Bab 18 Cuba Melupakan

Drama Completed 144103

Hari yang agak malang bagi Reza hari ini. Dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan ke pejabat.

Kemalangan itu tidak begitu serius. Reza hanya mengalami luka-luka kecil akibat terkena serpihan cermin depan yang pecah.

Namun, Reza tetap dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Dia dibawa oleh orang awam yang berada disekitar itu setelah menyaksikan kemalangan tersebut.

"Terima kasih encik. Bagi nombor telefon encik, nanti saya contact kita jumpa. Saya belanja makan." Reza mengucapkan terima kasih buat lelaki yang menolong menghantarnya ke hospital.

"Ehh..saya tolong ikhlas. Tak minta balasan pun. Ni nanti cik nak balik macam mana? kalau tak pun saya boleh tunggu cik dapatkan rawatan dulu. Nanti saya hantar cik balik." kata lelaki itu lagi.

"Saya dah call kawan pejabat saya. Nanti saya balik dengan dia." jelas Reza lagi.

"Baiklah kalau macam tu. Saya balik dulu. Apa-apa cik boleh jer call saya jika perlukan apa-apa bantuan. Ni kad saya." Sekeping kad dihulurkan pada Reza. Reza pantas menggapainya.

"Baiklah. Terima kasih sekali lagi. Hati-hati dijalan."

Mereka bersalaman lalu lelaki itu beredar keluar dari hospital tersebut. Reza hanya duduk sambil menunggu namanya dipanggil untuk mendapatkan rawatan.

Sedang dia leka melihat luka-luka di tubuhnya, datang sesosok tubuh menghampirinya.

"Lambatnya kau datang. Aku tunggu lama tau tak." Reza mengerutkan dahinya.

"Eh..baru 20 minit lepas tau kau call aku cakap kau kemalangan ni. Ni kira laju lah aku bertindak." jawab Imran pada Reza.

"Aku haus ni. Kau tolong belikan air kejap. Entah lama mana lagi nak mereput kat sini." Leter Reza sambil mengeluarkan dompetnya. Sekeping duit berwarna merah dihulurkan kepada Imran.

"Mana cukup RM10 jer. Aku nak beli jajan lagi." rengek Imran.

"Ish..kau ni. Kau tunggu orang sakit tau. Bukan tengok wayang kulit je apa. Dah..belikan aku mineral water." tegas Reza lagi.

"Kedekut lah kau ni. Kalau Cik Syeril ni..hmm...dah boleh makan nasi siap dengan pencuci mulut lagi." wang kertas itu diambilnya lalu melangkahkan kaki menuju ke cafe hospital untuk belikan air mineral untuk Reza.

Mulutnya terkumat-kamit leterkan sikap kedekut Si Reza.

*****************************************

Tan Sri Zainal menerima satu panggilan telefon dari pihak hotel Tengku Adam untuk membatalkan projek besar yang sebelum ini pernah dijanjikan bersama pihak hotel milik Tan Sri Zainal.

"Maaf saya terpaksa berkeras kali ini. Tengku Adam tidak boleh membatalkan kontrak ini sesuka hati. Dia melanggar polisi syarikat dan perjanjian kami." Tan Sri Zainal kini bangun dari duduknya. Zalikha iaitu pembantu peribadinya hanya memerhati dan mendengar perbualan Tan Sri Zainal bersama pihak hotel Tengku Adam.

"Tapi itulah yang Tengku Adam arahkan. Saya hanya menurut perintah dan menjalankan tugas saya sahaja." Jelas pihak Tengku Adam lagi.

"Alasan apa yang dia beri? saya harus kemukakan hal ini pada semua ahli lembaga pengarah." tegas Tan Sri Zainal sambil memicit-micit kepalanya.

"Dia cuma cakap dia tak berminat lagi untuk berkerjasama dengan pihak Tan Sri." jelas wanita dibalik panggilan itu.

"Macam ni lah. Saya nak jumpa dengan Tengku Adam . Awak buatkan temujanji saya dan Tengku Adam. Hal ini tak boleh berbincang dan diselesaikan dalam panggilan ni sahaja." Tan Sri Zainal kembali melabuhkan punggungnya dikerusi itu.

"Baiklah..saya akan buatkan temujanji Tan Sri dengan Tengku Adam. Tapi saya perlu beritahu dia dulu bahawa Tan Sri Zainal nak berjumpa dengan dia."

"Saya tunggu tindak balas dari pihak Tengku Adam."

Talian diputuskan oleh Tan Sri Zainal.

"Macam mana Tan Sri ? Saya nak kena aturkan semula jadual Tan Sri ker?." Soal Zalikha pada majikannya itu.

"Tak apa. Awak buat jer kerja macam biasa. Saya akan beri arahan baru bila saya dapat tindak balas dari pihak Tengku Adam." arah Tan Sri Zainal.

"Baiklah Tan Sri. Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu." Zalikha memegang buku notanya lalu bangun berdiri sambil menunggu arahan seterusnya.

"Okay.. awak boleh keluar dulu." Tan Sri Zainal menyandarkan kepalanya di kerusi itu.

Fikiran agak kusut saat mendapat perkhabaran bahawa Tengku Adam mahu membatalkan projek bersama itu.

**************************************

Syeril menarik nafas panjang. Hari ini adalah hari paling sibuk buatnya. Banyak perkara yang perlu diselesaikan secepat mungkin.

Tiba-tiba Suri melulu masuk kedalam ruang pejabatnya tanpa memberi salam. Tindakan itu membuatkan Syeril sedikit terperanjat.

"Kenapa dengan awak ni Suri ?." Soal Syeril dengan penuh tanda tanya.

"Cik Syeril..!! Cik Reza tu.." Suri cuba menceritakan namun keadaannya yang tercungap-cungap itu membuatkan dia sukar menyampaikan.

"kenapa pula dengan si tenuk tu?. Cuba tarik nafas dalam-dalam. Penat saya tengok awak." Syeril masih sibuk dengan kerjanya. Matanya masih tertumpu pada lambakan fail didepannya itu.

"Cik tenuk kemalangan." jelas Suri.

"Habis tu ada kena mengena apa dia dengan saya.?." soal Syeril.

"Cik Syeril tak risau ker?" soal Suri pula.

"Nak risau kenapa? Di bukan my boyfriend or my husband." jawab Syeril selamba. Pen dijarinya ligat menulis.

"Saya cuma nak bagitahu jer. Mana lah tahu boleh balik KL." jawab Suri dengan nada sedikit perlahan.

"Dah..pergi buat kerja awak. Banyak lagi hal penting perlu diselesaikan. Setakat hal si tenuk tu esok-esok lah kita fikir bila free."

Suri mula memuncungkan mulutnya. Kaki menapak ke belakang untuk keluar dari bilik itu. Syeril seperti sudah tawar hati dengan Reza. Tidak langsung hiraukan dengan perkhabaran itu. Suri sudahpun keluar dan menghilangkan diri.

'Dia kemalangan? Teruk ker keadaan dia? Tula kau Syeril.. sombong sangat. Kan dah menyesal sekarang.'

Kini kepalanya turur disandarkan dikerusi itu. Rasa ingin tahu itu muncul dan membuak-buak difikirannya.

'Perlu ker aku call dia? ishh...nampak macam terhegeh-hegeh pula. Tapi kalau tak tahu keadaan dia boleh tidur ker aku malam ni?.'

Pelbagai persoalan bermain di minda. Sungguh dia risaukan keadaan Reza saat ini. Meskipun hatinya benar-benar sakit saat mengingati setiap kata-kata hinaan dari Reza, namun rasa cintanya buat Reza sukar dihakis.

'Aku kena cool. Jangan nampakkan sangat rasa sayang kau pada dia Syeril Dania. Kau kena kuat. Lawan perasaan tu. Jangan harapkan apa-apa dari dia lagi.' omel Syeril sendiri. Matanya dipejam untuk melupakan rasa itu seketika.

***************************************

"Aku dah bagitahu Cik Syeril. Tapi dia macam tak peduli jer." Suri berbual di panggilan telefon yang didailnya sebentar tadi.

"Ehh..kau biar betul? tak kan lah semudah tu Cik Syeril lupakan Cik Reza." soal Imran pada Suri.

"Aku tengok dia macam dah tawar hati. Dia boleh tanya aku balik Cik Reza tu ada kena mengena ker dengan dia? Kau rasa ?."

"Jadi apa plan kita seterusnya?." soal Imran pada Suri.

"Susah lah nak buat kerja. Kita jauh sekarang. Aku kalau boleh nak buat supaya Cik Syeril dan Cik Reza bersatu. Aku kesiankan Cik Syeril tu." keluh Suri dihujung percakapannya.

"Okay lah..aku ada hal sikit ni. Nak hantarkan Cik Reza pulang ke rumah dia. Nanti bising pula aku menghilangkan diri lama-lama ni."

"Okay..bye. !! Apa-apa bagitahu okay.?"

"Okay..bye..!!"

Talian diputuskan. Suri kembali memikirkan jalan untuk satukan dua insan kesayangannya itu. Namun kerja penyatuan dua insan itu menjadi sedikit rumit apabila jarak memisahkan mereka.

Tak ada apa-apa yang Amyz nak katakan. Cukup lah sekadar terima kasih kepada semua readers. Amyz syggg semua..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience