Bab 24 Ragut

Drama Completed 144105

Langkah itu dipercepatkan apabila Syeril mula hilang dari pandangan matanya. Entah apa yang Syeril buat di sebuah restoran mewah ini dan dengan siapa yang dia bertemu janji. Reza mengerutkan dahinya.

Syeril menghampiri sebuah meja yang menempatkan seorang lelaki berjaket hitam dan bercermin mata gelap itu. Reza cuba menghampiri dan melabuhkan punggung di balik belakang Syeril. Namun apa yang dibicarakan oleh mereka tidak dapat didengari dengan jelas.

Lekaki itu gayanya seperti seorang penyiasat persendirian. Berbadan sasa dan rambut dusikat kemas.

'Apa yang awak cuba buat Syeril? jangan bahayakan diri kau lah.' kata Reza dalam hati.

Selang beberapa minit kemudian kedengaran kerusi bergesel lantai. Tanda salah seorang dari mereka bangun dari dudukan. Reza memusingkan sedikit wajahnya ke tepi untuk melihat sosok tubuh yang sedang berdiri itu.

Lelaki itu pergi bersama sebuah beg kulit berwarna coklat yang tadinya dipegang oleh Syeril. Syeril masih lagi dengan duduknya.

Pantas Reza bangun lalu dan nenuju ke meja yang diduduki oleh Syeril. Syeril terperanjat apabila melihat raut wajah itu.

"Buat apa kat sini.? Awak ikut saya ker..?" soal Syeril kehairanan. Reza menarik kerusi lalu melabuhkan punggung berhadapan dengan Syeril.

"Saya ternampak awak tadi. Saya ikut jer lah. Dan saya nak tahu lelaki tadi tu siapa?." Soal Reza mula menyoal siasat.

"itu tak ada kaitan dan kena mengena dengan awak. Itu antara saya dan lelaki tu. Saya tak suka orang menyibuk urusan saya." kata Syeril sambil memalingkan wajahnya ke arah lain.

"Syeril..saya tak nak awak buat perkara bodoh lagi. Awak perempuan. Tak sesuai nak buat kerja-kerja macam tu. Membahayakan keselamatan diri awak sendiri lah." Reza dengan wajah yang tertanya-tanya.

"Apa yang awak tahu Reza? saya tak nak awak masuk campur dalam urusan saya. Saya boleh jaga diri sendiri tanpa bantuan orang macam awak." Syeril mula berang dan nada sedikit kasar.

"Saya tahu apa awak nak buat. Tadi tu orang upahan awak kan?. Saya tahu Syeril." Reza mendekatkan wajahnya kearah gadis itu.

"Jangan nak sibuk sangat. Dan tolong jauhi saya." Syeril bangun dari kerusi itu lalu beg tangan dibimbit kemas disisi. Meninggalkan Reza yang masih memerhatikannya dari situ.

'Ishh...susah betul lah cakap dengan orang degil ni. Nanti terkena baru tahu. Dia tak kenal orang tu macam mana.' Reza mengomel sendiri. Lalu dia turut bangun dan mengikuti jejak Syeril dari jauh.

Syeril kini telahpun keluar dari restoran itu menuju ke tempat letak kereta. Reza mempercepatkan langkahnya. Entah mengapa hatinya rasa kurang senang sebelum memastikan Syeril selamat menaiki keretanya.

Tiba-tiba kelihatan sebuah motosikal yang dinaiki oleh dua orang lelaki berpakaian agak pelik menghampiri Syeril yang sedang berjalan itu.

Beg tangan milik Syeril dipaut oleh seorang lelaki yang ditunggang itu. Syeril yang terkejut pantas lawan menarik beg tangannya dari diambil orang-orang tersebut. Reza pantas berlari ke arah Syeril untuk menolongnya.

"Arggg....beg aku lah..!!! Tolonngggg...!! peragut..!!" Jerit Syeril meminta tolong dari orang awam.

"Woii...!! Kurang ajar..!!" tempik Reza dari jauh.

Setibanya Reza disitu, peragut itu terus berlalu pergi tanpa sebarang hasil. Syeril jatuh menyembah bumi. Reza terus mendapatkan Syeril.

"Syeril..!! maafkan saya. Saya lambat." Reza menganggkat tubuh itu bersandar didadanya. Reza menarik tubuh itu rapat keribanya. Syeril kini lembik dan tidak bermaya.

"Syeril...!! awak boleh berjalan tak? saya dukung awak yer? kita ke hospital." Reza mula gelisah. Wajah gadis yang kini bersandar didadanya ditolehkan menghadapkan kearahnya menggunakan tangan.

"Saya sakit lutut. Pedih sangat Reza." kata Syeril dengan nada mendatar.

"Okay..saya dukung awak. Awak peluk leher saya kuat-kuat." Reza menangkat tubub itu ie dalam dukungannya. Syeril memeluk leher Reza agak kejap.

"kenapa ni nak? boleh pakcik bantu?." tegur seorang lelaki lingkungan umur 50an yang kebetulan melalui laluan itu.

"Kena ragut tadi. Dia lembik tak boleh bangun. Saya nak bawa dia ke hospital. Pak Cik tolong ambilkan kunci kereta dalam kocek seluar saya kejap. Tolong bukakan pintu." jawab Reza pada lelaki separuh abad itu.

"Baiklah. Pak cik tolong bukakan." Lelaki itu menyeluk tangannya ke dalam kocek seluar Reza mendapatkan kunci tersebut. Reza terus menuju ke arah keretanya dan pintu dibuka lelaki tersebut.

Tubuh Syeril diletakkan di dalam perut kereta itu perlahan. Syeril melepaskan pelukan leher tersebut. Dia agak lemah kali ini. Mungkin kerana terlalu terkejut dengan kejadian sebenar tadi.

"Terima kasih pak cik. Saya hargai jasa pak cik." kata Reza yang kini menuju ke arah tempat duduk pemandu untuk membawa Syeril ke hospital.

" Sikit jer tu. Hati-hati dijalan. Semoga semua baik-baik sahaja." kata lelaki berkenaan dengan senyuman manisnya.

"Terima kasih pak cik. Saya pergi dulu." Reza menutup pintu kereta itu dengan lambaian tangan ke arah lelaki itu.

"Sama-sama."

Reza terus memecut laju kereta itu. Sekali dua pandangannya dipalingkan ke arah gadis yang tidak bermaya itu. Kelihatan darah mula mengalir keluar dari belahan rambut gadis itu. Ia menambahkan lagi kegusaran di hati Reza.

"Allahuakbar..kepala awak pun berdarah lah Syeril. Sabar yer..saya bawa awak dapatkan rawatan. Lepas tu kita buat report polis." kata Reza sambil menepuk-nepuk tangan Syeril minta bersabar.

Syeril sekadar mengangguk tanda setuju. Kereta itu terus meluncur laju diatas jalan raya itu. Reza panik setelah melihat darah yang mengalir ke dahi Syeril itu. Pantas tisu berhampiran diambil lalu dilapnya ke dahi gadis itu dengan lembut.

Kereta yang dipandu kini tiba di ruang kecemasan hospital berkenaan. Reza turun mendapatkan khidmat para petugas hospital. Satu katil ditolak ke arah kereta tersebut.

Syeril diangkat oleh para jururawat serta seorang doktor naik ke atas katil tersebut. Reza makin tidak keruan. Sungguh hatinya benar-benar risaukan keadaan gadis itu.

"Encik boleh buat pendaftaran di kaunter yer. Kami bawa masuk dulu isteri encik ke dalam untuk rawatan lanjut." kata doktor itu pada Reza yang sedang memerhati Syeril yang terbaring di atas katil itu.

"Baiklah doktor." Reza mengiyakan sahaja. Lalu katil itu ditolak ke dalam untuk dirawat. Reza mengeluarkan dompet milik Syeril yang berada di dalam beg tangannya untuk membuat pendaftaran.

Lalu di menuju ke kaunter dan menyerahkan kad pengenalan milik Syeril pada petugas hospital tersebut.

Selesai urusan pendaftaran, Reza duduk diruang menunggu berdekatan. Telefon bimbit ditangannya ditatap. Lalu nombor seseorang didail.

"Hello..!! Ni siapa?."

"Hello..!! Puan Sri Tania.Saya Syah Reza, staf Tania Hotels. Saya nak maklumkan pada Puan Sri yang Syeril di hospital sekarang." jelas Reza dengan nada mendayu agar Puan Sri Tania tidak terlalu terkejut apabila mendengar berita tersebut.

"Syeril di hospital? kenapa dengan dia.?" soal Puan Sri Tania kerisauan.

"Dia kena ragut tadi. Saya yang bantu dia dan hantar ke hospital. Sekejap lagi saya buat report polis tentang kejadian ni. Puan Sri jangan risau. Saya akan jaga dia sampai dia boleh discharge. Puan Sri tunggu sahaja dirumah. Apa-apa saya beritahu Puan Sri."

Reza tidak mahu Puan Sri Tania tergesa-gesa ke hospital untuk melihat keadaan Syeril memandangkan Tan Sri Zainal juga masih terlantar sakit.

"Baiklah kalau macam tu. Saya tunggu perkembangan Syeril. Awak tolong jaga dia baik-baik." kata Puan Sri Tania berharap pada Reza.

"Yer Puan Sri. Saya akan hubungi Puan Sri jika ada apa-apa nanti."

Panggilan dtamatkan. Reza berdiri melihat ke laluan yang Syeril dibawa masuk sebentar tadi. Dia benar-benar risau. Saat diingatkan kembali kejadian yang menimpa Syeril itu dia akan menyalakan dirinya sendiri.

'Ish.. kenapa aku lambat tadi. Kalau aku cepat sikit pasti semua ni tak akan berlaku. Maafkan saya Syeril.' rambutnya digenggam kemas. Fikirannya kusut saat ini.

**********************************

Izzah memasuki bilik Anis untuk mencari barangnya yang tertinggal di dalam bilik itu. Laci almari dibuka dan dicarinya barang tersebut.

Tiba-tiba dia terjumpa sejenis beberapa jenis ubat milik Anis didalam laci tersebut. Diambilnya botol itu lalu ditelitinya. Telefon bimbit dicapai dalam kocek seluarnya.

Dia menangkap beberapa keping gambar ubat-ubatan tersebut untuk mengetahui apa jenis ubat yang diambil oleh Anis itu memandangkan suaminya seorang doktor pakar. Perasaannya kurang enak saat melihat ubat-ubat itu. Kemusykilan melanda.

'Akak harap bukan ubat-ubat yang merbahaya. Kau ni bukan boleh percaya sangat. Bila diluar kawalan kau lain macam sikit.' Omel Izzah sendiri. Ubat-ubat tersebut disimpan semula ke dalam laci seperti asalnya.

Setelah menjumpai barang yang dicari sebentar tadi, Izzah pun keluar dari bilik itu.

"Jumpa ker barang yang awak cari?." soal Hakim iaitu suami kepada Izzah.

"Jumpa abang. Ni ha barangnya." Izzah menunjukkan barang yang berada di tangannya kini. Hakim sekadar tersenyum.

"Ehh..abang. Saya nak tunjuk sesuatu pada abang. Saya terjumpa dalam bilik Anis." Izzah membelek-belek telefon bimbitnya lalu menunjukkan gambar yang telah ditangkap sebentar tadi. Hakim menggapai telefon bimbit itu lalu ditatapnya gambar tersebut.

"Ubat apa tu abang?." Soal Izzah yang sedang menanti jawapan dari suaminya.

"Ni ubat kanser. Tak mungkin Anis pengidap kanser?." Hakim dengan kerutan didahinya.

"Ubat kanser? kenapa Anis tak pernah cakap pun tentang kanser? Atau dia nak sembunyikan dari mak ayah?." Izzah terus terusan mempersoalkan tentang Anis.

Hakim menarik tangan isterinya memasuki bilik mereka. Dia tidak mahu Izzah hebohkan tentang hal itu terlebih dahulu.

"kenapa ni abang?." soal Izzah hairan.

"Saya tak mahu awak hebohkan tentang hal ni dulu. Kita perlu tanya Anis macam mana ubat tu ada dalam bilik dia. Mungkin dia belum bersedia untuk beritahu pada kita semua. Beri dia masa. Dia terlalu tertekan sekarang dengan pelbagai masalah. Kita biarkan dia tenang dulu." kata Hakim berpesan pada isterinya.

"betul juga kata abang tu. Kita slow talk dengan dia. Mungkin dia akan cerita pada kita. Saya tak mahu kehilangan satu-satunya adik saya. Saya nak tolong dia supaya dia sembuh."

Airmata Izzah mula mengalir. Sungguh dia merasa sedih apabila mengenangkan nasib adiknya itu. Dugaan demi dugaan datang menimpanya dan Sofea. Namun hidup perlu diteruskan.

***********************************

Suri asyik berbual ditalian telefon bimbitnya. Irfan kini sering menghubunginya yang jauh di Kuching. Rindunya pada Irfan kian membara.

"Saya tak kisah. Mana-mana pun boleh. Janji awak sentiasa ada dengan saya." Kata Suri.

"Baiklah kalau macam tu, hujung bulan nanti awak ambil cuti. Saya hantar rombongan meminang awak. Saya akan minta ibu saya ke rumah orang tua awak." balas Irfan.

"Okay..saya akan confirm kan bila cuti diluluskan pihak hotel. Awak jangan bagitahu ibu awak lagi. Takut nanti tak jadi pulak." Suri mencebikkan bibirnya. Namun senyuman tetap terukir dihujung percakapannya.

"Betul ni Suri? Awak tak kisah dengan status saya. Saya duda anak satu tau. Jangan lupa pula. Awak kena beritahu juga pada orang tua awak tentang status saya. Andai tak direstui saya tak kisah. Insyaallah..saya okay." Irfan merendahkan dirinya. Sedikit sayu kedengaran.

"Kan saya selalu cakap. Saya tak kisah. Janji awak boleh bimbing saya dan jaga saya sebaiknya sebagai teman hidup awak." keluhan kecil keluar dari nafas Suri.

"Kalau dah itu yang awak cakap, saya sedia jadikan awak pendamping hidup saya. Saya harap awak boleh terima Yusuf dalam hidup awak. Dia lah harta yang tidak ternilai bagi saya."

"Insyaallah..kita sama-sama jadi ibu bapa yang baik kepada Yusuf." Suri menerima anak hasil perkahwinan pertama Irfan dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Sememangnya dia amat sukakan anak-anak kecil.

"Bye Suri..!!"

"Bye bakal suami..!!"

Ketawa kecil terhasil dengan perkataan yang diluahkan oleh Suri itu. Irfan kembali ceria tidak seperti selalu. Selepas kematian isterinya semasa melahirkan Yusuf,dia seperti hilang pedoman hidup dan hidupnya tidak terurus.

Kini dengan hadirnya Suri, hidupnya kembali bersinar dan berseri. Suri mula menakluki hati si duda anak satu itu.

kihkihkih..jgn marah yer. Amyz mula honeymoon setelah dibenarkan merentas daerah. Rata pelusuk amyz terjah. Maaf semua..hihihi..jgn marah ha..

Share this novel

Anis Insyirah
2021-03-17 18:33:01 

nama saya anis. kakak Saya pulak nama izzah. kebetulan apakah ini, ya. hahaha. tak sangka. terkejut saya tadi


NovelPlus Premium

The best ads free experience