Bab 33 Temujanji

Drama Completed 144103

Sesampai Syeril di KLIA dia mendapat perkhabaran yang sangat menduka cita diatas pemergian sahabatnya Anis sebentar tadi. Sungguh dia merasa kehilangan. Seorang sahabat yang sangat memahami dan pendengar setianya suatu ketika dahulu.

Pemergian yang sangat mengejutkan. Syeril membuat keputusan untuk menziarahi pengebumian sahabat sejatinya itu.

Dia dijemput Pak Leman dan pulang dulu sebelum berangkat ke kediaman Anis sebentar lagi.

Didalam perjalanan itu, pelbagai kenangan suka dan duka antara dia dan Anis mula terbayang. Kini hanya tinggal rasa pilu yang menyelubungi dirinya.

******************************

Reza bangun dari tidur nyenyaknya. Kesedihan semalam mula muncul. Dia harus kuat demi maruah keluarganya. Hari ini adalah hari pertemuannya dengan tunangnya buat kali pertama. Entah apa yang bakal dilaluinya petang nanti.

Matanya digosok-gosok dan tubuhnya mula bangun. Masih bersandar di kepala katil itu. Fikirannya kusut.

"Reza....!! Syah Reza..!!!

Namanya dilaungkan oleh Puan Aisyah berkali-kali.

"Yer...ada apa ibu..??." soal Reza selamba.

Pintu bilik itu dikuak. Kelihatan Puan Aisyah mengenakan apron serta senduk masih ditangannya.

"Baru bangun?? kamu ada temujanji dengan tunang kamu tau hari ni. Matahari dah menegak atas kepala baru nak bangun." leter Puan Aisyah pada anak sulungnya itu.

"Biasa lah cuti ibu. Kejap Reza nak mandi dulu. Ibu pergilah sambung masak.

Puan Aisyah menggelengkan kepalanya. Lalu pintu itu ditutup semula. Reza menggapai telefon bimbitnya. Lalu skrin telefon dileretkan.

Terpampang wajah Syeril Dania menghiasai latar belakang telefon bimbitnya. Reza melemparkan senyuman. Rasa rindu membuak-buak.

'Saya tahu awak dah balik KL. Tapi saya tak boleh jumpa awak hari ni. Nanti kita jumpa di office yer.' Potret itu disentuh lembut.

Telefon bimbit itu diletakkan semula ditempat asalnya. Lalu dia bangun dari katil itu dan mencapai tuala mandi.

******************************

"Tu sempat ker Syeril nak balik petang nanti. Ada temujanji kan? nanti tak sempat pula." soal Tan Sri Zainal.

"Insyaallah..sempat papa. Syeril pergi ni tak lama. Lagipun kampung arwah tak jauh pun dari sini." jawab Syeril.

"Mama tak boleh nak ikut sama. Kamu kirim salam buat ibu ayahnya. Salam takziah untuk mereka semua." kata Puan Sri Tania pula.

"Insyaallah mama. Syeril minta diri dulu. Ohh..ya..kat mana Syeril nak jumpa tunang Syeril tu? mungkin Syeril akan ke sana terus dari rumah arwah."

"Nanti papa hantar location. Kamu jangan lupa pula. Papa dah uruskan semua." Pesan Tan Sri Zainal.

"Baiklah papa. Syeril gerak dulu. Nanti tak sempat pula nak tengok jenazah." Syeril bersalaman dengan kedua-dua orang tuanya. Lalu keluar lah dia dari bilik berkenaan. Kunci kereta dicapai.

Kaki melangkah keluar menuju ke arah kereta yang berada di garaj itu. Enjin dihidupkan. Kereta dipandu Syeril keluar dari perkarangan rumah itu dan meluncur laju diatas jalan raya.

Didalam perjalanan itu, Syeril menerima satu pesanan ringkas dari orang suruhan bapanya.

'Oh my god..ni ruang VVIP kot. Dengan siapa ni aku ditunangkan. Hotel mewah kot. Ya Allah.. permudahkanlah segala urusanku. Kau kirimkan orang yang baik-baik untuk aku Ya Allah.' Syeril mula tidak senang hati. Namun pemandu masih terkawal.

********************************

Setelah hampir 1jam menempuh perjalanan, Syeril tiba di kediaman ibu bapa Anis. Kelihatan orang ramai berlegar-legar di halaman itu. Kereta juga memenuhi kawasan.

Sesudah dia meletakkan kereta, dia berjalan menuju ke pintu utama rumah itu. Kelihatan Izzah serta Encik Yahya sedang menunggu di muka pintu.

Syeril mengesat airmatanya. Tidak mampu di menahan sebak saat wajah tua itu ditatapnya. Dia mendekati bapa Anis dengan penuh rasa simpati.

"Assalamualaikum..Pak Cik ingat saya lagi?." soal Syeril sambil menunduk hormat.

"Waalaikumussalam..ya Allah.. Syeril datang. Pak Cik masih ingat kamu. Tapi nampak kurus sangat. Kamu sihat ker nak?." Encik Yahya memandang raut wajah Syeril atas ke bawah.

"Saya sihat.. alhamdulillah. Salam takziah dari saya dan keluarga saya buat Pak Cik sekeluarga. Boleh saya naik tengok jenazah?." soal Syeril lagi.

"Allahuakbar..Naiklah nak. Err..Izzah..!! ni Syeril datang. Bawakan dia naik atas." arah Encik Yahya.

"Syeril..!!."

Izzah yang baru menyedari kedatangan Syeril terus menerkam tubuh itu lalu memeluk erat.

"Sabar Kak Iza. Allah lebih sayangkan Anis. Saya tak percaya secepat ini dia tinggalkan kita."

"Kak Iza lagi tak sangka. Anis terlalu terseksa dengan kehidupan dia. Meninggalkan anak yang masih kecil." Izzah masih memeluk tubuh Syeril dengan esakan tangisnya. Syeril menggosok-gosok bahagian belakang Izzah lembut.

"Apa yang terjadi sebenarnya? Ada yang Syeril tak tahu ker?." soal Syeril dengan penuh kerutan didahinya. Pelukan itu terlerai.

"Jom kita naik dulu. Sekejap lagi jenazah dah nak dimandikan" ajak Izzah sambil menarik tangan Syeril.

Kelihatan jiran tetangga serta ahli keluarga sedang mengalunkan bacaan yaasin. Puan Zainab bertambah kuat tangisnya saat wajah Syeril muncul. Syeril menghampiri jenazah yang terbaring kaku itu.

Kain putih yang menutupi bahagian muka itu dibuka ibunya Puan Zainab. Syeril menatap wajah suci yang sedikit terselit senyuman itu dengan penuh rasa tenang.

"Mama kirim salam takziah untuk mak cik sekeluarga. Saya nak jumpa Sofea boleh mak cik?. Mana Sofea yer?." kain putih itu kembali menutupi muka jenazah itu.

"Terima kasih. Sofea baru saja tidur di dalam bilik sana. Pergilah tengok dia." Mereka salina bersalaman serta kata-kata semangat diluahkan Syeril buat Puan Zainab.

"Ni sedikit sumbangan dari saya. Ikhlas untuk mak cik. Saya nak jumpa Sofea sekejap." Syeril bangun setelah sampul sumbangan itu diterima oleh Puan Zainab. Dia menuju ke bilik dimana Sofea sedang tidur. Izzah membuntuti dari belakang.

"Dia masih tidur Kak Iza. Tak apalah. Lain kali saya datang tengok dia lagi. Disini saya nak sertakan duit belanja untuk Sofea. Saya amanahkan pada Kak Iza. Semoga dengan duit belanja yang tak seberapa ni dapat ringankan sedikit beban keluarga Kak Iza."

"Terima kasih banyak-banyak Syeril. Nanti jangan segan-segan datang lagi. Kak Iza mungkin akan berpindah ke sini."

"Insyaallah..saya tak boleh lama-lama disini. Ada hal sikit petang nanti. Maafkan saya tak boleh tunggu sampai kebumikan jenazah." kata Syeril dengan sayunya. Airmata yang mahu mengalir itu disekanya.

"Tak apa. Syeril dah datang ni pun kami dah bersyukur sangat.

Setelah meminta diri untuk pulang, Syeril meninggalkan perkarangan rumah itu dengan linangan airmata. Sungguh berat hatinya untuk meninggalkan hari pengebumian itu. Namun apakan daya. Dia tidak boleh membatalkan temujanji itu sesuka hati kerana semuanya sudah diaturkan oleh bapanya.

***************************

Sekian lama menempuh perjalanan dari kampung halaman Encik Yahya, Syeril terus menuju ke restoran mewah yang telah dihantarkan lokasinya oleh bapanya sebentar tadi.

Masuklah dia ke dalam restoran itu dan disambut oleh pelayan restoran. Ruang privasi yang ditempah khas oleh Tan Sri Zainal sesuai untuk pertemuan kali pertama mereka hari ini.

Alunan biola dimainkan berirama romantis. Syeril mengeluarkan cermin kecil serta gincu dari beg tangannya. Sedikit gincu berwarna coklat kemerahan dicalitkan ke bibirnya.

"Jemput Encik Syah Reza. Dan nikmati hari anda dengan hidangan lazat serta layanan terbaik dari kami." Kata pelayan restoran itu mempelawa Reza sertai meja yang diduduki oleh Syeril. Syeril segera menoleh saat nama Syah Reza dilaungkan pelayan itu.

"Awakk...awak tunang saya???."

Masing-masing melopong biji mata. Hati tetap berbunga-bunga. Sungguh tidak menyangka bahawa cinta mereka tetap akan bersatu. Namun masih tidak percaya adakah benar atau sebaliknya..?? Semua jawapan ada pada Tan Sri Zainal serta keluarga Syah Reza.

Semoga bertemu lagi..

Share this novel

Norita Yahya
2021-04-05 15:48:40 

sunyilah plk bl nk sambung ni...


NovelPlus Premium

The best ads free experience