Bab 29 Sakit

Drama Completed 144103

Pertunangan Syeril kini sudah ditetapkan Tan Sri Zainal. Syeril sekadar menerima dengan hati yang terbuka. Tidak langsung dia membantah dengan tindakan bapanya itu.

Seperti yang dikatakan sebelum ini oleh Tan Sri Zainal, Syeril menyerahkan segala urusan menjodohkan dia sebulat suara padanya. Maka dia sudahpun meminta pihak lelaki untuk hadir bagi melangsungkan majlis pertunangan antara Syeril dan calon tersebut.

Puan Sri Tania akur dengan keputusan suaminya itu. Pelbagai persiapan sudahpun disediakan. Majlis yang serba ringkas sesuai dengan keadaan Tan Sri Zainal yang terlantar sakit itu.

"Kamu okay ker sayang?. mama tak mahu kamu menyesal bila dah sah jadi isteri orang tu nanti. Fikir masak-masak." soal Puan Sri Tania pada anak gadisnya itu. Syeril yang sedang bersarapan itu leka dengan sandwic kesukaannya.

"Syeril okay ma. Dan Syeril harap jodoh ni adalah yang terbaik untuk Syeril. Ni semua untuk kesenangan hati mama dan papa." jelas Syeril tanpa menatap wajah ibunya itu.

"Hmm..mama doakan Syeril bahagia dengan pilihan papa. Harap-harap semuanya berjalan lancar."

"Syeril ke Kuching ni mungkin dalam 3 hari mama. Jadi Syeril dah minta Zalikha tolong mama apa yang patut. Kalau ada apa-apa hal tentang papa, mama boleh call Zalikha. Dia akan bantu mama." jelas Syeril.

"Baiklah, ni flight pukul berapa?." soal Puan Sri Tania lagi.

"Pukul 10 ma. Tapi Syeril nak gerak awal sikit. Nak ke office dulu." jelas Syeril selamba.

"jadi macam mana dengan persiapan bertunang ni? Syeril nak uruskan sendiri ker?."

"Syeril nak buat majlis seringkas yang boleh. Tanda bertunang sahaja. Tak perlu jamuan makan or pelamin-pelamim bagai. Baju pun Syeril nak pakai yang mana ada sahaja."

"kamu ni biar betul? bertunang ni sekali seumur hidup tau." Puan Sri Tania sekadar mencari kepastian.

"Siapa cakap sekali seumur hidup? boleh jer berkali-kali ma. Kalau kena dengan sebabnya." jawab Syeril yang kini sudahpun bangun dari duduknya di meja makan itu. Tisu digapai lalu mulutnya dilap.

"Kamu ni. Belum berkahwin lagi dah fikir yang bukan-bukan." Puan Sri Tania tidak bersetuju dengan pendapat Syeril itu.

"Tu semua masa depan Mama. Manalah tahu, tup-tup bakal suami Syeril tu pergi tinggalkan Syeril, mestilah ada pertunangan kali kedua. Betul tak?." jawabnya lagi.

"Suka hati kamu lah. Tapi mama nak Reza jadi menantu mama." Rengek Puan Sri Tania pada anak gadisnya itu.

"Tapi orang tu bukan Reza mama."

"Macam mana kamu tahu tu bukan Reza? Papa bagitahu kamu ker?." Puan Sri Tania menanti jawapan seterusnya dari Syeril.

"Papa tak cakap apa-apa pun. Tapi kalau fikir logik, macam mana papa boleh kenal dengan family Reza kan. Mustahil mama. Ni mesti anak kawan-kawan papa juga." jelas Syeril lagi. Dia membimbit beg tangannya.

"Betul juga. Agak-agak siapa ye?." Puan Sri Tania tidak tidur lena memikirkan siapa yang bakal dijodohkan dengan anak gadisnya itu. Dia benar-benar berharap agar yang akan ditunangkan dengan anaknya itu adalah menantu pilihan hatinya.

"Kita tengok jer lah nanti. Syeril nak jumpa papa sekejap." Syeril berjalan menuju ke arah bilik yang menempatkan bapanya itu. Tombol pintu dipulas lalu melangkahkan kakinya memasuki ruang bilik tersebut.

'Susah betul lah si Tan Sri Zainal ni. Apa salahnya bagitahu isterinya ni siapa bakal menantu yang dicakapkan tu. Boleh meroyan aku macam ni. Aku kena buat sesuatu supaya Reza tetap jadi menantu aku.' Omel Puan Sri Tania sendiri.

"Puan nak apa-apa lagi? Kalau tak ada biar saya kemaskan semua ni." tegur Cik Mah yang datang dari arah dapur itu.

"Saya dah kenyang. Jom kita kemas. Kejap lagi nak mandikan Tan Sri."

"Tak apa Puan. Saya boleh kemaskan. Puan pergilah uruskan Tan Sri. Saya boleh buat sendiri." kata Cik Mah pada majikannya itu.

"Baiklah kalau macam tu. Saya masuk tengok Tan Sri sekejap. Syeril pun nak berangkat ke Kuching." Puan Sri Tania bangun dari duduknya lalu pergi meninggalkan pembantu rumah itu sendiri mengemas meja makan tersebut.

"Syeril ke sana dalam 3 hari macam tu. Memang tak boleh tangguh papa. Events ni penting untuk Tania Hotels. Lagipun semua persediaan sudahpun 80% siap." jelas Syeril pada bapanya itu.

"Kenapa pula ni? Apa yang tangguhnya?." Soal Puan Sri Tania yang baru sahaja memasuki ruang tersebut.

"Papa minta tangguhkan events di hotel. Majlis tunang esok katanya." jelas Syeril sambil memandang raut wajah kedua-dua ibu bapanya.

"Esok..??? Biar betul abang. Awak jangan main-main." Puan Sri Tania dengan wajah terperanjat.

"Yer esok keluarga lelaki nak datang meminang. Macam mana ni? saya dah janji." soal Tan Sri Zainal yang kini runsing dengan perancangannya sendiri.

"Macam ni lah. Boleh jer kan majlis tu berjalan walaupun Syeril tak ada. Tak apa lah papa. Apa yang papa and mama bincangkan esok, Syeril tak akan membantah. Syeril serahkan segalanya pada papa and mama." Syeril sekadar memberi pendapatnya.

Sememangnya dia belum bersedia untuk bertemu dengan keluarga bakal tunangnya itu. Dia bernasib baik apabila hari pertunangan itu jatuh pada hari dimana dia keluar negeri. Maka dia mempunyai alasan yang kukuh untuk mengelak dari bertembung dengan keluarga itu.

"Kalau dah itu keputusan Syeril, baiklah. Kita langsungkan saja majlis tu. Lagipun hanya keluarga lelaki sahaja. Itupun hanya ibu dan ayahnya sahaja yang datang." Tan Sri Zainal masih berdegil untuk meneruskan hajatnya untuk melangsungkan pertunangan itu. Puan Sri Tania sekadar mengiyakan sahaja apa yang dikatakan oleh suaminya.

"Syeril dah nak pergi ni. Apa-apa call Syeril tau. Ataupun boleh jer call Zalikha." Syeril menyambut tangan bapanya lalu dikucup lembut. Begitu juga dengan ibunya.

Sebaik sahaja salam permisi diucapkan, bergeraklah Syeril dihantar oleh pemandu peribadi milik keluarganya. Dia malas membawa kenderaannya sendiri memandangkan dia akan ke lapangan terbang sejurus selesai ke pejabat untuk mengambil beberapa dokumen disini untuk dibawa bersama.

Didalam hatinya asyik memikirkan siapakah gerangan yang bakal ditunangkan dengannya esok hari. Segalanya diserahkan pada yang maha esa. Dia menerima semua ketentuan ini. Mungkin ini adalah jodoh yang terbaik untuknya. Helaan nafas lembut keluar dari bibir halus itu.

********************************

Tengku Adam kini merasa dirinya lemah dan tiada daya. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini badannya lesu. Suzi pula sudah lama menghilang sejak mendapat sebuah apartment yang dibeli khas diatas namanya sendiri oleh Tengku Adam.

Kini Tengku Adam hanya sendiri di rumah banglo serba mewah itu tanpa ditemani oleh mana-mana wanita lagi. Dia merasa serik saat Suzi memperlakukan seperti itu terhadapnya.

"Tengku..you kena ke hospital. I tengok you macam tak sihat. Muka you pucat. Jom I hantarkan you." tegur sahabat baik Tengku Adam iaitu Gavin. Seorang lelaki india muslim yang sangat mengambil berat tentang keluarga serta orang-orang yanh dikenalinya. Terdapat juga dua lagi lelaki disitu iaitu pengawal peribadi Tengku Adam. Berbadan tegap serta rambut diparas kemas. Juga berbangsa india namun lain agama.

"Itu lah..I rasa kena pergi hospital juga. Sebab I dah telan banyak jenis ubat. But, don't have any difference." jelas Tengku Adam yang kini sedang berdiri sambil memandang ke arah luar jendela di ruang tamu itu. Tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.

"So, apa tunggu lagi? let's go." ajak Gavin lagi. Tengku Adam masih tercegat berdiri di jendela itu.

"You ni, sabar lah. I naik atas mandi dulu." Mereka melepaskan tawa kecil. Terhibur melihat Gavin yang tergesa-gesa untuk membawa Tengku Adam ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"And you Nash, I nak you suruh you punya anak buah cari Suzi sampai dapat. I nak perempuan tu mereput dengan I sampai dia mati." arah Tengku Adam pada salah seorang daripada pengawal peribadinya itu.

"No problems Tengku." Nash menerima arahan itu dengan senang hati.

Tengku Adam mula melangkah meninggalkan ruang tamu dan menaiki anak tangga. Dia mahu membersihkan diri sebelum ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebentar lagi. Gavin dan yang lain terus menikmati kuaci bersama minuman bebas alkohol bagi menghormati Gavin yang tidak meminum air tersebut.

Hampir satu jam menunggu, akhirnya Tengku Adam turun berpakaian santai namun masih tampak kemas bergaya. Mereka semua membawa Tengku Adam ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan sepatutnya.

Setibanya mereka di hospital, Tengku Adam di bawa masuk ke sebuah bilik. Manakala Gavin dan kedua-dua pegawal peribadi Tengku Adam hanya menunggu di ruang menunggu yang disediakan.

Tengku Adam mula gelisah saat doktor meminta kebenaran untuk mengambil sampel darah bagi melakukan beberapa ujian. Dia membenarkan demi kesembuhan penyakitnya. Sudah tidak tahan lagi menahan kesakitan yang berpanjangan tiada kesudahannya.

Kini dia menanti keputusan dari sampel darah yang telah diambil sebentar tadi. Dia hanya membisu sambil memikirkan tentang Suzi. Saat dia ditimpa kesusahan, Suzi pula menghilangkan diri entah kemana bersama kesenangan yang telah diberikan. Bayangan Syeril pula muncul di ruang fikiran.

Kihkihkih..maaflah lama tunggu update ni..jgn marah yer..muahh cikit..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience