Bab 11 Jaket Hitam

Drama Completed 144103

Syeril turun dari perut kereta itu dengan penuh rasa malu. Tidak menyangka sehebat itu Tengku Adam sanggup melakukan hal sedemikian terhadapnya.

"Cik Syeril..tunggu."

Langkah Syeril terhenti saat namanya dilaungkan. Reza berlari anak menuju ke arah Syeril yang kini berdiri kaku di pintu pagar itu.

"Saya..saya nak minta maaf atas kesalahan saya. Saya menyesal sebab selalu sakitkan hati Cik Syeril. Esok saya jemput Cik Syeril yer. Kita ke office sama-sama." pinta Reza. Namun Syeril hanya terdiam.

Reza masih menunggu kata-kata dari Syeril yang sejak tadi membisu. Mungkin masih trauma dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi.

"Diam tandanya Cik Syeril setuju lah kan?."

"Saya boleh suruh Pak Leman hantarkan. Kita jumpa di office jer." Kata Syeril sambil meneruskan langkah kakinya.

Reza merengus kecil. Rasa sedikit hampa dengan penolakan itu. Apa yang dia mahu sekarang cumalah perbetulkan segala kelakuan buruknya selama ni. Semoga dengan berkatnya, Reza dapat bekerja di hotel itu dengan tenang.

' Ohh..tak apa. Dia sombong yer. Nanti aku kasi cair. Biar dia yang suruh aku jemput di ke pejabat.' Omel Reza sendiri.

Masuk semula ke dalam perut kereta lalu kereta itu terus meluncur laju diatas jalan raya. Syeril pula membuang sepatunya lalu masuklah dia ke dalam rumah itu.

Kelihatan Tan Sri Zainal sedang istirehat diruang tamu rumah itu. Syeril terus sebak setelah wajah bapanya ditatapnya. Berjalan mendekati bapanya lalu terduduk memeluk lutut Tan Sri Zainal.

"Syeril kenapa ni? Dari mana ni? Jacket siapa yang Syeril pakai ni? Bagitahu papa."

"Syeril tak nak cerita apa-apa pada papa. Syeril tak nak ingat apa yang dah berlaku. Cuma Syeril minta papa jangan paksa Syeril jumpa Tengku Adam lagi." Syeril mengangkat wajahnya menatap Tan Sri Zainal.

"Apa yang Tengku Adam dah buat? Ni jacket siapa papa tanya?."

"Ni jacket Reza. Dia yang selamatkan Syeril dari Tengku Adam yang kebetulan dia ada di tempat kejadian. Dia hantarkan Syeril balik."

"Syeril okay tak ni. Bangun duduk sini dekat papa. Papa nak Syeril cakap juga apa yang terjadi. Ni bukan perkara main-main. Ni kes jenayah."

Syeril bangun setelah dirinya ditarik. Duduk disebelah bapanya dengan esakan tangisnya. Wajah Tan Sri Zainal yang kini kemerahan ditenungnya.

"Sekarang cerita semua pada papa. Papa nak dengar."

Syeril mengesat airmatanya. Syawal Danish yang baru keluar dari ruang dapur juga terkejut dengan situasi itu. Terus dia melangkah menuju kearah ruang tamu tersebut.

" What wrong with you Kak Syeril ? Kenapa dengan betis tu? Lebam lah." Soal Danish dengan reaksi sedikit terperanjat. Mendekati tubuh kakaknya lalu dilihat kesan lebam itu.

" Tengku Adam cuba rogol kakak kamu Danish. Nasib baik ada staff papa di kawasan tu." jelas Tan Sri Zainal.

" Tengku Adam is really rude. Should be punished, papa." Berang Syawal Danish.

" Tak apa. Syeril okay pa. Cuma sekarang Syeril minta jangan kecoh. Malu Syeril nanti." pinta Syeril sambil lengan bapanya dipaut lalu bersandar dibahu bapanya itu.

"Papa akan cuba gertak dia supaya dia takut untuk apa-apakan Syeril lagi. Papa tak kisah walaupun dia membatalkan projek besar tu dengan kita. Yang penting Syeril selamat."

"It's okay pa. Syeril cuma perlukan masa. Syeril nak ke Kuching secepat mungkin."

Danish duduk menghempaskan punggungnya disofa itu. Sungguh dia merasa sedikit marah tatkala mengetahui apa yang dilakukan oleh Tengku Adam pada kakaknya.

Namun, apa yang berlaku ini pasti ada hikmahnya. Tengku Adam pasti akan mendapat balasan suatu hari nanti. Kini Syeril harus mempercepatkan proses pemindahannya ke Kuching. Semoga hidupnya makin tenang disana.

****************************************

Angin bertiup lembut hingga langsir sedikit melayang. Suasana malam yang begitu damai dan tenang. Gelap malam yang terselit sedikit cahaya bulan bertemankan bintang yang indah berkelipan.

" Puan..ni air kopi. Minum lah." pelawa Mak Kiah. Secawan kopi diletakkan disebelah Puan Sri Tania yang sedang termenung di tangga rumah kayu itu.

" Seronok saya disini. Tenang hati saya. Lagi seronok kalau satu family datang sini." kata Puan Sri Tania. Dia melemparkan senyuman buat Mak Kiah. Mak kiah juga turut melabuhkan punggung disebelah majikannya itu.

" Beli tanah disini lah. Saya dengar rumah dihujung kampung ni nak dijual. Tuannya nak beli rumah di pekan. Rumah tu besar. Lamannya pun luas. Tepi rumah penuh dengan pokok-pokok buah. Tepi pagar tu ada sungai. Cantik rumah tu Puan. Saya kalau ada duit banyak macam Puan ni, saya dah beli dah." jelas Mak Kiah memberi cadangan.

" Bagus jugak idea awak tu. Tak terpikir pula saya sebelum ni. Nanti awak jumpakan saya dengan tuan rumah tu. Saya nak tengok. mana tahu kalau berkenan, boleh jadi orang kampung sini." Puan Sri Tania tersenyum riang. Hati mula tidak sabar untuk bertemu dengan pemilik rumah berkenaan.

"Baiklah. Nanti saya tanya dengan Leha jiran saya tu. Leha rapat dengan isteri tuan rumah tu." jelas Mak Kiah lagi.

"Cepat tau. Kalau boleh esok awak tanya. Saya betul-betul nak beli kalau betul untuk dijual."

Mak Kiah sekadar mengangguk. Puan Sri Tania mengambil cawan kopi itu lalu dihirupnya.

Berborak lah mereka berdua di tangga itu. kelip-kelip pula berkeliaran di kawasan rumah. Sungguh mempersonakan. Mereka saling berkongsi cerita masing-masing. Penuh dengan cerita suka dan duka.

***************************************

Syeril masuk ke dalam bilik dan mengambil tuala mandi. Jaket milik Reza diletakkan di atas katil. Baju yang terkoyak hingga menampakkan lurah payudaranya itu dibuangkan ke dalam tong sampah.

Masuklah dia ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri. Sungguh dia merasa jijik sekali dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Tubuhnya digosok kasar. Airmata bercucuran jatuh mengalir bersama air mandian.

'Aku benci kau Adam. Aku benci kau sampai mati. Aku doakan kau dihukum sekejam-kejamnya. Aku tak kan maafkan kau.'

Kata-kata yang keluar dari bibir itu benar-benar dari hati yang terbakar. Perbuatan yang akan menjadi sejarah hitam dan mungkin sukar dilupakan. Maka selepas ini, dia harus lebih berhati-hati walau dengan sesiapapun.

Setelah selesai membersihkan diri, dia mengambil wuduk dan menunaikan kewajipannya. Bersujud meminta ketenangan hati agar sejarah hitam itu hilang dari kotak fikiran.

Doa dipanjatkan dihujung sujudnya. Airmata tidak mampu lagi mengalir setelah wajah Reza mula muncul dibayangan.

Meninggalkan kain sejadah dilantai bilik itu, lalu mendapatkan jaket Reza yang berada di atas katil. Dipeluknya erat. Mungkin hanya itu yang bisa dia peluk memandangkan Reza sedikit pun tidak tertarik terhadapnya.

Menelentangkan tubuh bersama kain telekung yang belum ditanggalkan. Jaket itu tetap dipelukkannnya.
Bahu haruman minyak wangi masih segar di jaket tersebut. Haruman minyak wangi lelaki yang menyedapkan.

Kini mata terpejam rapat. Hatinya kian tenang dengan haruman itu. Kejadian hitam dilupakan seketika. Rehatlah hati dan jiwa itu bersama jaket hitam milik Syah Reza.

Tq yang sudi baca. Dah baca komen lah. insyaallah amyz akan reply. Pada pembaca yang kirimkan hadiah tu tqsm.. terharu sangat²..tak sangka sehebat ini anda menyokong karya-karya Amyz..tq²..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience