Bab 41 Kembar

Drama Completed 144103

Suasana di ruang tamu itu sayu dengan alunan surah yasin yang dibaca oleh tetamu yang hadir. Syawal Danish menguatkan kakinya menuju ke arah jenazah yang terbaring kaku di atas katil itu.

Kelihatan ibu kepada Haisya Sumayyah sedang menangisi pemergian anaknya itu. Syawal Danish cuba menahan airmata dari terus berguguran mengalir.

"Assalamualaikum..Saya kawan Haisya. Izinkan saya tengok wajah jenazah buat kali terakhir." pinta Syawal Danish pada ibu Haisya untuk menatap wajah itu.

"Anak ni Danish ke?." soal Puan Raudah.

"Ye saya Danish. Dan ini kakak saya bersama tunangnya" Syawal Danish cepat-cepat mengakui siapa dirinya yang sebenar.

"Dia ada pernah cakap pada Mak cik yang Danish nak masuk meminang dia bulan depan. Kami dah sediakan serba sedikit persiapan pertunangan dia dan kamu. Allah lebih sayangkan dia." Jelas Puan Raudah bersama guguran airmata.

"Saya redha mak cik. Haisya perempuan yang baik."

Kain putih yang menutupi wajah itu mula dibuka. Seukir senyuman terukir diwajah gadis itu. Wajahnya putih berseri. Kelihatan seperti nyenyak tidurnya.

"Allahuakbar..tenangnya dia ya Allah. Bawa bersabar ye mak cik. Kami pun rasa kehilangan dia walaupun saya tak pernah berjumpa dengan dia." Kata Syeril lalu mengusap bahagian belakang sang ibu itu.

'Awak begitu sempurna dimata saya Haisya. Saya ikhlaskan kepergian awak. Tak ada hutang antara awak dan saya. Saya pernah berjanji dengan awak untuk lindungi awak. Tapi saya gagal. Awak pergi tinggalkan saya. Saya redha dan awak pergilah dengan tenang.' Kata Syawal Danish dalam hati. Tidak mampu lagi menahan kesedihan saat kain putih itu mula menutupi wajah tersebut.

"Sabar Danish. Tadi dah janji kan. Danish redha dia pergi. Danish kuat kan." Reza menghampiri lalu cuba tenangkan Syawal Danish.

"Mak Cik ada benda nak serahkan pada Danish. Haisya nak hadiahkan pada Danish dihari pertunangan nanti. Tak apa lah. Mak Cik lepaskan hajat dia." Kata Puan Raudah lagi yang kini sepertinya sedang mencari seseorang sekitar ruang itu.

"Hadiah apa Mak Cik?."

"Sekejap ye. Err...mana si Safiyyah ni?. Mari sini ikut Mak Cik." Ajak Puan Raudah. Danish mengikuti jejak Puan Raudah, manakala Syeril dan Reza sudah mula melabuhkan punggung dan mula mengalunkan bacaan yaasin buat si mati.

"Safiyyah..!! Dimana akak kamu letak hantaran tunang dia? Tolong bawakan pada mak. Mak nak serahkan pada Abang Danish kamu ni." Syawal Danish tidak hiraukan perbualan dua beranak itu. Sebaliknya mata liar memandang sekeliling ruang rumah tersebut. Rasa kagum dengan rekaan dekorasi rumah itu. Kemas dan rapi.

"Kejap.. Safiyyah ambilkan." Bergegas Safiyyah memasuki sebuah bilik berdekatan.

"Raudah..!! Mari sini kejap. Saya nak bincang pasal tahlil malam nanti." Panggil seorang lelaki yang datang tiba-tiba dari arah dapur.

"Baiklah..err.. Danish. Ambil barang tu dari Safiyyah ye. Mak Cik ke dapur sekejap."

"Baiklah Mak Cik."

Tidak lama kemudian Safiyyah keluar dari bilik itu bersama satu beg kertas. Dihulurkan pada Danish yang tercegat berdiri di hadapan bilik tersebut.

"Ni memang arwah beli untuk hantaran pertunangan nanti. Abang ambillah." Huluran beg kertas buat Danish. Namun Danish terkesima dengan raut wajah Safiyyah.

"Err..Wajah adik sama macam arwah Haisya. Masyaallah.." Sekali lagi airmata Syawal Danish bercucuran jatuh.

"Mestilah sama. Kami kan kembar. Arwah tak pernah cerita ke?." Soal Safiyya hairan.

"Kembar? arwah tak pernah cerita pun."

"Selamat berkenalan. Saya Haisya Safiyyah. Kembar Haisya Sumayyah." Senyuman terpancar itu pengubat rindu pada Haisya Sumayyah.

"Saya Syawal Danish."

Masing-masing hanya melemparkan senyuman antara satu sama lain. Danish benar-benar tidak menyangka bahawa Haisya Sumayyah punyai adik kembar. Selama hampir 3 bulan perkenalan antara mereka, Haisya kurang menceritakan hal-hal peribadi kepadanya.

******************************

Tan Sri Zainal yang sedang istirehat diruang itu termenung jauh entah apa difikirkannya. Puan Sri Tania datang dari arah dapur bersama sedulang air bersama pemanis mulut kegemaran Tan Sri Zainal iaitu kek coklat lembab hasil tangan Puan Sri Tania sendiri.

"Apa yang abang menungkan tu? Macam ada something wrong je?."

"Hmm.. entahlah. Rasa rindu pula pada office. Dah lama saya tak jejakkan kaki ke sana." Keluhan kecil keluar dari bibir tua itu.

"Jangan nak merepek. Saya tak benarkan abang masuk office lagi. Syeril boleh handle semuanya. Abang rehat je dirumah." Tegas Puan Sri Tania sambil menuang minuman panas buat santapan mereka suami isteri.

"Bosan lah dekat rumah. Nak main dengan cucu pun lambat lagi."

"Cucu pula yang diidamkannya. Nikah pun belum abang. Cucu nak datang dari arah mana?." senyuman terukir di bibir Puan Sri Tania.

"Itulah..saya minta percepatkan pernikahan mereka. Lambat sangat lah. Nanti awak pula yang bunting dulu bukan Syeril." Gurauan yang membuatkan Puan Sri Tania melemparkan jerlingan panas.

"Kesitu pula abang ni. Dah tua lah. Tak nak lah beranak lagi. Cukup sepasang tu untuk saya. Tunggu cucu je lah" Puan Sri Tania mula mrnghirup air yang telah dihidangkan.

"Tapi kan..saya tengok tadi Danish macam lemah sangat. Dia dan Syeril, Syeril lebih kental hatinya berbanding Danish. Baru hilang kekasih, dah macam mati isteri. Kalau mati isteri entah apa yang jadi agaknya." Tan Sri Zainal menggelengkan kepalanya.

"Sedih betul dia. Kesian saya tengok. Macam tu la bila dah sayang. Orang lelaki kalau mati isteri terus yak yak yey. Boleh bernikah lagi. Kubur masih merah, dah bawa balik isteri baru."

"Ehh.. ada je duda yang dah lama kehilangan isteri tapi masih membujang. Macam saya nanti lah." Kata Tan Sri Zainal.

"Nampak sangat abang minta saya mati cepat-cepat." Puan Sri Tania dengan nada tidak puas hatinya. Merenung tajam raut wajah suaminya itu.

"Gurau je lah..saya sayangkan awak. Mana boleh tak sayang. Awak sentiasa ada disaat jatuh bangun saya dari dulu sampai sekarang." Tan Sri Zainal menarik tangan isterinya lalu kucupan lembut hinggap di tangan itu.

Puan Sri Tania kembali sejuk hatinya. Nikmatilah mereka hidangan yang terhidang itu dengan gembira. Hati tenang dan bahagia impian setiap pasangan bercinta. Namun adakalanya ia mampu meruntuhkan. Hanya sabar yang mampu mengampunya agar tidak terus terhempas rebah memutuskan talinya.

******************************

"Aku nak kau serah diri. Aku tahu kau yang bunuh mak aku kan ? Kau kasi dia racun kan?." tempik Zack pada Tasya yang tiba-tiba memunculkan diri disekitar kediaman milik Zack itu.

"Aku tak bunuh lah. Mak kau yang makan sendiri. Aku baik tau. Bukan macam kau. Hipokrit..lebih pentingkan mak kau dari aku. Lepas tu belagak baik konon." Tasya mula memberontak.

"Hey... perempuan tak guna. Mak aku tu terlantar sakit tau. Kalau aku tak jaga dia, siapa lagi hah ? Kau tu nusyuz terhadap aku. Dasar mata duitan. Tak ada hati perut."

Ketawa berdekah-dekah keluar dari bibir Tasya dengan kuatnya. Rasa terhibur dengan kata-kata yang dilemparkan Oleh Zack.

"Mana bukti yang menyatakan aku bunuh mak kau? Tak ada kan?." Soal Tasya dengan angkuhnya.

"Ada..aku ada bukti. Rakaman CCTV nampak jelas kau masukkan racun ke dalam makanan mak aku. Racun tu pula ada dalam almari solek kau." Zack tersenyum riang menjelaskan kebenaran sebenar pada Tasya bahawa dia bakal dipenjarakan tidak lama lagi.

"Mana racun tu? Serahkan pada aku. Kalau tak..!!."

"Kalau tak apa?."

"Err..aku bunuh kau pula."

"Akhirnya kau mengaku yang kau bunuh mak aku kan. Alhamdulillah..."

"prap.. !!! prrapp..!!!

Tangan Tasya sudah siap digari oleh pihak polis yang datang senyap-senyap dari arah belakang.

"Apa ni Tuan? Saya tak buat salah apa pun." Tasya cuba untuk meloloskan diri. Namun nasi sudah menjadi bubur.

"Maaf. Kita settle dibalai ye Puan Tasya. Puan ditahan diatas kesalahan membunuh dan ugutan membunuh. Kes yang sangat berat. Sila ikut kami ke balai." Jelas salah seorang daripada pihak polis berkenaan.

"Kau memang tak guna lah Zack. Aku benci kau."

"Nanti kita settle dipejabat agama yer. Aku ceraikan kau talak tiga." Lafaz cerai buat Tasya dari Zack yang penuh rasa kesal kerana dipertemukan dengan perempuan seperti itu.

Jemput baca BJM juga ye..amyz update dua chapter juga untuk BJM

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience