Bab 38 Bayi

Drama Completed 144103

Syeril mengeluh rimas. Hampir setengah jam menunggu tunangnya datang menjemput. Kereta Reza yang kini dipandu memasuki perkarangan rumah itu ditenung panas. Sudah menjadi tabiat Syeril sejak dulu lagi. Dia sememangnya tidak suka menunggu, kerana itulah dia lebih gemar bergerak sendiri kemana sahaja yang dia mahu.

Reza turun dari perut kereta dengan gayanya. Wajah muram Syeril direnungnya dengan senyuman. Sekadar menyejukkan hati gadis itu. Dia tahu benar perangai Syeril Dania yang tidak suka membazirkan masa.

"Sorry sayang..I lambat. Tadi ada orang hantar perabot rumah." Reza berkata sambil menghampiri Syeril yang sedang duduk sambil memeluk tubuh dikerusi batu yang terletak di laman rumah itu.

"You pergi lah sorang. I tak ada mood." Balas Syeril dengan bibir yang memuncung.

"Ala.. jangan macam ni sayang. I dah siap handsome-handsome ni. You pun dah cantik sangat. I nak bawa you ke suatu tempat. Kita dinner together. Jom lah sayang..!!" Rayu Reza sambil melabuhkan punggungnya disebelah Syeril.

"You tahu kan I tak suka tunggu lama-lama. At least bagitahu lah yang you lambat sikit. Tak lah I tunggu macam Dayang Senandung kat sini."

"Patung Cendana sayang. Dayang Senandung yang hitam-hitam tu." Reza dengan sergihan.

"Pandai you menjawab kan..!!. Satu cubitan menghinggap di sebidang dada Reza. Reza mengaduh kesakitan.

"Auuchh...!! Sakit sangat. Aduhh...betul lah I cakap tu. You cakap tu salah. I betulkan jer." Reza menggosok-gosok dadanya sambil menjuihkan bibirnya.

"Dah jom..!! Panas tau tak kat luar ni." Syeril bangun dari duduknya sambil membimbit beg tangan ke sisi.

"Kenapa tunggu kat luar?."

"Nak kena lagi ker?."

"Ehh...tak nak. Huh.. Sakit tahu tak?. Jom kita gerak."

Mereka berjalan menuju ke arah kereta yang terletak di garaj kereta itu. Reza mengikuti Syeril dari belakang.

'Huh...sakitnya dia cubit. Tak apa sayang. Nanti dah kahwin, siaplah you. I gigit-gigit you puas-puas. Sabar Reza sabar. Tak lama dah dia akan jadi milik kau.' berkata Reza dalam hati.

'Hmm..sakit lah tu. Tu baru sikit. Kita masih ada batas. Nanti dah kahwin jangan dia gigit aku sudah. Aku ngap dia terus.' Giliran Syeril pula berbisik pada hati.

Masuk ke dalam kereta dengan sepi. Masing-masing sedang berkata-kata dengan hati. Reza sekali sekala memalingkan wajahnya menatap raut wajah gadis idamannya itu. Sungguh mempersona. Tidak jemu mata memandang.

"Enjin tak start bila nak bergerak kereta ni?. Asyik pandang I dari tadi. Korek biji mata tu baru tahu." Tegur Syeril. Didalam hatinya begitu asyik sekali dengan reaksi Reza memandangnya. Rasa puas kerana berjaya menawan hati lelaki itu.

"Nak start lah ni. Sabar lah sayang. You cantik sangat. Tak puas pandang. Bergetar tulang rusuk I ni." Balas Reza sambil menghidupkan enjin kereta itu.

Kereta itu terus meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah tersebut. Reza menarik nafas panjang. Bahagia mula dikecapi bersama Syeril. Semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar.

"Kita nak ke butik yang mana satu? You suggest banyak sangat." soal Reza lagi.

"Kita ke butik kawan I jer lah. Senang nak berurusan sikit."

"Okay sayang."

********************************

Tan Sri Zainal menarik nafas lega. Syeril sudahpun bersedia untuk melangsungkan pernikahan. Hajatnya untuk bermenantukan Reza bakal tertunai tidak lama lagi. Puan Sri Tania juga tidak kurang sibuknya.

Pelbagai persiapan sudah mula dirancangnya. Majlis yang serba mewah itu bakal dilangsungkan di Tania Hotels.

"Saya dah tempah semua makanan dari hotel. Lepas tu saya nak cari barang untuk doorgift pula. Nak benda yang boleh buat orang teringat majlis kita bila diorang pandang doorgift tu." Kata Puan Sri Tania dengan angan-angannya.

"Apa yang nak dikasi tu?."

"Ada lah..saya dah plan semua. Abang tunggu dan lihat sahaja okay."

"Suka hati awak lah. Saya cuma nak majlis tu dipercepatkan dan berjalan dengan baik. Saya akan sponsor semua kos. Asalkan majlis tu meriah."

"Baguslah macam tu. Mestilah meriah. Ni majlis sulung untuk keluarga Tan Sri Zainal tau." Puan Sri Tania melemparkan senyuman. Tan Sri Zainal yang sedang bersandar dikepala katil itu.

Tubuh Tan Sri Zainal dirapati. Tangan diletakkan di atas perut. Kepala pula bersandar didada. Puan Sri Tania begitu tenang sambil memikirkan tentang majlis yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ia pasti akan dimeriahkan dengan kehadiran sanak saudara serta sahabat handai.

************************************

Kepala yang terasa sakit itu dipicit-picit. Tidak pernah Tengku Adam merasa sakit sebegini. Muka mula kemerahan. Gavin yang sedang asyik dengan telefon bimbitnya tidak menyedari keadaan Tengku Adam saat ini.

"Arrgghh..aduuh..!!!."

"Ehh... kenapa dengan you ni Tengku? Any problems?." soal Gavin apabila mendengar Tengku Adam mengaduh kesakitan.

"I sakitt..!!"

Tengku Adam yang sedang menggelupur itu terjatuh dari sofa ruang tamu tersebut. Gavin bangun dan menerpa sahabatnya itu.

"Tengku..!! Jom I bawa you ke hospital." Gavin mula gelabah. Kepala Tengku Adam diangkat dan diletakkan diatas riba.

"You call Win now..!!". Arah Tengku Adam. Mata kian terpejam. Gavin semakin gelabah. Tengku Adam kini sudah lembik dan mata terpejam rapat.

"Tengku..!! Tengku Adam..!! You jangan buat I takut macam ni. Please buka mata you."

Gavin menggoncang-goncang tubuh itu. Namun Tengku Adam tetap kaku. Gavin menggaru kepalanya.

"Nash..!! Nizam..!! please help me. Tengku pengsan ni." Jerit Gavin sekuat hati memanggil dua orang pengawal peribadi Tengku Adam yang berada di sekitar rumah itu.

Datang dua pengawal peribadi itu menghampiri ke arah majikan mereka yang sedang kaku diriba Gavin.

"Apa dah jadi ni? Tengku okay ker?." Soal Nash dengan terperanjat.

"Okay apanya? kau tak nampak ker Tengku pengsan ni. Cepatlah bawa Tengku ke hospital. Call ambulans.!!!." balas Gavin dengan suara bernada sedikit tinggi.

"Okay aku call." Nizam terus mendail nombor telefon kecemasan. Gavin masih cuba menyedarkan Tengku Adam. Namun keadaan masih sama. Mata terpejam rapat.

***********************************

Puan Aisyah membawa satu plastik hitam mengandungi sampah untuk dibuang ke dalam tong sampah yang terletak diluar pagar rumah. Tiba-tiba dia terdengar tangisan bayi di sekitar laman rumahnya.

"Eh..jiran sebelah ni ada baby ker? rasanya dah lanjut usia dan tak punya anak cucu. Bayi siapa yang nangis ni?."

Puan Aisyah tercari-cari dari mana datangnya suara tangisan itu. Alangkah terperanjatnya Puan Aisyah apabila mendapati sebuah kotak yang terletak betul-betul di hadapan pagar rumahnya itu berisi seorang bayi yang dibaluti dengan sehelai kain berlumuran darah.

"Allahuakbar..anak siapa ni. Kesiannya kamu nak.!!"

Jerit Puan Aisyah sambil menekup mulutnya. Beg plastik hitam itu diletakkan dulu disebalik pagar itu.

"Abang..!! Abang..!! Cepat datang sini. Saya tak tahu nak buat apa ni."

Teriak Puan Aisyah yang sedikit menggeletar melihat bayi itu. Bayi yang sedang menangis itu didekati. Namun tidak berani disentuh.

"Ada apa jerit-jerit ni? Apa yang awak jumpa?." Soal Encik Habib sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Abang tengok ni. Bayi siapa ni Abang?. Kesiannya dia ya Allah..mesti sejuk dan lapar ni." Puan Aisyah menghulurkan tangannya untuk mengangkat bayi itu ke dalam dakapannya.

"Ehh.. tunggu dulu. Awak jangan sentuh sembarangan. Kita buat laporan polis dulu. Biar polis siasat. Nanti jenuh nak berjawab kita dibalai. Ni anak manusia, bukan anak kucing."

"Cepatlah abang call polis. Saya kesian tengok dia nangis ni."

Encik Habib terus menghubungi pihak berkuasa untuk mengambil tindakan selanjutnya. Puan Aisyah pula sekadar menenangkan bayi berkenaan dengan bunyi-bunyi zikir dan selawat.

"kejamnya ibu kamu nak. Sampai hati dia buang kamu. Dengan hari pun dah malam begini." Kata Puan Aisyah sambil menyeka airmatanya. Encik Habib pula sedang rancak berbual ditalian telefon. Setelah laporan dibuat, talian diputuskan. Encik Habib mendekati isterinya yang sedang bertinggung berdekatan bayi tersebut.

"Ada nota ker tu? Bak sini saya baca." Sehelai kertas yang berada disisi bayi tersebut dicapai Puan Aisyah lalu diserahkan kepada suaminya.

Nota :
"Tolong bertanggungjawab ke atas anak ini. Ini anak Syah Reza dan saya. Saya terpaksa buat begini sebab Syah Reza tak nak bertanggungjawab ke atas kandungan saya."

"Astaghfirullahal'azim..apa yang Reza dah buat ni." Encik Habib mengurut dadanya.

"Kenapa Abang? Apa isi nota tu?." Soal Puan Aisyah kehairanan.

"Awak bacalah sendiri. Saya tak tahu nak cakap macam mana lagi." Nota itu diserahkan kepada Puan Aisyah semula.

"Astaghfirullahal'azim.. betul ke ni abang? Saya nak percayalah Reza macam ni. Saya kenal anak saya."

"Awak call Reza balik sekarang..!! Dia kena selesaikan hal ni. Saya tak mahu Tan Sri Zainal tahu. Majlis dia dan Syeril mesti berlangsung walau apa pun terjadi." Tegas Encik Habib. Hatinya membara saat ini. Bayi yang sedang menangis itu tidak dihiraukan. Bukan tidak punyai hati perut. Cuma tidak dapat terima kenyataan ini. Benarkah ini perbuatan Reza?.

Jumpa lagi dilain hari ..^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience