Bab 21 Ciuman Pertama

Drama Completed 144103

Pagi yang hening itu, Syeril memasuki bilik yang menempatkan bapanya. Dia mahu berjumpa dengan bapanya sebelum berangkat ke pejabat hotel untuk mengadakan mesyuarat khas bersama ahli-ahli lembaga pengarah yang lain.

Dia menghampiri Tan Sri Zainal yang sedang terlentang di atas katil itu. Puan Sri Tania yang duduk di sebelah Tan Sri Zainal melemparkan senyuman. Kelihatan Puan Sri Tania lebih tenang hari ini berbanding hari-hari sebelumnya.

"Mama, papa macam mana ? okay ker?." soal Syeril sambil mengangkat kening.

"Papa okay. Alhamdulillah..ni dah breakfast ker?." soal Puan Sri Tania pula.

"Dah mama. Syeril dah nak ke office ni. Meeting pukul 9." Syeril melihat waktu di jam tangannya.

"Syeril..!! papa serahkan semua hal-hal hotel ke tangan kamu. Papa percayakan kamu. Jaga nama baik hotel kita. Hotel ni dah macam nyawa papa sendiri." kata Tan Sri Zainal dengan satu jernihan dikelopak matanya.

"Papa jangan risau tentang hal hotel. Syeril akan lakukan yang terbaik untuk papa. Sekarang ni kami semua nak papa tumpukan ada kesihatan papa." Syeril menghampiri Tan Sri Zainal lalu tunduk mencium tangan bapanya.

"Hati-hati memandu. Apa-apa boleh minta tolong Zalikha." pesan Tan Sri Zainal lagi.

"Baiklah papa." balas Syeril lalu menuju ke arah ibunya. Dia bersalam lalu meneruskan perjalanan ke hotel.

Kereta yang dipandunya meluncur laju keluar dari perkarangan rumah tersebut. Dia sememangnya lebih gemar memandu sendiri daripada dihantar oleh pemandu. Bebas untuk dia bergerak kemana sahaja yang dia mahukan.

Hampir 20 minit dalam perjalanan akhirnya dia tiba di perkarangan hotel itu. Saat dia melangkah masuk sahaja ke lobi hotel, kelihatan beberapa orang staff hotel hanya memerhati tanpa sebarang suara.

Syeril berlalu tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya. Beg tangan dibimbit kemas bersama beberapa fail ditangannya. Kaca mata hitam masih kukuh di batang hidungnya.

"Selamat pagi cik, ada apa boleh saya bantu." Tanya seorang pekerja di bahagian kaunter itu. Syeril menyerahkan fail-fail tersebut pada wanita itu.

"Awak tolong serahkan fail ni pada Encik Irfan. Minta dia semak. Lepas tu suruh dia hantar ke bilik Tan Sri Zainal." arahan dari Syeril itu membuatkan wanita itu terkesima.

Kaca matanya ditanggalkan. Keningnya diangkat dan memerhati raut wajah wanita yang sedang kehairanan itu.

"Awak dengar tak apa saya suruh awak buat tadi?." soal Syeril pada wanita itu.

"Maafkan saya Cik Syeril. Saya tak perasan Cik Syeril rupanya." wanita itu tersenyum simpul dek kerana malu.

"Saya nak jumpa Zalikha sekarang. Awak tolong minta dia masuk ke pejabat Tan Sri Zainal sekarang." arah Syeril lagi. Langkahnya diteruskan menuju ke lif untuk naik ke tingkat atas.

"Wey..!! tu Cik Syeril lah. Aku tak perasan tadi." seorang lagi staff menghampiri wanita itu dengan wajah terperanjat.

"Kau biar betul. Tu Cik Syeril ?."

"Betul.. cantiknya dia sekarang. Rugi lah Cik Reza reject dia dulu." kata salah seorang dari wanita itu.

"meletopss kan..huhu.."

"Apa yang letop-letopnya? tak habis-habis dengan membawangnya." tegur Reza saat melihat kedua-dua wanita itu keseronokan.

"Tak ada apa Cik Reza. Saya cuma terkejut tengok imej terbaru Cik Syeril. Cantik sangat." kata salah seorang daripada mereka.

"Cik Syeril dah masuk office? Kemana dia dah pergi?." soal Reza sambil matanya liar memandang ke sekeliling.

"Dia dah naik ke atas. Dia yang akan handle hotel lepas ni."

"Okay. Thank you." jawab Reza lalu bergegas menuju ke biliknya.

**********************************

Zalikha pantas memasuki ruang pejabat milik Tan Sri Zainal setelah mendapat arahan bahawa Syeril mahu menemuinya. Pintu pejabat itu diketuk.

"Masuk..!!" jawab Syeril sambil meneliti beberapa fail ditangannya.

Zalikha terus melangkah masuk setelah ketukannyq disahut oleh Syeril.

"Selamat pagi Cik Syeril. Cik Syeril nampak lain sangat." kata Zalikha.

"Selamat pagi. Saya diet sikit. Jemput duduk Zalikha." pelawa Syeril. Zalikha menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya.

"Terima kasih Cik Syeril. Ada apa-apa yang boleh saya bantu." soal Zalikha lagi.

"Macam ni lah, saya nak beritahu awak terlebih dahulu sebelum saya membuat pengumuman sebentar lagi. Saya akan mengambil alih jawatan CEO syarikat menggantikan tempat Tan Sri Zainal. Saya kalau boleh nak awak stay sebagai PA kepada CEO. Sebabnya awak dah tahu selok-belok syarikat ni. So, macam mana? ." jelas Syeril dengan bersemangat.

"Saya tak ada masalah. Insyaallah..saya akan terus berkhidmat di syarikat ni selagi saya masih ada daya keringat." jawab Zalikha dengan senyuman.

"okay..kalau macam tu. Sekarang awak telahpun bekerja dengan saya. Awak boleh buat kerja awak seperti biasa. Jadual untuk saya awak boleh terus gunakan jadual Tan Sri Zainal dulu. Saya akan ikut caranya uruskan syarikat. Awak jangan segan-segan menegur saya pula." arah Syeril dengan membalas senyuman Zalikha itu.

"Baiklah Cik Syeril. Sekarang dah hampir jam 9 pagi. Meeting dah nak start." Zalikha mengerling melihat ke arah jam tangannya.

"Tolong bawakan fail-fail yang berkenaan yer." pesan Syeril kepada pembantu peribadinya itu lagi.

"Baik Cik Syeril. Saya bawakan." Zalikha bangun dari duduknya. Kerusi itu ditolaknya kemas semula.

Syeril turut tergesa-gesa mencari semua yang diperlukan untuk mesyuarat yang akan berlangsung tidak lama lagi. Manakala Zalikha sudahpun keluar dari bilik itu untuk mengambil fail-fail yang dipesan Syeril sebentar tadi.

************************************

Mesyuarat itu mula berlangsung. Dihadiri oleh semua ahli lembaga pengarah serta orang-orang terpenting syarikat. Syeril mengetuai mesyuarat tersebut.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..!!." Syeril memulakan mesyuarat itu. Salam Syeril disambut semua yang terlibat.

"Saya Syeril Dania Tan Sri Zainal memperkenalkan diri kepada semua yang hadir, saya rasa semua disini mengenali saya kan. Saya adalah pewaris Tania Hotels merangkap CEO syarikat ini sekarang."

Reza menatap wajah itu tanpa jemu. Sungguh mempersonakan sesiapa sahaja yang melihatnya. Syeril pula tidak langsung menghiraukan keberadaan Reza disitu. Sebaliknya dia lebih gemar memandang je seluruh isi ruang.

"Semua ahli lembaga pengarah sudahpun mempersetujui sebelum ini jika berlaku apa-apa kepada Tan Sri Zainal maka secara automatik jawatan ini jatuh ke tangan saya. Saya berharap semua yang terlibat dalam mesyuarat ini, terus berkhidmat dan berbakti pada syarikat." jelas Syeril dengan sangat teliti

"Cik Syeril..!! kami akan terus berusaha membantu syarikat supaya terus kukuh dipasaran. Kita dah capai tahap yang sangat memuaskan. Ni semua hasil titik peluh staff juga." kata salah seorang daripada ahli lembaga pengarah yang terlibat itu.

"Terima kasih kepada semua yang terlibat. Saya juga ingin membuat pengumuman kenaikan 15% gaji kepada semua staf yang ada dalam meeting ini ataupun yang tidak terlibat."

Semua menepuk-nepuk tangan keseronokan. Syeril turut tersenyum lebar melihat keseronokan semua yang terlibat.

"Dan ada juga jawatan yang dinaikkan pangkat. Itu nanti saya akan hantarkan surat." sekali lagi tepukan gemuruh memecah ruang dengan ucapan Syeril.

Pelbagai lagi hal yang dibincangkan dalam mesyuarat itu. Syeril sangat disenangi oleh semua staf buat masa ini. Sikapnya yang sangat merendah diri dan baik hati itu membuatkan semua orang menyayanginya.

'Lama sikit pun tak apa aku dalam mesyuarat ni. Boleh lah aku pandang kau lama-lama. Aduh.. kenapa Syeril aku rasa tak puas pandang kau. Apa harus aku buat untuk membolehkan aku tatap wajah kau pagi, petang, siang dan malam.' kata Reza dalam hati.

"Cik Reza ada apa-apa nak cakap? sebab dari tadi saya tengok Cik Reza macam ada sesuatu yang tidak kena." soal Syeril. Reza terus membetulkan duduknya. Fail dihadapannya dipegang dengan sedikit gelabah.

"Err..tak ada apa Cik Syeril. Saya setuju dan saya berjanji akan jadi suami yang baik."

Kata-kata Reza membuat semua yang ada terhibur lalu ketawa berdekah-dekah mereka semua. Wajah Reza kini kebiruan.

"Maaf..err..saya tersalah cakap. Saya janji akan jadi pekerja yang terbaik syarikat. Itu maksud saya." jelas Reza mempertahankan diri daripada terus ditertawakan.

"Tolong beri tumpuan apabila saya sedang bercakap. Faham semua?." tegur Syeril lagi. Semua mengiyakan sahaja termasuk Reza.

"Baiklah..Saya selaku pewaris kepada Tan Sri Zainal ingin meminta maaf bagi pihaknya andai dia pernah mengguris hati anda semua. Saya juga mohon doa kalian semua agar Tan Sri Zainal kembali sihat seperti sediakala. Saya menamatkan mesyuarat ini dengan ucapan terima kasih. Assalamualaikum dan semoga bertemu lagi."

Syeril menamatkan mesyuarat itu dengan penuh senyuman. Mereka menyahut seruan salam dari Syeril. Mesyuarat itu berakhir dengan jayanya. Semua bangun dari duduk masing-masing lalu keluar dari bilik itu.

Syeril orang yang kedua dari belakang yang dimana Reza adalah orang yang terakhir. Tangan Syeril direntap kuat ke belakang oleh Reza.

"Don't touch me Syah Reza." Syeril mengetap bibirnya.

"Saya cuma nak cakap yang awak nampak cantik sangat." bisik Reza ditelinga gadis itu.

"Excuse me, call me Cik Syeril. I'm your boss now." Jawab Syeril dengan angkuhnya.

"Sombongnya awak sekarang. Kenapa yer." Reza menarik tubuh itu rapat ke dakapannyanya.

"Itu masalah I. Hak I untuk buat apa sahaja yang I nak termasuk pecat you Reza." senyuman licik terukir. Kini wajah antara mereka hanya berjarak sejengkal jauhnya.

"Okay.. I akan buat you rindukan moment ni." Satu ciuman melekap di bibir Syeril. Pantas Syeril melepaskan dirinya dan berlalu pergi tanpa berkata-kata.

"Mimpikan I malam ni Syeril Dania." pesan Reza dengan senyuman manisnya. Sungguh dia jatuh cinta pada gadis itu. Tudak dinafikan lagi, Syeril kini bertapak di hatinya.

'Ya Allah.. kuatkan hati aku. Aku tak boleh tewas dengan pujuk rayu dia. Kenapa susah sangat aku nak menghakis nama kau dalam hati aku ni Reza. Tak boleh..aku kena lebih angkuh. Aku kena berlagak yang aku ni dah lama lupakan dia.' berkata Syeril sambil mundar-mandir di ruang pejabatnya itu.

Sungguh Reza membuatkan hatinya kembali tidak keruan. 6 bulan dia membawa diri ke Kuching , namun sungguh sukar untuk melupakan rasa cintanya pada Reza. Melupakan saat-saat dia dimalukan dan dihina. Sungguh sakit. Keperitan itu ditelannya sendiri.

Aduh .. kenapa tiba-tiba jer tu..ishh..dulu menghina sekarang mencintai pula.. kihkihkih..tq semua.. jemput komen ramai ² ..hihi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience