Bab 12 Permulaan

Drama Completed 144103

Syeril bersiap untuk ke pejabat. Mengenakan sehelai baju kemeja berwarna coklat berlengan panjang yang dimasukkan kedalam sehelai skirt labuh berwarna hitam. Anting-anting dipakaikan di telinga sebagai penambah eksesori. Rambut disanggul rapi. Semburan minyak wangi kegemarannya menghinggap di sekitar tubuh itu.

Setelah merasakan bahawa dirinya kini kemas, beg tangan jenama Louis Vuitton dibimbit keluar dari kamarnya. Menuruni anak tangga dengan penuh hati-hati.

"Morning papa." tegur Syeril pada Tan Sri Zainal yang sedang menikmati sarapan pagi yang jarang-jarang disediakan oleh Mak Kiah.

"Syeril nak masuk pejabat ker? Papa rasa lebih baik Syeril rehat dulu di rumah." kata Tan Sri Zainal.

"No..tak boleh. Hari ni kan tourists dari Japan tu check in. Syeril kena pantau dengan teliti. Takut nanti ada yang terlepas pandang macam kejadian lepas. Diorang ni customer terpenting kita Papa."

"Alah..hal kecil jer tu. Papa boleh uruskan." jawab Tan Sri Zainal lagi.

"No..no.. Syeril kena pergi juga. Syeril yang akan handle sendiri. Ini hari last Syeril disini kan. Syeril nak satu kenangan indah sebelum berangkat." Tegas Syeril lagi.

"Suka hati kamu lah. Papa okay jer. Ni nak pergi sekali atau kamu tunggu Reza jemput?."

"Ish..papa ni. Kenapa pulak tunggu Reza. Syeril ikut papa sekali. Kereta nanti petang suruh Pak Leman hantar Syeril ambil." jelas Syeril sambil menciduk nasi goreng yang disediakan Mak Kiah.

"Syawal Danish mana papa? Dah ke kolej ker?."

"Biasa lah dia, subuh tadi dah keluar jogging. Hari ni tak ada kelas katanya." kata Tan Sri Zainal.

Air teh panas itu dihirup Tan Sri Zainal. Dia hanya menjamah sekeping roti bersama mentega kacang. Sememangnya dia jarang mengambil makanan berat di waktu pagi. Cukuplah sekadar sekeping roti bersama secawan air teh 'o panas kurang gulanya.

****************************************

Reza bingkas bangun dari katil itu setelah terkejut apabila melihat jam kini menunjukkan sedang memasuki angka 8am.

'Alamak..matilah aku. Ni semua kau punya pasal lah. Aku asyik ingatkan kau lah terlewat bangun ni.'

Leter Reza sendiri sambil berlari menggapai sehelai tuala lalu masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.

Setelah beberapa minit didalam bilik mandi tersebut keluar lah dia dengan lilitan tuala mandi meliputi tubuh itu.

Sehelai kemeja coklat dan sehelai seluar berwarna hitam disarungkan ke tubuh itu. Tali pinggang melingkari pinggangnya. Kancing baju dikancing rapi. Rambut disisir kemas.

Beg yang khas digunakan untuk ke pejabat itu digapainya. Kunci kereta digapai lalu keluar dari bilik itu dengan sedikit gelojoh.

Pintu siap dikunci dan terus masuk ke dalam perut kereta terus meluncur laju tanpa perlu menunggu enjin panas seperti selalu.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Pantas menerima panggilan itu dengan satu leretan.

" Hello..!"

" Hello..!! kau kat mana bro. Kita ada meeting tergempar ni. Entah apa announcement yang nak disampaikan Cik Syeril." kata Imran dihujung panggilan.

"Aku on the way. Terlewat bangun sikit. Meeting apa pula?." Berkerut dahinya tertanya-tanya apakah yang akan disampaikan oleh Syeril.

"Entah..cepat sikit. Tapi hati-hati memandu tu. Nanti kempunan pula nak bau haruman minyak wangi Cik Syeril tu. Okey lah. bye..!!." ketawa Imran dihujung panggilan itu bersama sindirannya. Talian ditamatkan.

'Kurang asam punya Imran. Kau perli aku err..Kau tunggu lah nasib kau.' Leternya sendiri. Kereta dipandu dengan cermat. Lagu dicorong radio terus berirama menemani hati yang bersendiri didalam pemanduan itu.

****************************************

Keadaan Anis pada hari ini semakin baik. Mungkin sudah dibenarkan pulang ke rumah oleh doktor. Sofea sudahpun dijemput oleh pengasuhnya petang kelmarin.

Jari jemari ligat menekan-nekan diskrin telefon bimbitnya. Satu panggilan keluar dibuatnya. Telefon itu diletakkan di cuping telinga.

" Hello..!! ni siapa? Cari siapa yer?." Berkata satu suara dari balik panggilan itu. Anis menitiskan airmata.

" Hello..!! Kak Iza. Ni saya Anis. Adik kakak." jelas Anis dengan esakan tangisnya.

"Anis..kemana sahaja kau ni Anis. Dah lama kami cari. Kau okay tak ni? kau kat mana sekarang?." Soal suara itu dengan pelbagai soalannya.

"Anis sekarang di hospital. Ada buat pembedahan sikit. Anis dalam proses bercerai Kak Iza." Kata Anis dengan penuh ikhlas.

"Bedah apa pulak.? kau sakit apa Anis? Di hospital mana sekarang ni?." soal Kak Iza itu dengan pelbagai soalannya lagi.

"Anis kena tikam dengan Zaki. Kami bergaduh sikit. Dia mencederakan anak kami. Anis nak selamatkan anak kami jer Kak Iza. Dia terus ambil pisau dan tikam." jelas sekali penjelasan Anis pada kakaknya tentang kejadian tempoh hari.

"Ya Allah..tak guna punya jantan. Dah buat report ke belum ni? Kak Iza boleh bantu Anis." Kata wanita itu dengan penuh rasa tanggungjawab memandangkan dia adalah seorang anggota polis bahagian jenayah.

"Pihak hospital dah buat report kak. Sekarang dalam siasatan. Anis dah tak ada tempat nak tinggal Kak . Anis tak nak tinggal disini lagi." tangisan demi tangisan terus bercucuran jatuh membasahi pipinya.

"Balik kampung jumpa mak ayah. Diorang rindu Anis sangat. Yang lepas biarlah berlalu. Perbaiki kesilapan lalu dan mulakan hidup baru."

"Baiklah Kak. Anis boleh discharge nanti, Anis bawa anak Anis balik kampung."

"Okaylah..nanti nak balik bagitahu Akak. Akak boleh ambil cuti. Jaga diri yer Anis. Apa-apa boleh jer hubungi akak."

"Okay... Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam.." panggilan telefon itu ditamatkan. Anis merasa sedikit tenang dengan kata-kata dari kakak kandungnya itu.

Bertambah semangat untuk dia pulang menemui keluarganya di kampung setelah sekian lama ditinggalkan. Wajah ibu bapanya masih segar diingatan.

******************************************

Semua kakitangan hotel yang terlibat sudahpun berkumpul di ruangan mesyuarat. Hanya tinggal Reza sahaja yang belum sampai. Syeril mengerling melihat jam ditangannya.

"Selalu ke Reza lewat masuk office?." soal Syeril dengan reaksi tenangnya.

"Selalunya dia datang awal. Mungkin ada hal sikit." jawab Imran dengan sedikit gagap.

Tiba-tiba pintu bilik itu dikuak. Reza yang kini kelihatan sedikit berpeluh itu memasuki ruang tersebut dengan beberapa fail ditangannya.

"Maaf saya lambat sikit." Dia melabuhkan punggungnya di kerusi bilik mesyuarat itu. Syeril memandangnya tajam.

"Jaga etika kerja dan pastikan datang awal sebelum pukul 8 pagi. Faham semua ?." tegas Syeril pada semua kakitangan hotel yang terlibat.

Semua kakitangan terbabit hanya mengangguk tanda faham akan arahan tersebut. Syeril mengemaskan kedudukannya dikerusi itu.

"Baiklah..kita mulakan meeting ni. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Awak semua tak tahu lagi kan apa tujuan mesyuarat ni diadakan ?." Semua hanya menggelengkan kepala.

"Okay..disini saya ingin bermohon maaf pada semua yang ada. Mungkin saya pernah mengguris hati mana-mana pihak atau pernah menyinggung perasaan anda. Maafkan saya. Saya harap anda semua terus memajukan industri perhotelan kita ni walaupun tiadanya saya disini nanti. Teruskan komitmen anda. Ingat semua apa yang selalu saya pesan. Customer is always right. Dan hari ini adalah hari terakhir saya berkhidmat di sini. Saya harap anda semua tidak jemu berkhidmat dengan Tania Hotel ni yer. Insyaallah..saya akan pulang sekali sekala untuk melawat dan memantau perkembangan hotel dari semasa ke semasa."

Kata-kata yang disampaikan oleh Syeril begitu sayu buat semua kakitangan hotel yang terlibat itu. Terutamanya Reza. Tertanya-tanya dikotak fikirannya kemana Syeril akan membawa diri.

"Tak best lah Cik Syeril tak ada disini dengan kami." kata Imran.

"Tak apa, kami akan terus berkhidmat untuk terus majukan Tania Hotel." Kata salah seorang daripada kakitangan hotel tersebut.

"Saya akan dipindahkan ke Kuching untuk handle untuk handle cawangan di sana. Insyaallah..kita akan bertemu semula. Saya juga berkhidmat di satu syarikat yang sama. Cuma berbeza lokasi. Tak jauh pun Kuching." senyuman terukir iklas meskipun hatinya berat untuk meninggalkan cawangan di sini.

'Dia dipindahkan ke Kuching? Kenapa aku tak tahu pun. Tak kan pasal kejadian semalam terus hari ni buat keputusan pertukaran cawangan. Dah tak ada peluang lah aku nak sakitkan hati dia lagi.' berkata Reza dalam hati. Sungguh berat hatinya menerima keputusan Syeril melepaskan jawatannya disini. Mungkin hati mula rindu dan cinta mula berputik.

"Saya cuma harapkan sokongan padu anda semua untuk kembangkan nama syarikat. Buat yang terbaik untuk kepuasan para pelanggan kita. Hari ini ada seramai 250 orang pelancong dari Jepun menginap di hotel kita. Mereka ada satu event dari satu agensi yang akan dilaksanakan disini. Alhamdulillah..hotel kita sebagai sasaran dan pilihan mereka. Jadi minta tolong pantau semua staf yang terbabit dari a to z okay. Pastikan kita mendapat pujian dari pihak pengurusan dari agensi tersebut."

Semua kakitangan hotel tersebut hanya mengangguk faham. Reza hanya membisu tanpa sebarang reaksi. Syeril sekali sekala merenung wajah itu, tetapi Reza hanya tunduk tanpa memandangnya.

"Itu sahaja dari saya. Ada apa-apa soalan? kalau tak ada mesyuarat selesai." kata Syeril dengan senyuman manis yang tidak lekang dari bibirnya sejak tadi.

Semua bersurai dan hanya yang tinggal Reza yang masih kaku dikerusi itu.

"Kenapa Cik Syeril tak bagitahu awal-awal. Semalam boleh bagitahu jer kan. Kenapa hari ni baru nak buat announcement mengejut ni? Tak mungkin baru semalam Cik Syeril buat keputusan." soal Reza dengan lagak selambanya.

"Saya dah dapat arahan pertukaran ni beberapa hari lepas. Cuma tak berkesempatan nak bagitahu semua. Perlu ker saya bagitahu awak? Awak siapa dengan saya? buka siapa-siapa pun kan?. Jadi tak perlulah saya nak sampaikan pada awak terlebih dahulu." Syeril bangun dari kerusi itu lalu menuju ke pintu.

"Mana jaket saya?."

"Ohh..saya lupa bawa. Tengoklah esok saya pulangkan kalau saya ada masa." Syeril masih dengan lagak sombongnya. Lalu pintu dibuka dan dia melangkah keluar dari bilik tersebut meninggalkan Reza bersendirian.

'Kenapa hati aku berat nak lepaskan dia pergi? tak mungkin aku cintakan dia. Tak mungkin. Aku tak boleh cintakan dia. Dia bukan taste aku.' Omel Reza sendiri dengan agak kuat.

Syeril yang masih berdiri di pintu itu mendengar setiap apa yang diomelkan oleh Reza. Tersenyum riang dia dibuatnya. Apa yang dia rasakan kini adalah satu kepuasan. Puas melihat Reza hilang arah setelah ditinggalkannya.

'Tu baru permulaan Reza. Perjalanan kita masih jauh. Kau akan cari aku satu hari nanti.' bisik Syeril dalam hati bersama senyum sinisnya. Meneruskan langkah memasuki ruang pejabatnya.

semoga bertemu lagi yer..hihihihi..reza dah kemaruk cinta tu. Korang mcm mana? Follow ig Amyz_Nazifa96

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience