Bab 31 Enggan

Drama Completed 144103

Pihak lelaki tiba dan disambut baik dari pihak Tan Sri Zainal. Tan Sri Zainal hanya duduk diatas kerusi roda.
Puan Sri Tania juga melayan dengan baik sekali. Keluarga lelaki itu juga bersenang hati dengan layanan yang diberikan. Keluarga Tan Sri Zainal sangat berbudi bahasa dalam pertuturan dan lemah lembut.

Majlis serba ringkas itu berlangsung dengan jayanya. Tan Sri Zainal bersenang hati kerana pihak lelaki yang tidak banyak membangkang apa yang ditetapkan. Mereka setuju sahaja apa yang dibincangkan sebentar tadi.

Hampir 2jam mereka berbincang dan cincin pertunangan bertatah berlian itu diserahkan, mereka meminta diri untuk pulang.Kini dengan rasminya Syeril sudahpun menjadi tunangan orang.

Pihak lelaki pun beransur pulang setelah semuanya selesai. Tan Sri Zainal pula dibawa masuk ke dalam biliknya. Dari tadi mulutnya tidak henti-henti memanjat kesyukuran diatas kejayaan melangsungkan pertunangan itu.

"Ni si Reza pun tak tahu yang dia telah pun ditunangkan. Kalau dia tahu then dia tak setuju macam mana abang.?." Tan Sri Zainal sudahpun dibaringkan diatas katil dibantu oleh Mak Kiah.

"Saya yakin dia pasti setuju. Awak jangan lah fikir yang bukan-bukan. Doakan yang baik-baik untuk mereka. Majlis nikah pun akan berlangsung tak lama lagi." jawab Tan Sri Zainal.

"Anak kita tu, saya tahu yang dia sukakan Reza, tak sabar pula saya nak tengok reaksi Syeril bila dia dapat tahu yang Reza adalah tunang dia."

"Saya tak nak bagitahu sendiri. Kita aturkan pertemuan mereka. Saya nak mereka ternanti-nanti untuk lihat paras rupa tunangan sendiri."

"And macam mana abang kenal dengan Encik Habib tu? nampak macam dah lama kenal." soal Puan Sri Tania lagi.

"Tak kenal lah. Saya minta orang-orang saya yang carikan keluarga Reza. Alhamdulillah.. mereka jumpa."

"Rasa macam tak percaya pula yang anak dara kita tu dah bertunang. Tak sabar nak timang cucu." kata Puan Sri Tania lagi sambil tersenyum riang.

"Insyaallah..semoga semuanya berjalan lancar. Syeril pun bertolak esok pulang kesini kan?."

"Yer esok pagi. Event tu pun dah selesai katanya. Dia telefon saya tadi." jelas Puan Sri Tania. Kain Selimut ditarik menutupi separuh tubuh Tan Sri Zainal.

****************************

Suasana di dalam kereta itu riuh rendah dengan pendapat masing-masing. Encik Habib sedang memikirkan bagaimana caranya untuk aturkan pertemuan antara Reza dan Syeril setelah mereka ditunangkan.

"Kita call Reza lah. Minta dia pulang ke rumah malam ni." kata Puan Ruby pada suaminya.

"Saya dah call Reza semalam minta dia balik. Katanya petang ni baru nak gerak." jelas Encik Habib.

"Awak rasa dia marah tak kita tunangkan dia ni? saya risau dia merajuk pula." rungut Puan Ruby dengan memuncungkan bibirnya.

"Awak jangan risau. Saya tahu nak handle si Reza tu. Dia pasti akan terima sahaja."

"Saya dah lama teringin menantu. Semoga berjaya lah kita nikahkan mereka. Tan Sri Zainal dan Puan Sri Tania pun baik sangat. Saya terharu dengan layanan baik diorang tadi " senyuman terukir di bibir Puan Ruby.

"Saya pun macam tu juga. Tak sangka yang Tan Sri tu sangat baik dan tak sombong." panduan itu bergerak dengan penuh hati-hati dan tenang ditemani aluanan lagu yang diputar khas oleh stesen radio.

***********************************

Perkhabaran duka buat ahli keluarga Anis. Dia terpaksa dibawa ke hospital kerana pengsan ditempat kerjanya sebentar tadi. Tubuh badan yang tidak bermaya dan bertukar kulit menjadi kebiruan itu terus dibawa pergi oleh kakitangan hospital untuk mendapatkan rawatan segera.

Ibu ayahnya hanya diarahkan tunggu dirumah oleh Izzah yang kebetulan pulang ke kampung beberapa hari lepas. Kedua-dua orang tua itu terpaksa akur, namun doa tidak henti-henti dititipkan buat anak mereka.

"kita perlu bagitahu mak ayah ker pasal sakit Anis ni abang? saya tak nak nanti mak ayah salahkan kita sebab sembunyikan hal ni dari mereka." soal Izzah pada suaminya yang sedang memandua menuju ke hospital.

"Saya perlu jumpa doktor disana dulu. Nak tahu keadaan sebenar Anis. Nanti abang bagitahu perlu atau tak kita bagitahu mak ayah. Kalau tak serius dan masih boleh dirawat, kita rahsiakan dululah. Ini untuk ayah juga. Nanti serangan jantung datang balik susah." kata Hakim.

Kini mereka tiba di perkarangan hospital itu. Izzah dan Hakim terburu-buru keluar dari perut kereta itu menuju ke unit kecemasan.

Namun mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik itu memandangkan Anis masih lagi dirawat. Izzah menitis air matanya yang tidak mampu lagi dia menyeka.

"Awak tunggu sini. Saya nak cari doktor sekejap. Saya ada kenal seorang doktor disini."

"Abang jangan lama sangat. Saya risau ni." Izzah bersama esakan tangisnya.

"baiklah. Tunggu kejap jer. Abang akan datang semula secepat mungkin." Hakim mengusap lembut kepala isterinya. Izzah sekadar mengangguk tanda setuju.

Hakim berlalu pergi meninggalkan Izzah disitu. Izzah mengesat airmatanya. Hakim pula pergi mendapatkan doktor untuk bertanyakan tentang Anis. Dia tahu selok belok rawatan memandangkan dia juga seorang doktor. Maka hal-hal seperti ini boleh diuruskan dengan lebih terperinci dan sahih.

***********************************

"Apa? Ibu dan ayah dah masuk meminang untuk Reza? siapa pula ni ibu..ayah..??." Reza dengan reaksi terperanjat. Sungguh hati bagai direntap kuat. Tiba-tiba sahaja wajah Syeril muncul difikirannya.

"Kamu kena jumpa dengan dia sendiri. Ibu dah tetap kan masa untuk kamu berkenalan. Dan kamu kena ikut apa yang ibu dan ayah dah tetapkan ni. Itupun kalau kamu masih sayangkan kami. Ni maruah keluarga kita tau." jelas Puan Aisyah setegas-tegasnya. Dia berharap agar Reza mengikuti sahaja rancangan mereka untuk menyatukan dua jiwa itu.

"Ayah pun harap sangat kamu setuju. Kami dah pun serahkan cincin untuk tunang kamu. Fikir-fikirkan lah Reza. Berjumpa dulu dan kenal hati budi. Insyaallah..kamu boleh terima gadis tu nanti." kata Encik Habib pula.

"Reza belum bersedia lagi ayah, ibu. Reza ada pilihan Reza sendiri." Reza sangat kecewa dengan tindakan orang tuanya. Dia benar-benar takut untuk kehilangan Syeril untuk kali kedua. Tetapi itulah yang bakal dihadapinya nanti.

"Arhh...ibu tak nak dengar alasan lagi dari kamu. Sekarang biar kami yang tentukan jodoh untuk kamu." tegas Puan Aisyah lagi.

"Reza cuba. Dan jika Reza tak berkenan, Reza terpaksa putuskan pertunangan ni." Reza turut tegas dengan pendiriannya. Untuk membuat hati ibu bapanya tenang, dia terpaksa akur dengan keputusan mereka. Namun jika sebaliknya pada hari pertemuan nanti, dia akan membantah sekeras-kerasnya untuk memutuskan tali pertunangan itu.

"Baiklah..dua hari lagi kamu kena berjumpa dengan dia. Ibu akan hubungi ibunya untuk aturkan pertemuan kamu berdua. Dan kamu jangan macam-macam yer Reza." Puan Aisyah menunjukkan jari telunjuknya pada anaknya itu.

"Reza nak naik atas dulu. Penat lah. Nak tidur." Reza bangun dari duduknya dan terus meninggalkan ruang tamu itu. Keluhan kecil keluar dari bibir itu. Dia benar-benar tidak bersetuju dengan apa yang telah dirancangkan buatnya.

"macam mana ni Abang? kalau dia tak setuju Abang apa kita nak buat? malu lah kita dengan keluarga Tan Sri Zainal tu?." rengek Puan Aisyah pada suaminya.

"Awak jangan risau. Saya yakin yang dia akan terima anak Tan Sri Zainal. Memang mereka ada menaruh perasaan antara satu sama lain. Cuma sekarang mereka tak tahu yang mereka sudahpun mengikat tali pertunangan ni. Saya tahu ni dari Tan Sri Zainal sendiri masa mula-mula dia hubungi saya." Encik Habib menjelaskan kebenaran sebenar. Senyuman terukir di bibirnya buat Puan Aisyah.

"Lah..yer ker? kenapa Abang tak bagitahu saya awal-awal. Penat saya bersusah hati." Puan Aisyah memuncungkan bibirnya. Lalu terus memeluk tubuh.

"Okay sekarang jangan fikir soal tu lagi. Sekarang awak kena fikir pasal katering dan perunding perkahwinan untuk majlis mereka berdua tu. Saya nak naik atas." Encik Habib bangun dari duduknya dan meninggalkan isterinya sendiri.

'Ishh...tak sabar pula aku nak sambut menantu. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Semoga ikatan yang terbina ni kekal hingga ke anak cucu.' Puan Aisyah mengomel sendiri. Hatinya sangat teruja untuk bermenantukan Syeril Dania.

Okay siap untuk hari ni..semoga bertemu lagi di lain hari.. kihkihkih ..

Share this novel

Amyz Nazifa
2021-03-27 22:24:41 

kita sama² tggu yer.. kihkihkih

Panda ri
2021-03-27 21:56:08 

Tak sabar nak tunggu reaksi syeril!


NovelPlus Premium

The best ads free experience