sofie akan uruskan kes ni sebaik mungkin."

Kereta dipandu Syeril kini sampai di pintu rumah sewa Anis. Sofea yang sedang menyusu didalam ribaan Anis sudah memejamkan matanya. Wajah anak kecil bertocang dua itu tidak pernah jemu dilihat Syeril.

Kereta diletakkan di garaj rumah itu. Syeril keluar daripada perut kereta lalu mengambil barangan milik Anis dan Sofea dibahagian belakang bonet kereta lalu berjalan menuju ke pintu utama rumah itu.

Anis keluar perlahan-lahan sambil Sofea didukungannya. Kunci pintu diserahkan pada Syeril untuk membuka pintu rumah tersebut.

Masuk ke rumah itu dan Syeril meminta diri untuk pulang semula ke pejabat. Hari ini adalah hari terakhirnya di hotel itu. Dia akan berangkat ke Kuching dalam minggu ini juga.

*****************************************

Reza meneliti beberapa fail dengan hati yang tidak keruan. Tasya hingga kini masih belum dapat dihubungi. Ditambah dengan hal pemindahan Syeril. Sungguh mengusutkan jiwanya.

"Hoii..mengelamun jer kerja kau ye? nah ni fail bulan lepas punya. Kau semak nanti Tan Sri Zainal nak fail tu." Imran meletakkan fail tersebut di meja Reza.

Reza yang sedikit terperanjat itu berhenti membelek fail ditangannya. Dia berpaling melihat ke arah Imran dengan wajah yang tiada serinya.

"Mana Cik Syeril? Aku nampak dia keluar tadi." Soal Reza pada Imran dengan penuh kerutan didahinya.

"Mana lah aku tahu. Kau tanya lah Suri. Aku bukan PA dia." jawab Imran sambil menarik kerusi lalu melabuhkan punggung dikerusi hadapan Reza.

"Aku segan lah nak tanya singa tu. Nanti makin menyampah aku dibuatnya." jelas Reza sambil bersandar di kerusi miliknya itu. Matanya menerawang sekitar siling bilik tersebut.

"Dah tu.. tanya terus ke tuan badan. Kau jangan menyesal bila dia dah jadi milik orang lain Reza." Usikan Imran membuatkan Reza melemparkan jerlingan panas.

"Aku tak akan menyesal okay. Dia bukan girlfriend aku pun. Aku tak akan jatuh cinta dengan orang macam dia tu, faham Cik Imran." Reza mencapai fail yang dihantar oleh Imran tadi dan membuka helaian demi helaian.

"Dah lah.. menyampah aku layan orang ego macam kau ni. Ego hingga perbodohkan diri sendiri." Imran ketawa dihujung kata-katanya. Dia kini bangun dari kerusi itu lalu melangkah keluar dari bilik Reza.

'Ada pulak dia cakap aku akan menyesal. Ehh..tak ada maknanya dan tak akan berlaku pun dalam hidup aku. Syeril bukan taste aku.' Omel Reza sendiri.

**************************************

Suri mengemas semua barangan milik Syeril dan dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Tidak banyak barang yang perlu dibawa. Hanya barangan peribadi milik Syeril yang diambil oleh Suri.

Sedang dia asyik mengemas, pintu bilik tersebut dibuka membuatkan Suri sedikit terperanjat. Pantas dia menoleh kearah muka pintu itu.

"Ehh..awak ada. Maaf saya buat awak terperanjat." tegur Syeril.

"Tak apa. Saya masuk ni nak kemas barang Cik Syeril." jelas Suri.

Syeril menghempaskan punggungnya di sofa dalam ruang biliknya. Matanya menerawang sekitar bilik.

"Barang awak dah kemas ker Suri? Saya rasa nak bertolak awal. Kita ke kampung Mak Kiah dulu. Jumpa mama kat sana."

"Barang saya belum kemas lagi. Tapi tak banyak pun barang saya disini. Kejap lagi saya kemas." Suri melemparkan senyuman buat Syeril.

*****************************************

Tengku Adam kini hanya terperuk di rumah selepas kejadian malam itu. Dia malu untuk berhadapan dengan sesiapa memandangkan wajahnya yang dipenuhi dengan lebam- lebam kesan tumbukan dari Reza.

'Ishh... aku rindu nak sentuh kau Syeril. Nak usap peha jau yang gebu itu. Nak cium bibir kau sekali lagi. Tapi macam mana caranya ye. Kau mesti dah tak nak jumpa aku lagi.'

Tengku Adam mencium-cium potret Syeril dalam sebuah bingkai gambar yang dihias cantik itu. Kegilaan tahap dewa yang sukar digambarkan.

'Kenangan malam tu tak akan aku lupa Syeril. Kau menggelupur minta dilepaskan. Tapi aku lebih kuat memaut tubuh kau rebah di kusyen kereta. Andainya kau jadi isteri aku, aku tak kan benarkan kau bekerja lagi. Kau cuma perlu layan nafsu aku.' Tengku Adam membayangkan kejadian malam tersebut. Itu adalah kenangan pahit buat Syeril namun kenangan manis buat Tengku Adam.

"Tuan.. maaf ganggu. Tan Sri Zainal datang. Dia tunggu dibawah." panggil salah seorang pembantu rumah Tengku Adam.

Bingkai gambar tersebut diletakkan diatas rak dibucu katil tersebut. Dia sedikit terperanjat dengan kedatangan Tan Sri Zainal kerumahnya.

"Awak bagitahu dia saya tidur dan tak nak diganggu." arah Tengku Adam yang kini naik ke katil lalu menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya.

"Baiklah Tengku. Saya turun dulu." jawab pembantu rumah itu.

Tengku Adam sedikit menggigil. Mengapa sampai ke rumah Tan Sri Zainal mencarinya. Sungguh dia belum bersedia untuk menerima tetamu ketika ini dalam keadaan wajah yang kebiruan lebam. Risau jika tembelangnya terbongkar. Namun dia akan bersemuka dengan Tan Sri Zainal untuk membersihkan namanya apabila kesan lebam itu hilang dari pandangan.

Maaf terlewat. Amyz sibuk menguruskan hal kematian kenalan rapat. Harap anda maafkn Amyz. Yang mana kirimkan hadiah tu tqsm.. Amyz akan jadikan kenangan indah.. insyaallah semoga bertemu lagi yer..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience