Bab 17 Perempuan Simpanan

Drama Completed 144103

Syeril hari ini memulakan tugas di cawangan hotel terbaru milik bapanya. Hari yang penuh kesibukan hingga lupa untuk makan.

Majlis pembukaan serba ringkas berjalan lancar. Para pelancong juga ramai yang berpusu-pusu untuk menginap di hotel itu. Mungkin agak tertarik dengan keindahan landskap dan beberapa tawaran istimewa sempena permulaan beroperasi.

"Huhh... penatnya Cik Syeril. Saya haus ni. Bukan setakat haus jer. Lapar semua ada. Perut ni dari tadi minta makanan." Suri yang kini menghempapkan mukanya diatas meja diruang pejabat Syeril itu mengeluh keletihan.

"Saya okay jer. Awak nak makan turun lah ke bawah. Cafe hotel di sini makanannya sedap-sedap tau. Chef terbaik dari Thailand." jawab Syeril yang sedang menaip sesuatu di komputernya.

Suri dengan lemahnya mengangkat kepala lalu kembali duduk menegak.

"Cik Syeril..!! Hari tu kan Cik Syeril minta saya daftarkan Cik Syeril masuk kelas dengan Cik Zarul kan.? Sekarang dah ada disini macam mana nak ke kelas tu.?."

"tak perlu..saya dah masuk kelas secara online. Cik Zarul tetap guide saya. Saya busy lah. Mana ada masa nak ke kelas tu semua."

"Ohh.. patutlah saya tak pernah dengar Cik Syeril sungut nak ke kelas Cik Zarul tu, rupanya dah start kelas online."

Suri melirik ke arah Syeril yang sedang sibuk dengan kerjanya. Mata Syeril tetap tertumpu pada skrin komputer itu tanpa menghiraukan pandangan Suri.

"Dah..jom balik. Saya penat lah." ajak Syeril. Skrin komputer dipadamkan. Beg tangan dicapai lalu bangun dan duduknya.

"makan dulu yer Cik Syeril.?."

"tapau bawa balik jer lah. Saya nak balik rehat. Penat sangat."

"Apa-apa je lah. Janji boleh makan."

Suri membuntuti Syeril dari belakang. Pulanglah mereka dihantar oleh pemandu yang dilantik khas untuk Syeril.

***************************************

Pulang dengan perasaan yang entah apa rasanya. Hidup seperti kosong. Tubuh longlai bagai hilang segala tenaga. Kesibukan kerja juga salah satu punca. Tetapi yang paling utama ialah rasa rindu kian menyapa.

Saat kereta dipandunya itu memasuki ruang garaj, dia ternampak satu kotak barangan yang terletak di tepi pagar rumahnya.

'Apa pula tu? tak kan orang buang bayi pula? ish... macam-macam lah. Aku dah la penat.' Reza turun dari perut kereta lalu menuju ke pintu pagar untuk melihat isi kotak tersebut. Kotak itu dibukanya.

'Perempuan tak sedar diri. Kau dah senang sekarang semua barang-barang ni kau campak balik kat sini yer? Dulu hidup merempat aku yang kutip. Tak sangka aku jaga jodoh orang. Bukan hak aku.'

Reza menangkat kotak itu lalu membawanya masuk ke dalam rumah. Diletakkan di atas meja ruang tamu. Lalu dia merebahkan tubuhnya diatas sofa. Tangan pula menlonggarkan tali lehernya.

Telefon bimbit dikeluarkan. Mata tertumpu pada skrin telefon.

'aku nak call ker tak? kalau call dia cakap aku ni suka dia pula. Tak call aku rindu dengar suara dia. Kenapa dari dulu aku tak nampak dan terima cinta kau Syeril. Sekarang bila kau dah pergi dan tak hiraukan aku lagi kenapa aku rasa semakin nak mendekati kau.'

'Maafkan aku Syeril. Aku banyak buat salah dengan kau. Aku tak nampak ketulusan hati kau. Aku hanyut dengan cinta Tasya hingga membuatkan aku yang merana. Mungkin tiada jodoh antara kita Syeril. Aku akan cuba lupakan kau.'

Berkata Reza dalam hati. Matanya dipejam rapat. Skrin telefon mula kelam. Reza yang keletihan itu sudah hanyut dialam mimpi.

****************************************

Tengku Adam kini dilanda kontroversi apabila hubungannya dan Suzi diketahui orang ramai. Itu kerana kebodohan diri sendiri yang tidak menghiraukan sesiapa untuk membawa masuk perempuan yang dilanggan khas ke bilik hotelnya sendiri.

Kuasanya sebagai pemilik hotel itu digunakan sewenang-wenangnya untuk berbuat apa sahaja yang dia mahu.

Suzi juga diarahkan untuk diberikan layanan istimewa dari pihak hotel jika menginap di hotel tersebut.

Kontroversi itu sampai ke telinga Tan Sri Zainal melalui beberapa orang rakan kenalan bersama.

"Tengku Adam ni teruk lah. Saya bersyukur sebab tak jodohkan anak gadis saya dengan lelaki jenis tu." leter Tan Sri Zainal sambil menikmati minum petang dilaman rumahnya.

"Kenapa pula dengan Tengku Adam? Cuba cerita pada saya." Puan Sri Tania mengerutkan dahinya dengan pandangan tajam ke arah suaminya. Cawan kopi diletakkan semula di atas meja batu itu.

"Dia bawa masuk perempuan ke bilik hotelnya. Semua ahli lembaga pengarah tahu tentang ni dari mulut staf dia sendiri. Memalukan sangat."

"Habis tu, awak nak batalkan projek terbaru dengan dia ker?"

"Saya tak boleh sewenangnya batalkan. Ini melibatkan semua ahli lembaga pengarah. Kami akan buat berbincangan nengenai hal ni."

"Hmm...patutlah Syeril berkeras tak mahu dijodohkan dengan Tengku Adam tu."

*************************************

Rengekan Sofea membuatkan Anis tidak keruan. Bagaimana hari permulaan untuknya bekerja pada eaok hari.? Sofea harus ditinggalkan bersama neneknya. Adakah Sofea akan baik-baik sahaja?.

"Sofea..kenapa ni sayang? Sofea nak apa ni? Jangan buat mama risau sayang."

"mari sini nenek tengok. Kenapa ni menangis dari tadi?." Puan Zainab merangkul tubuh kecil diriba Anis ke dukungannya.

"macam mana mak? esok Anis dah start kerja. Macam mana nak tinggalkan dia pada mak?." soal Anis.

"Anis..mak membesarkan kamu adik-beradik pun macam ni lah juga. Malah lebih susah. Kamu pergilah kerja. Tinggalkan Sofea pada mak. Jangan risau lah." jawab Puan Zainab lagi.

Sofea yang tadinya teresak-esak menangis kini mula reda tangisnya. Puan Zainab menggosok-gosok bahagian belakang anak kecil itu. Anis yang kini berdiri menanti kelakuan anaknya itu sedikit lega setelah Sofea mula tenang.

"Kenapa dengan anak tu?" Soal Encik Yahya pula yang baru memasuki bilik itu.

"Entahlah ayah. Dari tadi asyik menangis. Ni baru jer reda nangisnya." jawab Anis.

"Nak nenek peluk yer? Eh..dah tidur lah. Dia mengantuk agaknya Anis?." tegur Encik Yahya lagi.

"Yer lah mak. Sofea tidur lah." Masing-masing menggeleng-gelengkan kepala melihat kelaku anak kecil itu.

"Masukkan dalam buaian. Nanti terjaga pula." kata Encik Yahya.

Anis segera menuju ke arah buaian yang terletak beberapa langkah dari tempat mereka berdiri dibilik itu. Buaian diperkemaskan,lalu Puan Zainab perlahan-lahan meletakan anak kecil itu kedalam buaian. Sofea sudahpun nyenyak tidur. Mungkin terlalu penat kerana sudah lama menangis tadi.

***************************************

Maaf atas kelewatan update..Amyz terlalu sibuk hingga lupa pada Reza.. kihkihkih..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience