Bab 42 Akhirnya

Drama Completed 144103

Beberapa minggu kemudian..

Hembusan nafas panjang keluar dari bibir merah itu. Berharap agar majlis pernikahan yang dirancang berjalan lancar dengan jayanya. Padanan warna baju bersama selendang putih itu menambah seri diwajah Syeril Dania. Sejambak mawar kuning digenggaman tangannya. Dia diapit oleh rakannya iaitu Suri.

Masih menunggu ketibaan jurunikah. Kedua-dua belah pihak sudah mula memenuhi ruang. Alangkah berdebar sang mempelai. Hanya berbaki beberapa minit sahaja lagi mereka bakal diijabkabulkan.

"Hmm..kau yang bernikah sebelum aku. Express betul kan.? tak sangka aku, kau bernikah juga akhirnya." Usik Fisya sambil tersenyum.

"Ish..kau ni. Itulah namanya jodoh. Aku pun macam tak percaya. Dulu aku dah tekad tak kan pandang Reza lagi. Tiba-tiba boleh terjatuh hati buat kali kedua pula." ketawa kecil terhasil dari mereka berdua.

"Tapi kan, handsome juga kan Reza. Dah nampak lebih matang. Sesuai sangat dengan kau. Macam pinang dibelah dua. Dulu aku pernah tengok dia sekali je waktu kau buat event beberapa tahun lepas. Waktu tu nampak macam budak-budak baru nak up."

"Alhamdulillah.. semoga dia lebih matang dalam jalankan tanggungjawab dia sebagai ketua keluarga nanti." Bisik Syeril lagi.

"Ehh...tu mungkin tok kadi dah datang. Tepat pada waktunya." Fisya dengan terpinga-pinga melihat kelibat seorang lelaki berserban yang muncul bersama beg yang dibimbitnya.

Reza kelihatan semakin berdebar. Namun masih kekal tersenyum didudukannya. Suasana di dalam masjid itu sepi untuk menanti saat-saat pasangan pengantin diijabkabulkan.

Diawal perancangan mereka, majlis pernikahan ini hanya mahu dilangsungkan dirumah sahaja. Tetapi Tan Sri Zainal pula berpandangan lebih berkat jika mereka disatukan didalam rumah Allah. Maka dengan itu, Syeril menturuti sahaja apa yang dicadangkan oleh bapanya.

Setelah beberapa soalan diajukan pada kedua-dua mempelai, maka majlis terus dimulakan.

"Saudara Syah Reza Bin Habib !!." Seru jurunikah itu.

"Ye saya."

"Aku nikahkan akan dikau dengan Syeril Dania Binti Tan Sri Zainal berwakil walinya kepadaku dengan mas kahwin sebanyak dua ribu dua puluh satu ringgit dibayar tunai." Tangan digoncang kali pertama.

"Aku terima nikahnya dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut." Tangan digoncang buat kali kedua.

Secara rasminya Syah Reza dan Syeril Dania sah menjadi suami isteri. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa. Kini tandatangan serta lafaz taklik diteruskan.

Syeril mengucap kesyukuran kepada Allah SWT. Majlis serba ringkas ini berjalan lancar seperti yang diharapkan. Begitu juga dengan ibu bapa serta sanak saudara yang turut sertai majlis itu. Mereka turut memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi dengan terbinanya sebuah masjid sebentar tadi.

Kini selepas selesai upacara melafaz taklik. Syeril Dania dan Syah Reza menunaikan solat sunat sebelum membuat upacara pembatalan air sembahyang.

Puan Sri Tania dan Tan Sri Zainal pula sibuk mengajak para rombongan untuk ke hotel mereka bagi menikmati jamuan yang tersedia.

*********************************

Tengku Adam bersiap untuk menghadiri majlis pernikahan Syeril dan Reza. Dia dijemput Tan Sri Zainal sendiri. Mungkin sudah saling memaafkan antara satu sama lain. Gavin juga tidak kurang sibuknya. Semburan minyak wangi Calvin Klein milik Tengku Adam disemburkan berkali-kali keseluruh tubuhnya.

"Oii...!! Nanti habis perfume I. Agak-agak lah nak sembur pun." Tegur Tengku Adam. Namun Gavin tetap selamba.

"You kan banyak duit Tengku. Bukan selalu I pakai barang You. Sekali sekala pakai je." Balas Gavin yang masih ligat membuat semburan itu.

"Banyak lah you punya sekali sekala. Tiap kali nak keluar je. Tengku..!!! pinjam perfume." Ejekan itu membuatkan Gavin ketawa berdekah-dekah.

"Nah..!! Kedekut lah You ni. I tunggu Tengku kat bawah okay. Lambat betul siapnya. Kalah anak dara." Gavin berjalan menuju ke pintu bilik itu. Botol minyak wangi itu telah diletakkan diatas almari sisi katil milik Tengku Adam.

Tengku Adam yang masih merapikan pakaiannya sempat menggelengkan kepala sambil tersenyum dengan gelagat Gavin. Dia lah sahabat, dia lah pendengar setia dan dia lah pengubat kesunyian buat Tengku Adam.

Setibanya Gavin di tingkat bawah, dia terpesona dengan satu susuk tubuh yang sedang duduk di sofa ruang tamu itu. Gavin menghampiri dan melemparkan senyuman.

"Bila Win sampai? Ingatkan tak nak join." soal Gavin lalu menyertai dudukan itu.

"Baru je sampai. Mestilah Win nak ikut. Mana Tengku Adam? Belum siap ker?."

"Hmm.. Tengku Adam bila bersiap mengalahkan perempuan. Lama betul dia. Nak kata pakai gincu tak juga. Entah apa yang dia buat." Keluh Gavin sambil menyandarkan kepalanya di sofa.

"Dah siap ni. You ni kalau bab mengutuk I nombor 1 kan? dah la pakai perfume I sampai tinggal separuh." Kata Tengku Adam yang tiba-tiba muncul.

"Mana ada tinggal separuh. I pakai sikit je. Jom la..!! I dah lapar sangat ni." Gavin bangun dari duduknya.

"Jom Win.!! Majlis dah start ni. Rasanya akad nikah dah selesai." Ajak Tengku Adam sambil tersenyum. Tengku Azwin bangun dari duduknya dan menghampiri Tengku Adam.

"Abang..!! Abang okay..??." soal Tengku Azwin dengan wajah redup.

"Kenapa Win tanya Abang macam tu?. Pasal pernikahan Syeril ker?." Soal Tengku Adam. Tengku Azwin sekadar mengangguk.

"Win..!! Abang dah lama move on. Memang bukan jodoh Abang. Ada baiknya juga kita orang tak jadi bernikah dulu. Abang dapat hidayah Allah." Jawab Tengku Adam selamba.

"Alhamdulillah.. Abang dah banyak berubah. Win bangga dengan Abang."

"Dah..jom kita gerak sekarang. Kang si Gavin tu berleter sampai ke lokasi majlis pula."

Bertolak lah mereka menuju ke Tania Hotels bagi meraikan pernikahan antara Syeril Dania dan Syah Reza. Tengku Adam kelihatan tenang. Namun ada juga terselit rasa kasih buat Syeril. Wanita yang pernah singgah dilubuk hatinya suatu ketika dahulu. Biarkan tersemat hingga hujung nyawa.

***********************************

Selesai menunaikan solat sunat dan sujut syukur, kedua-dua mempelai meneruskan majlis itu dengan pembatalan air sembahyang. Sebentuk cincin disarungkan ke jari manis Syeril Dania. Lalu kucupan lembut hinggap di dahi pengantin perempuan. Syeril memejamkan matanya apabila kucupan itu terhasil.

Para tetamu yang hadir turut tersenyum bahagia. Kilauan sinar kamera memancar-mancar menyimpan memori indah itu.

"Terima kasih sayang..Saya akan jaga awak sebaik mungkin dan jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang suami." bisik Reza ditelinga isterinya.

"Saya pegang janji awak tu. Siap awak kalau awak khianati saya atau abaikan saya. Saya patah-patahkan tulang awak." Bisikan itu dibalas Syeril Dania. Kedengaran seperti amaran keras.

"Ganasnya isteri saya ni."

Lalu Reza meletakkan tangannya diatas ubun-ubun isterinya. Mulut terkumat-kamit membaca doa.

''Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu kebaikan dirinya dan kebaikan yang Engkau tentukan atas dirinya. Dan Aku berlindung kepadaMu dari keburukkannya dan keburukkan yang Engkau tetapkan atas dirinya".

Setelah selesai bergambar, mereka mengambil keputusan terus ke hotel untuk majlis persandingan pula. Mereka berjalan keluar dari masjid bersama sanak saudara serta rakan-rakan yang hadir. Menaiki kereta pengantin yang telah disediakan. Kereta mewah yang dihias cantik.

***********************************

Syawal Danish memandang wajah gadis dihadapannya itu dengan penuh rasa kasih. Betul-betul membuatkan kerinduannya pada Haisya Sumayyah membara. Cuma yang membezakan hanya tahi lalat milik Haisya Sumayyah tidak ada diwajah Haisya Safiyyah.

"Err...awak tak ke masjid ke?" Soal Haisya Safiyyah tergugup-gugup dek malu diperhatikan oleh Syawal Danish sejak tadi. Makanan dihadapannya juga masih belum disentuh.

"Er..saya dah pergi. Tapi Mama minta saya balik ke hotel je. Papa dan adik beradik yang lain ada disana. Saya stanby di sini je." jelas Syawal Danish. Dia tahu Haisya Safiyyah tidak senang hati dengannya.

"Ohh..jadi pukul berapa pengantin sampai?. Saya takut tak sempat. Saya kena balik. Petang ni ada kuliah."

"Mereka dah on the way ke sini. Awak tunggu lah dulu. Boleh saya kenalkan pada orang tua saya."

"Baiklah. saya tunggu." Haisya Safiyyah akur dengan penjelasan Syawal Danish. Namun masih kekok dengan pertemuan kali kedua ini. Haisya Safiyyah kurang selesa dengan kelakuan Syawal Danish terhadapnya.

sambung...----->

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience